Renungan Bersama..

Kisah dan Teladan..

Isteri terpaksa jual rumah yang diduduki bersama arwah suami dulu.

Sebab bapa mertua menuntut bahagian pusaka dari rumah tersebut.

Bapa mertua hendakkan dalam bentuk wang tunai.

Dah lama rumah tu tak terjual-jual.

Isteri kini menyewa rumah murah dan bersusah payah menyara anak-anak dengan menjual nasi lemak dan kuih-muih pagi dan petang.

Sedangkan, yang patut bantu menyara mereka….. ialah bapa mertua tadi.

(Kisah benar ini berlaku di utara semenanjung, sumber cerita adalah dari rakan anak si penjual kuih tersebut, dan sebenarnya ada banyak lagi kisah seumpama ini).

Sebelum ini saya ada share link artikel tentang “Bahaya beli rumah atas nama bersama suami isteri” tulisan saudara Fatihin Abshar. (Boleh baca artikel tersebut di link ini : https://www.thevocket.com/bahaya-beli-rumah-bersama-pasangan-meninggal-dunia/).

Tahun 2005 dulu saya ada beli rumah di Ipoh atas nama bersama dgn suami 50:50.

Kita ingat bila suami meninggal, rumah tu akan terus dapat pada kita sebagai pemilik bersama.

Kalau saya pula meninggal dulu, ingatkan suami dapat rumah tu terus… rupanya TIDAK!

Mak saya pula cakap… “Tak payah letak nama dua-dua pun tak apa… isteri boleh tuntut Harta Sepencarian jugak nanti”.

Memang betul kaum isteri boleh tuntut harta sepencarian untuk melebihkan bahagiannya, TAPI…..

1. Proses nak tuntut di Mahkamah tu… boleh makan bertahun-tahun.

2. Isteri perlu buktikan sumbangan. Kalau pernah keluar duit untuk downpayment, buat kitchen cabinet, renovate dapur… isteri kena tunjuk bukti resit. Mana lah nak simpan lagi kalau dah berpuluh tahun.

3. Biasanya Mahkamah hanya beri 1/2 atau 1/3 bahagian sahaja.

4. Kalau ada tentangan dari waris lain, isteri kena keluarkan kos ribu-ribu untuk upah peguam syarie.

5. Selagi kes harta sepencarian belum selesai, selagi itu harta pusaka si mati tidak boleh ditadbir urus. Lagi bahaya jika makan masa bertahun-tahun, kemudian…. ada waris asal pula yang meninggal dunia dalam tempoh tersebut. Sudah jadi kematian berlapis, sedangkan harta pusaka belum diagihkan.

Baik… kita lihat contoh (seperti photo dibawah). Sekiranya suami meninggal tanpa membuat perancangan harta pusaka, bagaimanakah pembahagian Faraid ke atas rumah banglo yang dibeli atas pilihan bersama suami isteri ini?

Situasi :

1. Suami mati meninggalkan isteri, ibunya, bapanya, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

2. Rumah atas nama bersama suami & isteri 50:50.

3. Ibu bapa suami asalnya ok, tak kisah lepaskan hak ke atas rumah tersebut kepada menantu. Tapi setelah mendengar pendapat adik beradik suami yang lain, mereka membuat keputusan untuk tidak melepaskan hak mereka dan mahukan bahagian ke atas rumah itu.

4. Isteri dahulu bekerja, kini seorang surirumah. Beliau hanya dapat buktikan sumbangan tak langsung kepada mahkamah. Mahkamah akhirnya memutuskan bahagian Harta Sepencarian untuk isteri ialah 1/3.

Apa akan jadi terhadap rumah milikan bersama tersebut?

50% rumah kekal nama isteri sebagai pemilik.

50% bahagian arwah suami pula perlu dibahagikan mengikut Faraid serta mengambil kira keputusan Mahkamah terhadap Harta Sepencarian. Pembahagiannya jadi begini :

Harta Pusaka

(-) Kos pengkebumian jenazah

(-) Hutang & Hibah

(-) Harta Sepencarian = 1/3

Baki nya tertakluk kepada Faraid seperti berikut :

Bapa = 1/6

Ibu = 1/6

Isteri = 1/8 (selain harta sepencarian 1/3 tadi).

Bahagian Faraid selebihnya untuk anak lelaki dan anak perempuan dengan nisbah 2:1. Maksudnya 2 bahagian untuk setiap anak lelaki, 1 bahagian untuk setiap anak perempuan.

Jika ibubapa suami setuju untuk terima dalam bentuk tunai, maka isteri bolehlah bayar bahagian 1/6 + 1/6 tersebut dalam bentuk tunai supaya rumah boleh menjadi hakmilik isteri dan anak-anak sahaja.

Katakanlah market value rumah itu pada masa itu sudah RM 1 juta dan hutang rumah dilangsaikan dengan MRTA/MRTT. (Tentang MRTA / MRTT ni nanti kita cerita lain).

50% (iaitu RM500,000) bahagian arwah suami menjadi pusaka.

Bahagian harta sepencarian seperti yang diputuskan oleh Mahkamah :

1/3 daripada RM500,000 = RM166,666.67

Oleh itu nilai harta pusaka yang perlu difaraidkan ialah :

RM500,000 – RM166,666.67 = RM333,333.33

Bahagian bapa suami :

1/6 daripada RM333,333.33 = RM55,555.56

Bahagian ibu suami :

1/6 daripada RM333,333.33 = RM55,555.56

Isteri kena ada cash sebanyak RM 111,111.11 untuk bayar bahagian Faraid kepada ibubapa mertuanya, agar rumah tempat dia dan anak-anaknya berlindung itu hanya menjadi miliknya dan anak-anak.

Kalau isteri ada wang tunai sebanyak tu… kot lah wang pampasan Takaful suami tu cukup dan masih ada lagi…. Jadi… Bolehlah bayar.

Kalau tiada, ada 2 pilihan saja. Ikut mana yang semua setuju :

1. Terpaksa jual rumah tu untuk dapatkan wang tunai bagi membayar ibu bapa suami. Jadi isteri dan anak-anak kena cari rumah lain lah; ATAU

2. Kena letak nama ibubapa mertua juga dalam geran rumah. Dan isteri perlu mintak izin dari ibubapa mertua untuk terus tinggal disitu dengan percuma kerana telah berkongsi hakmilik dengan mereka.

Ditakdirkan pula….. selang beberapa bulan lepas tu bapa mertua pula meninggal dunia.

Maka…. tidak mustahil adik beradik suami (iaitu anak-anak kepada bapa mertua) pula akan datang menuntut bahagian pusaka bapa mereka, ke atas rumah itu tadi.

Lagilah bertambah-tambah rumit.

Kadang-kadang ada juga situasi….

Dengan ibubapa mertua masih boleh berbincang, tapi….. bila masuk ipar duai atau pakcik makcik….dah jadi lain.

Macam mana cara nak elak kemungkinan seperti ini?

Selagi kita hidup, kita masih boleh merancang sesuatu pada masa kini.

Perancangan yang dibuat hari ini adalah untuk mengurangkan risiko kemungkinan yang boleh berlaku di masa hadapan.

Dengan merancang, ertinya kita berusaha melakukan sesuatu dengan tanpa meminggirkan hukum Faraid itu sendiri.

Selebihnya, kita bertawakal dan berserah kepada Allah.

Cadangan saya :

1. Buatlah perancangan terhadap harta dan pusaka anda sekarang. Didalam Malaysia ni, ada pelbagai kaedah dan instrumen yang boleh digunakan, bergantung pada struktur faraid seseorang individu, jenis aset yang dimiliki, kemampuan dan hasrat pemilik harta sendiri.

2. Hibah Takaful perlu ada untuk membantu menampung perkara-perkara yang diluar jangkaan.

3. Hubungan kekeluargaan terutama antara menantu-mertua-ipar duai sangat perlu dijaga dengan baik. Kerjasama dan tolak ansur dikalangan waris, akan memudahkan dan melancarkan pembahagian pusaka. Ingat, SEPAKAT MEMBAWA BERKAT.

Merancanglah… bertindak / berusaha, berdoa dan bertawakkal.

Hanya Allah sebaik-baik penentu.

Wallahu’alam.

Silakan SHARE jika bermanfaat.

 

Sumber: Teks & photo oleh

Irda Rina

Perunding & Perancang,

Pewarisan Harta Pusaka Islam & Kewangan

Mengapa perlu Takaful

Assalamualaikum,

Mengapa kita perlu memiliki takaful? satu persoalan yang sering berlegar di fikiran..

Konsep yang sama juga sebenarnya takaful ini jika kita ingin bandingkan dengan gambar di bawah ini.

31673983_10214333911079549_3149011339289034752_n Bersedia pasa sebarang kemungkinan bukanlah beerti kita inginkan musibah tersebut berlaku kepada kita. Tetapi sekurang kurangnya kesan dari musibah tersebut tidak memberikan impak yang teruk kepada kita.

jadi renungkan..

razman

buatkan saya quotation

ANDA PEKERJA CEMERLANG?

Assalamualaikum.

PERNAHKAN KITA TERFIKIR??

Jika suatu hari, anda sakit atau tiba tiba meninggal dunia kerana penat bekerja, majikan anda akan mencari seseorang untuk menggantikan tempat anda. Kemudian semua akan berjalan seperti biasa. Anda tidaklah sepenting mana seperti yang anda bayangkan. Sedangkan keluarga anda bersedih dan menderita. Gunakanlah waktu yang ada ini untuk buat sesuatu perkara yang akan mengembirakan keluarga anda kelak.

Hibah takaful

Hubungi saya untuk plan terbaik dari Great Eastern Takaful Berhad #HibahDemiJannah

Rosazaman Bin Sarifdin
Www.wasap.my/60192699436/HibahDemiJannah
Group Manager
Great Eastern Takaful Berhad

#AnNurTheGreatAgency
#RazmanGET
#KandaDindaTakaful

Hibah dan Faraid

Assalamualaikum

28577565_2110781245604457_7849940301316620288_n

Ramai yang menyangka hibah salah satu cara untuk mengelah dari faraid. Konsep ini salah sama sekali. Bagi saya dengan hibah ini adalah salah satu cara bagi memudahkan perjalanan faraid.

Acap kali kita terdengar khususnya perkara ini di bahaskan oleh agen takaful.. Memang baik apabila kita menghibahkan kesemua pampasan untuk orang yang kita sayangkan. Dengan harapan pampasan ini tidak perlu di agihkan kepada orang lain. Ianya menjadi hak mutlak orang yang di hibahkan.

Saya boleh terima konsep ini jika KITA tidah mempunyai sebarang hutang.. Tak kirala hutang kereta ke, hutang rumah ke, hutang motor ke dan sebagainya.. senang citer free debt.

TETAPI

Bagaimana pula jika kita mempunyai hutang? siapa yang akan melangsaikan hutang tersebut?? Adakah si penerima hibah yang nak kena langsaikan?? Dah bagi suruh bayarkan pulak.. BURUK SIKU betul… hahahah.. kan lebih manis jika sebahagian pampasan itu di beri penama (cukup untuk cover hutang).. so jumlah pampasan yang dapat tu, si penama tadi perlu melangsaikan hutang si mati dahulu.. bakinya dibahagikan secara faraid. Hukum pengagihan faraid adalah setelah di tolah hutang simati.. Ini pendapat peribadi saya sahaja dan konsep yang saya berikan.. Jadilah orang yang bijak merancang.

Assalamualaikum

HARAPAN PALSU

Assalamualaikum,

Kematian, semua orang pasti mati, cuba bilakah akan berlaku adalah rahsia Allah.

Jam 8:15 pagi mendapat perkabaran kematian seorang hamba Allah yang di maklumkan oleh si anak. Si ayah yang berusia 43 tahun telah meninggal meninggalkan alam yang sementara ini. untuk selamanya pada 16/12/2017 jam 3:00 pagi akibat serangan jantung. Si ayah mengadu sesak nafas pada awalnya dan meninggal ketika perjalanan ke hospital.

Si anak memberitahu nama penuh si ayahnya kepada saya. Dalam hati saya berkata nama ini macam tiada di dalam list pelanggan saya (insyaAllah saya ingat pelanggan saya walau kesemua hampir 400 orang). Tetapi saya meminta untuk memberikan saya masa untuk membuat cheking. Setelah di chek ternayata nama tersebut tiada di dalam senarai pelanggan saya. Saya bertanya bagaimana boleh dapat no saya. Katanya no telefon saya tersimpan di dalam hanfon arwah ayah nya

Tiada apa yang dapat saya katakan selain memohon maaf tidak dapat menolong, mungkin arwahnya pernah meminta quotation dengan saya di lawan blog ini. Dari blog ini lebih 1000 quotation telah saya keluarkan pada yang minta.

Dikesempatan ini saya mohon pada yang belum ambil takaful dengan saya janganlah save nama saya di hanfon anda sebagai agen takaful. Saya tak sampai hati nak jawab kepada waris anda nanti.. jasa baik anda sangat saya harapkan..

Salam takziah.

Rosazaman Sarifdin

Mana yang lebih utama?

Assalamualaikum,

Apa khabar semua, sejak akhir akhir ni sibuk pula nak mengupdate blog saya ini. Takper hari ni saya cuba curi masa untuk berkongsikan sesuatu untuk kita fikirkan bersama.

Pada anda, manakah yang lebih utama? Perlindungan perubatan atau perlindungan pendapatan?

Anda bekerja sendiri? Manfaat kemalangan penting untuk anda. Kenapa?

Assalmualaikum semua.

Hari ni terlintas untuk berkongsi tentang manfaat kemalangan. Bagi saya ianya penting untuk semua orang, namun ia lebih penting bagi yang bekerja sendiri. Contohnya pekerja yang komisyen base seperti agen penapis air, salesman kereta, agen takaful, agen MLM, dan sebagainya..  kerana apa?

Apabila anda terpaksa cuti kerana kemalangan, pastinya pendapatan anda akan berkurangan atau mungkin tiada langsung berikutan rutin harian anda tidak dapat dilakukan. Dengan erti kata lain anda tidak dapat keluar bekerja seperti hari-hari biasa ketika anda sihat.


Merujuk kepada keratan akhbar metro di atas, dalam masa 2 minggu sahaja sebanyak 18,484 (sehari 1321) kes kemalangan yang direkodkan. Ini tidak termasuk kes yang tidak dilaporkan. Sudah pasti bilangannya lebih tinggi bukan?

Semua sedia maklum penunggang motosikal adalah pengguna jalan raya yang berisiko tinggi. Sering menjadi mangsa kemalangan. Namun kerana tiada pilihan ramai di antara kita yang menunggang motosikal untuk keluar bekerja.

Oleh itu saya sangat menyarankan kepada anda untuk memiliki manfaat kemalangan pada sijil takaful anda. Perkara ini sangat penting oleh sebab itu saya juga mengambilnya.


Ini merupakan contoh tuntutan yang saya lakukan akibat tidak dapat bekerja selama 3 bulan (12 minggu).   Saya terlibat dengan kemalangan motosikal dan mengakibatkan kecederaan dan tangan kiri saya patah.

Sekiranya saya bekerja makan gaji pastinya bukan satu masalah besar kerana saya tetap di bayar gaji dalam keadaan MC. Namun bagaimana pula jika bekerja sendiri? Siapa yang akan bayar gaji saya? Kerana itulah mengapa pentingya memiliki manfaat kemalangan ini.

Jadi apa tunggu lagi. Hubungi saya segera.

razman

buatkan saya quotation

Jadilah Agen Yang Bijak Dalam Memberikan Pendapat.

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ini sedih melihat posting segelintir agen takaful yang dok kondem kondem produk dari syarikat takaful lain. Bukanlah nak cakap yang kita ni pandai. bezaTetapi sedih membaca hujah yang diberikan. Antaranya yang dok kondem mengenai plan medical card beserta perlaburan (ILP) yang merugikan peserta. Dalam takaful ini tiada yang salah atau tiada yang betul. Tetapi sebaiknya hujah yang diberikan hendaklah berasas dan mempunyai alasan yang konkrit untuk digunapakai.

Jadi saya rasa terpanggil untuk berkongsi perbezaan antara 2 plan ni iaitu plan medical card stand alone dengan plan medical card beserta pelaburan. Saya tidak mahu membandingkan dengan produk dari syarikat lain tetapi saya membuat perbandingan antara dua produk dari GETB sendiri.  

Anda boleh membuat penilaian sendiri mana satu yang terbaik untuk anda. Kedua-dua plan ini saya menggunakan manfaat bilik yang sama.

damai2

Gambar di atas ini adalah plan medical beserta pelaburan. Kawasan yang bertanda merah itu adalah cas tabar’ru yang dikenakan setiap bulan. Antara keistimewaan plan ini bayaran anda setiap tahun sama sahaja RM1800 (rujuk A). Dalam masa 30 tahun jumlah sumbangan yang telah anda lakukan sebanyak RM54,000 (1,800×30).  Plan ini juga saya terpaksa masukkan manfaat pampasan kematian/lumpuh yang paling minimum iaitu RM12,000 (so dah kira xtra manfaat kita dapat), free khairat kematian RM2,000 dan yang lebih bagusnya tak kiralah anda ada buat tuntutan medical card atau pun tidak anda mempunyai nilai tunai sebanyak RM45,188 (rujuk kitak biru). Jadi boleh saya katakan jumlah yang anda sumbang untuk 30 tahun seolah-olah RM9,000 sahaja… BIJAk ker tak tu..????

medimaxIni pula illustrasi untuk plan medical card stand alone. Untuk plan ini jumlah sumbangan tahunan anda tidak sama, ianya mengikut peningkatan usia anda. semakin berusia semakan mahal. Untuk plan ini, suka atau tidak dalam masa 30 tahun jumlah sumbangan yang telah anda buat sebanyak RM48,780.45 dan bayaran ini hangus.. Ya hangus kerana plan ini tiada nilai tunai dan ianya murah di permulaan sahaja. Ini kerana semakin berusia semakin mahal sumbangannya (lihat contribution paid, basic plan).

Sungguhpun begitu setiap plan ni ada kelebihan dan kelemahannya sendiri. Pilihan di tangan anda berdasarkan bajet kewangan anda.  Namun plan yang terbaik adalah plan yang mengikut keperluan anda.

Harapan saya moga ejen di luar sana perlu lebih  telus menyampaikan maklumat dan bijak membuat perbandingan antara produk. Perbandingan terbaik adalah epal dengan epal. 

Untuk keterangan lanjut boleh terus hubungi saya atau inginkan quotation terbaik untuk anda sila lengkapkan borang di bawah.

salam sayang

razman

buatkan saya quotation

Yang manakah plan medical terbaik, ILP atau Standalone?

“Tuan boleh cadangkan medical card untuk anak perempuan saya?”

Kita ada dua jenis plan, Plan yang terbaik adalah MENGIKUT BUDJET tuan, Jika budjet tuan rendah saya cadangkan ambil plan medical card sahaja untuk anak.
Tidak perlu ambil pakej yang sekali dengan takaful hayat (life) untuk anak.

Medical Card untuk Kanak-Kanak
✅Bilik Wad RM200/hari (maksima 180 hari setahun)

✅Had Tahunan RM1,320,000

✅Tiada HAD Seumur Hidup

✅Coverage hingga umur 99 tahun

✅Rawatan pesakit luar bagi kes kemalangan

✅Elaun Wad jika dimasukkan Hospital Kerajaan

✅Manfaat rawatan Intercular lens

✅Rawatan pesakit luar bagi kanser & dialisis

✅Tiada ko-takaful

✅Tiada PWC

✅Renewal Guaranteed

✅Pamasan kematian kemalangan RM15,000

✅Diskaun 5% jika ambil untuk pakej keluarga

✅Lebih 90 panel hospital seluruh negara

✅Dan lain-lain lagi
Caruman bulanan RM114 anak 0-5 tahun

Caruman bulanan RM91 anak 6-10 tahun

Caruman bulanan RM81 anak 10-15 tahun

Caruman bulanan RM83 anak 16-20 tahun

Caruman bulanan RM87 anak 21-25 tahun

Berminat?
wasap

http://www.wasap.my/60192699436/MedilCardMurah
Rosazaman Sarifdin

0192699436

Group Manager

Great Eastern Takaful Berhad

http://www.razmanget.com

razman

buatkan saya quotation

Pentingnya manfaat Comprehensive Accident

Assalamualaikum,

Hari ini ini kita sering melihat lambakan motosikal berkuasa besar, mungkin anda salah seorang daripada pemiliknya.. Bukan nak kata naik motosikal berkuasa besar ini kurang risikonya. Risiko tetap ada di mana sahaja.. Cuma apa yang saya ingin kongsikan dengan anda hari ini adalah tentang salah satu manfaat yang ada di plan Great Eastern Takaful Berhad iaitu Comprehensive Accident benefit Xtra (CABX). Klik sini untu ketahui Manfaatnya 


Saya sendiri sebagai agen turun mengambil manfaat ini dan jumlah coverage yang saya ambil sebanyak RM300,000. (Dua sijil RM100,000 dan RM200,000) ini kerana memandang kepada risiko yang saya sering memandu/menunggang motosikal. Bukan ambil untukminta kena tapi sebagai langkah persediaan..

img_9171-1

saya telah terlibat dengan kemalangan Motosikal pada 2/4/2017 dan mengakibatkan tangan kiri saya patah. akibat dari kemalangan itu saya telah di berikan rawatan di hospital swasta dengan kos rawatan berjumlah hampir RM30,000. Selain dari itu juga saya di berikan cuti sakit selama 2 bulan 3 mingu (84 hari)


Dalam tidak boleh kerja saya masih memperolehi pendapatan sebagai ganti RM27,000 untuk 84 hari. Jadi saya sangat sangat mensarankan penunggan motosikal berkuasa besar khususnya untuk mengambil plan ini.

Untuk keterangan lanjut anda boleh terus menghubungi saya

Rosazaman bin Sarifdin 0192699436.

razman

buatkan saya quotation

Caj Ambulan

Salah satu kelebihan medical card Great Eastern Takaful adalah turut mempunyai manfaat Ambulan. Yang menariknya dilindungai seperti yang di caj.


Siapa dah ada medical card tu bolehla tanya agent masing masing ya.

Ni abam nak share sikit sahabat kita dia ada medical card tapi ambulan cover cuma RM200 sahaja. Kemalangan di highway di masukkan di hospital kerajaan sebab ada medical card mintak pindah ke hospital Swasta di johor, masa tu caj ambulan dah kena RM1200. Setelah beberapa hari di hospital swasta tu nak tranfer ke kampung pula di utara. Sekali lagi kena daaa kali ni caj ambulan RM3200..

Bil memangla medical card cover ni abam nak cakap pasal ambulan..


Ni bukan nak takut takut kan.. ni kenyataan..

Pada yang nak dapatkan medical card terbaik dari Great Eastern Takaful boleh terus wasap abam. Tak kisahla ada kat mana. Insyaallah ahli kami An Nur The Great Agency boleh membantu

Www.wasap.my/60192699436

razman

buatkan saya quotation

Kenali risiko diri anda.

Assalamualaikum

Dah lama rasanya bercuti dari mengarang, ni gara gara kesihatan yang kurang baik akibat saya terlibat di dalam kemalangan jalan raya pada 2/4/2017 jam 6:30 petang di km30 lebuhraya utara selatan. Sebuah kenderaan toyota putih (singapore) secara tiba tiba potong Q memasuki lorong kecemasan. Saya cuba mengelak dan terbabas. Bukan itu sahaja saya turut di langgar oleh superbike yang berada di belakang saya. Akibat dari kejadian itu saya telah patah tangan kiri dan dislocated.


Saya telah dibawa oleh ambulan ke hospital Kulai untuk rawatan lanjut. Sampai di saya setelah xray dan kompem patah saya minta untuk di tukarkan ke Regency Specialist Hospital. Urusan ini di bantu oleh AM Saharrudin. Tq saha.

Saya di tahan di Regency selama 4 hari dan operation memasukkan besi dilakukan. Ini merupakan besi kedua yang berada di dalam badan saya. (Yang pertama di tulang pelvic kiri kemalangan pada mac 2003). Selain itu satu skru dimasukkan untuk membetulkan dislocated. Kiranya sekarang dah macam robotla. InsyaAllah skru itu akan di buka (second operation) pada 16/5/2017 ini).

Agen takaful juga manusia jadi tak lari dari risiko kehidupan. Alhamdulillah bil selama 4 hari di tanggung oleh Great Eastern Takaful Berhad.
Pertama kalinya saya menggunakan medical card Great Eastern Takaful Berhad. Bil menghampiri RM20,000. Tak sempat saya nak buat medical chekup untuk upgred tempoh hari.


Setelah keluar dari hospital saya di berikan cuti sakit selamat sebulan. Alhamdulillah tuntutan untuk cuti sakit telah lulus dan di kreditkan.


Total tuntutan MC selama 31 hari sebanyak RM10,+++. Alhamdulillah dapatla buat belanja semasa tak dapat kerja. Ada yang tanya berapa jumlah yang saya cover untuk kemalangan. Untuk pengetahuan anda saya mengambil comprehensif kemalangan sebanyak 2 sijil yang yang mana jumlah perlindungan sebanyak RM100,000 dan RM200,000. Ini kerana risiko saya banyak terdedah di jalan raya sebab sering bergerak ke luar dari Johor.

Pada 20/4/2017 semasa membuat chekup Dr menyambung lagi MC saya sebanyak 32 hari. Kena rehat panjang ni gamaknya. Tapi tak di sangka juga Great Eastern Takaful Berhad telah menjemput saya untuk menjadi speaker pada 20/5/2017 ini. Harap dah keluar hospital la masa tu sebab saya akan masuk semula pada 16-18/5/2017.  Doakan kesihatan saya.


Jumpa anda di sana.

I-Great Mega memberi anda lebih dari biasa

i-great-mega-promotion

Tawaran i-Great Mega

Fikir Jauh, Bertindak Pantas, Ayuh MEGA

i-Great Mega menawarkan ketenangan minda sepenuhnya dengan memastikan segala komitmen dan kebajikan keluarga anda dijaga.

  • Jumlah Perlindungan bermula dari RM500,000
  • Manfaat Kesetiaan sehingga 40%
  • Tempoh bayaran 10 atau 20 tahun untuk perlindungan 30 tahun
  • Manfaat Ihsan
  • Manfaat Matang
  • Manfaat perlindungan diri dan hilang upaya
  • Khidmat Badal Haji dan Wakaf

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Buat Temujanji anda sekarang

Go back

Your message has been sent

Warning
Warning
Warning
Warning
Warning

Warning.

Continue reading

Statistic terkini kadar muflis di Malaysia..

#Report by AKPK menyatakan bahawa hampir 100,000 muflis dari tahun 2012 – 2016.

Pecahan dari segi umur seperti berikut..
Age 25 – 1157 orang
Age 25 ~ 34 – 22,581 orang
Age 34 & above – 73,477 orang..

Laporan dari suratkhabar SinChew daily pada hari ni, 7/12/16

1. 76% Malaysian tak ada ke kecairan untuk dana kecemasan.

2. Hanya 6% Malaysian boleh bertahan lebih 6 bulan tanpa sebarang pendapatan.
Maknanya simpanan tidak mengcukupi untuk bersara awal.

3. Hanya 18% Malaysian boleh bertahan lebih 3 bulan tanpa sebarang pendapatan..

4. Dah lagi berisiko, 76% tidak ada dana kecemasan yang mengcukupi.
Infact mereka tak boleh survive lebih sebulan jika tidak mempunyai pekerjaan yang boleh generate pendapatan.

Menurut AKPK juga, punca utama mereka menghadapi masalah kewangan yang kritikal ialah…
1) 49.7% Tidak mempunyai perancangan kewangan yang betul.
2) 15.2% kegagalan dalam menceburi bidang perniagaan
3) 11.7% Kos kehidupan yang membebankan selepas pencen.
4) 11% Kos perubatan yang tinggi.
5) 9.5% Penggaguran, atau hilang pekerjaan.
6) 2% lain lain.

Boleh share pada rakan rakan. Mulakan kehidupan dengan menabung, walopon sedikit tapi mesti berterusan.

Cc: Khairul Mohamed Get

Image may contain: text
Jadi apa yang anda tunggu lagi.bertindak sekarang.

Dapatkan quotation percuma anda sekarang.

Rosazaman Sarifdin
Group Agency Manager
019-2699436
Million Dollar Agency 2016

buatkan saya quotation

cropped-award4.jpg

Great News,Removal Portfolio Withrawal Condition Clausa

Salam

Kini tiada lagi apa yang ingin di perkatakan


Sebelum ini isu ini sering digunakan oleh syarikat takaful lain yang mana Great Eastern Takaful Berhad menggunakan terma ini.

Walau terma ini digunapakai sejak dulu lagi, Great Eastern yang telah berusia 108 tahun tidak pernah menarik mana mana manfaat yang telah diberikan kepada pelanggan.

Sebaliknya penambah baikkan dilakukan terhadap plan yang diberikan telah dilakukan kepada kesemua para pelangganya.

Pastinya ini lebih menguntungkan para pelangganya. Sekali lagi penambah baikkan ya. Bukannya penarikan manfaat atau pengecualian manfaat setelah diberikan…

Oleh sebab itu kita sebagai pengguna harus bijak memilih syarikat yang pandang ke hadapan dan bukan hanya berorentasikan keuntungan atau gimik marketing semata mata..

Jadi apa lagi tepuk dada tanya selera..

Rosazaman Sarifdin
Group Agency Manager
019-2699436
Champion Unit 2015

buatkan saya quotation

cropped-award4.jpg

Apa Yang Harus Kita Tahu Tentang Tempoh Penggunaan Medical Card

Kredit kepada: Aizuddin Yusoff

www.facebook.com/aizuddinyusoffconsultancy/

Kad Perubatan: Fahami Tempoh Menunggu 30 Hari, 120 Hari dan 2 Tahun di dalam Polisi.

Ketiga-tiga tempoh di atas mesti difahami oleh setiap pemegang kad perubatan sebelum mendapat rawatan di hospital swasta untuk mengelakkan ‘masalah’ dengan GL.

Apabila polisi takaful kad perubatan lulus, perlindungan rawatan perubatan bermula serta-merta untuk kes kemalangan. Laporan doktor sangat penting untuk justifikasi perlu kemasukkan ke wad selepas kemalangan berlaku. Jika laporan tidak cukup kuat atau tidak tepat untuk kes kemalangan ini, dikhuatiri pihak syarikat hanya beranggapan rawatan pesakit luar adalah mencukupi dan menolak mengeluarkan GL. Inilah yang berlaku dalam kes Datok Jamal Yunos yang viral baru-baru ini, ianya salah faham daripada laporan doktor pertama yang memohon GL menyebabkan permohonan ditolak.

Bagi rawatan pesakit luar akibat kemalangan, pelanggan perlu membayar dulu kos rawatan dan dituntut kemudian daripada pihak syarikat takaful.

Secara umum, tempoh menunggu untuk kad perubatan adalah 30 hari daripada tarikh mula polisi. Tempoh menunggu bermaksud sebarang penyakit yang dikesan dalam tempoh ini dianggap sebagai penyakit sedia ada, dan tidak dilindungi.

Selepas 30 hari, jika menghidap penyakit ‘biasa’ seperti demam wabak denggi atau keracunan makanan, pihak syarikat biasanya akan mengeluarkan GL dengan mudah.

Namum ada beberapa penyakit tertentu yang memerlukan tempoh menunggu selama 120 hari (4 bulan). Antaranya tekanan darah tinggi, kencing manis, jantung, berkaitan kanser, tulang belakang (termasuk disk), lutut dan lain-lain (rujuk polisi bawah definisi ‘specified illnesses’). Jika penyakit-penyakit di atas dikesan di dalam tempoh menunggu 120 hari, ianya dianggap sebagai penyakit sedia ada dan tidak dilindungi.

Adakah selepas habis tempoh menunggu, GL akan keluar secara automatik dalam semua kes? Tidak juga. Katakan pada bulan ke-8, pelanggan dikesan menghidap kencing manis. Kebiasaannya pihak syarikat akan menjalankan penyiasatan untuk menentukan jika penyakit sebenarnya bermula sejak dalam tempoh menunggu atau selepas tempoh menunggu tamat. Sebab itu, GL juga tidak dikeluarkan untuk siasatan dijalankan.

tempoh-menunggu

Di antara kaedah siasatan termasuklah (a) laporan doktor merawat, jadi pesakit mesti memberi tarikh yang betul semasa ditanya oleh doktor bila mula sakit, sebab laporan doktor kepada pihak syarikat takaful menentukan perlindungan diberikan atau sebaliknya; dan (b) pihak syarikat juga akan membuat semakan dengan hospital-hospital panel syarikat dan hospital kerajaan berdekatan untuk memastikan pelanggan tidak pernah membuat rawatan yang sama sebelum ini.

Jika hasil siasatan mengesahkan penyakit hanya dikesan selepas tempoh menunggu tamat, pihak syarikat akan membayar balik sepenuhnya kos rawatan (tertakluk kepada caj ko-takaful jika ada).

Sebagai nota tambahan, jika penyakit yang sama berulang di masa hadapan selepas siasatan mengesahkan ianya dikesan selepas tempoh menunggu, pihak syarikat tidak lagi meminta siasatan yang sama, jadi GL akan dikeluarkan dengan lancar.

Berapa lama pihak syarikat berhak meminta siasatan dijalankan untuk pengesahan status bukan penyakit sedia ada? Dalam tempoh 2 TAHUN. Di dalam polisi dinyatakan dengan jelas, pihak syarikat akan menerima semua terma di dalam polisi (termasuk tiada penyakit sedia ada) selepas tempoh 2 tahun selesai. Jadi GL akan dikeluarkan dengan mudah dan lancar bila mana laporan doktor semasa permohonan GL mengesahkan keperluan rawatan di hospital.

Fahami tempoh-tempoh di atas dengan jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada agen masing-masing. Ini mungkin boleh mengelakkan masalah timbul akibat kekeliruan dan salah faham.

Pentingnya Pastikan takaful anda “inforce” Lebih-lebih lagi  jika pernah guna manfaat tersebut

Assalamulaikum….

Tersebutla kisah…. satu cerita….yang menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tiada berguna…. (Baca dalam nada bersyair) saja jer…

Ni nak share sikit, semoga menjadi pengajaran kepada semua. Memang ni yang di praktikkan oleh semua takaful operator di Malaysia.

Sahabat ni dah bagus dah ambik takful untuk anak beliau, bukan tu sahaja malah dalam masa setahun sahaja dah pernah gunakan manfaat tersebut lebih 3 kali semuanya di cover oleh Great Eastern Takaful Berhad.

Walaupun dah guna 3 kali sahabat ni kata nk stop sebab wife dia punya tempat kerja baru ada cover perubatan untuk anak beliau. Puasla saya pujuk sebab sayang kalau di stop manfaat yang dah di cover sebelum ni akan ada pengecualian. Tapi sahabat kita ni berkeras nak stop juga.. Takperla tu hak diakan…

Nak di jadikan cerita wife dia tak kerja lama kat situ dan bertukar kerja lain. Malangnya syarikat baru pula takder cover perubatan untuk anak dan cover hanya untuk staf.

Apa lagi call saya balik sebab nak sambung semula takaful beliau. Sebab tahu anak sering masuk hospital.. Saya tolong boleh apa2 keputusan bergantung pada Great Eastern Takaful Berhad..


Alhamdulillah permohonan untuk menghidupkan balik polisi di terima oleh Great Eastern Takaful Berhad tapi bersyarat. Den dah koba ekow doge……

So kawan kawan renungkanla…..

Rosazaman Sarifdin

Group Manager

019-2699436

Blog menemukan kami.. Terima kasih kerana berurusan dengan saya

Assalamualikum..

Bukan suka pelanggan sakit tapi bersyukur dapat membantu meringnkan masalah mereka.

Semalam dah hari ini punya cerita, semu insan ini datangnya dari blog http://www.razmanget.com
1. Semalam pelanggan dari johor seorang executive, admit sebab batu karang

2. Hari ni Claim rawatan susulan pelanggan dari portdickson seorang pensyarah, bil warded sebelum ini hampir RM 20k akibat hidung berdarah – sinus
3. Pelanggan dari klang seorang juruteknik IT, admit akibat acl
Alhamdulillah alam maya menemukan kami.
Pada yang berminat untuk mengetahui tentang plan dari Great Eastern Takaful bolehlah melawati laman blog saya.
#annurthegreatagency

#razmanget

#milliondollarunit

#championunit2015companywide

Perunding dengn cerita-cerita seramnya

Sy pernah mendengar ada yg mengatakan kami perunding takaful suka ugut dengan cerita2 musibah..seolah mendoakan pulak tuk musibah tu datang semata mata nk ajak join takaful..
🤔🤔🤔

Maaf ye..kami sebagai perunding takaful tidak sekali-kali memaksa. Keputusan di tangan anda. Musibah tersebut adalah hakikat yg berlaku di sekelliling kita. Ia datang tanpa diduga..tiada signal. Pernah dengarkan kemalangan yg berlaku disebabkan pengguna jln raya lain yg biadap sedang kita memandu sudah cukup berhemat ketika itu? 
Renungkan…
🤔🤔Berapa ramai di luar sana yg mengharapkan syarikat takaful menerima permohonan mereka sejurus di diagnosis penyakit tertentu yg memerlukan rawatan yg pantas dan belanja yg banyak?
🤔🤔Berapa ramai ibu tunggal & anak2 yatim dpt menjalani kehidupan yg lebih baik setelah ketiadaan suami hanya kerana hadiah (pampasan) yg diterima hasil dr ingatan dan kasih sayang suami yg menyumbang di takaful semasa hayatnya?
🤔🤔Berapa ramai pasangan/ibu bapa yg bersyukur kerana dapat menunaikan badal haji dan menyelesaikan hutang piutang si mati yg telah pergi tanpa menggunakan simpanan mereka hanya kerana si mati adalah ahli takaful semasa hayatnya.
Inilah tugas kami….memberi kesedaran tuk ummah untuk bertakaful…manfaatnya pasti kembali kepada anda/waris anda!
Nota kaki perunding Takaful

————-❣————-

>>> pampasan yg diterima waris adalah hibah (hadiah) yg mana ia terus diperolehi tanpa perlu menunggu proses spt faraid dan wasiat<<<

Rosazaman Sarifdin

Group Manager

Great Eastern Takaful Berhad

0192699436Perunding Takaful Keluarga Anda


#annurthegreatagency
#quotationpercuma

http://www.razmanget.com/i-free-quotation/

Badal haji Tipu???

Assalamualaikum..

Tergempar dengan berita terbaru berkenaan badal haji. Ramai yang mahukan yang terbaik untuk arwah tetapi lain pula jadinya. Apakomen anda?

badal6badal5badal4badal2

Ramai yang masih tak tahu sebenarnya. Takaful menyediakan Plan yang beserta badal haji yang mana urusan di lakukan oleh tabung haji travel.

Oleh itu jangan anda menjadi mangsa.

Hubungi kami untuk pendaftaran

Johor
Sahar Sarif 011-17652722/ Masrinie Salim 012-7499436 / Solehah Jumaat 013-7237626

Kuala Lumpur
Siti Norkamalia Binti Khalil 014-5168642/ Nur Hayati 012-6224457

Selangor
Sahir Get , Sahir Sarifdin 012-2770302

Terengganu
Amirul Faizal Ahmad 013-2224762

Pahang
Naz Ain Zul 014-5357305 / Nurmayani Abdul Ghani 017-9556796

Melaka
Khairul Mohamed 017-3246025 / Naz Daud 017-2911334 / Saiful Fadzli 019-6611565

Perak
Roslee S Din 017-5737890(wassap)/0165567006

Sekian
Rosazaman Sarifdin (0192699436)
Group Agency Manager
Great Eastern Takaful Berhad