Jadilah Agen Yang Bijak Dalam Memberikan Pendapat.

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ini sedih melihat posting segelintir agen takaful yang dok kondem kondem produk dari syarikat takaful lain. Bukanlah nak cakap yang kita ni pandai. bezaTetapi sedih membaca hujah yang diberikan. Antaranya yang dok kondem mengenai plan medical card beserta perlaburan (ILP) yang merugikan peserta. Dalam takaful ini tiada yang salah atau tiada yang betul. Tetapi sebaiknya hujah yang diberikan hendaklah berasas dan mempunyai alasan yang konkrit untuk digunapakai.

Jadi saya rasa terpanggil untuk berkongsi perbezaan antara 2 plan ni iaitu plan medical card stand alone dengan plan medical card beserta pelaburan. Saya tidak mahu membandingkan dengan produk dari syarikat lain tetapi saya membuat perbandingan antara dua produk dari GETB sendiri.  

Anda boleh membuat penilaian sendiri mana satu yang terbaik untuk anda. Kedua-dua plan ini saya menggunakan manfaat bilik yang sama.

damai2

Gambar di atas ini adalah plan medical beserta pelaburan. Kawasan yang bertanda merah itu adalah cas tabar’ru yang dikenakan setiap bulan. Antara keistimewaan plan ini bayaran anda setiap tahun sama sahaja RM1800 (rujuk A). Dalam masa 30 tahun jumlah sumbangan yang telah anda lakukan sebanyak RM54,000 (1,800×30).  Plan ini juga saya terpaksa masukkan manfaat pampasan kematian/lumpuh yang paling minimum iaitu RM12,000 (so dah kira xtra manfaat kita dapat), free khairat kematian RM2,000 dan yang lebih bagusnya tak kiralah anda ada buat tuntutan medical card atau pun tidak anda mempunyai nilai tunai sebanyak RM45,188 (rujuk kitak biru). Jadi boleh saya katakan jumlah yang anda sumbang untuk 30 tahun seolah-olah RM9,000 sahaja… BIJAk ker tak tu..????

medimaxIni pula illustrasi untuk plan medical card stand alone. Untuk plan ini jumlah sumbangan tahunan anda tidak sama, ianya mengikut peningkatan usia anda. semakin berusia semakan mahal. Untuk plan ini, suka atau tidak dalam masa 30 tahun jumlah sumbangan yang telah anda buat sebanyak RM48,780.45 dan bayaran ini hangus.. Ya hangus kerana plan ini tiada nilai tunai dan ianya murah di permulaan sahaja. Ini kerana semakin berusia semakin mahal sumbangannya (lihat contribution paid, basic plan).

Sungguhpun begitu setiap plan ni ada kelebihan dan kelemahannya sendiri. Pilihan di tangan anda berdasarkan bajet kewangan anda.  Namun plan yang terbaik adalah plan yang mengikut keperluan anda.

Harapan saya moga ejen di luar sana perlu lebih  telus menyampaikan maklumat dan bijak membuat perbandingan antara produk. Perbandingan terbaik adalah epal dengan epal. 

Untuk keterangan lanjut boleh terus hubungi saya atau inginkan quotation terbaik untuk anda sila lengkapkan borang di bawah.

salam sayang

razman

buatkan saya quotation

Advertisements
This entry was posted in Malang tak berbau, pentingnya Takaful and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s