Kenapa pentingnya Had Tahunan kad berubatan BESAR..

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan kenapa pentingnya memiliki had tahunan yang banyak. Ramai orang yang saya jumpa kata RM100,000 dah cukup besar. Mungkin jumlah itu relevent untuk 15 tahun lepas dan bukan untuk masa kini.

Masih segar di ingatan pada 3 tahun lepas, semasa berjumpa dengan bakal pelanggan (seorang Dr Pakar Mata). Dia meminta untuk kad perubatan keluarganya mempunyai had tahunan yang besar. Menurut beliau sekurang kurangnya RM300,000 ke RM500,000 setahun. Ini kerana, apa yang di risaukan adalah apabila rawatan yang melibatkan kanser. Kos rawatan boleh mengjangkau ke RM400,000 setahun.

Berikut merupakan salah satu contoh kos rawatan yang melibatkan kaser yang telah di bayar oleh Great Eastern pada 29/2/2021 untuk sekali kemasukan sehingga RM208,377.74

Rawatan selama 22 hari menelan belanja melebihi RM200k. Bukan itu sahaja. untuk pengetahuan semua total kos yang telah digunakan dalam masa 8 bulan sudah melebihi RM600,000.00

Jadi nasihat saya, baik kita cek kembali had tahunan kad perubatan kita sebelum apa apa terjadi. INGAT jangan fikir cukuplah sekadar ada sahaja. Nanti menyesal kemudian hari tidak berguna.

Bolehla kongsikan kepada kawan kawan jika anda rasa info ini sangat berguna..

Rosazaman Sarifdin

0192699436

GL Decline Kepada Issue

Copy dari FB pelanggan

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Selesai operation jam 10 lebih semalam. Ni baru sedar. Masuk wad kecemasan jam 3 petang 3 feb 2021. Terpaksa melalui pelbagai proses saringan untuk covid 19. Dalam pukul 8 malam baru di masukkan ke Diamond Ward. Mmg wad dia cantik giler siap ada working table lagi dah mcm bilik hotel plak. Start pukul 2 pagi aku kena puasa sbb esoknya nak kena operate.

Tapi pukul 6 pagi dapat call dari bahagian admission mengatakan bahawa GL aku declined. So kalau aku nak teruskan dengan operation aku kena bayar anggaran 9k-12k utk kos operation sahaja. Kalau aku pilih untuk discharge n pergi hospital kerajaan aku still kena bayar dalam 2k lebih utk bilik n ubat yg doc dah bagi. Masa tu aku call agent aku dato Rosazaman Sarifdin dan dia mmg dah tau awal GL aku declined. Aku mmg dah risau tapi agent aku ni cuba tenangkan aku n cakap maintain jer kat kpj dan dia akan uruskan GL tu.

So 4hb feb 2021 pagi tu aku x boleh nak proceed dengan operation. Doc yg nak operate aku pun bgtau aku dia akan buatkan referral letter utk aku pergi hospital kerajaan. Aku ckp dengan doc yg agent aku tengah uruskan pasal GL tu dan aku mintak doc utk reprocess semula. Doc pun ckp once dah declined mmg susah nak approve. Tapi aku percaya dengan agent aku dan alhamdulillah dalam pukul 1 petang agent aku call bgtau GL approved. Lepas tu kpj pun call bgtau benda yg sama. Dalam pukul 3.30 petang aku nak di masukkan ke bilik operation tapi aku bgtau nurse yg aku x puasa lagi. Sbb masa GL declined pagi tu doc dah suruh aku makan so aku makan ler. Terpaksa ler aku puasa semula jam 4 petang dan jam 9 malam baru di masukkan ke bilik bedah.

Jam 10 lebih operation selesai tapi aku tertido sampailah aku tersedar jam 2 pagi tadi. Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat dan juga agent aku dato Rosazaman Sarifdin sebab beliau yg berusaha bersungguh2 sehingga GL aku approved. Mmg aku x salah pilih agent. Dato mmg yg terbaik. Mmg ramai agent yg bagus kat luar sana tapi agent mcm dato hanyalah dato sorang jer.

Utk sahabat2 yg mengenali diri saya, yg duduk sekitar pasir gudang, yg duduk dalam area johor, yg duduk luar johor, yg belum ada polisi insuran saya sangat2 merekemenkan sahabat saya ni sebagai agent insurans korang. Korang x akan kenal dia kalau korang belum beli polisi dengan dia. Mungkin ramai agent insurans yg bagus kat luar sana tapi agent mcm sahabat saya ni 1 dalam sejuta. Di saat org lain dah putus asa tapi dia masih lagi berusaha utk memberikan servis dia yg terbaik utk memastikan klien dia dapat apa yg sepatutnya klien dia dapat. Korang boleh hubungi beliau di no +60192699436 utk khidmat nasihat mengenai insurans secara percuma atau kalau korang segan boleh call aku dan aku boleh kenalkan korang dengan insan yg hebat ini. Dia seorang yg humble, sangat baik dan jujur. In shaa Allah korang x akan menyesal.

Tapi korang akan menyesal bila terpaksa di masukkan ke hospital dan x ada medical card. Masa tu barulah kita sedar betapa pentingnya medical card ni. Masa GL aku declined doc pun ada tanya aku medical card company ada x. Saya dah x keje doc so xder. Jadi bagi yg bekerja tu dan hanya mengharapkan medical card co sahaja nasihat saya amiklah medical card personal juga utk diri sendiri. X perlu nak amik yg mahal apa yg penting ada. Skrg dah byk pilihan pelan medical card yg murah x seperti 10-15 tahun yg lepas. Ingatlah pepatah melayu lama “Malang Tidak Berbau” dan “Sediakan Payung Sebelum Hujan”..

Nota: Gambar sebelum di bedah

May be an image of furniture and indoor
May be an image of furniture, indoor and text that says 'ചህ S HUAWEI P30 Pro LEICA QUAD CAMERA'May be an image of indoor and text that says 'FA HUAWEI P30 Pro LEICA QUAD CAMERA'May be an image of 1 person and hospital

Kisah penjual goreng pisang..

Assalamualaikum…

Hari ini saya ingin kongsikan Satu kisah yang mana kita boleh jadikan teladan kepada kita semua. Adakalanya kita memandang sinis pada orang yang berada di sekeliling kita sedihnya kita tidak pula mencerminkan diri kita..

Ini kisah seorang penjual goreng pisang, Abu (bukan nama sebenar). Memulakan perniagaan pada 2013. Perniagaan ini dibuka disebabkan beliau dan isteri diberhentikan kerja kerana majikannya bertukar pusat operasi ke negara jiran bagi mengurangkan kos.

Dengan 3 orang anak yang semakin membesar dan kesusahan mencari perkerjaan baru beliau tiada pilihan. Memang perasaan malu itu menebal pada dirinya. Tapi apa kan daya hidup mesti diteruskan..

5 tahun berlalu begitu cepat. Perniagannya alhamdulillah ok. Pada awal tahun ini Allah telah mengambil Abu buat selamanya. Beliau terlibat dengan kemalangan dan telah meninggal di tempat kejadian..

Yang hidup pasti mati, cuma waktunya bila tidak pasti. Alhamdulillah Abu ada menyertai takaful. Siapa sangka beliau telah meninggalkan hibah hampir RM1juta untuk isteri dan ke3 orang anaknya..

Apa point penting yang saya nak sampaikan kat sini. Kadang kadang yang kerja bagus bagus, nak buat hibah untuk isteri dan anak anak pun berkira… kalu takut nak bagi isteri ko buat untuk anak ko kot..

Fikir fikirkan la ya..

P/s: dari kisah asal

razman

buatkan saya quotation

Mengapa perlu Takaful

Assalamualaikum,

Mengapa kita perlu memiliki takaful? satu persoalan yang sering berlegar di fikiran..

Konsep yang sama juga sebenarnya takaful ini jika kita ingin bandingkan dengan gambar di bawah ini.

31673983_10214333911079549_3149011339289034752_n Bersedia pasa sebarang kemungkinan bukanlah beerti kita inginkan musibah tersebut berlaku kepada kita. Tetapi sekurang kurangnya kesan dari musibah tersebut tidak memberikan impak yang teruk kepada kita.

jadi renungkan..

razman

buatkan saya quotation

Pentingnya manfaat Comprehensive Accident

Assalamualaikum,

Hari ini ini kita sering melihat lambakan motosikal berkuasa besar, mungkin anda salah seorang daripada pemiliknya.. Bukan nak kata naik motosikal berkuasa besar ini kurang risikonya. Risiko tetap ada di mana sahaja.. Cuma apa yang saya ingin kongsikan dengan anda hari ini adalah tentang salah satu manfaat yang ada di plan Great Eastern Takaful Berhad iaitu Comprehensive Accident benefit Xtra (CABX). Klik sini untu ketahui Manfaatnya 


Saya sendiri sebagai agen turun mengambil manfaat ini dan jumlah coverage yang saya ambil sebanyak RM300,000. (Dua sijil RM100,000 dan RM200,000) ini kerana memandang kepada risiko yang saya sering memandu/menunggang motosikal. Bukan ambil untukminta kena tapi sebagai langkah persediaan..

img_9171-1

saya telah terlibat dengan kemalangan Motosikal pada 2/4/2017 dan mengakibatkan tangan kiri saya patah. akibat dari kemalangan itu saya telah di berikan rawatan di hospital swasta dengan kos rawatan berjumlah hampir RM30,000. Selain dari itu juga saya di berikan cuti sakit selama 2 bulan 3 mingu (84 hari)


Dalam tidak boleh kerja saya masih memperolehi pendapatan sebagai ganti RM27,000 untuk 84 hari. Jadi saya sangat sangat mensarankan penunggan motosikal berkuasa besar khususnya untuk mengambil plan ini.

Untuk keterangan lanjut anda boleh terus menghubungi saya

Rosazaman bin Sarifdin 0192699436.

razman

buatkan saya quotation

Kenaikan harga caruman #gosipliar

Assalamualaikum..

Orang kata, orangla yang kata caruman murah terbaik. Tapi kalau kejap naik carumannya, kejap naik carumannya mahu naik juga darahnya kan..


Gambar di berikan oleh salah seorang sahabat yang merupakan agent dari syarikat tersebut, cakap pening dengan masalah baru ini. Banyak pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kenaikan caruman tersebut.  Yang dah pernah menggunakan manfaat dari syarikat tersebut akibat penyakit dah tak boleh nak berbuat apa apala. Terpaksa akur..

Beliau bertanyakan adakah di GETB mengalami masalah yang sama. Saya cuma huhuhu kan aja.

Apa yang di ingin saya simpulkan disini. Rata rata orang hanya melihat permasalahan itu hanya untuk hari ini bukan untuk masa hadapan. Jadi mereka tidak memperdulikan apa yang bakal berlaku di masa akan datang. Kesannya jadi macam ini la..

Jadi renung renungkan…

razman

buatkan saya quotation

Perlindungan tinggi dan fleksibel dengan i-Great Mega

Great Eastern Takaful

MENJALANI kehidupan dan menghabiskan usia yang masih berbaki dengan penuh ketenangan menjadi impian setiap insan.

Apabila segala yang diingini sudah dimiliki, keperluan dan tanggungjawab untuk orang tersayang telah dipenuhi, hari-hari yang dilalui akan lebih bererti.

Nikmat yang dikecap ini amat bermakna kerana bukan semua orang mendapat peluang serupa.

Demi memastikan keselesaan dan kelangsungan hidup tidak terjejas sekiranya berlaku kejadian yang tidak diduga, anda perlu mengambil pelan perlindungan takaful untuk diri sendiri dan keluarga.

Mempunyai pelan perlindungan takaful juga akan dapat memastikan komitmen bernilai tinggi anda seperti pembiayaan rumah, kereta dan aset-aset lain dapat diteruskan.

Dalam masa yang sama anda masih dapat mengekalkan gaya hidup seperti sedia kala.

i-Great Mega ialah Pelan Takaful Keluarga berkaitan pelaburan dengan caruman berkala yang terhad yang menyediakan perlindungan selama 30 tahun.

Ianya juga memberikan manfaat kewangan apabila berlaku kematian atau hilang upaya penuh dan Kekal (HUPK) kepada orang yang dilindungi.

Tempoh bayaran caruman bergantung pada dua pilihan iaitu pelan pembayaran 10 tahun dan pelan pembayaran 20 tahun.

Jumlah perlindungan asas pelan ini bermula daripada RM500,000 dan anda layak menerima manfaat kesetiaan sehingga 40% pada akhir setiap tahun kelima pembayaran sijil.

Dengan i-Great Mega, sebarang lebihan pengunderaitan daripada Dana Tabarru’, setelah melakukan penyelarasan yang sesuai untuk tujuan kecemasan, akan dikongsi antara semua peserta dan pengendali Takaful dengan nisbah 50:50.

Bahagian peserta daripada lebihan tersebut akan dikreditkan semula ke dalam Akaun Unit Perserta (PUA) supaya anda mendapat lebih pulangan apabila sijil anda matang.

Anda boleh memilih daripada pelbagai dana yang diuruskan secara profesional dan tentukan kombinasi yang paling sesuai untuk anda.

Dana-dana itu ialah Dana i-Makmur, Dana i-Mekar dan Dana i-Majmuk.

Dana i-Makmur melabur dalam sekuriti pendapatan tetap Islam, contohnya sukuk kerajaan dan korporat serta deposit Islam. Bagi Dana i-Mekar, 80% hingga 100% pelaburan adalah dalam ekuiti berlandaskan Syariah yang mudah ubah dalam jangka pendek.

Dana i-Majmuk pula dilaburkan dalam campuran ekuiti berlandaskan Syariah, sekuriti pendapatan tetap Islam dan deposit Islam.

Manfaat yang diterima melalui pelan i-Great Mega tidak dikenakan cukai dan caruman yang dibayar mungkin layak mendapat pelepasan cukai. Pelan i-Great Mega ini terbuka bagi mereka yang berumur 19 tahun sehingga 60 tahun.

Pelan i-Great Mega turut menawarkan khidmat tambahan badal haji sekiranya peserta meninggal dunia.

Kewajipan haji peserta akan ditunaikan oleh badan atau organisasi yang berkaitan.

Bagi menikmati khidmat tambahan ini, peserta harus mengisi Borang Perkhidmatan Badal Haji.

Bagaimanapun, jumlah Perlindungan Asas mestilah mencukupi untuk pemotongan bagi perkhidmatan ini.

Sekiranya peserta meninggal dunia, jumlah daripada Manfaat Kematian yang telah dipersetujui oleh peserta akan disalurkan kepada badan wakaf yang dilantik oleh Great Eastern Takaful.

Khidmat ini ialah pilihan tambahan dan peserta bolehlah mengisi borang perkhidmatan wakaf untuk mendapatkan khidmat ini.

Senario ringkas i-Great Mega

Kamarul berumur 35 tahun dan telah mencarum dalam pelan i-Great Mega sejak 18/10/2016.

Beliau memilih tempoh bayaran caruman untuk 20 tahun dan memilih Dana i-Majmuk sebagai dana pelaburan pelannya.

Setiap bulan, Kamarul membayar caruman sebanyak RM300 untuk jumlah perlindungan bernilai RM500,000.

Pada 17/10/2021, beliau akan layak untuk mendapatkan manfaat kesetiaan sebanyak 5%.

Dia meneruskan pelan i-Great Mega ini sehingga tahun kedua puluh di mana beliau menerima manfaat kesetiaan yang selanjutnya pada akhir tahun ke-10, ke-15 dan ke-20 dan menikmati perlindungan untuk sepuluh tahun yang berikutnya. Beliau juga akan menerima manfaat matang apabila sijilnya matang pada tahun ke-30.

Dapatkan quotation percuma anda sekarang.

Rosazaman Sarifdin
Group Agency Manager
019-2699436
Champion Unit 2015

buatkan saya quotation

cropped-award4.jpg

Kesihatan Anak Jangan Ambil Remeh….

Assalamualikum….

Sekadar perkongsian semoga ianya menjadi pengajaran untuk kita semua…

Kisah ini saya rasa harus saya kongsikan kerana tidak mahu masalah yang sama berulang kembali..

Anak kepada seorang pelanggan telah jatuh pada bulan lepas, malangnya ibu beliau tidak mahu membawanya ke hospital kerana menyangkakan anaknya jatuh biasa sahaja walau terdapat kesan lebam pada kepala anaknya. Masa ini saya teringat kes yang sama berlaku kepada anak saya setelah muntah2 sebanyak 3 kali saya terus membawanya ke hospital pakar menggunakan kad perubatan great eastern takaful. Alhamdulillah tiada apa2 yang berlaku kepada anak saya.

Berbalik kepada cerita asal, setelah di desak barulah si ibu nak bawa anaknya ke hospital. Itupun setelah melihat keadaan anaknya semakin lemah…

Sampai kat hospital terkejut besar kerana terdapat pendarahan pada kepala anaknya dan hampir membeku. Nasib baik kami cepat bertindak, kalau tidak saya tak tahu nak cakap apa.

Sampai kat hospital anaknya terus dikejarkan ke bilik ICU pembedahan segera perlu dilakukan.. Rasa bersyukur sekali lagi kerana anaknya dapat diselamatkan dan bertambah syukur apabila kos perubatan di tanggung oleh great eastern takaful.


Siapa sangka selama 6 hari bil berjumlah Rm31,000. Rasanya jika keadaan seperti ini tiada kad perubatan pun kita sanggup cari RM31,000 demi menyelamatkan anak kesayangan kita… Betul tak???

Tapi yang bijak akan bermula menabung dari sekarang sebelum musibah menghampiri kita….

Nasihat saya jangan bertangguh tentang kesihatan anak dan jangan bertangguh untuk mula menyimpan sekarang…

Renung renungkan….

Blog menemukan kami.. Terima kasih kerana berurusan dengan saya

Assalamualikum..

Bukan suka pelanggan sakit tapi bersyukur dapat membantu meringnkan masalah mereka.

Semalam dah hari ini punya cerita, semu insan ini datangnya dari blog http://www.razmanget.com
1. Semalam pelanggan dari johor seorang executive, admit sebab batu karang

2. Hari ni Claim rawatan susulan pelanggan dari portdickson seorang pensyarah, bil warded sebelum ini hampir RM 20k akibat hidung berdarah – sinus
3. Pelanggan dari klang seorang juruteknik IT, admit akibat acl
Alhamdulillah alam maya menemukan kami.
Pada yang berminat untuk mengetahui tentang plan dari Great Eastern Takaful bolehlah melawati laman blog saya.
#annurthegreatagency

#razmanget

#milliondollarunit

#championunit2015companywide

Kenapa anda harus memiliki takaful?

Assalamualaikum semua.
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang kenapa anda perlu memiliki takaful.
Rata rata orang yang saya jumpa di luar sana masih kurang paham kepentingan takaful ini. Malah ada satu ketika tu (kisah seorang guru yang patah kaki) yang guling guling nak ambil takaful selepas di timpa musibah. Yang mana beliau sedia maklum kos rawatan yang di perlukan menelan belanja hampir RM20,000 dan terpaksa mengeluarkan duit poket.

Kini beliau dah keluar dan beransur pulih. Bila ditanya adakah mahu ambil takaful setelah musibah itu jawapannya masih sama. Tak mahu ambil.. mungkin ingin tunggu lagi sekali musibah menimpa baru nak ambil kot.. entahlah…

image

Keretan akhbar ini mungkin kita jadikan ia sebagai iktibar kepada kita semua. Bila sudah sakit berkemungkinan kita juga boleh kehilangan pekerjaan. Tetapi apakah persediaan kita? Siapa pula yang ingin kita persalahkan?

Sikap manusia suka menyalahkan orang lain.. sebagai contoh
Katakanla kita terlibat dengan kemalangan. Si A telah melanggar kita dan menyebabkan kita mengalami hilang upaya kekal. Berapakah tuntutan yang kita ingin buat dengan si A atas musibah itu? 10k, 50k, 100k, 500k, 1j?

Tetapi..

Bagaimana pula jika kita sendiri yang cuai mengakibatkan kita terlibat dengan kemalangan dan berlaku hilang upaya kepada kita. Kepada siapa yang ingin buat tuntutan? Cer cita cer cita…

Jadi jangan menyalahkan orang lain jika anda sendiri tidak beringat menyimpan dari sekarang..

Jadi bukalah akaun takaful anda sekarang bersama saya di Great Eastern Takaful Berhad.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

awass!!! Had tahunan medical card itu penting…

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda betapa pentingnya had tahunan yang ada pada medical card anda. Ramai yang tak ambil endah perkara ini, bagi saya ianya tersangatlah penting.

Hari ini nilai RM 30,000, RM 50,000 bahkan RM 100,000 tidaklah besar jika di bandingkan dengan kos rawatan yang semakin meningkat saban hari..

Pernahkah anda terfikir, apa akan terjadi sekiranga kos rawatan anda melebihi daripada had tahunan medical anda??

kalau kata kena penyakit itu boleh terima la. jangan ingat kos rawatan akibat kemalangan tidak tinggi ya..

Berikut adalah prkongsian daripada seorang sahabat saudara Nordin Sajak

nordin sajakkos rawatan mencecah RM53k, akibat kemalangan…( macam tak logik jer) tetapi itulah hakikatnya..

Jadi saya menasihatkan anda untuk menambah plan anda kepada had tahunan yang lebih tinggi daripada sekarang atau mencari plan yang kalis inflasi seperti yang ada di Great Eastern Takaful Berhad. yang pastinya nyata berbeza dari yang lain.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

award

Mulianya kerjaya takaful..

Assalamualaikum semua..
Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda tentang indahnya kerjaya ini. Ramai yang sedia maklum cabaran yang paling kuat berkerjaya seperti ini adalah kehilangan kawan-kawan. Biasala bila nampak agent seperti nampak hantu, habis cabut lari…

Sebenarnya agent takaful bukanlah mahukan duit anda.  Malah anda boleh nampak sebenarnya jika agent tersebut berorentasikan komisen atau benar ingin membantu anda.

Perkara paling bahagia bagi seorang agent adalah apabila dapat membantu meringankan beban pelangannya. Saya percaya rakan masa senang untuk di cari. Manakala rakan akan hilang masa kita di timpa musibah.

Bukan ucapan terima kasih yang kami pinta tetapi saya bahagia dapat meringankan beban mereka.

image

Berikut contoh penyerahan 2 cek bernilai rm100,00 dan rm32,000 yang baru diserahkan kepada pelangan yang mengidap kenser. Selain daripada pampasan penyakit kritikal yang diperolehi plan takaful beliau turut menjadi percuma..

Jumlah ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban yang ditanggung oleh pelangan ini..

Nasihat saya. Takaful itu harus dimiliki..

Untuk keretangan lanjut berkenaan plan takaful great eastern anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
award

Claim GETB cepat dan pantas.

Assalamualaikum..
Ramai yang bertanya dengan saya bagaimana servis getb dalam bab urusan tuntutan. Jawapan saya mudah dan pantas jika semua dokument lengkap.

Masalah yang biasa berlaku adalah disebabkan kekurangan dokument penting untuk urusan tuntutan. Jadi kerjasama dari pelanggan juga sangat penting.

image

Gambar di atas adalah tuntutan yang saya buat pada tahun lepas. Pelanggan masuk ke hospital kerajaan. Proses untuk mendapatkan medical report di hospital kerajaan mengambil masa hampir 3 bulan. Setelah medical report dapat saya terus membuat tuntutan. Alhamdulillah claim lulus dalam masa 1 hari sahaja.

image

Berikut juga contoh tuntutan claim yang saya lakukan juga mengambil masa 1 hari sahaja untuk lulus.. dengan ini terbukti urusan tuntutan getb cepat dan pantas.

image

image

Apa yang anda ragukan lagi dengan getb? Lebih-lebih lagi berkenaan urusan tuntutan..

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
award