Hari ini saya ingin kongsikan kenapa pentingnya memiliki had tahunan yang banyak. Ramai orang yang saya jumpa kata RM100,000 dah cukup besar. Mungkin jumlah itu relevent untuk 15 tahun lepas dan bukan untuk masa kini.
Masih segar di ingatan pada 3 tahun lepas, semasa berjumpa dengan bakal pelanggan (seorang Dr Pakar Mata). Dia meminta untuk kad perubatan keluarganya mempunyai had tahunan yang besar. Menurut beliau sekurang kurangnya RM300,000 ke RM500,000 setahun. Ini kerana, apa yang di risaukan adalah apabila rawatan yang melibatkan kanser. Kos rawatan boleh mengjangkau ke RM400,000 setahun.
Berikut merupakan salah satu contoh kos rawatan yang melibatkan kaser yang telah di bayar oleh Great Eastern pada 29/2/2021 untuk sekali kemasukan sehingga RM208,377.74
Rawatan selama 22 hari menelan belanja melebihi RM200k. Bukan itu sahaja. untuk pengetahuan semua total kos yang telah digunakan dalam masa 8 bulan sudah melebihi RM600,000.00
Jadi nasihat saya, baik kita cek kembali had tahunan kad perubatan kita sebelum apa apa terjadi. INGAT jangan fikir cukuplah sekadar ada sahaja. Nanti menyesal kemudian hari tidak berguna.
Bolehla kongsikan kepada kawan kawan jika anda rasa info ini sangat berguna..
Alhamdulillah.. Selesai operation jam 10 lebih semalam. Ni baru sedar. Masuk wad kecemasan jam 3 petang 3 feb 2021. Terpaksa melalui pelbagai proses saringan untuk covid 19. Dalam pukul 8 malam baru di masukkan ke Diamond Ward. Mmg wad dia cantik giler siap ada working table lagi dah mcm bilik hotel plak. Start pukul 2 pagi aku kena puasa sbb esoknya nak kena operate.
Tapi pukul 6 pagi dapat call dari bahagian admission mengatakan bahawa GL aku declined. So kalau aku nak teruskan dengan operation aku kena bayar anggaran 9k-12k utk kos operation sahaja. Kalau aku pilih untuk discharge n pergi hospital kerajaan aku still kena bayar dalam 2k lebih utk bilik n ubat yg doc dah bagi. Masa tu aku call agent aku dato Rosazaman Sarifdin dan dia mmg dah tau awal GL aku declined. Aku mmg dah risau tapi agent aku ni cuba tenangkan aku n cakap maintain jer kat kpj dan dia akan uruskan GL tu.
So 4hb feb 2021 pagi tu aku x boleh nak proceed dengan operation. Doc yg nak operate aku pun bgtau aku dia akan buatkan referral letter utk aku pergi hospital kerajaan. Aku ckp dengan doc yg agent aku tengah uruskan pasal GL tu dan aku mintak doc utk reprocess semula. Doc pun ckp once dah declined mmg susah nak approve. Tapi aku percaya dengan agent aku dan alhamdulillah dalam pukul 1 petang agent aku call bgtau GL approved. Lepas tu kpj pun call bgtau benda yg sama. Dalam pukul 3.30 petang aku nak di masukkan ke bilik operation tapi aku bgtau nurse yg aku x puasa lagi. Sbb masa GL declined pagi tu doc dah suruh aku makan so aku makan ler. Terpaksa ler aku puasa semula jam 4 petang dan jam 9 malam baru di masukkan ke bilik bedah.
Jam 10 lebih operation selesai tapi aku tertido sampailah aku tersedar jam 2 pagi tadi. Aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat dan juga agent aku dato Rosazaman Sarifdin sebab beliau yg berusaha bersungguh2 sehingga GL aku approved. Mmg aku x salah pilih agent. Dato mmg yg terbaik. Mmg ramai agent yg bagus kat luar sana tapi agent mcm dato hanyalah dato sorang jer.
Utk sahabat2 yg mengenali diri saya, yg duduk sekitar pasir gudang, yg duduk dalam area johor, yg duduk luar johor, yg belum ada polisi insuran saya sangat2 merekemenkan sahabat saya ni sebagai agent insurans korang. Korang x akan kenal dia kalau korang belum beli polisi dengan dia. Mungkin ramai agent insurans yg bagus kat luar sana tapi agent mcm sahabat saya ni 1 dalam sejuta. Di saat org lain dah putus asa tapi dia masih lagi berusaha utk memberikan servis dia yg terbaik utk memastikan klien dia dapat apa yg sepatutnya klien dia dapat. Korang boleh hubungi beliau di no +60192699436 utk khidmat nasihat mengenai insurans secara percuma atau kalau korang segan boleh call aku dan aku boleh kenalkan korang dengan insan yg hebat ini. Dia seorang yg humble, sangat baik dan jujur. In shaa Allah korang x akan menyesal.
Tapi korang akan menyesal bila terpaksa di masukkan ke hospital dan x ada medical card. Masa tu barulah kita sedar betapa pentingnya medical card ni. Masa GL aku declined doc pun ada tanya aku medical card company ada x. Saya dah x keje doc so xder. Jadi bagi yg bekerja tu dan hanya mengharapkan medical card co sahaja nasihat saya amiklah medical card personal juga utk diri sendiri. X perlu nak amik yg mahal apa yg penting ada. Skrg dah byk pilihan pelan medical card yg murah x seperti 10-15 tahun yg lepas. Ingatlah pepatah melayu lama “Malang Tidak Berbau” dan “Sediakan Payung Sebelum Hujan”..
Gambar pada okt 2010, baru sampai Pasir Gudang dan sebelum join buat takaful. Asal ada kerja boleh dapat duit aku sebat jer.. aku ikut tuan Fauzi Ibrahim je sebab dia banyak lubang, maklumla kita orang baru kat sini. Dia pun masa tu dah suam2 buat insuran hihihi (sori boss).
Masa ni tengah jadi buruh binaan hahaha. angkat kayu untuk buat bim (rangka ) tangki air di Masjid Jalan Tasik, Sri Alam. Bukan tu sahaja, ada kalanya ikut wak Lamen p bakar satey untuk majlis yang dia dapat. Kadang kat kilang-kilang, ada masa kat rumah orang.
Kerja hakiki aku masa tu setiap jam 5-11 malam jual ayam goreng kat bahu jalan (dekat jalan tasik Sri Alam,depan rest toyyib). Kat tempat aku jual ayam ni la aku selalu lepak dengan bos Fauzi, yerla aku pun masa tu menumpang rumah bujang ( mat syam ) depan rumah dia. ( Masa ni mem Masrinie Salim masih di Puncak Alam, Selangor )
Satu perkara yang buat aku rasa sangat tertarik masa tu nak join buat insuran (masa tu la tak tahu beza dengan takaful) bila tengok komisen bos Fauzi maintain walau dah berbulan Aku kenal dia, tak pernah nampak dia pergi close (cari pelanggan) orang. Dengan kata lain dia servis pelanggan sediaada je. Kalau tak silap adalah sorang pelanggan dia close depan tempat aku meniaga,yang di rekmen oleh Ssahar Sarif (masa ni pelanggan Bos Fauzi).
Income dia yang maintain tu yang buat aku teruja.. dan aku cakap kalau buat betul betul pasti lagi masyuk… kalau nak tahu exam aku pun dia bayarkan… tq bos Fauzi… tanpa anda saya tak kenal industri ini…
Teman GM Masrinie Salim jumpa business partner .. tahun 2021 nak meroket kalahkan legasi 1 katanya..
Terbaik puan..
Tadi ada yang call tanya
“Betul ke masrinie akan naik GM.. orang lain siap nak demotekan (turunkan pangkat) pasangan tapi kenapa ko nak naikkan..”-Saya yakin Masrinie mampu melakukannya. Sementara saya ada nila masa yang terbaik dia boleh belajar banyak benda tentang selok belok pengurusan di GETB. Kan rugi kalau dia nak belajar selepas saya dah takder. Lagi satu di An Nur Group, kita tak pernah halang sesiapa sahaja untuk melangkah lebih jauh. Ini adalah matlamat kami. Kami janji kami kota.
“Tak gaduh ke nanti tak konflik ke nanti.. “-kalau gaduh malam peluk setel la. Hahaha. konflik ni tak kira pasangan atau tak, kalau nak jadi dia akan jadi juga. Apa yang penting bagaimana kita menguruskannya. Kalau konflik tak di urus pastinya suasana kerja jadi tak harmoni.“Konflik dengan orang luar takper, dengan pasangan yang tu yang masalah..”-Itulah masalah kita, Kalau kita tidak boleh nak berikan kepercayaan dan peluang bagaimana pasangan kita atau rangkaian kita nak kembangkan potensi diri dia. Semua benda kadang kadang kita rasa nak buat sendiri. Bukan sebab nak buat sendiri sangat tetapi lebih kepada sebab tak percaya..
“Tak penat ke nak kena buat balik.. “-Kalau kata macam itu.. tak perlu la naikkan agen anda.. biar dia jadi agen sahaja sampai bila bila.. baru boleh kaya kan macam tu.. sebab kita je makan daging.. sebab itu perlu betul betul paham kenapa kita berada dalam industri ini.. apa yang kita mahukan sebenarnya.
Dah la panjang pulak posting malam ni.. panjang lagi sebenarnya..
Dalam usia 9 tahun 9 bulan saya di Great Eastern Takaful, Alhamdulillah saya telah berjaya melahirkan 3 orang Direct Group Manager.
Saya sangat sangat percaya dan yakin bahawa kejayaan kita hari ini bukan di nilai daripada apa yang kita dapat miliki, tetapi ianya di nilai daripada apa yang dapat dan mampu kita beri kepada rangkaian kita.Saya ingin mencari dan membimbing lagi
kepada mereka yang sangat sangat berminat untuk membina kerjaya dan berjaya di Great Eastern Takaful Berhad ini. Mungkin anda, Ya ANDA Group Manager saya yang seterusnya..Hubungi saya untuk keterangan lanjut.
Kami berkumpul untuk perancangan 2021. Group Manager An Nur Group.
Semoga apa yang dirancang dapat berjalan dengan jayanya.
InsyaAllah 2021 akan lahir seorang lagi Group Manager daripada kami, menjadikan kami kumpulan yang melahirkan Group Manager teramai di Great Eastern Takaful Berhad.
10 tahun kami di dalam industri 5 Group Manager. Satu pencapaian yang bagi saya boleh di banggakan.
Great Eastern Takaful Berhad(GETB) “GET BONANZA REZEKI 2020”
Sertai kami fi An Nur GroupPerunding Takaful GETB, Jom kita lakukan yang Paling Terbaik. Legasi 1 An Nur Group, Semoga kita terus Istiqomah Berusaha sehabis baik #finishstrong
Pada mereka Yang sudah Lulus Exam – Takaful Basic Examination(TBE) Boleh lah daftar jadi Agent Cepat-cepat, sama-sama ambil peluang yang terhidang ni. Manala tahukan rezeki anda x50 ini.
Sahabat-sahabat blog saya yang MAHU tambah PENDAPATAN diri & KELUARGA tak kisahla secara PARTTIME/FULLTIME – Jangan segan boleh terus wasap.my/60192699436
Kelayakan :Minima SPM, Lelaki/Perempuan, 22- 45 Tahun Ada Kemahuan dan keinginan untuk Berjaya.
Masa yang di tungu tungu telah tiba, Tahniah kepada semua 34 penerima hadiah Legasi 1 An Nur Group, Anda memang hebat. semoga dengan hadiah yang dimiliki ini dapat membantu menaikkan semangat kita semua..
Hadiah asal yang ditawarkan hanya 10 cabutan. tetapi disebabkan pencapaian yang terbaik telah diberikan, Legasi 1 dengan Berbesar hati kami telah menambah lagi menjadikan jumlah kepada 33 cabutan. Jumlah peserta yang layak mendapat cabutan sebanyak 34 orang. Kami sengaja meninggalkan satu untuk tidak menerima hadiah. Sahaja kami ingin berikan kejutan.
Ini kerana yang yang terakhir tersebut GM Rosazaman Sarifdin dan AM Masrinie Salim punya hadiah yang kami dapat kami akan berikan kepada agen tersebut..Tahniah buat Fadhli Solihin kerana anda yang paling bertuah..
GM dalam pendakian.. Nak naik kita buat tracking… setakat main congak congak jer takder maunya…
Semoga segalanya dipermudahkan urusan Masrinie Salim untuk menjadi Group Manager… walau pecah production takper.. tu satu cabaran untuk saya..
Kenapa harus naik, orang umah tu???
Ini persediaan saya jika saya telah tiada. memang perniagaan ini boleh di warisi… TETAPI saya mahu isteri saya dah berada dalam keadaan bersedia menguruskan perniagaan ini. Masa saya masih ada nilah saya boleh ajar selok belok di dalam perniagaan ini..
Saya baru berusia 39 tahun.. Masih terlalu awal bagi saya untuk rehat..
Selari dengan apa yang saya bawa di An Nur Group, kami memang berpegang dengan slogan melahirkan pemimpin baru setiap tahun sejak 2016 lagi.. JOm sertai kami, mungkin anda pemimpin kami yang seterusnya..
Ini pentingnya tahu ‘tempoh menunggu’, kekadang kami dah jelaskan bahawa akan ada siasatan utk sakit tertentu di bawah tempoh menunggu yg disenaraikan. Bila cakap siasatan bukan sekadar siasat awak betul2 sakit ke tidak, tapi siasat rekod2 lama awak juga.
Bila awak sihat kami beriya follow up sebab taknak terlambat, bila dah ada rekod nak submit pun tak cantik. Keputusan yang dapat pun belum tentu dapat cover.
Masa sihat nak berkira nak yang murah tiada masalah asalkan awak terus BERTINDAK, melainkan awak tahu 25jam lagi kemalangan akan berlaku, lepas 31hari sakit berjangkit mula menyerang, 121hari sakit dalaman mula muncul.
Jom mulakan persediaan awal dengan tindakan yg segera, medikal kad murah sedang promosi dengan diskaun 5% !!!
Kelas kami telah bermula… kita ingin rakan niaga baru kami berjaya bersama sama kami. Alhamdulillah malm ni lebih 55 rakanniaga baru kami menyertai Program Kami.
Road To Success Program Batch 2 An Nur Group.
Anda sertai kami, menjadi tanggungjawab kami untuk memastikan anda berjaya…
Di dalam keadaan sebegini saya sangat menyokong tindakan penagkapan ini…. semoga semua orang dapat memberikan kerjasama dan masalah virus ini dapat ditangani segera…
perkongsian di whatapps ada yang dah kena dah denda RM1000 (tak boleh kurang wooo). nak try boleh la melepak kat luar.
Biasa tracking untuk Director Legasi 1 (untuk kenaikan ke Asst Agency dan Agency Manager) , Hari ni tracking untuk final year GM Masrinie Salim, kita hanya merancang selebihnya berserah kepada Allah… kita cuba buat sebaik mungkin.. semoga segalanya dipermudahkannya..
Ada yang tanya kenapa nak bagi mem naik GM, itulah An Nur Group, dah cukup syarat naiklah pangkat.. kita akan bagi sepenuhnya sokongan, kita takkan halang malah sangat menggalakkan kerana itu tradisi AN Nur Group.. dan itu yang kita janjikan untuk berjaya dan membina empayar perniagaan bersama sama.
ingin menjadi manager kami yang seterusnya? hubungi kami untuk keterangan lanjut
Assalamualaikum, alhamdulillah kini An Nur Group telah memiliki 4 legasi. Setiap legasi mewakili satu Group Manager..
Berikut adalah barisan kepimpinan dibawah Legasi 1, yang diketuai oleh saya Group Manager Rosazaman Sarifdin, 2 orang Agency Manager Tuan Khairul Nizam Mohamed dan Puan Masrinie Salim
Berikut pula barisan Director untuk legasi 1, beliau merupakan barisan lapisan pemimpin baru yang telah kami saring dan akan kami bimbing untuk menjadi Agency Manager.
Sangat seronok dapat membantu rakan niaga dan sama sama berjaya di dalam industri takaful ini. Berminat untuk mengetahui tentang kerjaya yang hebat ini? Hubungi saya untuk keterangan lanjut
Tahniah An Nur Group, diberikan kepercayaan oleh Great Eastern Takaful Berhad. Salah satu penghargaan yang boleh di banggakan.
GM Rosazaman Sarifdin
GM Sahir Get
GM Siti Norkamalia Binti Khalil
Newly Promoted GM Ssahar Sarif
Apa tunggu lagi. Jom sertai keluarga besar kami di An Nur Group. Agensi yang sangat aktif melahirkan pemimpin baru setiap tahun. Mungkin anda adalah pemimpin kami yang seterusnya..
InsyaAllah segala formula akan kami dedahkan.. bertindak sekarang
Member di hospital share pasal satu teknologi baru di Malaysia untuk rawat tumor otak. Mesin ni harga RM60 juta per unit. Katanya hanya terdapat di Sunway Medical Center dan Gleanegles buat masa sekarang.
Kos rawatan antara RM26,000-RM28,000 untuk 4-5 kali sesi rawatan, bergantung kepada doktor.
Teknologi ni menggunakan sinar gamma yang akan bertindak sebagai pisau yang akan memusnahkan sel tumor. Pesakit tak perlu lagi menjalani pembedahan, tak perlu cukur rambut.
Alhamdulillah teknologi perubatan semakin berkembang. Bila tengok pada kos rawatan tu, agak2 cukup tak duit saving yang ada? Kalau kata dah ada medica card alhamdulillah, tapi minta cek juga berapa had tahunan yang ada. Agak agak cukup tak untuk menampung kos ini..
Pastikan had tahunan anda mencukupi. Di GETB kami mempunyai plan yang mana had tahunannya sehingga RM1,000,000. Bertindak sekarang.