Teman GM Masrinie Salim jumpa business partner .. tahun 2021 nak meroket kalahkan legasi 1 katanya..
Terbaik puan..
Tadi ada yang call tanya

“Betul ke masrinie akan naik GM.. orang lain siap nak demotekan (turunkan pangkat) pasangan tapi kenapa ko nak naikkan..”-Saya yakin Masrinie mampu melakukannya. Sementara saya ada nila masa yang terbaik dia boleh belajar banyak benda tentang selok belok pengurusan di GETB. Kan rugi kalau dia nak belajar selepas saya dah takder. Lagi satu di An Nur Group, kita tak pernah halang sesiapa sahaja untuk melangkah lebih jauh. Ini adalah matlamat kami. Kami janji kami kota.
“Tak gaduh ke nanti tak konflik ke nanti.. “-kalau gaduh malam peluk setel la. Hahaha. konflik ni tak kira pasangan atau tak, kalau nak jadi dia akan jadi juga. Apa yang penting bagaimana kita menguruskannya. Kalau konflik tak di urus pastinya suasana kerja jadi tak harmoni.“Konflik dengan orang luar takper, dengan pasangan yang tu yang masalah..”-Itulah masalah kita, Kalau kita tidak boleh nak berikan kepercayaan dan peluang bagaimana pasangan kita atau rangkaian kita nak kembangkan potensi diri dia. Semua benda kadang kadang kita rasa nak buat sendiri. Bukan sebab nak buat sendiri sangat tetapi lebih kepada sebab tak percaya..
“Tak penat ke nak kena buat balik.. “-Kalau kata macam itu.. tak perlu la naikkan agen anda.. biar dia jadi agen sahaja sampai bila bila.. baru boleh kaya kan macam tu.. sebab kita je makan daging.. sebab itu perlu betul betul paham kenapa kita berada dalam industri ini.. apa yang kita mahukan sebenarnya.
Dah la panjang pulak posting malam ni.. panjang lagi sebenarnya..
Rosazaman Sarifdin
Builder Leader
An Nur Group