Akaun Simpanan Haji dan Umrah Great Eastern Takaful.

Assalamualikum..

Pada hari ini saya terpanggil untuk post entry ini, betapa pentingnya untuk anda memiliki Akaun Simpanan Haji/Umrah dari Great Eastern Takaful Sdn Bhd.

Banyak manfaat yang anda boleh perolehi dengan hanya membuat simpanan minima RM50 sebulan.

Tahukan anda jika anda mendaftarkan diri anda hari ini jangkaan untuk anda pergi menunaikan ibadah haji pada 2045. Adakah anda masih mampu dan bertenaga pada masa itu? Apakah persediaan anda? Ataupun anda mempunya wang yang lebih untuk mendapatkan Que yang lebih cepat?

Apatah lagi jika anda masih belum mendaftar.  Daftar segera di bank-bank terdekat. Untuk pendaftaran haji apa doc yang perlu anda bawa?

  1. Salinan penyata KWSP (akaun satu mesti melebihi RM1,300)
  2. Buku Tabung Haji

Daftar segera kerana menggunakan KWSP ini bermula pada 2/1/2012. Semakin lambat anda bertindak semakan lama jangkaan pergi anda.

Langkah seterusnya selepas mendaftar bukalah satu Akaun Simpanan haji dan Umrah di Great Eastern Takaful dengan saya, Hubungi 013-2626876.

Tiada yang lebih baik daripada kita hanya melihat. Pastinya kita tidak mahu jadi sedemikian. InsyaAllah masalah seperti ini takkan berlaku jika melakukan persediaan awal..

Renung-renungkan…

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Had Tahunan Vs Had seumur Hidup Medical Card

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda satu kisah benar. Mungkin dan seharusnya bagi saya ianya boleh dijadikan contoh dan teladan.

Dari pemerhatian saya, sejak akhir-akhir ini sudah orang ramai sekarang telah mepunyai kesedaran tentang pentingnya kad perubatan (medical card) tidak kiralah mereka datangnya dari sektor apa sekalipun.

Had tahunan lebih penting daripada had seumur hidup (keseluruhan)

Bagi mereka dengan adanya kad perubatan ini sedikit sebanyak dapat meringinkan beban mereka. Cuma apa yang saya ingin tekankan disini, adakah kita tahu n sedar berapakah had tahunan yang yang boleh kita gunakan setiap tahun. Itu lebih penting daripada had seumur Hidup (keseluruhan).

Apa gunanya had seumur hidup (keseluruhan) anda unlimited sekalipun kalau had tahunan anda kecil.. Itu lebih penting.

Kenapa saya berkata demikian.?

Kos rawatan perubatan boleh mencecah ke ratusan ribu ringgit. Mungkin anda rasa ianya mustahil sila lihat kisah benar ini KLIK dalam masa yang singkat sahaja bil meningkat sehingga RM100,000.

Atas dasar itulah saya mencadangkan kepada rakan-rakan saya sekurang-kurangnya memilih untuk memiliki bilik perubatan pakar yang berharga RM 200 semalam.

table medical card

Ini kerana had tahunannya berjumlah RM120,000 setahun dan jumlah ini akan meningkat setiap 3 tahun sebanyak RM12,000 secara percuma (jika tiada penggunaan). Pastinya mengikut kos perubatan semasa. Hebat bukan…

Bukan itu sahaja ada manfaat lain anda boleh masukkan had bilik juga boleh naik sehingga 10% setiap 3 tahun. Kenaikan ini boleh naik sehingga 10 kali. Ini bermakna dengan bilik 200 sehari yang anda ambil dalam masa 30 tahun secara automatik boleh naik kepada bilik 400 secara percuma… Hebat bukan..

Mungkin anda paham apa yang saya maksudkan yang mana had tahunan bagi saya lebih penting daripada had keseluruhan..

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Bukan hanya cukup sekadar ada.. tetapi adakah ianya mencukupi.

Assalamualikum

Hari ini saya ingin kongsikan pentingnya kita ketahui apa manfaat yang kita perolehi dan adakah ianya mencukupi..

Hari ini banyak kita dengar tentang perkara-perkara tersebut

ada POLISI tetapi tak dapat claim (manfaat tak cover)

ada POLISI tetapi tak boleh claim (polisi lapes)

ada POLISI tetapi masih tak mencukupi

Atas dasar itulah ramai yang suka atau tak suka terpaksa melakukan perkara tersebut..

Kalau ada rumah mungkin anda boleh melakukan perkara ini.. Bagimana jika anda tidak memiliki sebarang aset? Apa yang akan anda lakukan?

Masalah ini mungkin dapat anda kurangkan jika anda memiliki plan daripada Great Eastern Takaful serendah RM3.33 sehari. Biar kita kurang makan dari kita tak selera makan satu hari nanti..

Renungkan dan fikirkan

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Hobi bertukar tragedi

PASIR GUDANG – Hasrat seorang juruteknik, Mohammed Asyraff Amir Khan, 22, menjaring ketam bersama rakannya bertukar tragedi apabila dia ditemui maut akibat lemas di perairan Selat Johor berhampiran janakuasa Sultan Iskandar, di sini, semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Mohd Salleh Mohamed berkata, mayat mangsa ditemui terapung oleh anggotanya kira-kira jam 7.20 malam, empat kilometer dari tempat mangsa dilaporkan tergelincir.

“Seramai 27 anggota bersama empat bot dari balai bomba dan penyelamat Pasir Gudang, Kota Tinggi, Johor Jaya, Johor Bahru dan bahagian operasi negeri terlibat dalam operasi menyelamat yang diketuai oleh Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Hamid Suari.

“Operasi mencari dan menyelamat yang dilakukan sejak semalam (kelmarin) turut mendapat kerjasama Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPAM) dan pihak polis,” katanya.

Sementara itu, abang sulung mangsa, Mohammed Azmi Amir Khan, 31, berkata, adiknya sempat menjamu selera berdua bersama ibunya sebelum keluar menjaring ketam kira-kira jam 6.30 petang hari berkenaan.

“Biasanya kami tiga beradik yang tinggal bersama ibu berkumpul untuk makan malam bersama, tetapi pada hari kejadian buat pertama kali dia hanya berdua terlebih dahulu makan bersama ibu.

“Dia anak bongsu bukan sahaja manja dengan kami, tetapi mengikut jejak arwah ayah yang gemar memancing ikan, menangkap ayam hutan dan burung,” katanya ketika ditemui Sinar Harian, di sini, semalam.

Menurutnya, rakan adiknya yang terselamat, Mohd Shafiq Abd Rahim, 20-an, sewaktu menceritakan semula kejadian berkata, Mohammed Asyraff dihanyutkan ombak kerana tidak pandai berenang.

Mohd Shafiq pula sempat menyelamatkan diri berenang ke tepi pantai sebelum meminta pertolongan pihak berkuasa.

Mohammed Azmi berkata, dia tidak sangka hobi Mohammed Asyraff yang gemar memancing dan menjaring ketam bertukar tragedi kerana sejak kecil dia sering mengikut arwah ayah mereka melakukan aktiviti itu.

“Pada pagi hari kejadian saya tidak sempat berjumpanya kerana sebaik saya bangun daripada tidur, dia sudah ke tempat kerja dan terkejut menerima panggilan daripada ibu mengatakan dia lemas,” katanya.

Sinar Harian
13 Feb 2012

Pelihara hamster berisiko diserang virus air kencing tikus

Sumber Utusan Malaysia Online

HULU TERENGGANU 13 Feb. – Orang ramai khususnya kanak-kanak yang gemar memelihara haiwan dari spesies tikus, hamster perlu berwaspada kerana mereka berisiko dijangkiti virus air kencing tikus yang boleh membawa maut.

Ini berdasarkan kes seorang mangsa yang memelihara haiwan tersebut dipercayai telah diserang virus Leptospirosis itu.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Telemong, Rozi Mamat.

Beliau yang enggan menjelaskan secara terperinci mengenai mangsa terbabit mengakui mangsa merupakan kenalan rapat beliau.

Menurutnya, kedua-dua tangan dan kaki mangsa terpaksa dipotong setelah dipercayai ada kaitan dengan virus air kencing tikus.

Justeru, beliau menggesa pihak berwajib termasuk Kementerian Kesihatan supaya segera membuat pemantauan mengenai hobi memelihara hamster bagi memastikan haiwan itu tidak mendatangkan kemudaratan.

“Kita menggesa pihak berkenaan termasuk Kementerian Kesihatan agar pantau perkara ini dan sekiranya benar-benar boleh memudaratkan, tindakan drastik perlu diambil.

“Ini kerana, kita tahu haiwan sangat diminati ramai terutama kanak-kanak untuk memeliharanya. Pastikan ia tidak berbahaya dan selamat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Penyampaian Sumbangan Program Jalinan Murni Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua di sini hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Rozi turut menasihati orang ramai khususnya masyarakat Orang Asli di perkampungan itu agar sentiasa menjaga kebersihan termasuk meminum air bersih yang dimasak bagi mengelak diserang virus tersebut.

Ini kerana jelasnya, sebelum ini, perkampungan itu digemparkan dengan puluhan Orang Asli di situ termasuk murid sekolah terpaksa dirawat di hospital akibat dipercayai diserang virus Hepatitis A dan virus air kencing tikus.

Oktober tahun lalu, Jabatan Kesihatan negeri mengesahkan dua daripada 24 Orang Asli di penempatan Sungai Berua, Hulu Terengganu dijangkiti wabak kencing tikus atau virus Leptospirosis.

Seramai 13 lagi Orang Asli disahkan menghidap Hepatitis A atau penyakit kuning manakala sembilan yang lain masih belum diketahui statusnya.

Kesemua mangsa terdiri daripada sembilan orang yang berusia satu hingga enam tahun diikuti tujuh hingga 12 tahun (tujuh orang), 12 hingga 17 tahun (tiga orang) dan yang berusia 18 tahun ke atas (lima orang).

Malang tak berbau… Adakah anda bersedia?

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Medical Card takaful..

Assalamualikum semua..

Saya percaya dan yakin anda telah memiliki medical card, tak kiralah samaada persendirian ataupun daripada syarikat mungkin juga anda salah seorang yang tengah mencari..

Bagi saya, setiap medical card syarikat takaful memiliki kelebihan masing-masing, Jadi terpulang kepada anda nak pilih yang mana satu kelebihan tersebut..

Cuma apa yang ingin saya kongsikan di sini, apakah kelebihan yang ada medical card Great Eastern Takaful.

Contoh anda mengambil bilik 200

1- Had tahunan anda RM120,000 had seumur hidup RM960,000 (antara yang tertinggi di antara takaful lain) sumber buku personal money

2- Pesakit luar sehingga RM4,000 per claim (antara yang tertinggi di antara takaful lain)

3- Personal Accident percuma RM15,000

4- Perkhidmatan kecemasan kereta (towing percuma)

5- Pastinya manfaat ini yang saya kagumi, Had tahunan akan meningkat setiap 3 tahun 10% daripada had tahunan jika tiada tuntutan.

contoh:-

Tahun 1-3 Had tahunan RM90,000

Tahun 4-6 Had tahunan RM99,000

Tahun 7-9 Had tahunan RM108,000

Tahun 10 ada tuntutan (masuk hospital pakar)

Tahun 10-12 Had tahunan RM108,000

Tahun 13-15 Had tahunan RM117,000

Kenaikan secara percuma…

Anda tidak perlu upgred bilik anda.. kerana bilik yang sama tetapi had meningkat mengikut kos rawatan semasa..

katakan anda ambil bilik 100 had tahuanan anda masih ok bagi saya RM60,000 setahun mungkin releven dengan kos rawatan sekarang. Dan had itu akan naik setiap 3 tahun (jika tiada penggunaan).. Anda kira sendiri.. Untung bukan..

Jika anda ada medical card selain dari Great Easter Takaful cuba lihat bilik anda dan had tahunan anda adakah ianya mencukupi…

Renung-renungkan..

Untuk mendapatkan manfaat ini Hubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

Kisah hidupku seorang agent takaful II

Sambungan dari kisah 1

Assalamualikum..

Pada 1/2/2012 jam 12:30 tengahari  kami bertolak dari Seri Kembangan, Serdang. Kami (saya dan Mohd Hafiz) tiba di Seremban 2  dalam pukul 2:00 petang dan berjumpa referral daripada Mohammad Hafifi  iaitu Ahmad Anas (leader  termuda dunia salah sebuah MLM antarabangsa). Sangkaan saya pada mulanya Ahmad Anas ingin mendapatkan plan pendidikan untuk anaknya (daripada percakapan di talian telefon sebelumnya). Rupa-rupanya dia ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana perjalanan takaful. Gedebuk gedebak bercerita dia akhirnya bersetuju untuk bersama-sama kami menyebarkan dakwah takaful. Dan mendaftar exm  TBE pada 18/2/2012 di HQ Great Eastern, Ampang. Alhamdulillah… TQ Allah, TQ Hafifi..

Pada masa yang sama kami juga menunggu kedatangan  Mohammad Hafifi kerana ingin memulangkan tyre spare nya. Kami perlu segera bertolak ke JB kerana pada malam itu ada meeting mingguan untuk agency kami. Mohammad Hafifi tiba dalam jam 5:00 petang.  Dia datang tidak seorang diri malah turut membawa seorang kenalan untuk kami takafulkan. Masa yang suntuk saya cuba terangkan seringkas yang boleh. Alhamdulillah dia paham… tapi persoalan yang di ajukan kepada kami.. Bagaimana jika saya ingin menjadi agent takaful… tambahan masa saya perlukan.. bercerita sambil melihat jam…hehehe (nak kejar masa).Semuanya clear…

Lebih kurang jam 6:15 petang  kami keluar daripada seremban. Perjalanan kami masih jauh.. kami perlu sampi di An-Nur Agency pada pukul 8:30 malam, jadi perlu pantas. Kami singgah sebentar di Perhentian Pedas Linggi utuk solat sebentar. Selesai solat boleh pulak ada seorang insan call saya ingin mendapatkan plan perubatan daripada Great Eastern Takaful. Menurutnya dia memperolehi no tel saya daripada blog ini. SubhanaAllah.. Yang tak tahan tu dia buat panggilan daripada Seremban 2. Disebabkan saya dah gerak tak boleh nak kata apala. Perjalanan mesti diteruskan.. Mujur ada sahabat di sana. So akan pas pada Ahmad Anas nanti.

Selepas keluar daripada Perhentian itu saya terus bergerak dengan kelajuan yang lebih tinggi sikit.. Dekat-dekat dengan susur simpang empat kalau tak silap saya ada sebuah MPV Alphard hon rupa-rupanya adik saya. Kecik betul dunia ni.. Just salam jer dia terus gerak. Nak convoi dengan saya kompen dia tak nakla sebab saya tak laju so dia terus berlalu dan tak terkejar saya…

Sesuatu yang pastinya kami tidak inginkan seolah mahu bersama-sama kami lagi…

Berhampiran Yong Peng,  semasa ingin memotong sebuah lori saya melakukan penurunan gear pada waktu tu kereta saya seperti hilang power,  engin menjadi berat, lampu menjadi malap dan semakin lama semakin malap dah semakin tidak mempunyai power.. dari 120km/j ke 100km/j ke 80km/j ke 40km/j ke 20km/j pada waktu itu kami tak berhenti berdoa, Ya Allah tolonglah.. Kau yang meggerakkan kereta ini. Aku bermohon permudahkanlah segala urusanku sehinggalah kereta yang kami naiki sudah tidak mampu untuk bergerak lagi.. Ia terhenti setentang dengan Perhentian Yong Peng arah utara. Pada keadaan yang sudah gelap 7:30 malam. Double signal pun tak boleh bernyala. Pada  ini hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami.

Hafiz menghubungi Plus untuk meminta bantuan. Pada waktu itu terlintas di fikiran saya, adik saya, saya cuba menghubunginya.. Alhamdulillah.. Allah itu maha besar.. Tak sampai 5 minit adik saya sampai. Tak sangka dia berada di bekalang saya, mujurlah dia berhenti di RnR pagoh. Sungguhpun begitu tiada apa yang dapat dilakukan, jadi saya cuma berharap orang Plus dapat menarik kereta saya hingga ke tol.

Bantuan Plus pun sampai (parking di arah bertentangan) salah seorang daripada pekerja Plus menghampiri kami. Mengsyorkan saya mengambil makenik yang dia cadangkan. Tetapi saya tidak mahu, ini menyebabkan dia mengambil tindakan acu tak acuh. Saya tetap dengan pendirian hanya mahu kereta saya di tarik ke tol terdekat. Oleh sebab pendirian saya itu pekerja Plus terpaksa akur. Tetapi dia kata dia nak kearah saya untuk tarik kereta saya akan ambil masa yang lama. Saya kata ok.

Pada waktu itu saya menghubungi IO saya Abang Fauzi, meminta bantuannya untuk menghubungi client beliau yang merupakan seorang mekanik. Menceritakan kondisi kereta dan sintom-sintom

Menurut makenik itu,   kerosakan itu mungkin pada alternator. Kereta itu masih dapat bergerak dengan syarat tanpa menghidupkan lampu. Apa lagi saya pun meminta Hafiz berada didalam kereta untuk saya tolak bagi tujuan menghidupkan enginnya. Alhamdulillah kereta dapat dihidupkan dan tiada gangguan pada prestasi engin. Kereta saya masih boleh bergerak tetapi dengan syarat  boleh menghidupkan lampu. Mujurlah ada adik saya dapat menyuluh bagi pihak kami untuk kami meneruskan baki perjalanan sejauh 120km. satu perjalanan yang cukup jauh.. Alhamdulilah walau tanpa lampu kami selamat sampai di JB pada pukul 10:30 malam.

Kami bersyukur walaupun di timpa kesusahan Allah memberikan jalan untuk kami mengharunginya dengan penyelesaian yang cukup-cukup baik.

Perumpaan yang saya dapat samakan dengan takaful adalah, sesuatu musibah itu kita tidak boleh jangka. Alternator itu ibarat kidney (buah pinggang) kegagalan buah pinggang menyebabkan kita tidak boleh meneruskan hidup, tetapi dengan adanya dialysis InsyaAllah usia kita masih boleh dipanjangkan. Begitu jualah ibarat kereta yang menyuluh itu seperti medical card. Dengan suluhan itu Alhamdulillah membuatkan kami sampai ke JB.

Semuanya selamat.. Allah itu maha besar..

kisah hidupku seorang agen takaful..

Allah itu maha besar
Assalamualikum anda semua..
Pada hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya sepanjang 26/1/2012- hingga 1/2/2012 iaitu perjalanan saya dengan rakan seperjuangan En Hafiz Mohamad Esa mengembangkan dakwah takaful di ke Kuala Lumpur Dan Selangor. Pastinya ia akan menjadi salah satu pengalaman yang cukup bermakna buat saya..
Pada 26/1/2012 itu kami bertolak pada jam 6:00 petang. Sebelum itu En Hafiz sempat membuat satu temujanji di Tebrau, (belakang Jusco, restoran berhampiran petronas). Kebetulan semasa saya ingin mengambilnya ada seorang insan Hebat yang kebetulan berada disitu bersama anaknya (En Annuar Rohaini). So ada buktilah saya ke KL..

Sepanjang pejalanan semuanya ok, kami tidak rushing almaklumlah tiada temujanji di aturkan pada malam tersebut sehinggalah kami berhenti berehat di RnR Air Keroh untuk menunaikan solat. Keluarnya kami dari RnR tersebut bermulah episode yang menyeramkan… Kereta yang kami naiki mengalami gangguan teknikal. Geraran kuat berlaku pada kelajuan 100km/j. Sepanjang perjalanan kami berdoa agar segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. Dan kami redha dan pasrah pada ketentuan-Nya. Kami percaya Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk kami. Itu yang kami yakin..

Gegaran semakin kuat pada kelajuan 100km/j apabila kami melepasi persimpangan Senawang. Pergerakkan kereta terpaksa kami perlahankan… Apabila semakin hampir di persimpangan Seremban kereta yang kami naiki terus gagal untuk meneruskan perjalanan.. SUBHANAALLAH.. Allah sahaja yang tahu perasaan kami pada ketika itu..
Tayar kereta yang kami naiki pecah.. Disebabkan keadaan haiway yang bahaya dan dekat dengan susur keluar seremban saya terus meredah sehingga keluar tol.. Semasa proses pertukaran tyre spare satu lagi perkara yang tidak diingini berlaku. Tyre spare kami tiada angin. Masya Allah.. Padahal saya telah pam tyre spare tersebut sebelum kami bertolak. Jam pada waktu itu sudah hampir jam 11:00 malam, Pastinya tiada kedai yang masih beroperasi. Mujurlah terlintas difikiran saya Mohd Hafifi B Muhammad Hanafiah Client saya yang berada di seremban 2. Setelah menghubunginya dalam 15 minit dia sampai menghulurkan bantuan dengan meminjamkan tryre spare beliau. Terima kasih sahabat. Beliau bukan sahaja datang dengan membawa tyre spare malah turut memberikan saya Referal agent dan Client.. Alhamdulillah.. itulah kekuasan Allah, Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku. Mujurlah kami tidak mengeluh.. terhadap dugaan tersebut..

Pastinya anda setuju dengan saya, setiap kereta memerlukan tyre spare,dan jika ada tyre spare pastikan ianya boleh berfungsi. Begitu juga dengan manusia memerlukan takaful, dan takaful itu mestilah berfungsi. Di ibaratkan memiliki takaful tetapi tidak boleh memberikan manfaat kerana certificated luput (lapes).

Bersambung.. KIsah dam musibah semasa pulang pula… Allah maha besar.