Kisah hidupku seorang agent takaful II

Sambungan dari kisah 1

Assalamualikum..

Pada 1/2/2012 jam 12:30 tengahari  kami bertolak dari Seri Kembangan, Serdang. Kami (saya dan Mohd Hafiz) tiba di Seremban 2  dalam pukul 2:00 petang dan berjumpa referral daripada Mohammad Hafifi  iaitu Ahmad Anas (leader  termuda dunia salah sebuah MLM antarabangsa). Sangkaan saya pada mulanya Ahmad Anas ingin mendapatkan plan pendidikan untuk anaknya (daripada percakapan di talian telefon sebelumnya). Rupa-rupanya dia ingin mengetahui lebih lanjut bagaimana perjalanan takaful. Gedebuk gedebak bercerita dia akhirnya bersetuju untuk bersama-sama kami menyebarkan dakwah takaful. Dan mendaftar exm  TBE pada 18/2/2012 di HQ Great Eastern, Ampang. Alhamdulillah… TQ Allah, TQ Hafifi..

Pada masa yang sama kami juga menunggu kedatangan  Mohammad Hafifi kerana ingin memulangkan tyre spare nya. Kami perlu segera bertolak ke JB kerana pada malam itu ada meeting mingguan untuk agency kami. Mohammad Hafifi tiba dalam jam 5:00 petang.  Dia datang tidak seorang diri malah turut membawa seorang kenalan untuk kami takafulkan. Masa yang suntuk saya cuba terangkan seringkas yang boleh. Alhamdulillah dia paham… tapi persoalan yang di ajukan kepada kami.. Bagaimana jika saya ingin menjadi agent takaful… tambahan masa saya perlukan.. bercerita sambil melihat jam…hehehe (nak kejar masa).Semuanya clear…

Lebih kurang jam 6:15 petang  kami keluar daripada seremban. Perjalanan kami masih jauh.. kami perlu sampi di An-Nur Agency pada pukul 8:30 malam, jadi perlu pantas. Kami singgah sebentar di Perhentian Pedas Linggi utuk solat sebentar. Selesai solat boleh pulak ada seorang insan call saya ingin mendapatkan plan perubatan daripada Great Eastern Takaful. Menurutnya dia memperolehi no tel saya daripada blog ini. SubhanaAllah.. Yang tak tahan tu dia buat panggilan daripada Seremban 2. Disebabkan saya dah gerak tak boleh nak kata apala. Perjalanan mesti diteruskan.. Mujur ada sahabat di sana. So akan pas pada Ahmad Anas nanti.

Selepas keluar daripada Perhentian itu saya terus bergerak dengan kelajuan yang lebih tinggi sikit.. Dekat-dekat dengan susur simpang empat kalau tak silap saya ada sebuah MPV Alphard hon rupa-rupanya adik saya. Kecik betul dunia ni.. Just salam jer dia terus gerak. Nak convoi dengan saya kompen dia tak nakla sebab saya tak laju so dia terus berlalu dan tak terkejar saya…

Sesuatu yang pastinya kami tidak inginkan seolah mahu bersama-sama kami lagi…

Berhampiran Yong Peng,  semasa ingin memotong sebuah lori saya melakukan penurunan gear pada waktu tu kereta saya seperti hilang power,  engin menjadi berat, lampu menjadi malap dan semakin lama semakin malap dah semakin tidak mempunyai power.. dari 120km/j ke 100km/j ke 80km/j ke 40km/j ke 20km/j pada waktu itu kami tak berhenti berdoa, Ya Allah tolonglah.. Kau yang meggerakkan kereta ini. Aku bermohon permudahkanlah segala urusanku sehinggalah kereta yang kami naiki sudah tidak mampu untuk bergerak lagi.. Ia terhenti setentang dengan Perhentian Yong Peng arah utara. Pada keadaan yang sudah gelap 7:30 malam. Double signal pun tak boleh bernyala. Pada  ini hanya Allah sahaja yang tahu perasaan kami.

Hafiz menghubungi Plus untuk meminta bantuan. Pada waktu itu terlintas di fikiran saya, adik saya, saya cuba menghubunginya.. Alhamdulillah.. Allah itu maha besar.. Tak sampai 5 minit adik saya sampai. Tak sangka dia berada di bekalang saya, mujurlah dia berhenti di RnR pagoh. Sungguhpun begitu tiada apa yang dapat dilakukan, jadi saya cuma berharap orang Plus dapat menarik kereta saya hingga ke tol.

Bantuan Plus pun sampai (parking di arah bertentangan) salah seorang daripada pekerja Plus menghampiri kami. Mengsyorkan saya mengambil makenik yang dia cadangkan. Tetapi saya tidak mahu, ini menyebabkan dia mengambil tindakan acu tak acuh. Saya tetap dengan pendirian hanya mahu kereta saya di tarik ke tol terdekat. Oleh sebab pendirian saya itu pekerja Plus terpaksa akur. Tetapi dia kata dia nak kearah saya untuk tarik kereta saya akan ambil masa yang lama. Saya kata ok.

Pada waktu itu saya menghubungi IO saya Abang Fauzi, meminta bantuannya untuk menghubungi client beliau yang merupakan seorang mekanik. Menceritakan kondisi kereta dan sintom-sintom

Menurut makenik itu,   kerosakan itu mungkin pada alternator. Kereta itu masih dapat bergerak dengan syarat tanpa menghidupkan lampu. Apa lagi saya pun meminta Hafiz berada didalam kereta untuk saya tolak bagi tujuan menghidupkan enginnya. Alhamdulillah kereta dapat dihidupkan dan tiada gangguan pada prestasi engin. Kereta saya masih boleh bergerak tetapi dengan syarat  boleh menghidupkan lampu. Mujurlah ada adik saya dapat menyuluh bagi pihak kami untuk kami meneruskan baki perjalanan sejauh 120km. satu perjalanan yang cukup jauh.. Alhamdulilah walau tanpa lampu kami selamat sampai di JB pada pukul 10:30 malam.

Kami bersyukur walaupun di timpa kesusahan Allah memberikan jalan untuk kami mengharunginya dengan penyelesaian yang cukup-cukup baik.

Perumpaan yang saya dapat samakan dengan takaful adalah, sesuatu musibah itu kita tidak boleh jangka. Alternator itu ibarat kidney (buah pinggang) kegagalan buah pinggang menyebabkan kita tidak boleh meneruskan hidup, tetapi dengan adanya dialysis InsyaAllah usia kita masih boleh dipanjangkan. Begitu jualah ibarat kereta yang menyuluh itu seperti medical card. Dengan suluhan itu Alhamdulillah membuatkan kami sampai ke JB.

Semuanya selamat.. Allah itu maha besar..

This entry was posted in berita, pentingnya Takaful and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s