kisah hidupku seorang agen takaful..

Allah itu maha besar
Assalamualikum anda semua..
Pada hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya sepanjang 26/1/2012- hingga 1/2/2012 iaitu perjalanan saya dengan rakan seperjuangan En Hafiz Mohamad Esa mengembangkan dakwah takaful di ke Kuala Lumpur Dan Selangor. Pastinya ia akan menjadi salah satu pengalaman yang cukup bermakna buat saya..
Pada 26/1/2012 itu kami bertolak pada jam 6:00 petang. Sebelum itu En Hafiz sempat membuat satu temujanji di Tebrau, (belakang Jusco, restoran berhampiran petronas). Kebetulan semasa saya ingin mengambilnya ada seorang insan Hebat yang kebetulan berada disitu bersama anaknya (En Annuar Rohaini). So ada buktilah saya ke KL..

Sepanjang pejalanan semuanya ok, kami tidak rushing almaklumlah tiada temujanji di aturkan pada malam tersebut sehinggalah kami berhenti berehat di RnR Air Keroh untuk menunaikan solat. Keluarnya kami dari RnR tersebut bermulah episode yang menyeramkan… Kereta yang kami naiki mengalami gangguan teknikal. Geraran kuat berlaku pada kelajuan 100km/j. Sepanjang perjalanan kami berdoa agar segala urusan dipermudahkan oleh-Nya. Dan kami redha dan pasrah pada ketentuan-Nya. Kami percaya Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk kami. Itu yang kami yakin..

Gegaran semakin kuat pada kelajuan 100km/j apabila kami melepasi persimpangan Senawang. Pergerakkan kereta terpaksa kami perlahankan… Apabila semakin hampir di persimpangan Seremban kereta yang kami naiki terus gagal untuk meneruskan perjalanan.. SUBHANAALLAH.. Allah sahaja yang tahu perasaan kami pada ketika itu..
Tayar kereta yang kami naiki pecah.. Disebabkan keadaan haiway yang bahaya dan dekat dengan susur keluar seremban saya terus meredah sehingga keluar tol.. Semasa proses pertukaran tyre spare satu lagi perkara yang tidak diingini berlaku. Tyre spare kami tiada angin. Masya Allah.. Padahal saya telah pam tyre spare tersebut sebelum kami bertolak. Jam pada waktu itu sudah hampir jam 11:00 malam, Pastinya tiada kedai yang masih beroperasi. Mujurlah terlintas difikiran saya Mohd Hafifi B Muhammad Hanafiah Client saya yang berada di seremban 2. Setelah menghubunginya dalam 15 minit dia sampai menghulurkan bantuan dengan meminjamkan tryre spare beliau. Terima kasih sahabat. Beliau bukan sahaja datang dengan membawa tyre spare malah turut memberikan saya Referal agent dan Client.. Alhamdulillah.. itulah kekuasan Allah, Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku. Mujurlah kami tidak mengeluh.. terhadap dugaan tersebut..

Pastinya anda setuju dengan saya, setiap kereta memerlukan tyre spare,dan jika ada tyre spare pastikan ianya boleh berfungsi. Begitu juga dengan manusia memerlukan takaful, dan takaful itu mestilah berfungsi. Di ibaratkan memiliki takaful tetapi tidak boleh memberikan manfaat kerana certificated luput (lapes).

Bersambung.. KIsah dam musibah semasa pulang pula… Allah maha besar.

This entry was posted in motivasi diri. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s