Pelihara hamster berisiko diserang virus air kencing tikus

Sumber Utusan Malaysia Online

HULU TERENGGANU 13 Feb. – Orang ramai khususnya kanak-kanak yang gemar memelihara haiwan dari spesies tikus, hamster perlu berwaspada kerana mereka berisiko dijangkiti virus air kencing tikus yang boleh membawa maut.

Ini berdasarkan kes seorang mangsa yang memelihara haiwan tersebut dipercayai telah diserang virus Leptospirosis itu.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Telemong, Rozi Mamat.

Beliau yang enggan menjelaskan secara terperinci mengenai mangsa terbabit mengakui mangsa merupakan kenalan rapat beliau.

Menurutnya, kedua-dua tangan dan kaki mangsa terpaksa dipotong setelah dipercayai ada kaitan dengan virus air kencing tikus.

Justeru, beliau menggesa pihak berwajib termasuk Kementerian Kesihatan supaya segera membuat pemantauan mengenai hobi memelihara hamster bagi memastikan haiwan itu tidak mendatangkan kemudaratan.

“Kita menggesa pihak berkenaan termasuk Kementerian Kesihatan agar pantau perkara ini dan sekiranya benar-benar boleh memudaratkan, tindakan drastik perlu diambil.

“Ini kerana, kita tahu haiwan sangat diminati ramai terutama kanak-kanak untuk memeliharanya. Pastikan ia tidak berbahaya dan selamat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Penyampaian Sumbangan Program Jalinan Murni Masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Berua di sini hari ini.

Dalam perkembangan yang sama, Rozi turut menasihati orang ramai khususnya masyarakat Orang Asli di perkampungan itu agar sentiasa menjaga kebersihan termasuk meminum air bersih yang dimasak bagi mengelak diserang virus tersebut.

Ini kerana jelasnya, sebelum ini, perkampungan itu digemparkan dengan puluhan Orang Asli di situ termasuk murid sekolah terpaksa dirawat di hospital akibat dipercayai diserang virus Hepatitis A dan virus air kencing tikus.

Oktober tahun lalu, Jabatan Kesihatan negeri mengesahkan dua daripada 24 Orang Asli di penempatan Sungai Berua, Hulu Terengganu dijangkiti wabak kencing tikus atau virus Leptospirosis.

Seramai 13 lagi Orang Asli disahkan menghidap Hepatitis A atau penyakit kuning manakala sembilan yang lain masih belum diketahui statusnya.

Kesemua mangsa terdiri daripada sembilan orang yang berusia satu hingga enam tahun diikuti tujuh hingga 12 tahun (tujuh orang), 12 hingga 17 tahun (tiga orang) dan yang berusia 18 tahun ke atas (lima orang).

Malang tak berbau… Adakah anda bersedia?

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

buatkan saya quotation

This entry was posted in Malang tak berbau. Bookmark the permalink.

One Response to Pelihara hamster berisiko diserang virus air kencing tikus

  1. hamizan shamsudin says:

    adakah kencing hamster boleh bawa maut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s