9 newly promoted 2024

Segala puji bagi Allah.. alhamdulillah selesai semua syarat kenaikkan pangkat buat rakan niaga di bawah Legasi 1 An Nur Group. GM Rosazaman Sarifdin Untuk tahun 2024.

Tahniah atas kenaikkan pangkat buat

2 Group Manager
Amirul Faizal Ahmad
Norjanah Hamit Marikan

7 Agency Manager
Azwan Alif
Hisham Mohd Morshidi
Ruddy Japar
Zaura C Zainon
Awie Kosnin
Akmal Ahmad
Izzat Fahmi Abdullah Sani

Bila agen naik pangkat ni rasa seperti bawa yang melepaskan anak yang dah berumah tangga untuk mencorak keluarganya.

Tugas saya adalah terus untuk membina dan bina.. sebab itu kami merupakan Builder Agency di GETB. InsyaAllah dengan sistem yang ada lebih ramai lagi manager baru yang bakal kami lahirkan..

Jangan di tanya tentang penat dan lelah dalam membina, niat saya ingin sama sama merasai nikmatnya. Bina dalam suasana bahagia..

Berminat untuk jadi sebahagian daripada keluarga kami? Ada pengalaman dan sudah ada lesen TBE adalah satu bonus. Jom beri peluang kedua kepada di anda. Kita bina sama sama.. mana tahu kerana lain padang, lain belalangnya..

Salam

kami membuka peluang kerjaya.

Salam semua warga johor..

Mungkin anda yang kami cari.. ketahui potensi kerjaya takaful bersama kami. Sesi taklimat akan kami adakan pada 17/9/2022 ini bertempat di Wisma An Nur Group Associates Bukit Dahlia Pasir Gudang.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut..

Rosazaman Bin Sarifdin

0192699436

An Nur Group terus cemerlang.

We Leader Are Made..

Kami berkumpul untuk perancangan 2021. Group Manager An Nur Group.

Semoga apa yang dirancang dapat berjalan dengan jayanya.

InsyaAllah 2021 akan lahir seorang lagi Group Manager daripada kami, menjadikan kami kumpulan yang melahirkan Group Manager teramai di Great Eastern Takaful Berhad.

10 tahun kami di dalam industri 5 Group Manager. Satu pencapaian yang bagi saya boleh di banggakan.

Ingin sertai kami??

AnNurGroup

spirit637

Jom sertai An Nur Group

Assalamualaikum..

Alhamdulillah usia kami An Nur Group baru berusia 7 tahun (ditubuhkan pada 1 jan 2012). Dalam usia yang muda ini kami mempunyai kekuatan 3 Group Manager, 6 Agency Manager dan 130 perunding takaful.

Kami mempunyai rekod penghasilan Manager TERPANTAS di Great Eastern Takaful berhad iaitu 1tahun 3.5bulan untuk Agency Manager dan 4tahun 3.5bulan untuk Group Manager.

Purata 2 manager baru kami lahirkan setiap tahun semenjak 2016 hingga kini. Jangkamasa yang kami ambil kurang dari 3 tahun.

Kami yakin dengan sistem yang kami ada kami mampu melahirkan lebih ramai lagi manager baru di masa akan datang dan mungkin ANDA manager terbaru kami.

Pada yang berminat untuk membina kerjaya dan berjaya bersama An Nur Group di Great Eastern Takaful Berhad bolehlah menghubungi kami untuk keterangan lanjut.

Tingkatkan ekonomi keluarga anda, usah bimbang kami bukan sekadar latihan malah bimbingan juga akan kami berikan secara percuma.

Apa tunggu lagi

Rosazaman Sarifdin
Group Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

Tahniah An Nur The Great Agency Champion Ogos

Assalamualaikum..

Alhamdulillah berakhir sudah bulan kemerdekaan. Salam merdeka untuk semua. 61 tahun kita sudah merdeka. Bercerita tentang kemerdekaan. Adakah kita sudah merdeka dari segi ekonomi rumah tangga kita? Adakah dari dahulu hingga kini masih di takuk yang sama?

Di kesempatan ini saya ingin mempelawa anda yang ingin sama sama membina kerja dan berjaya bersama kami.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin

0192699436l

Iftar bersama CEO

Alhamdulillah lagi majlis iftar, kali ini kami bersama CEO Great Eastern Takaful, tahniah An Nur The Great Agency 20 orang qualifier untuk tahun ini. Satu pencapaian yang boleh di banggakan.Saya berharap untuk contest We Are Family 2018 (hari raya) lebih ramai lagi wakil dari kita yang berjaya mencapainya.

terima kasih Great Eastern Takaful. Oh ya tahniah buat hizawina kerana memperolehi ipad percuma hasil dari pada contest CEO. Saya tolong ambilkan sahaja.

Salam

Majlis iftar bersama Regency Specialist Johor

Alhamdulillah di jemput ke majlis iftar dan beramah mesra bersama DR DR dari Regency Specialist Hospital Sri Alam.

Dengan hubungan yang terjalin ini insyaallah akan memudahkan urusan kami di masa akan datang.

Regency Specialist Hospital memiliki 47 DR Fulltime, malah di sini memiliki ramai DR Pakar. Berita gembira untuk warga Pasir Gudang Hospital tersebut akan di besarkan dalam masa terdekat untuk kemudahan penduduk di sini..

Tahniah Regency Specialist Hospital.

Rosazaman Sarifdin

Tahniah SES9 An Nur The Great Agency sehingga April 2018

Assalamualaikum..

Alhamdulillah… sehingga kini kami telah mempunyai 8 qualifier. Dengan berbaki lagi hampir 2 bulan kami berharap dapat menambah lagi jumlah qualifier.

Seronok kerja dan dapat berjalan bersama. Bukan itu sahaja sebenarnya terlalu banyak kelebihan jika menjadi agen takaful ni.. nak tahu lebih detail sure la kena hubungi kami…

Ni abam tanya, bila kali terakhir majikan anda bawa anda melancong? Ke tak pernah?. Di sini anda berpeluang melancong 4 kali setahun… so apa tunggu lagi?

Rosazaman Sarifdin
Group Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

AM Saharrudin Sarifdin

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin memperkenalkan Seorang yang tidak asing lagi di GETB yang di lahirkan oleh An Nur The Great Agency

Nama: Saharrudin Bin Sarifdin

Sertai GETB: 8/10/2014

Alhmdulillah dalam masa 2 tahun 3 bulan beliau telah mencapai pangkat Agency Manager pada 1/1/2017 dan pada tahun yang sama juga atas usaha dan motivasi yang tinggi beliau telah melepasi syarat 1st year running Group Manager (GM). Satu tahap yang di impikan oleh semua perunding takaful.

Dengan sistem yang ada pada agensi, kami yakin akan melahirkan lebih ramai lagi pengurus di bawah An Nur The Great Agency. Mungkin anda pengurus seterusnya yang kami cari.

Rosazaman Bin Sarifdin

SES7 2016 An Nur Qualifier

Assalamualaikum

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan izinnya pada tahun ini kami dapat memecahkan rekod terbaik kami berbanding tahun lepas. Kali ini 9 orang qualifier berjaya melayakkan diri ke Free Trip Great Eastern. Yang mana 5 daripadanya VIP dan selebihnya standart.ses7

Pastinya pencapaian ini menjadi pemangkin kepada ahli Annurians yang lain.. Director Event dan Promotion telah menyiapkan poster untuk semua qualifier.

ayizam ses

solehah ses

Pada yang berminat untuk menyertai kami sebagai perunding takaful sangat sangatlah saya alu alukan. Selain daripada membina kerjaya anda juga akan menikmati percutian percuma.. Apa yang anda tunggu lagi???

Hubungi Kami sekarang.

Johor
Sahar Sarif 011-17652722(wasap) 018-3729556/ Masrinie Salim 012-7499436

Kuala Lumpur
Siti Norkamalia Binti Khalil 019-2332305

Selangor
Sahir Get , Sahir Sarifdin 012-2770302

Terengganu
Amirul Faizal Ahmad 013-2224762

Pahang
Naz Ain Zul 014-5357305

Melaka
Khairul Mohamed 013-9329023

Perak
Roslee S Din 017-5737890(wassap)/0165567006

Rosazaman Sarifdin
Founder, An Nur The Great Agency,

Group Agency Manager, Great Eastern Takaful Berhad.
019-2699436

Alhamdulillah syukur..

Assalamualaikum..
Hari ini sekali lagi di beri penghargaan oleh syarikat masuk paper lagi.. ini bukan kejayaan saya malah kejayaan kami yang bekerja kumpulan.

2016 kita mampu buat yang lebih baik.

image

An Nur The Great Agency anda memang terbaik. Semoga kerjasama dan semangat kumpulan ini akan bertambah ketat.

Pada yang berminat untuk membina kerjaya bersama sama kami sangat2la di alukan.

Johor
Sahar Sarif 011-17652722/ Masrinie Salim 012-7499436

Kuala Lumpur
Siti Norkamalia Binti Khalil 014-5168642/ Nur Hayati 012-6224457

Selangor
Sahir Get , Sahir Sarifdin 012-2770302

Terengganu
Amirul Faizal Ahmad 013-2224762

Pahang
Naz Ain Zul 014-5357305

Melaka
Khairul Mohamed 017-3246025

Perak
Roslee S Din 017-5737890(wassap)/0165567006

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
019-2699436
Champion UM 2015 Company Wide

Permulaan yang baik untuk 2016

Assalamualaikum,

Bersyukur kehadrat illahi kerana dengan limpah dan izinnya setiap bulan Jemaah An Nur The Great Agency semakin bertambah. Terima kasih atas kepercayaan yang di berikan dan kerana menjadi sebahagian daripada keluarga besar kami.

agen

Malah bukan itu sahaja, salah seorang daripada jemaah baru kami telah mencipta nama sebagai top rookie pada Januari 2016. Tahniah Puan Ospuriah Mustapha atas pencapaian yang membanggakan agency. Ini membutikan kami melahirkan juara.

top

Semoga bulan Febuariini akan menjadi bulan yang lebih baik untuk kita semua.

salam

Rosazaman Sarifdin

Group Manager

0192699436

Bisness Review 2015 dan Goal Setting 2016

Assalamualaikum..

Alhamdulullah pada 23&24 Hb Januari 2016 kami telah menjayakan  Bisness review 2015 dan Goal Setting 2016 bagi agency An Nur The Great Agency yang di adakan di Melaka.

12509681_1097336593643981_6894412772456500203_n12631288_1097336716977302_8383837000874293951_nAlhamdulillah majlis berjalan dengan jayanya. Ini merukapak permulaan yang baik, untuk agensi kami. Semua kos di tanggung sepenuhnya oleh Agensi beserta penginapan (kecuali rakan niaga yang tidak mempunya sebarang sales pada tahun).

Pada malam hari kami semua mengadakan majlis raikan kejayaan agensi di Ikan bakar Parameswara. Memang betul-betul makan masing.

12573085_1097336756977298_573575286962014897_n

Cuma sedikit kesedihan kerana pada malam ini Orang yang banyak membantu agensi kami tidak dapat menghadirkan diri AVP En Ibrahim Abdullah. Nasib baik di gantikan dengan BDE Zuklifli Idris.

Majlis tak berakhir setakat itu sahaja. Esoknya kami beriadah pula..

10441275_1097336580310649_62371497200339099_n

Sangat merujakan sebab masing masih dengan stratergy kumpulan masing-masing. Kamu bekerja dengan enjoy.

Pada tahun inikami akan mengandakan apa yang kami peroleh pada 2015 kepada sekali ganda. In Sya Allahkami mampu melakukannya.

Di kesempatan ini juga kami juga ingin mempelawaanda yang berminat untuk berjaya bersama sama kami dibawah satu agensi menyebarkan Takaful.

Hubungi rakan niaga kami yang berdekatan dengan kawasan anda.

Johor
Sahar Sarif 011-17652722/ Masrinie Salim 012-7499436 / Solehah Jumaat 013-7237626

Kuala Lumpur
Siti Norkamalia Binti Khalil 014-5168642/ Nur Hayati 012-6224457

Selangor
Sahir Get , Sahir Sarifdin 012-2770302

Terengganu
Amirul Faizal Ahmad 013-2224762

Pahang
Naz Ain Zul 014-5357305 / Nurmayani Abdul Ghani 017-9556796

Melaka
Khairul Mohamed 017-3246025 / Naz Daud 017-2911334 / Saiful Fadzli 019-6611565

Perak
Roslee S Din 017-5737890(wassap)/0165567006

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
019-2699436
Champion Company Wide 2015

Kenapa Kita perlukan Takaful?

Assalamualaikum..

Pada Hari in saya ingin kongsikan kepada anda kenapa kita perlukan takaful.. Apa yang ingin saya kongsikan ini adalah sekadar pendapat saya sahaja.

malang tidak berbau.

Kisah ini mungkin boleh kita hayati bersama satu perkongsian benar. Lihat link ni. Bagi saya, sebenarnya seseorang itu ada kalanya tidak faham apakah itu takaful dan tidak memberikan ruang untuk dirinya memahamkan apakah takaful sebenarnya.

sudah ada dan cukup.

Ini mungkin kerana mereka merasakan sudah dilindungi sepenuhnya. (sekadar ada insuran atau takaful) Padahal mereka tidak tahu apakah plan yang mereka ambil. Contoh ini juga saya pernah kongsikan sebelum ini. Lihat link ini.

rasa selamat.

Kebanyakan insan seperti ini adalah yang mana mereka merasakan majikannya telah melakukan yang terbaik untuknya (mungkin memberikan medical card) ataupun mereka ini adalah kakitangan kerajaan. Malangnya mereka tidak pernah ambil pusing adakah jumlah had yang di berikan mencukupi. Ini yang sepatutnya kita ambil tahu. Lihat link ini.

Sekadar renungan..

Hari ini, boleh saya katakan manusia lebih sayangkan hartanya dari dirinya. Ini kerana benda yang tidak bernyawa kita insuran atau takafulkan malangnya untuk diri sendiri tidak. Mana yang lebih berharga untuk kita? Sepatutnya kerajaan mewajibkan insuran/takaful sepertimana ia mewajibkan untuk kenderaan motor.

Untuk keterangan lanjut mengenai takaful. Sila hubungi

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Tahniah my Associate mencipta nama di Great Eastern Takaful Sdn Bhd.

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah kini langkah saya telah di ikuti oleh  Tahniah kepada Ustaq Musyrif, Walaupun masih baru didalah industri ini bukanlah alasan untuk kita tidak boleh buat dan berjaya.

Yang pasti perjalanan kena tetap diteruskan, Masih banyak bangsa kita yang perlu dibantu. anggallah ini satu jihad kecil daripada kita. Niat yang baik akan memberikan hasil yang baik. InsyaAllah..

Kepada mereka yang di luar sana berminat bersama-sama saya menjadi perunding Takaful di Great Eastern Takaful Sdn Bhd bolehlah menghubungi saya atau menghubungi rakan rakan saya.

Pilihlah mereka yang berada di tempat anda.

Rangkaian An-Nur Group under Razman Agency

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Kerjaya yang Indah di takaful.. Great Eastern Takaful

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana memberikan nikmat kesihatan kepada saya, dengan itu saya dapat menjalankan segala usaha saya ini dengan lancar.

Pada tahun lepas diberikan penganugerahan di genting sebagai Smart Leo F1 dan kelmarin 18/9/2012 diberikan penganugerahan  buat kali kedua oleh Great Eastern sebagai F1 Pro-Crown Leo dan F1 Pro-Smart Leo.

Terima Kasih Allah, dan kepada anda semua yang menyokong saya di dalam industri ini.

Pastinya pencapaian ini bukanlah noktah bahkan ianya merupakan titik permulaan untuk saya melangkh lebih jauh lagi InsyaAllah..

Semua ini tidak akan datang melayang dan bergolek dengan sendirinya jika tidak kena dengan caranya.

Matlamat saya untuk tahun hadapan untuk membawa seberapa ramai yang mungkin qualifier di bawah seliaan saya untuk turut serta mencapai award Great Leo ini.

Oleh itu saya mempelawa anda di luar sana untuk turut serta bersama-sama saya di bawah An-Nur Group sebagai perunding kewangan takaful  mewakili Great Eastern Takaful.

Segala tunjuk ajar dan bimbingan akan saya sediakan

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Kami agent takaful bukan seperti plumber..

Assalamualaikum dan salam MERDEKA untuk semua..

Hari ini saya ingin kongsikan satu lagi pengalaman yang baru sahaja diterima sebentar tadi.

Pagi tadi saya di datangi oleh seorang mamy (Makcik Tokey kedai runcit di Pasir Gudang) yang kisahnya pernah saya tulis sebelum ini. Datang menegur saya. Cerita Mamy

Mamy: Man ko ada cerita insuran tak kat Abang ***** (Tokey kedai makan di Pasir Gudang).

Saya: Ada, macam mamy juga la, Dekat 2 tahun saya follow, ada jumpa beberapa kali, tapi macam alasan dia bagi.. (takperluhlah saya cerita alasan dia kat sini).

Mamy: Ko boleh tolong dia tak, adjustkan insuran.

Saya: Kenapa mamy?

Mamy: Anak dia kemalangan teruk semalam, Patah reok tulang dia. Hospital pakar ***** (kat Pasir Gudang) nak RM20,000 kalau nak ambik kes anak dia.

Saya: Kemalangan dengan apa mamy?

Mamy: Dia naik motor, langgar dengan kereta, Abang ***** baru belikan motor baru untuk dia.

Saya: Kenapa tak guna medical card? Abang ***** kata dah ada ambil insuran untuk satu family.

Mamy: Sebab takderla aku mintak tolong ko ni.

Saya: Maaf mamy saya memang tak dapat nak tolong.. Saya ni bukan macam orang repair paip bocor mamy. Bila dah tersumbat atau bocor baru nak cari saya.

Pengajaran Untuk semua.

1- Kita sayang anak kita sanggup berebih duit belikan macam-macam untuknya. Kenapa kita tak sanggup simpankan lebih sikit untuk Takafulnya..

2- Orang kita ni (melayu) bila dah terkena baru menggelupur nak cari Insuran atau Takaful.. kebiasaannya masa itu dah tak boleh nak buat apa2 dah..

3- Mungkin kita bersedia terhadap sebarang kemungkinan, dan wang bukan masalah. kan bagus jika jika berlaku musibah kewangan kita tetap tidak terganggu.

Jadilah orang yang bijak. Bertindak sekarang.. Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

buatkan saya quotation

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012

Assalamualaikum semua.

Dikesempatan ini saya ingin ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri untuk pembaca blog saya.

Dikesempatan ini saya ingin memohon maaf jika ada artikal yang saya tulis ada menginggung perasaan anda sama ada secara sedar ataupun tidak, Sengaja atau tidak sengaja.

Bagi mereka yang pulang ke desa mahupun kota berhati-hati dengan setiap pergerakkan anda. Saya doakan semoga anda selamat sampai dan pulang ke destinasi yang anda mahukan.

Mungkin ini sedikit maklumat yang dapat membantu anda melancarkan perjalanan.

Rancanglah perjalanan anda sepertimana anda merancang kewangan anda. Tanpa perancagan yang betul akan mendatangkan masalah..

salam

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Registed Financial Planner (RFP)..

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah hari ini selesai sudah attend course  RFP Modul 1 di Great Eastern Ampang selama 4 hari yang bermula 6-9/8/2012. InsyaAllah ilmu yang bermanfaat ini akan saya gunakan sebaik mungkin.

Saya akan pastikan yang title RFP tersebut akan ada pada hujung nama saya satu hari nanti.. InsyaAllah..

Sepanjang menghadiri course tersebut saya banyak mendapat email, sms mahupun call yang mahukan quotation dari pada saya. Alhamdulillah walaupun sibuk dengan course tersebut saya masih dapat memberikan respond salam masa kurang 1 jam.

Cuma apa yang saya ralat ada satu panggilan yang sempat saya jawab  dan insan tersebut ingin mengetahui tentang Great Eastern Takaful dan oleh  kerana dalam course saya berkata yang saya akan menghubunginya kembali.

Semasa waktu rehat saya cuba munghubunginya tetapi gagal kerana insan tadi menggunakan no tel ofis. kalau tak silap dari kementerian apa tah.. 0388……

Nasihat saya kepada mereka yang ingin mendapatkan khidmat nasihat saya anda bolehlah sms,email atau PM saya di FB. Saya  yang akan menghubungi anda..

Sekian

Rosazaman Sarifdin

0192699436