Adakah suami anda benar-benar sayang anda?

Assalamualaikum semua..

Pastinya jika tajuk ini ditanya kepada para suami jawapannya sudah tentu sayang 100%. Tapi adakah kenyataan itu benar? hanya mereka yang ketahui sendiri.

rahsia kasih sayang suamiSetiap isteri mempunyai hak untuk hidup bahagia dan hak isteri perlu dilaksanakan si suami namun, sekiranya si suami sengaja gagal melaksanakannya bermakna dia tidak ikhlas menyintai diri si isteri.

Bila berbicara tentang hak isteri disini secara total scopnya terlalu besar. Cuma apa yang saya ingin kongsikan di sini hak isteri jika ketiadaan kita nanti.

Dalam Al Quran ada menegaskan..

SURAH AL-BAQARAH, Ayat 240 Terjemahan : “Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) – makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

Malah di dalam hadith juga ada berpesan.

HADITH RIWAYAT AL-BUKHARI : ”Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta”

Bagus sekiranya sang suami dah meninggalkan bekalan setahun untuk si isteri n anak-anak seperti yang telah di sarankan dalam Al Quran malangnya lebih ramai yang gagal untuk menyediakan bekalan tersebut..

Oleh itu si suami yang benar-benar sayangkan keluarga anda pastikan sekurang-kurangnya anda mengambil takaful untuk diri anda. Ini kerana sedikit sebanyak dapat meringinkan beban keluarga anda jika terjadinya sesuatu musibah.

Dengan itu boleh saya simpulkan, jika si suami dengan sengaja tidak menyediakan atau bersedia terhadap dana untuk anak-anak dan isteri-isterinya sekurang-kurangnya untuk setahun, beliau belum benar-benar sayang kepada keluarganya.

Jadi si isteri pastikan suami anda mempunyai sekurang-kurangnya 1 plan takaful untuk dirinya.

Rosazaman Sarifdin 019-2699436

Fulltime Agent

buatkan saya quotation

Takaful / Insuran VS MLM..

Assalamualaikum..

Sebelum saya ingin berkongsi pengalaman hari ini, saya minta kepada yang suka copy and paste pengalaman saya ini, saya mohon agar anda minta izin terlebih dahulu. Tak salahkan..

Kisah hari ini saya rasa kita boleh jadikan teladan. Ambik yang baik buang jauh-jauh yang buruk.

Takaful/Insuran VS MLM (Multi Level Marketing)

Petang tadi dalam jam 6:30 petang saya mendapat penggilan daripada x-client bertanyakan certificate takafulnya yang sudah luput. Bagaimana untuk dihidupkan kembali.. Alhamdulillah.. Mungkin sudah ada kesedaran kembali agaknya.. Rupa – rupanya ada udang di sebalik batu… (baca seterusnya)

x-client saya ini pada mulanya memang tiada masalah melakukan sumbangan takafulnya, setiap bulan akan dipotong melalui autodebit Maybank. Tapi apabila dia menyertai salah satu MLM, pendapatnya mula berubah sedikit demi sedikit. Sehinggakan saya pun hendak di sekolahkannya.. Saya masih teringat apa yang di perkatakan.

x-client: Razman saya nak stop takaful sayalah, saya dah tak boleh nak teruskan,

saya: Boleh, Tapi boleh saya tahu kenapa?

x-client: Saya ambik takaful ni saya rasa mcm mintak saya sakit pulak, mana taknya kalau sakit jer baru boleh guna. Kalau boleh kita taknak sakit, baik kita kawal pemakanan kita. Tingkatkan imiunisasi dalam badan kita. Itu  lebih baik. Penyakit ni bermula dari perut. Bla Bla Bla Bla…..

(keluar jer perkataan imiunisasi saya dah dapat agak benda apa)

saya: Betul tu. Tapi takaful bukan sahaja untuk penyakit, musibah yang kita tak jangka seperti kemalangan pula bagai mana?

x-client: Tu tak per kereta saya ada insuran, boleh claim.

saya: Okaylah kalau mcm tu..

(saya malas dah nak counter.. taknak teruskan takper..)

Berbalik kepada cerita di atas kenapa dia nak hidupkan takafulnya kembali. x-client saya ini masuk hospital semalam rupa-rupanya. Kena batu karang. Patutla beria-ria nak hidupkan balik takafulnya. Sayang sungguh certificate dah luput kalau hidupkan balik sekalipun ianya seperti certificate baru. Nak tanya apa cerita dengan produk yang dia makan pun saya tak sampai hati.. Kawan2 janganla jadi macam ni..

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Group presentation di UiTM Lendu Melaka 20/7/2012 Great Eastern Takaful

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah semalam saya bersama partner Ustaq Musyrif Khalil dapat membuat sesi taklimat tentang pentingnya takaful di UiTM Lendu. Sesi bermula jam 10:00 pagi dan berakhir lebih kurang jam 12:00 tengah hari.

Segalanya berjalan dengan lancar. Tahniah saya ucapkan khususnya pada pensyarah-pensyarah muda di sana kerana memberi kami peluang dan ruang untuk kami mengembangkan dakwah Takaful ini.

Perkara yang lebih membanggakan saya semasa sesi taklimat ada seorang penyarah (Puan Mastura) mengatakan GET yang terbaik sedangkan dia memilili Takaful dari syarikat lain. Ini kerana dia pernah di kongsikan dengan plan dari Great Eastern ini, pada masa tersebut dia masih tiada perkerjaan.

Bak kata orang langkah kanan, kami di jamu dengan makanan Poklak (betul kot bunyinya). Almaklumlah esoknya dah nak puasa. Terima kasih sekali lagi pada anda semua.

Balik daripada Melaka kami sempat singgah di Branch Seremban untuk membuat e submission.

Jika anda ingin juga memanggil kami untuk memberikan penerangan tentang pentingnya Takaful di tempat anda, anda bolehlah menghubungi saya untuk temujanji.

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Orang bujang banyak hutang. SubhanaAllah..

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi dan Rosyahaida Abdullah
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Belia berumur antara 30 dan 40 tahun menjadi golongan paling tinggi menyertai Program Pengurusan Hutang (DMP) kendalian Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan jumlah keseluruhan melebihi 40 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Koid Swee Lian berkata, senario itu berkemungkinan didorong kesan bebanan hutang mahupun pinjaman yang diambil sejak awal khususnya ketika masih belum berumah tangga.

Selain itu, katanya, kedegilan golongan berkenaan untuk memanfaatkan kemudahan perlindungan insurans yang disediakan kebanyakan institusi kewangan menyebabkan mereka terbeban dalam masalah membayar bil perubatan.

“Daripada kes yang dikendalikan AKPK, kebanyakan golongan ini mempunyai masalah kewangan yang teruk sebaik mendirikan rumah tangga serta mempunyai anak. Pelbagai hutang termasuk kad kredit ataupun pinjaman peribadi yang dibuat ketika zaman bujang belum habis dibayar sedangkan kos hidup semakin meningkat dari semasa ke semasa.

“Berbanding zaman sebelum berkahwin, mereka hanya menanggung diri sendiri dan tidak perlu menampung perbelanjaan lain seperti keperluan anak dan sebagainya. Dalam rekod AKPK sendiri, dua pertiga daripada pelanggan kami terdiri daripada lelaki,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, katanya, kegagalan mengetahui secara mendalam mengenai pengiraan kadar faedah kad kredit juga menyebabkan ramai antara pengguna sering melambatkan pembayaran hutang berkenaan.

Menurutnya, dengan penggunaan RM3,000, pemegang kad kredit mengambil masa selama empat tahun lapan bulan untuk melangsaikan hutang berkenaan jika hanya membayar jumlah minimum iaitu RM150.

“Berdasarkan rekod Bank Negara Malaysia (BNM), hanya 60 peratus daripada jumlah pemegang kad kredit di negara ini melangsaikan sepenuhnya jumlah wang yang digunakan sementara bakinya membayar secara ansuran.

“Bayangkan berapa jumlah yang terpaksa kita bayar jika melengahkan pembayaran. Disiplin membayar secara penuh seharusnya dipupuk pada saat kita menerima kad kredit,” katanya.

Koid menyarankan pengguna terutama bagi mereka yang seringkali tersasar daripada perancangan asal perbelanjaan supaya menggunakan kad debit yang jelas lebih selamat serta bebas hutang. Secara keseluruhannya, pengguna di Kuala Lumpur adalah paling ramai merujuk kepada AKPK disebabkan masalah kewangan dan menyertai DMP anjurannya diikuti Johor.

Apakah persediaan anda?

Assalamualaikum semua

Tahukan anda perancangan kewangan sangat sangat penting. Bukan sahaja terhadap perancangan kesihatan kita tetapi juga perancangan persaraan..

Agak sukar untuk kita gambarkan jika perlu mempunyai pendapatan RM12,000 sebulan jika ingin membeli rumah teres di masa akan datang. yang mana anggaran itu pada masa kini RM6,000 sebulan.

Renung dan fikirkan dimanakah tahap kita pada masa tersebut?

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Hadiah menarik menanti anda…1/6 hingga 10/6/2012

Assalamualikum..

Berita menarik untuk anda.. Jadilah pemegang certificated Great Eastern Takaful anda layak untuk memiliki kad Touch n Go exclusive daripada Great Eastern.

Syarat kelayakan bermula daripada hari ini hingga 10/6/2012 sahaja.

jangan lepaskan peluang…

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin

019-2699436