Tahniah SES 9 qualifier Terbaru An Nur

Alhamdulillah bertambah lagi qualifier SES9 dari An Nur The Great Agency. Tahniah Agency Manager Khairul Nizam Mohamed atas pencapaian ini.

Alhamdulillah juga kepada diri sendiri yang telah capai ke VIP SES9.

Berbaki lagi sebulan kami di An Nur The Great Agency mengharapkan lebih ramai qualifier yang akan layak.

Pada yang berminat atau ingin membina kerjaya bersama kami, anda bolehla menghubungi kami untuk keterangan lanjut.

Johor
Sahar Sarif 018-3729556/ Masrinie Salim 012-7499436

Kuala Lumpur
Siti Norkamalia Binti Khalil 019-2332305

Selangor
Sahir Get , Sahir Sarifdin 012-2770302

Terengganu
Amirul Faizal Ahmad 013-2224762

Pahang
Naz Ain Zul 014-5357305

Melaka
Khairul Mohamed 013-9329023

Rosazaman Sarifdin 019-2699436
Founder, An Nur The Great Agency,

Group Agency Manager, Great Eastern Takaful Berhad.

Salam

Apabila penyakit datang….

Assalamualaikum semua..
Rasa takut apabila membaca akhbar yang anak anak muda mengidap penyakit kritikal. Perkara tersebut sudah menjadi biasa pada masa ini.

Maka tak bolehlah kalau kita nak kata belum bersedia untuk takaful. Jadi bilakah masa yang sesuai untuk kita memiliki plan takaful? Adakah jika kita sudah tahu kita ada penyakit?

image

Malangnya bangsaku ramai begitu. Bila sudah mengetahui akan kesakitan yang di alami barulah menggelabah mencari agen takaful. Terlalu banyak sangat yang jumpa kes sebegini.. lebih teruk lagi ada yang meminta untuk saya menyembunyikan penyakit tersebut. Dukacitanya saya taknak ambil risiko. Nanti saya juga yang akan pening kepala.

image

Takaful dimiliki semasa sihat bukan setelah diketahui setelah anda sakit. Beringatlah sebelum kena. Apabila sudah sakit walaupun anda mampu membuat sumbangan yang besar kemungkin besar juga permohonan anda juga di tolak.

Jadi bertindaklah awal..

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
award

Takaful / Insuran VS MLM..

Assalamualaikum..

Sebelum saya ingin berkongsi pengalaman hari ini, saya minta kepada yang suka copy and paste pengalaman saya ini, saya mohon agar anda minta izin terlebih dahulu. Tak salahkan..

Kisah hari ini saya rasa kita boleh jadikan teladan. Ambik yang baik buang jauh-jauh yang buruk.

Takaful/Insuran VS MLM (Multi Level Marketing)

Petang tadi dalam jam 6:30 petang saya mendapat penggilan daripada x-client bertanyakan certificate takafulnya yang sudah luput. Bagaimana untuk dihidupkan kembali.. Alhamdulillah.. Mungkin sudah ada kesedaran kembali agaknya.. Rupa – rupanya ada udang di sebalik batu… (baca seterusnya)

x-client saya ini pada mulanya memang tiada masalah melakukan sumbangan takafulnya, setiap bulan akan dipotong melalui autodebit Maybank. Tapi apabila dia menyertai salah satu MLM, pendapatnya mula berubah sedikit demi sedikit. Sehinggakan saya pun hendak di sekolahkannya.. Saya masih teringat apa yang di perkatakan.

x-client: Razman saya nak stop takaful sayalah, saya dah tak boleh nak teruskan,

saya: Boleh, Tapi boleh saya tahu kenapa?

x-client: Saya ambik takaful ni saya rasa mcm mintak saya sakit pulak, mana taknya kalau sakit jer baru boleh guna. Kalau boleh kita taknak sakit, baik kita kawal pemakanan kita. Tingkatkan imiunisasi dalam badan kita. Itu  lebih baik. Penyakit ni bermula dari perut. Bla Bla Bla Bla…..

(keluar jer perkataan imiunisasi saya dah dapat agak benda apa)

saya: Betul tu. Tapi takaful bukan sahaja untuk penyakit, musibah yang kita tak jangka seperti kemalangan pula bagai mana?

x-client: Tu tak per kereta saya ada insuran, boleh claim.

saya: Okaylah kalau mcm tu..

(saya malas dah nak counter.. taknak teruskan takper..)

Berbalik kepada cerita di atas kenapa dia nak hidupkan takafulnya kembali. x-client saya ini masuk hospital semalam rupa-rupanya. Kena batu karang. Patutla beria-ria nak hidupkan balik takafulnya. Sayang sungguh certificate dah luput kalau hidupkan balik sekalipun ianya seperti certificate baru. Nak tanya apa cerita dengan produk yang dia makan pun saya tak sampai hati.. Kawan2 janganla jadi macam ni..

Rosazaman Sarifdin

019-2699436