Beza Simpan di Takaful berbanding Simpan di Bank

Assalamualaikum..

Hari ini saya terpanggil untuk menulis artikel ini untuk di jadikan rujukan untuk semua. Saya tahu, anda pastinya tahu apakah perbezaan jika kita simpan di takaful berbanding di bank. Sudah tentulah dari segi protection kan? itu merupakan salah satu faktor. Apakah selain daripada itu?

Simpan di bank kita menyimpan  dan baru boleh mencipta matlamat manakala menyimpan di takaful, matlamat dicipta dahulu baru kita menyimpan.

Contoh 1.. Kita ingin membuat tabungan RM50,000 untuk pendidikan anak dalam masa 20 tahun. Jika kita simpan di bank, 200 x 12(setahun) x 20 tahun baru kita dapat kumpul dalam RM50,000. dengan andaian kita kekal sihat. Tetapi di takaful kita terus cipta RM50,000(Tabarru) kemudian baru kita mula menyimpan. Kalau kita kekal sihat pun kita dapat, tak sihat pun tetap dapat.

Dan perkara penting yang ingin saya kongsikan di sini adalah menyimpan di takaful ada cover kepada contributior (penyimpan) atau pemilik, konsep yang hampir sama dengan loan rumah.

Contoh 2.. Jika kita menyimpan di bank, katakan sesuatu musibah berlaku dan menyebabkan kita tidak dapat meneruskan simpanan. Maka matlamat kita akan terhenti setakat itu sahaja. Berbeza dengan takaful simpanan tetap diteruskan selama mana yang kita cover.

Ini adalah salah satu Rider (manfaat) yang terdapat di Great Eastern Takaful. Manfaat ini melindungi Lumpuh dan penyakit kritikal, untuk pembayar turut cover kematian.

Apakah kepentingan  Rider (manfaat) ini?. Baca betul2 yer..

Baru – baru ni saya banyak terjumpa dengan certificated (polisi) yang hanya cover manfaat ini hanya untuk tempoh yang singkat. 15-20 tahun sahaja.

Bayangkan jika anda berusia 35 tahun anda  ambil plan simpanan, medical card n lain-lain manfaat, agent anda hanya cover untuk 20 tahun sahaja untuk manfaat caruman percuma ni. Bermakna pada usia anda 55 tahun manfaat ini anda sudah tidak dapat. Sedangkan selepas usia tersebut anda lebih terdedah kepada penyakit. katakanlah pada usia 56 penyakit kritikal bercinta dengan anda, dan anda pulak dah pencen masa tu. Untuk mendapatkan manfaat yang anda ambik sebelum ni nak tak nak anda tetap kena teruskan pembayaran lah  macam biasa. Memang kesan tu kita tak nampak sekarang.  15 ke 20 tahun bukan satu jangkamasa yang lama. Jadi berhati-hatilah dengan apa yang anda ambil. Kalau nak menyesal or marah pada waktu tu dah tak guna, Jadi Fahamkan sebaik-baiknya. Jangan percaya bulat bulat, cuba dapatkan maklumat dari sumbar lain juga..

Selamat membaca…

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

buatkan saya quotation

Aku tak mampu nak ambil takaful.. komitment banyak…

Salam Ramadan al mubarak kepada semua..

Malam ni tajuk simple je.. “Aku tak mampu nak ambil takaful.. komitment banyak…”

Seorang Hamba Allah yang saya ketemui jam 1030 malam tadi berkata sedemikian. Katanya komitmentnya banyak, so dia tak boleh nak ambil takaful ni. Ini kerana hanya dia seorang sahaja yang bekerja dan anaknya seramai 5 orang.  Bekerja dengan pukul rata sebulan RM3,000 dan bayaran rumah sebulan RM 850 dan belanja lain dia tak mampu..

Jawapan saya. Anda seharusnya ambil takaful ini sebab sekarang anda boleh kerja, Bagaimana jika dah tak mampu nak kerja (kena penyakit kritikal)? Siapa yang nak menyara anda dan anak bini anda? mungkin orang umah boleh kerja tapi dengan anak 5 orang tu agak2 berapa upah penjaga? dan berapa gaji yang bakal orang umah bawa pulang?.

Bagaimana pula jika terus tak pulang2 balik kerja? (meninggal). Apa akan jadi pada nasib anak bina anda?

Tu hanya sebahagian yang saya kongsikan… ada lagi… hehehe…

Salam..