Takaful / Insuran VS MLM..

Assalamualaikum..

Sebelum saya ingin berkongsi pengalaman hari ini, saya minta kepada yang suka copy and paste pengalaman saya ini, saya mohon agar anda minta izin terlebih dahulu. Tak salahkan..

Kisah hari ini saya rasa kita boleh jadikan teladan. Ambik yang baik buang jauh-jauh yang buruk.

Takaful/Insuran VS MLM (Multi Level Marketing)

Petang tadi dalam jam 6:30 petang saya mendapat penggilan daripada x-client bertanyakan certificate takafulnya yang sudah luput. Bagaimana untuk dihidupkan kembali.. Alhamdulillah.. Mungkin sudah ada kesedaran kembali agaknya.. Rupa – rupanya ada udang di sebalik batu… (baca seterusnya)

x-client saya ini pada mulanya memang tiada masalah melakukan sumbangan takafulnya, setiap bulan akan dipotong melalui autodebit Maybank. Tapi apabila dia menyertai salah satu MLM, pendapatnya mula berubah sedikit demi sedikit. Sehinggakan saya pun hendak di sekolahkannya.. Saya masih teringat apa yang di perkatakan.

x-client: Razman saya nak stop takaful sayalah, saya dah tak boleh nak teruskan,

saya: Boleh, Tapi boleh saya tahu kenapa?

x-client: Saya ambik takaful ni saya rasa mcm mintak saya sakit pulak, mana taknya kalau sakit jer baru boleh guna. Kalau boleh kita taknak sakit, baik kita kawal pemakanan kita. Tingkatkan imiunisasi dalam badan kita. Itu  lebih baik. Penyakit ni bermula dari perut. Bla Bla Bla Bla…..

(keluar jer perkataan imiunisasi saya dah dapat agak benda apa)

saya: Betul tu. Tapi takaful bukan sahaja untuk penyakit, musibah yang kita tak jangka seperti kemalangan pula bagai mana?

x-client: Tu tak per kereta saya ada insuran, boleh claim.

saya: Okaylah kalau mcm tu..

(saya malas dah nak counter.. taknak teruskan takper..)

Berbalik kepada cerita di atas kenapa dia nak hidupkan takafulnya kembali. x-client saya ini masuk hospital semalam rupa-rupanya. Kena batu karang. Patutla beria-ria nak hidupkan balik takafulnya. Sayang sungguh certificate dah luput kalau hidupkan balik sekalipun ianya seperti certificate baru. Nak tanya apa cerita dengan produk yang dia makan pun saya tak sampai hati.. Kawan2 janganla jadi macam ni..

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Great Leo Award, Great Eastern Takaful

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hasil kerja keras tahun lepas dapat dirasa tahun ini, semua atas sokongan rakan-rakan, keluarga serta pengunjung blog saya ini. Kini satu lagi pengAnugerahan daripada syarikat yang dapat saya terima pada bulan september 2012 nanti di genting,

Saya layak menerima 2 pengAnugerahan Great Leo Award pada tahun 2012 ini,

  1. F1 Great Pro Crown Leo
  2. F1 Great Pro  Smart Leo

Betullah kata orang jika kita meminati dan mencintai apa yang kita lakukan segala ganjaran dan imbuhan akan datang dengan sendirinya..

Ps: Jika anda berminat untuk bersama-sama dengan saya membina kerjaya di Great Esatern Takaful bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin

019-2699436