Alhamdulillah…TQ Allah..

Assalamualaikum pembaca semua..

Alhamdulillah masih diberikan kekuatan dan kesihatan oleh-Nya.. Saya sangkakan 4 pencapaian yang saya perolehi rupa-rupanya dapat lagi 1. Top 5 producer dari Jan-June 2011. Hadiah berupa plug yang ada logo Takaful Great Eastern. Hadiah akan di sampaikan pada 30 July ini.

Terima kasih Great Eastern Takaful.. Bagi saya semua ini bermula daripada produk/plan Takaful yang HEBAT. Secara tidak langsung memudah serta mempercepatkan kerja saya.. Bagi saya agak malang jika kita tidak dapat menfaatkan kelebihan yang ada pada Takaful Great Eastern.

Hari ini baru selesai untuk pendaftaran Great Leo Award di genting.. Saya berharap di masa akan datang saya dapat membawa anda semua bersama-sama saya. InsyaAllah.

Kepada rakan-rakan di luar sana.. Anda mungkin boleh jadi lebih hebat daripada saya.. JIKA kena dengan caranya..

Oleh itu, Saya mempelawa anda semua untuk berjaya bersama-sama dengan saya. Untuk keterangan lanjut hubungi saya

Sertai Saya

Rosazaman Bin Sarifdin

0192699436

Tips untuk berjaya..

Assalamualaikum..

Apa khabar pembaca semua..

Akhir-akhir ini saya banyak dapat maklum balas daripada orang ramai sama di FB, Blog mahupun sesama rakan seperjuangan. Bagaimana tips utuk berjaya.. Saya pun tak paham kenapa mereka tanya saya. Kerana bagi saya, kejayaan itu masih jauh di hadapan..

Sungguhpun begitu, untuk tidak mengecewakan semua yang bertanya saya cuba untuk menjawab.

Hanya ada 1 tips  saya lakukan.

1. Tetapkan matlamat dengan jelas. Perancangan  4-5 tahun anda bermula daripada hari ini)

  • Buat perancangan anda jangka panjang (tahun 1,2 dan Fast Track GSM – tahun 4)
  • Buat perancangan jangka pendek (perancangan bulanan,mingguan dan harian)

Jika anda mempunyai matlamat yang jelas serta disusuli dengan perancangan yang di ikuti kerja anda akan jadi lebih mudah.

p/s: ramai orang mampu menetapkan matlamat tetapi malangnya gagal di dalam perlaksanaanya..

Kelebihan yang saya ada ada, saya bersama Syarikat yang mempunyai produk/plan yang hebat. Perlaksanaan matlamat saya menjadi semakin mudah.

Buat masa ini saya sedang membina testimoni untuk diri saya serta partner dibawah saya. Oleh itu saya juga mempelawa anda untuk turut serta bersama saya.

Untuk keteranagn lanjut

Hubungi

Sertai Saya

Rosazaman Sarifdin

0192699436

TQ Boss n Annuar Agency.

Assalamualikum..

Tidak di sangka-sangka, dengan HANYA 1 matlamat yang saya kejarkan 4 perkara yang datang walaupun matlamat asal masih belum saya perolehi.. Terima kasih Allah SWT… sesunggunnya Engkau sungguh Maha Pemurah..

Terima kasih juga pada Boss dan Keluarga Annuar Agency… Anda semua memang hebat.. Tak salah rasanya jika saya katakan Annuar Agency adalah yang terbaik.. Meungguli Takaful di Great Eastern pada semua aspek..

Apa yang saya pasti semua ini adalah pemberian kecil daripadaNYA.. Saya bersyukur kerana diberikan rahmat kesihatan..

Hari ini keputusan Star Takaful keluar…

Gambar Top 5 dalam setiap katogeri akan di masukkan di dalam Akbar no 1 Malaysia METRO dan Berita Harian..

  • Top Producer
  • Top Direct Group
  • Top Whole Group
  • Top Recruiter

Untuk Top Producer Annuar Agency memperolehi tempat ke 4 dan 5.. Jadilah…. Top DG dan Top WG Annuar Agency memperolehi tempat  pertama dan Top Recuiter Annuar Agency memperolehi tempat ke 2.

Alhamdulillah, Ini merupakan pencapaian kedua saya

Pencapaian Ketiga layak untuk penganugerahan Southern Star Contest. Syarat kelayakan  saya perlu mengekalkan 5 kes secara beterusan selama 3 bulan untuk setiap Quater.


Pencapaian Keempat layak untuk menerima penganugerahan Great Smart Leo Award di Genting. Syarat kelayakan ANP RM50,000

Pencapaian Pertama  Qualifier Sabai-sabai2 (syarat kelayakan 45,000 ANP)

p/s: Jika anda mempunyai matlamat yang jelas pastinya anda akan  memperolehi apa yang saya dapat. Sebenarnya semua orang boleh cuma anda perlu lihat kedalam diri anda, dimanakan kelebihan n kekurangan anda. Pasti anda juga boleh berjaya. Perkara yang sama juga saya terapkan pada agen saya.. kini saya sudah dapat lihat hasilnya.

Berminat untuk menyertai saya Hubungi:-

Sertai Saya

Rosazaman Bin Sarifdin

013-2626876

TQ Annuar agency…

Assalamualaikum

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan Jutaan terima kasih kepada boss saya GAM Annuar yang banyak membantu saya, Kak Siti Aida dan tidak lupa juga Rakan2 yang lain terutamanya Abd Shukur kerana anda pastinya menjadi teman saya di sana.

Terima kasih juga pada Isteri tercinta Masrinie Salim kerana tidak jemu-jemu memberikan semangat untuk saya terus dan terus berjuang…

Peluang yang diberikan ini tidak akan saya persia-siakan.. Saya akan pastikan nama saya turut tersenarai untuk Trip seterusnya…

Amin…

Kesihatan atau kereta BARU

Sharing drpd seorg rakan ejen:

Aku dpt sms tgh mlm td dr adik client aku yg polisi dia dah lapsed..client aku tu tgh tenat kat ICU..br pindah dr KPJ Sel ke HKL..adik dia nak byrkan outstanding amount utk inforce kan blk policy abg dia but its too late!…kesian..yg plg sedih, dia stop Takaful sebab beli kete baru..x mampu nak byr Takaful….

Moral of the story :

1. Yang dah ada polisi takaful tu, make sure still inforce dan jangan jadikan ianya adalah benda pertama anda korbankan bila mengalami kesulitan…

2. Yang tak de lagi takaful tu, cepat2 lah sign up sebab takaful ni bukan macam Panadol, nak pakai baru gi cari…

So fikir dan renung-renungkanlah

Untuk Keterangan Lanjut berkenaan plan Great Eastern Takaful sila hubungi

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Kerja atau Kerjaya.. Mana pilihan anda?

Assalamualaikum semua pembaca..

Mana satukah pilihan anda.. kerja atau kerjaya? Sertailah bersama-sama saya di Takaful Great Eastern.

Bertindak sekarang..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Jika anda ikhlas Rezeki akan datang kemudian..

Assalamualaikum sahabatku sekalian…

Sahabat..

Jangan takut untuk berIMPIAN.

Bermimpilah tentang apa yang ingin anda impikan, pergilah ke tempat-tempat anda ingin pergi. Jadilah seperti yang anda inginkan, kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin anda lakukan. Jangan takut berimpian asalkan ianya di susuli dengan tindakan yang mengarah kepada impian anda itu. Ini kerana  Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil B. DeMille

Anda sudah berada di Syarikat  yang betul untuk merealisasikan impian anda. Hanya mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika anda tidak melakukannya dengan terbaik..

Kecemerlangan anda akan terhasil daripada sikap anda yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Hidup ini sebenarnya memerlukan pengorbanan. pengorbanan juga memerlukan perjuangan. perjuangan  memerlukan ketabahan. ketabahan itu memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Sahabat..

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal dalam mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi. Cuma perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. Jadi fikirkanlah hal-hal yang paling hebat, dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan anda akan mencapai yang tertinggi.

Sahabat..

Rezeki.. ada di mana-mana, datang tanpa di duga, tepat pada masa, yang penting, usaha dan tawakkal. Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi. Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

Ingat..

Orang yang berkhianat selalu terhina. Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar. Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya. Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap anda ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Percayalah…

Jangan takut pada penolakanan, Kerana setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat, dan elakkan diri anda daripada bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

Mulakan yang baru..

Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Salam

Rosazaman

buatkan saya quotation

apa pun tak boleh…apa pun tak boleh..

Assalamualaikum pembaca semua

Hari ni saya memaparkan video movie John Q yang mana mengisahkan betapa pentingnya perlindungan insuran/takaful dan betapa pentingnya memilih syarikat insurans yang telus dan berpengalaman yang bukan hanya mengejar sales… Jangan sign up borang insurans/takaful serta merta dan yang selagi anda tidak tahu apakah manfaat yang dilindungi. yang PALING PENTING waktu bilakah manfaat tersebut boleh anda peroleh. (ini yang jarang agen perjelaskan).

Kami di Great Eastern Life / Takaful sangat menitik beratkan soal ketelusan maklumat untuk pencarum supaya tidak timbul masalah di kemudian hari…. pertontonkan..semoga anda boleh berfikir… bukan jumlah perlindungan yang kita perlukan, persoalannya.. adakah kita benar-benar dilindungi?..fiki-fikirkan lah

buatkan saya quotation

PTPTN dibekukan?..

Assalamualaikum pembaca sekalian..

Pertama kali kita perlu manjatkan kesyukuran kepada Allah kerana skim pinjaman pelajar PTPTN mungkin ada di antara kita yang telah selamat digunakan..

Kita patut bersyukur dan berdoa agar manfaat ini akan diteruskan ke generasi akan datang..

Peruntukan yang disediakan ini bagi saya adalah satu jumlah yang cukup besar. Tetapi malangnya wang yang keluar daripada tabung ini tidak berjaya dikutip kembali menyebabkan ianya semakin kurang.

Oleh sebab itu, dan atas dasar tersebutlah kerajaan kita terpaksa mengetatkan undang-undang kepada mereka-mereka yang gagal untuk membayar pinjaman PTPTN mereka.

Hasilnya..

Walaupun di senarai hitamkan masih ramai lagi di kalangan peminjam yang masih berdegil,kebal serta gagal untuk melunaskan pinjaman mereka.

Pernahkah kita terfikir apakah akan terjadi jika PTPTN di bekukan?

Adakah anda bersedia dengan kemungkinan ini??

Siapa yang harus di persalahkan? Peminjam? Pihak Kerajaan? atau Diri anda sendiri?

Elakkan diri anda daripada mengharapkan belas ehsan. bertindak sekarang untuk tabung pendidikan untuk anak-anak anda…

Kebijaksanaan anda hari ini untuk kesanangan anda di masa akan datang.. dapatkan plan Pendidikan beserta pelindungan pakar (medical card) di Takaful Great Eastern…

Mula menabung sekarang bermula dari RM3.30 sehari

Tiada ibu bapa merancang untuk kegagalan anak-anak mereka. tetapi meraka sebenarnya yang gagal untuk merancang ..

Bertindaklah sekarang sebelum terlambat.

Hubungi saya, Perancang Kewangan Islam

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Apakah persediaan anda?

Assalamualaikum pembaca semua..
Adakah anda sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan terhadap risiko risiko kehidupan? Ada kad perubatan yang anda  miliki cukup menampung kos perubatan anda?

Pastikan anda bukan hanya ada memiliki kad perubatan sebagai syarat sahaja TETAPI had yang anda miliki cukup untuk menampung kos perubatan anda..

Anda  jangan terkejut perkara yang serupa terjadi kepada anda. Dan anda jangan pula tangisinya jika anda sebenarnya memang tidak bersedia melindunginya (mengambil Pelindungan Takaful)

Siapakah yang harus di persalahkan jika berlaku situasi bergini?? Beringatlah sebelum terlambat.. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya..

Keadaan mendesak pastinya anda akan melakukan apa sahaja.. Rumah yang menjadi tempat berteduh untuk keluaga anda pun sanggup anda pertaruhkan… mujurlah kalau ada rumah.. kalau tidak agak-agaknya apakah yang anda akan lalukan??? Mugkin merayu di TV3 kot..

penyakit tidak kenal usia dan datang tanpa di undang… jika penyakit sudah jatuh “cinta” dengan anda, anda guling-guling kata tak nak pun dia tetap mahukan anda…

Dan lagi… mana muka mak n ayah… keadaan mendesak macam-macam yang sanggup kita lakukan

Khasnya wanita Melayu.. sedarlah..

Sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan risiko-risiko kehidupan… Saya amat menyarankan anda mengambil plan perlindungan Takaful.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Dapatkan Sekarang…

Assalamualaikum semua.

Dapatkan plan Takaful Great Eastern sekarang. Daftar sebelum 20 Jun 2011 anda akan menikmati hadiah istimewa khas daripada saya..

Aturkan temujanji anda bersama saya

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
Takaful Great Eastern
019-2699436

Ya Allah kekalkanlah semangatku..

Assalamualaikum..

Ya Allah kau kekalkanlah semangatku untuk membantu lebih ramai orang-orang bumi..

Terima kasih juga pada mereka yang dapat serta membantu saya menjalankan tugas saya sebagai perancangan kewangan Takaful di Takaful Great Eastern. Alhamdulillah kini saya berada di rangking NO. 1

Jasa anda semua akan saya kenang…

Rosazaman Sarifdin

Takaful GE

0139-2699436

Great Eastern Takaful Medical Card

Assalamualaikum..

Dapatkan plan kad perubatan anda sekarang….

keistimawaan kad kami berbanding dengan TAKAFUL yang lain..

1. Hospital Room & Board (R&B)

  • As charge (max 180 day/year, in aggregate with ICU)

2. Intensive Care Unit (ICU)

  • As charge (max 180 day/year, in aggregate with R&B)

3. Initial Overall Annual Limit

  • RM60k to RM200k

4. Overall Lifetime limit

  • RM480k to RM1.6m

5. Increase to the initial Overall Annual Limit

  • RM6k to 20k (if no claim occur within 3 certificate year interval)

6. Accident Death Benefit

  • RM10k to 20k

7. Car Assistance Program

8. Co Takaful

  • 10% co-takaful, up to max RM500

Dapatkan saya maklumat lanjut

Rosazaman Sarifdin

Takaful GE

0192699436


Great Eastern dan OCBC Bank tawar Insurans Hayat Universal

KUALA LUMPUR 3 Mei 2011 – OCBC Bank (Malaysia) Bhd. (OCBC Bank) dan Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd. (Great Eastern) bekerjasama untuk menawarkan Insurans Hayat Universal kepada golongan kaya.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, skim insurans perancangan harta pusaka itu disasarkan kepada golongan berada yang mahukan pendekatan yang lebih canggih bagi perancangan dan pengagihan kekayaan.

Menurut Ketua Perkhidmatan Kewangan, OCBC Bank, Charles Sik, pelancaran pelan insurans itu membuktikan terdapatnya peningkatan permintaan terhadap perancangan pengagihan harta pusaka.

“Pengenalan produk Insurans Hayat Universal ialah satu lagi langkah ke arah mencapai matlamat tersebut.

“Ramai yang salah sangka bahawa individu kaya tidak memerlukan insurans sedangkan peninggalan harta pusaka adalah penting kepada golongan ini dan produk insurans seperti ini membantu mereka mencapai impian mereka.

Ditaja jamin oleh Great Eastern, Pelan Insurans Hayat Universal premium tunggal yang dirangka khas untuk memastikan harta pusaka pemegang polisi diserahkan kepada warisnya.

Selain itu, perkhidmatan ini juga memberikan faedah minimum terjamin 2.5 peratus setahun atas nilai akaun polisi sehingga matang apabila pemegang polisi berusia seratus tahun.

Pelanggan akan menerima sama ada jumlah asas diinsuranskan atau nilai akaun polisi apabila berlaku kematian atau kehilangan upaya penuh dan kekal.

Apabila usia mencecah 100 tahun, pelanggan akan menerima nilai akaun polisi.

“Hakikatnya, paling penting ialah ketenangan fikiran apabila mengetahui bahawa aset kewangan dan harta pusaka kita dijamin selamat untuk generasi yang akan datang,” katanya.

Sumber Utusan Malaysia

Rosazaman Sarifdin

0132626876

lengkapkan MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful )anda

Assalamualaikum..

Pada sahabat-sahabat dan pemilik-pemilik rumah di luar sana. Tahniah kepada anda kerana telah dapat menyediakan kediaman kepada keluarga @ tanggungan anda..

Dan..

Pastinya rumah anda itu di lindungi oleh pelindungan “Mortgage Reducing Term Assurance/Takaful” MRTA lebih glamor dengan panggilan “Mati Rumah Tetap Ada”.

Tahukah Anda..??

Banyak MRTA/MRTT yang tidak lengkap.. Bermakna jika sesuatu berlaku kepada anda.. Belum pastinya rumah tersebut menjadi milik anda… malah pewaris anda masih dan perlu meneruskan bayaran bulanan anda seperti biasa.

Contoh:

Si A bekerja sebagai Pengurus, seorang bapa kepada 3 orang anak dan sangat prihatin serta sangat sayangkan keluarganya. Isterinya menjadi suri rumah sepenuh masa. Oleh sebab itu dia telah bekerja keras untuk memastikan keluarganya memiliki kehidupan yang selesa dan membeli rumah Double story dan kereta Grand Livina.(keluarga beso dan gaji besola katakan)

Satu hari dia diserang Strok menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Apakah nasib keluarga ini?

-rumah…kereta…pendapatan keluarga… renungkan..

Tahukah Anda??

MRTA/MRTT tidak akan melindungi anda daripada penyakit. Melainkan anda menambah manfaat tersebut. TETAPI jumlah bayaran yang perlu anda tambah adalah mahal.

Penyelesaianya..

Di Takaful Great Eastern kami menawarkan  Plan Cancelation Loan 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya.. Pastinya anda boleh menarik nafas panjang selepas ini…

Rosazaman Bin Sarifdin

Takaful GE

0132626876

Ubah sikap, bersemangat, petua lebih ceria walaupun jiwa bergelora

Assalamualaikum..

Adakalanya kita rasa terlalu tertekan atau rendah diri apabila tersaiko dengan rakan2 yang berjaya dan bersemangat?

Sekiranya anda Agent/perancangan kewangan Takaful pastinya rasa malu jika gagal untuk menerangkan kepentingan Takaful/insuran kepada orang yang sepatutnya.

Kita mungkin kurang bersemangat apabila kenalan/prospek kita sudah memiliki polisi atau cuba membanding-bandingkan atau memberikan tanggapan yang buruk.

Ketika berdepan situasi sedemikian, apa perlu dilakukan?
Cuba ubah sikap supaya diri lebih bersemangat, ceria lagi bertenaga. Berikut mungkin petua yang boleh digunakan bagi menjadikan diri lebih gembira dan ceria walau di mana jua berada, di samping terpaksa menonjolkan sikap selamba walaupun di hati sedang ‘bergelora’.

  • Niat di hati. Katakan pada diri sendiri, “Aku mahu jadi ceria, aku memang seorang yang bersemangat!”
  • Ubah pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat. Lakukan ketika berdiri. Ulang lima hingga tujuh kali untuk kesan maksimum.
  • Ubah postur badan dan gaya berjalan. Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh keyakinan, biar nampak bertenaga.
  • Menyanyi kecil. Menyanyi boleh mengubah diri kita terutama lagu yang disukai. Elak menyanyi lagu sedih sebab ia mengubah suasana dan peribadi diri yang boleh menyebabkan diri bertukar sedih. Jangan terlalu mengikut perasaan.
  • Banyakkan istighfar dan zikir. Apabila berada dalam keadaan tertekan yang keterlaluan, tentu ada rasa marah kecil di dalam hati kerana tidak puas hati lalu emosi menjadi bercelaru dan kurang bersemangat.Untuk menghilangkan marah, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi jika sebelum itu, anda mengambil wuduk. Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesannya meresap masuk ke sanubari sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga diri benar-benar terasa damai.Selepas itu, bersyukur atas apa yang diperolehi pada hari dan saat itu. Misalnya, bersyukur kerana mempunyai prospek daripada datang melepak sahaja.. Kira anda lagi hebat la..Amalan sentiasa bersyukur mengubah jiwa menjadi lebih tenang lantas menjadi lebih bersemangat. 

Petua berikut boleh digunakan untuk memotivasikan diri:

  • 1. Ucapkan kata positif supaya ia menerbitkan getaran positif dari minda. Jika boleh, beri semangat pada diri setiap pagi, setiap hari dan setiap saat kita bernafas.
  • 2. Baca artikel motivasi pendek yang merangsang pemikiran supaya gelombang minda bertukar menjadi lebih positif.Dengar ceramah motivasi menggunakan alat MP3, telefon bimbit dan seumpamanya. Pada waktu pagi, lazimnya banyak gelombang negatif yang bersimpang-siur daripada orang keliling. 2 Keadaan jalan yang sesak, berita keganasan dan cerita politik banyak menerbitkan getaran negatif yang sangat kuat.
  • 3. Saat menyedari diri mula berfikiran negatif, latih diri untuk beristighfar kerana ia dapat mencuci kekotoran yang terbit dari dalam hati.Perkataan yang dibaca, dilihat dan didengar menerbitkan getaran tenaga minda yang berbeza.
  • 4. Apabila perkataan negatif, tenaga yang terbit juga menjadi negatif. Kemudian ia mempengaruhi diri supaya bertukar menjadi negatif. Kesannya, motivasi diri menurun, tidak bersemangat, lemah, longlai, malas, asyik bertangguh bahkan lebih buruk, kurang inspirasi untuk meneruskan hidup.
  • 5. Hanya ada satu jenis gelombang menguasai minda sama ada positif atau negatif. Perkataan yang dibaca, diucap dan didengari mempengaruhi gelombang minda ini.Jadi, untuk memastikan diri sentiasa bersemangat dan bermotivasi, dekatkan diri dengan perkataan positif dan baik, sekerap mungkin. Ini bagi membolehkan tenaga yang terbit adalah positif dan kesannya, diri menjadi positif sepanjang hari.

Selamat beramal

Rosazaman Sarifdin

Takaful GE

0192699436

Cabaran makin deras

Assalamualaikum..

Hari ini ada berita menarik minat saya.. buka-buka i-greatpartner.com.my ni yang terkeluar…

Alhamdulillah saya dapat top 5 dalam Malaysia untuk Takaful Great Eastern pada bulan 4 ni. TETAPI ada juga yang buat saya berduka.. Kenapa NO 1 & 2 bukan bumiputra.. Manalah perginya orang kita ni??

Ke orang bumiputra kita lagi prefer ambil dengan orang bukan bumiputra?..

Apa apa pun terima kasih kepada yang sentiasa menyokong kerjaya saya..

Razman

Takaful GE

013-2626876

Orang Melayu dengan ilmu “KEBAL”

Assalamualaikum..

Semalam saya telah attend satu seminar di The Zon Hotel, banyak info yang telah saya perolehi antaranya maklumat yang menarik adalah stastik pemegang polisi..

Mungkin  kita masih kurang sedar @ buat-buat tak sedar. untuk pengetahuan anda…

Jepun 600%

Pemegang polisi di Jepun adalah paling tinggi dengan anggaran setiap orang memiliki 6 polisi..

Singapura 138%

Tidak kurang hebatnya kesedaran di kalangan penduduk Singapura kerana setiap orang memiliki polisi..

Malaysia 46%

Tetapi malangnya penduduk Malaysia kurang daripada separuh yang memiliki polisi. Daripada 46% tersebut sebenarnya hanya 19% yang memiliki polisi lebih daripada satu. Ini ber erti hanya 27% sahaja penduduk Malaysia yang memiliki polisi insuran. Dan seramai-ramai orang Melayu hanya 9% yang memiliki polisi.. satu angka yang amat membimbangkan..

Renungan Bersama..

Adakah orang melayu ada ilmu kebal?? Takkan terusik jika terlibat dengan sebarang kemalangan??

Belum masuk dengan penyakit.. Adakah anda pasti yang anda takkan di kunjungi sebarang penyakit?

Renung-renungkanlah..

Rosazaman Bin Sarifdin

Takaful GE

0192699436