Assalamuaalaikum..
Pada 30hb July baru-baru ini. Great Eastern Takaful mengadakan seminar di HQ, Tiga penceramah memberikan ucapan bermula daripada Top Producer En Badrul, di ikuti dengan En Cha Mu Sha dan di akhiri dengan Ustaq Fauzi.
Pada hari tersebut saya terpaksa menyempurnakan majlis dengan bacaan doa… Terketor2 bila berada di atas stage. Sudah lama tidak berada di hadapan orang yang ramai.
Dipendekkan cerita, saya ingin kongsikan dengan anda cerita menarik yang di sampaikan oleh ustaq Fauzi.
Seorang anak murid (peniaga) keluar untuk pergi meniaga, di dalam perjalanan dia singgah sebentar dan berehat di sebatang pokok tamar untuk. Apabila dia berehat, dia ternampak seekor burung yang buta berada di atas pelepah tamar. Anak murid ini bertanya sendirian, bagaimana burung yang buta ini boleh hidup? Tidak lama kemudian seekor burung yang celik singgah di pelepah tersebut bersama ulat di mulutnya menyuapkan kepada burung yang buta itu. Anak murid tadi terdetik. Burung yang buta ini boleh hidup apakan aku orang yang sihat. Lalu anak murid tadi mengemaskan barang2nya dan pulang kerumah (tidak meneruskan perjalanan untuk pergi berniaga). Sedang anak murid ini berehat di rumah. Tok Gurunya datang lalu bertanya. Kenapa dia tidak pergi berniaga. Anak murid ini menceritakan apa yang dilihatnya semasa berehat di pohon tamar. Tok Guru itu dengan bijak sananya berkata. Bukankah lebih kamu menjadi burung yang celik itu. Kamu boleh mencari makanan untuk kamu malah dapat memberi manfaat kepada orang lain..
Begitulah peranan agen Takaful.. Memberi manfaat kepada yang memerlukan..
Untuk keterangan berkenaan plan Great Eastern Takaful sila hubungi
Rosazaman Sarifdin Agency Manager Great Eastern Takaful 019-2699436