Ambil iktibar dari cerita pisang ini..

Assalamualaikum..

Baik lah kali ni saya akan kongsi sebuah cerita yang simple tapi rasa nya dapat memberi pengajaran yang banyak dan sesuai kepada semua orang tak kira tua atau muda atau kanak-kanak.

Pisang bukan sahaja boleh dimakan kerana enak tapi kalau anda faham cerita ini, mungkin anda kan faham apa yang perlu di buat selepas ini.

Hayati kisah ini:

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastic berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk . Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk. Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.

Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

“Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Maryam. Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur, makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

“Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.

Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik darpada membenci. Moralnya, jangan letak pisang dalam beg. Jangan simpan kebencian, dendam kesumat dan apa-apa yang mazmumah dalam hati. Macam pisang yg makin membusuk, begitu juga hati.

“Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah! iaitulah Qalbu (hati).” – Maksud Hadis

Hidup ini penuh dengan warna warni.

Assalamualaikum pembaca semua…

Hidup ini penuh dengan warna . Warna itu penuh dengan rentak-rentak kehidupan . Kehidupan itu pula menentukan masa hadapan . Tetapi adakah masa hadapan itu di beri pilihan ?

Ya….Pilihan adalah datang dari diri kita sendiri . Kita menentukan apa yang terbaik untuk diri kita dan keluarga kita di masa hadapan . ..

Tetapi adakah kedatangan warna-warna kegelapan di dalam hidup itu membawa terus kepada kesuraman ?

Tentu sekali tidak . Cuba kenagkan kembali peribahasa “bagai lilin yang membakar dirinya di waktu gelap” . Lilin itu hanya lampu yang kecil . Tetapi ia mampu membawa seribu juta warna kehidupan kepada orang ramai ….

Begitulah yang perlu kita lakukan. apakah peninggalan kita untuk orang-orang tersayang? Konsep tabarru di dalam takaful insyaAllah dapat meringankan beban orang -orang tersayang kita. Jadi janganlah kita takut dengan warna-warna kegelapan yang kadangkala menyinggah di dalam hidup kita jikalau kita benar-benar sudah bersedia.

Nescaya , warna kegelapan itulah membawa satu permulaan kepada warna – warni kehidupan yang lagi menyenangkan ! Janganlah kita terlalu bersedih . Terlalu mengikut perasaan . Sesungguhnya itu adalah salah satu dugaan dari Tuhan.

Kita hanya merangcang Allah yang menentukannya

Ketahui rahsia Takaful

Rosazaman sarifdin

013-2626876

5 Cara Bagaimana Untuk Mencapai Impian

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua bagaimana cara-cara untuk mencapai impian..

1 ·  Mempunyai impian matlamat yang jelas dan nyata.
Biasanya kita mempunyai impian yang tersendiri. Untuk mencapainya kita perlu bayangkan impian itu berjaya. Contoh untuk menjadi penyanyi hebat kita perlu “bayangkan” berada di atas pentas dan lakukan nyanyian dengan baik sekali. Impian itu jelas di minda dan spesifik serta munasabah. Begitu juga dalam business. Kita perlu ada impian yang SMART.

2 ·  Ada mentor/icon/idol.
Orang yang berjaya ada beratus-ratus mentor di belakangnya. Sepertimana saya menjadikan Dr Irfan Khairi sebagai mentor ebiz dan mentor luar negara seperti Robert G. Allen yang terkenal dengan bukunya Multiple Streams of Internet Income. Dengan adanya mentor kita lebih cepat mencapai kejayaan dan elakkan kesilapan yang merugikan. Saya sarankan saudara hayati artikel tentang 5 kesilapan dalam ebiz yang menyentuh perihal mentor.

3 ·  Stay focused.
Inilah yang membezakan antara angan-angan dan kenyataan. Mereka yang mempunyai impian yang jelas, ada mentor contoh ikutan sudah tentu akan start focus pada tahap tertinggi. Ia merupakan tahap kekuatan mental kita. Focus pada business sehingga ke titisan darah terakhir. Never ever give up. Susah macam mana pun mental kita teguh dan focus tinggi dapat menghasilkan produktiviti yang tinggi.

4 ·  Implementasi formula disiplin FTP.
Untuk berjaya mencapai impian kejayaan kita perlu ada formula mujarab seperti Focus + Technique + Passion = Success !
Inilah formula FTP. Saya pelajarinya dengan mentor yang mana dapat boost up result 3 kali ganda berbanding sebelumnya. Saya sudah hurai lanjut tentang formula ini. Anda wajib bacanya kalo mahu berjaya.

5 ·  Kaizen
Inilah gaya bisnes Jepun. Kaizen atau dalam English adalah continuous improvement. Ia cukup penting untuk menjalankan penambahbaikan yang berterusan dalam business. Bila kita dah capai tahap yang positif. Kita perlu tingkatkan lagi kejayaan dengan target yang lebih besar. Dan inilah yang saya lakukan sekarang. Peralihan dari B2C kepada B2G yang beri lebih banyak makna kejayaan sebenar.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Indahnya Takaful..

Assalamuaalaikum..

Pada 30hb July baru-baru ini. Great Eastern Takaful mengadakan seminar di HQ,  Tiga penceramah memberikan ucapan bermula daripada Top Producer En Badrul, di ikuti dengan En Cha Mu Sha dan di akhiri dengan Ustaq Fauzi.

Pada hari tersebut saya terpaksa menyempurnakan majlis dengan bacaan doa… Terketor2 bila berada  di atas stage. Sudah lama tidak berada di hadapan orang yang ramai.

Dipendekkan cerita, saya ingin kongsikan dengan anda cerita menarik yang di sampaikan oleh ustaq Fauzi.

Seorang anak murid (peniaga) keluar untuk pergi meniaga, di dalam perjalanan dia singgah sebentar dan berehat di sebatang pokok tamar untuk. Apabila dia berehat, dia ternampak seekor burung yang buta berada di atas pelepah tamar. Anak murid ini bertanya sendirian, bagaimana burung yang buta ini boleh hidup? Tidak lama kemudian  seekor burung yang celik singgah di pelepah tersebut bersama ulat di mulutnya menyuapkan kepada burung yang buta itu. Anak murid tadi terdetik. Burung yang buta ini boleh hidup apakan aku orang yang sihat. Lalu anak murid tadi mengemaskan barang2nya dan pulang kerumah (tidak meneruskan perjalanan untuk pergi berniaga). Sedang anak murid ini berehat di rumah. Tok Gurunya datang lalu bertanya. Kenapa dia tidak pergi berniaga. Anak murid ini menceritakan apa yang dilihatnya semasa berehat di pohon tamar. Tok Guru itu dengan bijak sananya berkata. Bukankah lebih kamu menjadi burung yang celik itu. Kamu boleh mencari makanan untuk kamu malah dapat memberi manfaat kepada orang lain..

Begitulah peranan agen Takaful.. Memberi manfaat kepada yang memerlukan..

Untuk keterangan berkenaan plan Great Eastern Takaful sila hubungi

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Jika anda ikhlas Rezeki akan datang kemudian..

Assalamualaikum sahabatku sekalian…

Sahabat..

Jangan takut untuk berIMPIAN.

Bermimpilah tentang apa yang ingin anda impikan, pergilah ke tempat-tempat anda ingin pergi. Jadilah seperti yang anda inginkan, kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin anda lakukan. Jangan takut berimpian asalkan ianya di susuli dengan tindakan yang mengarah kepada impian anda itu. Ini kerana  Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil B. DeMille

Anda sudah berada di Syarikat  yang betul untuk merealisasikan impian anda. Hanya mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika anda tidak melakukannya dengan terbaik..

Kecemerlangan anda akan terhasil daripada sikap anda yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Hidup ini sebenarnya memerlukan pengorbanan. pengorbanan juga memerlukan perjuangan. perjuangan  memerlukan ketabahan. ketabahan itu memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Sahabat..

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal dalam mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi. Cuma perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. Jadi fikirkanlah hal-hal yang paling hebat, dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan anda akan mencapai yang tertinggi.

Sahabat..

Rezeki.. ada di mana-mana, datang tanpa di duga, tepat pada masa, yang penting, usaha dan tawakkal. Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi. Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

Ingat..

Orang yang berkhianat selalu terhina. Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar. Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya. Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap anda ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Percayalah…

Jangan takut pada penolakanan, Kerana setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat, dan elakkan diri anda daripada bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

Mulakan yang baru..

Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Salam

Rosazaman

buatkan saya quotation

Ya Allah kekalkanlah semangatku..

Assalamualaikum..

Ya Allah kau kekalkanlah semangatku untuk membantu lebih ramai orang-orang bumi..

Terima kasih juga pada mereka yang dapat serta membantu saya menjalankan tugas saya sebagai perancangan kewangan Takaful di Takaful Great Eastern. Alhamdulillah kini saya berada di rangking NO. 1

Jasa anda semua akan saya kenang…

Rosazaman Sarifdin

Takaful GE

0139-2699436

Ubah sikap, bersemangat, petua lebih ceria walaupun jiwa bergelora

Assalamualaikum..

Adakalanya kita rasa terlalu tertekan atau rendah diri apabila tersaiko dengan rakan2 yang berjaya dan bersemangat?

Sekiranya anda Agent/perancangan kewangan Takaful pastinya rasa malu jika gagal untuk menerangkan kepentingan Takaful/insuran kepada orang yang sepatutnya.

Kita mungkin kurang bersemangat apabila kenalan/prospek kita sudah memiliki polisi atau cuba membanding-bandingkan atau memberikan tanggapan yang buruk.

Ketika berdepan situasi sedemikian, apa perlu dilakukan?
Cuba ubah sikap supaya diri lebih bersemangat, ceria lagi bertenaga. Berikut mungkin petua yang boleh digunakan bagi menjadikan diri lebih gembira dan ceria walau di mana jua berada, di samping terpaksa menonjolkan sikap selamba walaupun di hati sedang ‘bergelora’.

  • Niat di hati. Katakan pada diri sendiri, “Aku mahu jadi ceria, aku memang seorang yang bersemangat!”
  • Ubah pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat. Lakukan ketika berdiri. Ulang lima hingga tujuh kali untuk kesan maksimum.
  • Ubah postur badan dan gaya berjalan. Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh keyakinan, biar nampak bertenaga.
  • Menyanyi kecil. Menyanyi boleh mengubah diri kita terutama lagu yang disukai. Elak menyanyi lagu sedih sebab ia mengubah suasana dan peribadi diri yang boleh menyebabkan diri bertukar sedih. Jangan terlalu mengikut perasaan.
  • Banyakkan istighfar dan zikir. Apabila berada dalam keadaan tertekan yang keterlaluan, tentu ada rasa marah kecil di dalam hati kerana tidak puas hati lalu emosi menjadi bercelaru dan kurang bersemangat.Untuk menghilangkan marah, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi jika sebelum itu, anda mengambil wuduk. Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesannya meresap masuk ke sanubari sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga diri benar-benar terasa damai.Selepas itu, bersyukur atas apa yang diperolehi pada hari dan saat itu. Misalnya, bersyukur kerana mempunyai prospek daripada datang melepak sahaja.. Kira anda lagi hebat la..Amalan sentiasa bersyukur mengubah jiwa menjadi lebih tenang lantas menjadi lebih bersemangat. 

Petua berikut boleh digunakan untuk memotivasikan diri:

  • 1. Ucapkan kata positif supaya ia menerbitkan getaran positif dari minda. Jika boleh, beri semangat pada diri setiap pagi, setiap hari dan setiap saat kita bernafas.
  • 2. Baca artikel motivasi pendek yang merangsang pemikiran supaya gelombang minda bertukar menjadi lebih positif.Dengar ceramah motivasi menggunakan alat MP3, telefon bimbit dan seumpamanya. Pada waktu pagi, lazimnya banyak gelombang negatif yang bersimpang-siur daripada orang keliling. 2 Keadaan jalan yang sesak, berita keganasan dan cerita politik banyak menerbitkan getaran negatif yang sangat kuat.
  • 3. Saat menyedari diri mula berfikiran negatif, latih diri untuk beristighfar kerana ia dapat mencuci kekotoran yang terbit dari dalam hati.Perkataan yang dibaca, dilihat dan didengar menerbitkan getaran tenaga minda yang berbeza.
  • 4. Apabila perkataan negatif, tenaga yang terbit juga menjadi negatif. Kemudian ia mempengaruhi diri supaya bertukar menjadi negatif. Kesannya, motivasi diri menurun, tidak bersemangat, lemah, longlai, malas, asyik bertangguh bahkan lebih buruk, kurang inspirasi untuk meneruskan hidup.
  • 5. Hanya ada satu jenis gelombang menguasai minda sama ada positif atau negatif. Perkataan yang dibaca, diucap dan didengari mempengaruhi gelombang minda ini.Jadi, untuk memastikan diri sentiasa bersemangat dan bermotivasi, dekatkan diri dengan perkataan positif dan baik, sekerap mungkin. Ini bagi membolehkan tenaga yang terbit adalah positif dan kesannya, diri menjadi positif sepanjang hari.

Selamat beramal

Rosazaman Sarifdin

Takaful GE

0192699436