Mohonlah takaful semasa sihat

Assalamualaikum..
Hari ini saya ingin kongsikan 1 kisah yang saya rasa harus kita semua ambil ikthibar. Semoga ianya memberikan kita manfaat kepada kita semua.

Pada bulan lepas saya di hubungi oleh seorang insan yang membuat permohonan takaful. Seorang executive di salah sebuah bank di ibu negara Kuala Lumpur.

Di pendekkan cerita setelah jumpa. Tak sampai 15 minit insan tadi setuju dengan plan yang saya tawarkan, Dengan sumbangan di sebutkan.

Terus terang saya rasa sangat hairan..

Setelah semua dokument lengkap di isi saya pun terus keyin data secara dalam talian..(sistem pendaftaran great eastern secara online)

Selang beberapa hari keluar query dari GREAT EASTERN TAKAFUL berkenaan pada permohonan tersebut. Setelah saya call insan tersebut bertanyakan lebih detail dia mengaku permohonannya pernah di tolak oleh syarikat takaful lain

Permohonannya pernah di tolak oleh syarikat takaful lain

Setelah segala query yang di minta oleh GREAT EASTERN TAKAFUL di lakukan.
-ujian diabetis
-ujian air kencing
-ujian tekanan darah

Inilah keputusannya…

image

image

image

Kesemua manfaat yang di pohon di tolak..hanya pampasan kematian sahaja yang di terima..

Sedih bukan..?

Jadi jika anda rasa anda masih sihat. Apa tunggu lagi? Jangan tunggu sampai dah sakit baru nak pohon. Pada ketika itu tiada satu syarikat takaful pun yang mahu menerima permohonan anda..

Jika anda sayangkan diri anda atau orang yang berada di sekeliling anda share la artikal ini agar ianya dapat memberikan manfaat.. ilmu yang baik harus di kongsikan..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

Tahniah top partner di Melaka.

Assalamulaikum..
Alhamdulillah berkat kurnianya An Nur The Great Agency telah menguatkan tapaknya di bandar bersejarah Melaka apabila wakil dari kumpulan kami telah berjaya menjadi Champion untuk agen baru.. Tahniah tuan Sahir Dan Cikgu Saiful. Terima kasih Great Eastern Takaful Berhad.

image

image

image

image

Tahniah atas kejayaan anda..semoga pencapaian ini menjadi sumber ispirasi kepada kita semua untuk berjaya di Great Eastern Takaful. Majlis penyampaian hadiah telah di adakan di Holiday Inn Melaka pada 9hb 2 2015.

Pada yang berminat untuk menyertai keluarga besar kami bolehlah terus menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images
award

Anda harus tahu berkenaan haji.

Assalamualaikum semua…

Maklumat Semasa Muzakarah Haji Kebangsaan Ke-31 (16-19 Jan 2015)

Di TH Hotel, Alor Setar

_____________________________

1) Jumlah jema ah haji berdaftar sehingga kini : 1.6 juta orang.

2) Kuota Haji Malaysia:0.1% daripada penduduk negara iaitu 27 900 orang. Selepas dikurangkan 20%,kuota semasa : 22 320 orang.

3) Tempoh menunggu daripada daftar sekarang : 65 tahun ke atas (e.g: Daftar tahun 1436H, tahun hajinya 1501H).

4) Jumlah jemaah Haji dalam sistem untuk musim 1436H : 31 600 orang. Kuota baru : 22 320 ( Kerja-kerja pembesaran Masjidil Haram).

5) Rekod kategori warga emas berumur 75 tahun ke atas dalam sistem ada 17 000 orang.

6) Harga sedia ada setiap jemaah ialah RM16 155 seorang tanpa subsidi. TH memberi subsidi RM6175. Maka harga pakej biasa ialah RM9980 bagi jemaah Haji kali pertama.

7) Oleh kerana tempoh menunggu lama(65 tahun), maka yang berkemampuan dinasihatkan mengerjakan ibadat Umrah terlebih dahulu.

8) Kepada yang belum mendaftar Haji, segeralah mendaftar dengan bayaran RM1300@daftar KWSP Lagi lambat anda mendaftar lagi lambat anda akan pergi.

Cuma apa yang saya ingin cadangkan di sini bukalah satu akaun di Great Eastern Takaful insya Allah jika apa2 terjadi anda akan di hajikan. Berapa simpanan yang diperlukan? Tak perlu banyak banyak cukuplah hanya seringgit sehari.. ya seringgit sahaja.. kenapa tak percaya ker..

image Hubungi saya segera sebelum terlambat.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

 

Ingat.. ~LAGI LAMBAT MENDAFTAR, LAGI LAMA TEMPOH MENUNGGU ~

Income replacement/profit protection plan

Assalamualaikum..
Alhamdulillah malam tadi dapat berkongsi dengan rakan niaga tentang salah satu manfaat yang ada di takaful. Iaitu pegantian pendapatan/pelindungan keuntungan..

Alhamdulillah jika hari ini kita diberikan nikmat kesihatan. Kita boleh bekerja atau boleh berniaga untuk mendapatkan pendapatan ataupun keuntungan.

image

Malangnya bagaimana jika kita terpaksa pencen awal? Faham maksud saya?. Bukan kita malas untuk kerja tetapi kita terpaksa berhenti kerja disebabkan faktor kesihatan. Persoalannya? Adakan pendapatan kita atau keuntungan dari perniagaan kita masih berterusan? Pastinya tidak bukan…

Tetapi bagaimana jika  dalam waktu anda terpaksa pencen awal tadi anda masih menikmati pendapatan ataupun keuntungan anda… persoalannya sampai bila pendapatan atau keuntungan ini dapat di perolehi?

Jawapannya sampai bila bila selagi anda mahu…

Nak tahu lebih lanjut? Sila hubungi saya segera..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

Champion untuk Disember 2015

Alhamdulillah syukur kehadrat illahi..
Di berikan kesihatan dan pasukan yang hebat. Semangat kerjasama anda memang terbaik. Tahniah juga buat tuan partner Sahir Sarifdin kerana menjadi juara juga untuk ketegori Rookie agen di Great Eastern Takaful.

image

Insya Allah dari semasa ke semasa kami di An Nur The Great Agency akan buat yang lebih terbaik untuk bersaing di Great Eastern Takaful.

Di kesempatan ini juga saya ingin mempelawa anda yang berminat untuk membina kerjaya bersama sama kami sebagai perunding Great Eastern Takaful. Segala ilmu dan tunjuk ajar akan kami berikan.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images
award

sedihya aku rasa..

Assalamualaikum..

Hari ini saya rasa sangat sedih dengan segelintir sikap sesetengah perunding takaful. Mungkin bukan rezeki saya, pelanggan yang telah membuat sumbangan selama 2 tahun telah di sailang. Lebih sedih lagi kalau maklumat yang di berikan itu betul saya tak kisahla juga. Masalahnya jauh meleset sama sekali.

1. Menurut perunding takaful tersebut di Malaysia ini hanya ada 3 sahaja pengendali takaful iaitu TM, TI dan ET. Yang lain-lain bukan takaful.. yang ni saya rasa tak boleh blah. Ni maklumat dari bank Negara Malaysia list pengendali takaful di Malaysia.

Takaful Operators
No.  Name  Ownership
1 AIA PUBLIC Takaful Bhd F
2 AmMetLife Takaful Berhad L
3 Etiqa Takaful Berhad L
4 Great Eastern Takaful Berhad F
5 HSBC Amanah Takaful (Malaysia) Berhad L
6 Hong Leong MSIG Takaful Berhad L
7 MAA Takaful Berhad L
8 Prudential BSN Takaful Berhad L
9 Sun Life Malaysia Takaful Berhad L
10 Syarikat Takaful Malaysia Berhad L
11 Takaful Ikhlas Berhad L

sumber http://www.bnm.gov.my/

Last Updated Date : 22 August 2014

2. Plan perlindungan takaful beliau lagi murah dengan RM 70 Setahun beliau mendapat perlindungan sehingga RM 100,000. Setelah melihat kepada web pengendali takaful tersebut ini maklumat yang saya perolehi. Plan takaful yang di maksudkan adalah PA (personal accident) dan bukan life polisi.(takaful hayat)

Personal Accident

RM 70 setahun jumlah perlindungan yang saya lihat hanya RM 50,000 bukan RM 100,000 seperti yang di perkatakan.. Tak kisahla cuma apa yang ingin saya kongsikan pampasan ini (kematian/lumpuh) hanya di bayar jika terlibat dengan kemalangan. selain daripada itu tiada sebarang pampasan akan di buat. Sila rujuk kisah saya sebelum ini

https://razmanget.com/2013/03/03/fahami-apakah-plan-insuran-atau-takaful-yang-anda-ambil/

3. Plan Takaful yang ditawar adalah plan haji beserta dengan kad perubatan. jumlah carumah keseluruhan RM (2160+472+70) Tujuan masukkan PA kerana jumlah perlindungan pada plan haji cuma RM 13,500. jadi dengan adanya PA jumlah pampasan menjadi RM 113,500.

Berikit adalah manfaat yang saya berikan kepada beliau.

coverage

Jumlah Sumbangan tahuanan RM2,400. Kalau nak tahu detail manfaat panjang pulak nanti entry saya. Lebih ralat lagi pelanggan ini sudah mencarum dengan saya selama 2 tahun.

Apa apa pun saya berharap yang terbaik untuk beliau dan jangan menyesal di kemudian hari.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

 

Apala nasib…

Assalamualikum.

Kisah yang berlaku kepada jiran terdekatku… Mengalami kesukaran untuk bernafas. Pergi ke 2 ke hospital kerajaan tidak dapat kesan dimanakah puncanya. Disebabkan kesakitan yang dialami dan tidak puas hati dengan keputusan yang diterima membuatkan beliau bertindak mendapatkan maklumat lanjut ke pakar KPJ.

Di KPJ skop di masukkan mendapati masalah ini

hernia   Kos yang diminta oleh KPJ untuk pembedahan sekitar RM25,000.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini bukan berkenaan dengan kos rawatan yang tinggi tetapi lebih berkenaan dengan kenapa masalah ini tak dapat di kesan di hospital kerajaan. Di mana silapnya? sedih pun yer juga.

Nak salah kan siapa gitu, Cer Citer cer citer.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

Usah Berfikir Terlalu Lama..

Assalamualaikum..

Berkenaan dengan tajuk hari ini saya ianya sangat penting untuk di kongsikan.. Memang bagus jika ingin membuat perbandingan sebelum memilih mana-mana plan takaful yang ingin kita miliki. Tetapi janganla sampai kita terpaksa mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan. Ramai orang kita kata sahaja nak survey tapi sampai kesudah nya tak ambil pun, bila kena musibah baru gelabah telefon agen tanya plan yang diberikan tu boleh ambil ker tak… dah biasa sangat dengan situas ini.

Ada beberapa perkara yang mungkin anda perlu tahu.

1. Co Takaful.

Memang ada sesetengah operator mengenakan co takaful (takaful bersama) ada yang minimum 10% daripada keseluruhan bil, ada yang minimum 10% dan buat maksimum kaping, ada pula yang tetapkan berapa minimum bayaran dan sebagainya serta ada juga yang tiada co takaful, malah ada juga syarikat yang untuk berapa jumlah  amaun sahaja yang tiada co takaful tetapi selepas itu dikenakan co takaful, jadi anda kena betul-betul faham perkara ini.

2. had tahunan/keseluruhan

Sesetengah agen lebih gemar menceritakan had keseluruhan berbanding had tahunan, ini kerana jumlahnya lebih besar. Oleh itu lebih mudah untuk nak tarik perhatian prospek. Dengan jumlah yang kebiasaannya 10 kali ganda dari jumlah tahunan atau 20 kali ganda ini atau infiniti membuatkan propek lebih teruja berbanding dari nak cerita jumlah tahunan. Bagi saya yang penting adalah had tahunan itu.

3. Bilik rawatan sehari

Berkenaan dengan bilik ini agak penting, Ada sesetengah takaful operator yang menawarkan harga bilik yang tinggi, motif lebih mudah untuk mendapatkan katil. sebenarnya harga bilik ini akan termasuk dengan jumlah had tahunan. anda boleh kita katakan bilik yang di tawarkan RM300 sehari,  syarat kelayakan masuk setahun katakan maksimum 200 hari setahun, jadi anda boleh kira (RM300 x 200hari = RM60,000). so anda tolak had tahunan yang di tawarkan. adakah baki itu cukup untuk rawatan anda? anda boleh kira sendiri.

syarat kelayakan masuk setahun katakan maksimum 200 hari setahun, jadi anda boleh kira (RM300 x 200 hari = RM60,000). so anda tolak had tahunan yang di tawarkan.

4. Had rawatan kanser

Ada sesetengah kad perubatan yang memberikan had tahunan yang tinggi, tetapi ada syarat pula jika untuk melakukan rawatan kanser, katakan had tahunan kad perubatan anda anda RM 100,000 , tetapi setahun had yang yang dibenarkan untuk rawatan kanser dia ada letak syarat berapa maksimum. Pun saya rasa tak guna juga jika had tahunan tinggi jika ada pengecualian ini.

Nak lagi ker? ni baru sedikit maklumat yang saya berikan. Kita sebagai agen bukan bertindak sebagai jurujual tetapi kita sebagai pemberi maklumat dan nasihat.

Dah dapat maklumat ni semua cepat-cepatla buat keputusan, ada perkara kita boleh ambil masa untuk buat keputusan tetapi bukan dengan takaful.

Untuk dapatkan perkhidmatan saya anda bolehlah menghubungi saya/whatapps

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

Peringatan Untuk diriku..

Diantara peristiwa Mi’raj …..
Lelaki dan wanita kepalanya terbenam dalam api, dituang pula air panas ke badannya lalu melecur seluruh tubuhnya.
Balasan orang yang berusaha ke arah pergaduhan sesama manusia.
Wal iyya zubillah… !!!

Syarat MATI bukan sakit, syarat MATI juga bukan TUA tapi syarat MATI ialah HIDUP tanpa mengenal USIA. Berapa ramai orang yang MUDA juga MATI…. dan kita semua ada syarat itu..!!!

Firman Allah yang bermaksud….

” Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang yang beriman supaya kamu beruntung. ”
(Surah an-Nur, ayat 31)

takper ada hospital kerajaan…

Assalamualaikum,

Hari ini saya ingin kongsikan pengalaman saya sendiri khususnya yang selalu apa bila agen takaful datang jawapan yang di berikan.

Takper kan ada hospital kerajaan.

Bagi saya, orang yang sering memberikan jawapan sebegini adalah disebabkan beliau..

  1. Tak pernah sakit dan masuk di hospital kerajaan.
  2. Tak pernah melawat pesakit di hospital kerajaan.
  3. Tak pernah melawat pesakit di hospital swasta

Rasanya tak perlulah saya nak masukkan gambar bagaimana suasana di sana. Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja akan faham.

fraktur trochanter

kebiasaan yang terjadi seperti ini. tulang kaki yang patah.

Saya pernah terlantar hampir 2 bulan di HUKM akibat kemalangan jalan raya pada 1/3/2003 di Serdang. Kemalangan itu mengakibatkan tulang pelvis (tulang punggung) patah dan mangkuknya pecah. Akibat kecederaan itu saya terpaksa dimasukkan besi kekal.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini, saya merasakan seperti menjadi tikus makmal. Apabila banyak sangat doktor praktikal. Katanya kes saya agak pelik sebab tulang kaki saya tidak patah tetapi tulang pelvis teruk. Apa operasi yang di lakukan kepada saya?. saya kemalangan pada jal 11 pagi, dalam jam 1130 saya di hantar ke pusat kesihatan UPM (sebab saya pelajar sana masa itu) dalam jam 1 saya sampai ke HUKM.

Masa dalam ambulan boleh juga berangan, best juga kalau dapat lepak kat wad sehari dua ni. al maklumla dah biasa jatuh motor, ingatkan disloket /terseliuh jer. sekali berkampung daaa..

Saya terpaksa menunggu lama di bahagian kecemasan, hasil x-ray juru x-ra tu kata patah teruk ni dik.. masa tu mengalir air mata jantan aku ni. hiiihi. Selepas doktor pula, doktor suspek ada pendarahan dalam perut, hasil ujian dari air kencing. Kemudian saya terus di bawa ke wad kecemasan lebih kurang dalam jam 4 petang. Masa kat sana saya memang cuak sebab pada pukul 5 lebih kurang pesakit sebelah saya meninggal dunia. Dalam jam 7 malam pula orang di depan saya nazak, anaknya membacakan yasin dan turut mensekadar hiasaninggal juga dalam jam 8 malam. Dalam hati Teruk sangat ker aku ni?

Dalam jam 830 malam saya di masukkan ke bilik operation, dia nak masukkan besi pada tulang kaki. Macam ni la gayanya, cuma saya di tulang peha. katanya untuk tarik tulang kaki saya yang telah masuk ke mangkuk tulang pelvis yang pecah. Hari pertama boleh tersnyum kerana pemberat yang di letakkan hanya 10% dari berat badan iaitu 6.5kg. Tetapi dalam masa seminggu sebab tulang kaki masih tak terkeluar pemberat di tambah. dari 6.5kg kepada 18kg. masa itu kesakitan itu hanya Allah sahaja yang tahu. Saya memang tak boleh tidur. Cara terbaik untuk tidur pada ketika itu dengan di suntik dengan ubat penahan sakit. Badan kebah jer cepat2la tidur. Sampai lebam-lebam tangan saya di suntik. Seminggu juga saya pemberatmenahanya sehinggakan saya terpaksa merayu minta di kurangkan beratnya. doktor menurunkan berat kepada 15kg. okla sikit.  Dalam masa 2 minggu selepas itu masih tiada perubahan juga barulah saya di buat operation. Hampeh betul. Saya di operation memasukkan besi kekal setelah berada di HUKM selama 45 hari. Dapatla 268 jahitan dari bawah pusat hingga ke pinggang. Lepas operation dalam 4 hari saya keluar hospital. Punyala lama kena tunggu.

Apa apa pun tobat dah aku taknak masuk lagi.. bila teringat balik seram tu.. hampir 45 hari di wad patah HUKM. macam macam ragam dan karenah orang aku tengok.

Masa tu aku pun tak tahu apa itu takaful… hahah..

Rosazaman Sarifdin

Agency Manager

Great Eastern Takaful

019-2699436

Kisah Seorang pemuda 26 tahun.

Assalamualaikum..

Mungkin perkara yang saya ingin kongsikan ini untuk bangsa kita kurang memandang ianya sesuatu perkara keutamaan.

Al Kisah…

Seorang Pemuda berusia 26 tahun bertemu dengan orang tua kawan perempuannya dan ingin menyatakan hasrat untuk memperisterikan anaknya. (saya pendekkan ceritanya)

Pemuda 26 tahun: pakcik,makcik saya ingin minta izin untuk memperisterikan anak pakcik dan makcik. Jika pakcik dan makcik izinkan saya ingin meminta kedua ibu bapa saya datang menghantar cincin mengikut adat.

 Pakcik&makcik: Sebelum tu boleh kami tahu, anak ni kerja apa?, Apa yang anak boleh berikan untuk anak perempuan kami?

Pemuda 26 tahun: Saya kerja di syarikat telekomunikasi pakcik sebagai executive sales disana. In sya Allah saya akan menyangi anak pakcik seperti mana pakcik dan makcik menyanginya.

Pakcik&makcik: Anak dah ada ambil mana-mana plan takaful?

Pemuda 26 tahun: Ada pakcik. kereta saya saya ambil dengan Takaful Malaysia.

Pakcik&makcik: Maksud kami, plan takaful kad perubatan, simpanan dan perlindungan.

Pemuda 26 tahun: Yang tu tiada pakcik

Pakcik&makcik: Bagaimana anak boleh kata nak menyayangi anak kami seperti kami, sedangkan diri anak sendiri pun anak tak sayang. Nak Ambil bisness kad ini, Lepas kamu jumpa dia baru jumpa kami balik. Saya akan tanya dengan  dia nanti.

bisnesskad

Pemuda 26 tahun: Terima kasih pakcik.

Nota Razmanget: Ada orang yang tak ambik port tentang takaful ini. Tetapi tak semua oang ya..

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

konsep persediaan ada bersama kita sebenarnya..

Assalamualaikum

Hari ini saya nak buka minda kita semua khususnya yang masih tak percaya atau tak mahu ambil takaful ni. simple sahaja contoh yang saya ingin berikan..

Adakah barang barang ini ada di kenderaan anda?

tyre spareDan persoalannya kenapa barang-barang ini sentiasa kita bawa? Kenapa tak tinggalkan sahaja di rumah. Bila nak guna nanti kita ambil la.

Kesemua peralatan ini kita bawa sebagai persediaan jika sesuatu perkara yang tidak di ingini berlaku.

Bayangkan jika anda tak bawa tayar spare, kereta bocor kat haiway. agak-agak anda ada tak orang yang nak tolong bagi pinjam tayar spare dia. kan dah menyusahkan diri tu namanya.

Begitulah juga dengan takaful. Kita tak tahu bila musibah akan berlaku, dan pastinya tiada sesiapa pun yang inginkan musibah berlaku kepadanya. jadi takaful ini in sya Allah Dapat meringankan beban kita nanti. Oleh itu tak perlulah kita nak susahkan orang lain.

Jadi jika anda rasa masih tak perlukan takaful ini begitu jugalah dengan kenderaan anda. Jadi bolehlah anda keluarkan segala peralatan yang saya tunjukkan tadi dari kereta anda..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
buatkan saya quotation

cropped-award4.jpg

Kerjaya ejen takaful.

image

Assalamualaikum.
Saya sangat setuju dengan tajuk keratan akhbar ini. Dari pengalaman saya sendiri ramai.orang yang memandang kerjaya sebagai ejen takaful ini sebagai satu kerjaya yang cikai, Lowya dan sebagainya..

Malah ada yang bertanya sinis, bro boleh cari makan ker buat takaful ini..

Apa yang penting niat yang kita bawa. Kalau niat kita baik in sya Allah. Semuanya akan jadi baik.dah di permudahkan olehnya..

Kini saya semakin seronok berada di dalam industri ini kerana dapat memberikan khidmat dan nasihat tentang pentingnya takaful kepada bangsa kita tentang pentingnya takaful. Ini kerana negara kita masih jauh lagi ketinggalan dalam perkara ini jika.di bandingkan dengan negara-negara maju di luar sana contohnya seperti Singapura yang majoriti masyarakatnya memiliki kekurangnya 3 polisi untuk setiap individu.

Malangnya di malaysia peratusannya hanya sekitar 13% sahaja.. sedih bukan..

Jadi tepuk dada dan tanya diri sendiri berapa sijil takaful yang anda telah miliki?

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images
award

Pesara kerajaan kerajaan berdepan tekanan hidup?

Asalamualaikum..
Sedikit perkongsian dan pandangan saya. Bagi saya bukan sahaja persara kerajaan yang berdepan dengan tekanan hidup malah sesiapa sahaja yang tak beringat di hari tua akan mengalami masalah ini. Tak kisahlah anda kerja kerajaan ataupun tidak. Lebih teruk lagi kalau anda bekerja sendiri dan tiada sebarang caruman atau simpanan.

Jadi renung renungkanlah

image

Mulakan simpanan anda hari ini. Jangan mengambil masa yang lama untuk bertindak. Semakin lambat anda bertindak anda yang semakin rugi.

Biar bersakit sakit dahulu jika anda tidak mahu bersakit sakit selamanya… hihihi

Hubungi saya jika anda inginkan nasihat kewangan.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

Tahniah Tuan Sahir chaimpion 1 msia rookie okt 2014

Assalamualaikum…
Alhamdulillah bersyukur kini anak buah Sahir Sarifdin mula mengikut jejak langkah yang mana berjaya menempatkan diri sebagai juara untuk agen baru pada oktober 2014 dan tahniah  juga buat Mohamad Nor Rahmat Kaderi berada di dalam kelompok 10 terbaik. Anda memang hebat.

image

Tiada yang mustahil.jika kita benar benar berusaha..teruskan usaha anda. Gunakan segala ilmu yang ada dan berilah manfaat kepada insan di luar sana.

Kepada anda yang berminat menyertai kami sebagai perunding takaful. Anda bolehlah menghubungi saya untuk keterangan lanjut.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436

images

Bertindak sebelum terlambat..

Assalamualaikum…
Hari ini saya ingin kongsikan beberapa pengalaman yang saya temui malam bulan ini yang mana saya rasa harus kita jadikan ikthbar untuk semua.

Dalam bulan ini sahaja saya ada berjumpa dan dihubungi oleh beberapa orang yang telah di timpa musibah dan ingin membuat permohonan takaful.

Kes 1.
Ramli (bukan nama sebenar) menghubungi saya melalui whatapps

image

Beliau telah di sahkah hilang upaya kekal (tangan kanan terpaksa dipotong akibat kecederaan akibat kemalangan). Yang kesiannya dalam keadaan beliau yang macam itu ada agen yang ambil kesempatan. Beliau ada ambil insuran selepas kejadian dengan harapan boleh buat tuntutan, siap buat bayaran tahunan lagi. Malangnya tiada sebarang tuntutan dapat dilalukan. Saya berkata kalau tuan bayar 10 tahun terus pun masih tidak boleh buat tuntutan..

Keluhan beliau: baru tahu dan nampak takaful/insuran ini penting, tak kena memang tak tahu. Menyesal sebab tak ambil

Kes 2.
Yang ini saya berjumpa. Seorang ibu prihatin yang ingin mengambil takaful perubatan untuk anak tunggalnya yang berusia 8 tahun. Malangnya, anak beliau telah di sahkan ada tyriod. Sebelum ini dah ada takaful tetapi sijil dah luput.. adus… lomah betul saya dengar.. beria minta saya tolong. Saya hanya boleh buat permohonan dan saya akan declair itu jawapan saya. Tugas meluluskan bukan dibawah bidang kuasa saya. Cuma ada 3 kemungkinan jika permohonan di buat.

1. Permohonan di terima dan bersyarat
2. Permohonan diterima dengan ada pertambahan harga (loding)
3. Permohonan di tolak

Keluhan beliau: agen tak boleh tolong ker? Kalau tak declair tak boleh ker?

Kes 3.
Kes yang ke 3 ini agak menarik. Pada minggu lepas beliau dah di sahkan doktor pakar ada masalah pada kelenjar (tersumbat). Selepas tahu keputusan itu baru mengigil nak ambil takaful. Di salahkan pula si agen. Kata beliau, pakciknya merupakan seorang agen takaful. Dari anaknya 1 tahun sampai 7 tahun dia tunggu quotation  dari pakciknya tak dapat dapat. Lama no agen ni nak buat quotation..hihihi katanya kalau tak dah ada takaful dah.

Saya tanya beliau. Kalau akak takder masalah ni akak rasa akak nak cari agen tak. Dia terus terdiam.

Keluahan beliau: macam mana ya akak nak buat ni dik? Adik tak boleh tolong ker?..tula kalau  pakcik akak bagi quotation akak dah ada takaful dah..

Nota razmanget: memang kita tak nampak kepetingan takaful ini jika kita tak di timpa musibah.  Kalau tak caya tunggula kena musibah dahulu kemudian baru nak apply. Kalau jumpa saya saya minta maaf saya akan declair. Bagi saya biar kita gaduh awal dari gaduh kemudiah hari akibat tuntutan gagal di lakukan.. mana yang anda mahukan?

Bertindakla awal dan sekarang. Dapatkan quotation anda segera ( jangan minta quotation sahaja tapi tak ambik juga..sama jer peginya)

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
award

Pencapaian terbaik. No 1 di msia

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi atas nikmat yang dipinjamkan kepada saya dan kumpulan. Pada bulan lepas kumpulan kami berjaya menjadi top unit manager untuk 1 malaysia..

image

Semoga dengan pencapaian ini kami tidak lupa malah sebaliknya semakin bersemangat untuk berjuang dan terus berjuang memartabatkan ekonomi umat islam melalui sistem takaful.

Pada yang berminat atau sedang mencari-cari agency yang ingin di sertai anda bolehlah menghubungi saa atau ahli kumpulan saya..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436

images

Cash Flow Quadrant

Assalamualaikum..

Hari ini saya nak kongsi berkenaan ESBI mengikut pandangan saya.. kalu tak setuju saya minta maaf ya.

Rasanya ramai yang dah biasa tengok dengan cash flow ini yang mana di adaptasi oles seorang yang cukup di kenali.

esbi

Memang benar terlalu sukar untuk mengubah orng yang berada di kelompok yang memiliki kerja ini. Ini kerana sifat ego yang mereka ada membuatkan mereka tidah mahu atau berusaha untuk berubah.. ini berdasarkan pengalaman saya. Mereke lebih rela dan selesa dengan apa yang mereka ada… cukuplah…. manakala bagi ketogeri berikutnya saya mengklasifikasikan ia sebagai superman.. mana tak nya dia memang bagus tetapi kehebatan dan kebelehannya hanya dimiliki oleh beliau seorang. Kalau dia tiada ranap segala perniagaannya.. dah tempat yang sepatutnya di cari adalah boss.
Di dalam bidang takaful ini saya banyak belajar tentang ilmu perniagaan, menguruskan organisasi, menguruskan kerja dan sebagainya..Dengan modah yang cukup rendah iaitu bermula dengan RM80 sahaja saya rasa ianya memberikan pulangan yang sangat sangat berbaloi..
esbi 2

Jom sertai kami di An Nur The Great Agency membina empayar perniagaan…

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

ROSAZAMAN SARIFDIN
AGENCY MANAGER
GREAT EASTERN TAKAFUL
0192699436

Andaiku tahu…

Andai ku tahu,
Kapan tiba malangku,
Ku akan memohon,
Buat plan takaful untukku,

Andai ku tahu,
Kapan tiba masaku,
Ku akan memohon,
Cepat luluskan takafulku,

Aku takut,
Akan semua bil bil hospital,
Aku takut,
Bil yang terus membayangi ku.

Andai ku tahu,
Agen datang nak tolongku,
Izinkan aku,
Mengucap thank you I love u.

Aku takut,
Akan semua bil bil hospital,
Aku takut,
Bil yang terus membayangi ku.

Ampuni aku,
belagak sombong denganmu,
Ampuni aku,
Menangisku bertobat serik dah aku.

Aku manusia,
Yang tak punya harta berjuta,
Namun aku juga,
Tak pantas nak ke hospital swasta…..

Andai ku tahu,
Kapan tiba malangku,
Ku akan memohon,
Buat plan takaful untukku,

Aku takut,
Akan semua bil bil hospital,
Aku takut,
Bil yang terus membayangi ku.

Ampuni aku,
belagak sombong denganmu,
Ampuni aku,
Menangisku bertobat serik dah aku.

Aaa…

Andai ku tahu,
Kapan tiba malangku,
Ku akan memohon,
Buat plan takaful untukku,

Andai ku tahu,
Kapan tiba masaku,
Ku akan memohon,
Cepat luluskan takafulku,

Aku takut,
Akan semua bil bil hospital,
Aku takut,
Bil yang terus membayangi ku.

Andai ku tahu,
Agen datang nak tolongku,
Izinkan aku,
Mengucap thank you I love u.

Aku takut,
Akan semua bil bil hospital,
Aku takut,
Bil yang terus membayangi ku.

Ampuni aku,
belagak sombong denganmu,
Ampuni aku,
Menangisku bertobat serik dah aku.

Aku manusia,
Yang tak punya harta berjuta,
Namun aku juga,
Tak pantas nak ke hospital swasta…..

Andai ku tahu,
Kapan tiba malangku,
Ku akan memohon,
Buat plan takaful untukku,

Aku takut,
Akan semua bil bil hospital,
Aku takut,
Bil yang terus membayangi ku.

Ampuni aku,
belagak sombong denganmu,
Ampuni aku,
Menangisku bertobat serik dah aku.

Aaa…

gubahan Razmanget versi takaful..