Assalamualaikum,
Hari ini saya ingin memperkenalkan Seorang yang tidak asing lagi di GETB yang di lahirkan oleh An Nur The Great Agency

Nama: Sahir Bin Sarifdin
Sertai GETB: 15/09/2014
Insan yang banyak membantu An Nur The Great Agency dengan penambahbaikkan kepada sistem tracking dan sistem quotation. Sistem baru yang dicipta oleh beliau ini banyak membantu dan memudahkan lagi ahli kami untuk menjalankan perniagaan ini.
Insan ini merupakan abang sulong kepada GM Rosazaman Sarifdin, iaitu abang saya. Semasa beliau mula menyatakan hasrat untuk menyertai takaful bersama saya, terus terang saya katakan banyak perkara yang saya fikirkan, antaranya bolehkah dia buat sebab sepanjang saya mengenalinya, beliau seorang yang susah nak bercakap dengan orang. Selain itu yang paling utama, kenapa dia nak buat sedangkan kehidupannya dicemburui oleh adik beradik (senang kata dengan kerjayanya dan apa yang dia miliki). Saya hanya memberikan link exam TBE sahaja kepadanya untuk pendaftaran exam dah daftar baru hubungi saya kembali. Apabila dah daftar beliau menghubungi saya malangnya beliau mendaftar untuk part A dan B. hahahah. bermula dari situlah saya melihat kesungguhannya…
Dipendekkan cerita, berbaki dalam masa 3 bulan setengah saya menyuruhnya melepaskan diri ke tahap pertama (kutipan RM75k individu @ RM50k individu dan RM25 dari kumpulan). Memang bisingla beliau, katanya masa singkat sangat. Alhmdulillah dalam masa yang ada itu beliau berjaya membuat kutipan sebanyak (RM85k individu dan RM15k dari kumpulan) dan pada tahun berikutnya dengan total tahun 1 3 setengah bulan bulan beliau telah mencapai pangkat Agency Manager pada 1/1/2016. Pada tahun yang sama juga atas usaha dan motivasi yang tinggi beliau telah melepasi syarat 1st year running Group Manager (GM) dan beliau telah berjaya melahirkan serang pemimpin baru di bawah seliaan beliau. Ini membuktikan sistem duplikasi yang kami bawa berkesan dan terbukti. Tahun ini 2018, merupakan tahun terakhir beliau sebelum bergelar GROUP MANAGER iaitu tahap yang tinggi yang di impikan oleh semua perunding takaful.
Ingin Jadi seperti kami?
Rosazaman Bin Sarifdin











Ini adalah budaya yang kami terapkan di dalam agency kami, kami akan sering memantau prestasi terkini dan sering berbincang apakah stratergy yang terbaik ingin kita gunakan. Dalam masa yang singkat ini kita harus bijak untuk menfokuskan pada perkara yang perlu di utamakan.






Tetapi sedih membaca hujah yang diberikan. Antaranya yang dok kondem mengenai plan medical card beserta perlaburan (ILP) yang merugikan peserta. Dalam takaful ini tiada yang salah atau tiada yang betul. Tetapi sebaiknya hujah yang diberikan hendaklah berasas dan mempunyai alasan yang konkrit untuk digunapakai.
Ini pula illustrasi untuk plan medical card stand alone. Untuk plan ini jumlah sumbangan tahunan anda tidak sama, ianya mengikut peningkatan usia anda. semakin berusia semakan mahal. Untuk plan ini, suka atau tidak dalam masa 30 tahun jumlah sumbangan yang telah anda buat sebanyak RM48,780.45 dan bayaran ini hangus.. Ya hangus kerana plan ini tiada nilai tunai dan ianya murah di permulaan sahaja. Ini kerana semakin berusia semakin mahal sumbangannya (lihat contribution paid, basic plan).
















