Salah Faham berkenaan plan simpanan Haji

Assalamualaikum..

Sekadar perkongsian yang berlaku hari ini… Semua ini adalah datangnya daripada pendapat saya sahaja.

Penerangan berkenaan plan simpanan haji. Salah seorang Ustazah yang datangnya dari blog ini tinggal di Terengganu.

  • Conversation started today
  • Noor Azrina

salam…

  • Razman Get

    waalaikumussalam

  • Noor Azrina

    kenapa suami saya wang saku haji rm500 je

  • Razman Get

    typing error tu

  • Razman Get

    ni yang betul

  • Noor Azrina

    tu lah pelik tadi. takpela. nak tanya. kalau dah cukup tempoh matang 20 tahun, tapi lum g haji lagi, g haji lepas 5 tahun lepas matang, takaful cover lagi tak? bayaran bulanan kan sbb dah stop masa tarikh matang?

  • Razman Get

    kalau sudah sampai tempoh matang secara automatik kita kena keluarkan saving kita. kalau tidak ambik pun boleh tetapi pada masa tersebut sudah tiada coverage

  • Noor Azrina

    macamana kalau kita nak sambung lepas tu boleh ke? atau kena ikut perjanjian dari awal kalau kontrak 20 tahun, 20 tahun aja.

  • Razman Get

    jadi kebiasaannya apa yang saya cadangkan buka 2 akaun. satu tempohnya sepertimana yang kita hendak pergi lagi satu tempohnya panjang sikit. yang tempoh panjang itu panjang cuma ambil seminima bayaran iaitu rm50

  • Noor Azrina

    maksimum panjang mana?

  • Razman Get

    terpulang pada puan maxsimum sehingga usia kita 70 tahun

  • Noor Azrina

    macamana pulak kalau terawal, cadang nak g masa matang 20 tahun, tapi 15 tahun saving bole kuarkan ke

    maksudnye kuarkan untuk g haji sebelum tempoh matang

  • Razman Get

    contohnya saya bercadang nak pergi pada 15 tahun akan datang dan saya membuat simpanan rm150 untuk akaun 1 dengan tempoh 15 tahun dan satu akaun lagi rm50 untuk jangkamasa 25tahun.

    kita boleh membuat pengeluaran awal tetapi terpaksa tutup akaun tersebut.

  • Noor Azrina

    saya masih tak faham. maknanya bole g haji lepas tempoh matang ke?

    saya sebelum ni tak faham. ingatkan lepas 20 tahun matang, kuarkan saving untuk haji, tapi takaful cover masa g haji sampai umur kita 70 tahun.

    jadi, kalau saya dan suami start saving tahun ni, tempoh matang masa 20 tahun akan datang. sebelum matang, tak bole kuarkan saving untuk belanja haji. dah amik saving, takaful tak cover pulak.

  • Razman Get

    mcm ni cikgu.
    ni pendapat saya tentang plan haji ni.
    ramai yang salah anggap mungkin seperti sangkaan puan

    tujuan orang ambil plan haji ni sebenarnya inginkan manfaat badal haji. Di Great Eastern Takaful kita telah melantik tabung haji untuk urusan ini.

    bagi saya menggunakan medium ini buakanlah medium yang terbaik untuk membuat simpanan.

    cadangan saya

  • Noor Azrina

    maknanya bukan lah untuk tabungan g haji. tapi pelengkap. perlindungan.

  • Razman Get

    katakan puan bercadang ingin menyimpan untuk simpanan haji 200 sebulan
    saya mencadangkan puan hanya mengambil plan ini dengan sumbangan rm50 sahaja

    bagi saya lebih baik puan simpan di tabung haji.

  • Noor Azrina

    maknanya still kita kumpul duit kat tabung haji lah.

  • Razman Get

    ini kerana manfaat yang puan akan dapat dengan 50 sebulan adalah sama jika dengan jumlah yang lebh besar cuma pampasan kematian danlumpuh sahaja yang berbeza.

    dan rm50 ni puan boleh ikat tempoh panjang contohnya 30thn

    kalau puan nak pergi pun bukan menggunakan duit tabungan rm50 itu. sebab kalau kita guna bermakna tiada coverage

    ini saya bercakap sebab bukan sebab tidak mahukan komision tetapi saya ingin memberikan yang terbaik untuk puan

  • Noor Azrina

    barulah saya faham… tapi saya masih berminat. tapi rm50 pun stil saving gak kan

  • Razman Get

    yap

    dan kebiasaanya client saya yang dah ada plan saving (medical card+saving) saya tak suruh ambil plan ni. Ini sebab pada plan mereka sudah ada pampasan kematian/lumpuh. jadi waris boleh gunakan wang itu untuk melakukan badal haji

    melainkan client saya memang tak boleh bak commit lebih dari RM100 sebulan barulah saya cadangkan plan haji ini. sekurang2nya ada protection untuknya.

  • Noor Azrina

    betul2 saya salah faham sebelum ni. saya dan suami dah ada medical card.

  • Razman Get

    dan keluarganya walaupun tak banyak.

    ini sekadar pendapat saya sahaja puan

  • Noor Azrina

    ada tak org lain yang masih keliru macam saya ni?

  • Razman Get

    ramai.

    sangat ramai

    sebab tu awal2 lagi saya dah suruh daftar haji dulu

  • Noor Azrina

    haha. saya ingatkan simpan macam tabung haji tu. kalau macam tu, saya tak perlu ambillah. terima kasih banyak2 sbb jujur terangkan. ape pun, saya dan suami tetap akan g daftar haji.

  • Razman Get

    sama2 puan.

  • Noor Azrina

    ok lah. nanti kalau ada produk yg terbaru sesuai dgn kami suami isteri, emel lah ye. terima kasih byk2 man sehari layan kami.

  • Razman Get

    Dah menjadi tanggungjawab saya puan

  • Noor Azrina

    semoga man Allah murahkan rezki sbb jujur kami doakan.

  • Razman Get

    Terima kasih puan, begitu juga dengan puan saya doakan menjadi agar puan menjadi bidadari untuk suami di surga nanti.. amin

  • Noor Azrina

    moga man akan jadi manager top 3 plak lepas ni ok.

    ok man. selamat malam. bye…..

  • Razman Get

    Terima Kasih sekali lagi puan

    ——————————————————————
    Pekongsian yang berlaku sebentar tadi. Mungkin ada sesetengah orang berpendapat saya tolak rezeki. Bagi saya rezeki Allah itu maha luas..
    Rosazaman Sarifdin
    Agency manager
    Great Eastern Takaful
    019-2699436

Pentingnya anda membina benteng kewangan.. Takaful..

Assalamualaikum…

Kisah yang saya tuliskan ini mungkin kita boleh jadikan ia sebagai idea atau panduan untuk anda..

Hari ni saya berjumpa dengan sahabat lama di Presint 6, Putrajaya. Perwatakannya jauh berbeza sekarang berbanding saya kenalinya dahulu, maklumlah kini sudah bergelar seorang usahawan dan sudah memiliki 2 buah cybercafe.

Bermulah bicara tentang perjalanan bisnessnya. Agak menarik apa yang saya ketahuinya modal permulaannya untuk mula berniaga cuma RM2,000 sahaja. Kini perniagaannya yang telah diusahakan dalam masa hampir 3 tahun sudah bernilai hampir RM100,000.. Usaha gigihnya membuahkan hasil.

Dalam usaha mengembangkan lagi perniagaannya sahabat saya kini bercadang ingin menambah lagi sebuah kedai..

Seperti biasa saya masukla serba sedikit bab-bab takaful takaful…. antara perkara tang saya kongsikan adalah seperti gambar rajah di bawah..

razmangetHari ni kita sibuk membuat simpanan, pelaburan dan juga membina aset sedangkan perkara yang penting dan asas kita terlepas pandang.. Apa jadi jika risiko kehidupan yang tidak diminta dan di undang datang melawati kita? Pastinya simpanan yang kita simpan selama ini kita akan gunakan. Malangnya jika simpanan yang ada tidak dapat menampung kita terpaksa menggunakan segala pelaburan yang kita ada. Dan lebih malang lagi jika masih tidak cukup juga kita terpaksa melepaskan segala aset yang kita miliki. Semua ini berlaku disebabkan kita lupa untuk membuat perkara yang sepatunya di dahulukan..

razmanget2Dengan ada takaful yang mana sebulan dalam RM100 ke 300 dapatlah membantu kita menyelamatkan segala usaha dan penat lelah kita mengumpul simpanan, pelaburan malahan aset kita daripada lesap begitu sahaja.

Pastinya kita membuat simpanan, pelaburan dan aset tersebut bukan untuk menampung kos rawatan kita malah untuk digunakan atau di manfaatkan di masa tua nanti..

Sekian…

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Kenapa Kita perlukan Takaful?

Assalamualaikum..

Pada Hari in saya ingin kongsikan kepada anda kenapa kita perlukan takaful.. Apa yang ingin saya kongsikan ini adalah sekadar pendapat saya sahaja.

malang tidak berbau.

Kisah ini mungkin boleh kita hayati bersama satu perkongsian benar. Lihat link ni. Bagi saya, sebenarnya seseorang itu ada kalanya tidak faham apakah itu takaful dan tidak memberikan ruang untuk dirinya memahamkan apakah takaful sebenarnya.

sudah ada dan cukup.

Ini mungkin kerana mereka merasakan sudah dilindungi sepenuhnya. (sekadar ada insuran atau takaful) Padahal mereka tidak tahu apakah plan yang mereka ambil. Contoh ini juga saya pernah kongsikan sebelum ini. Lihat link ini.

rasa selamat.

Kebanyakan insan seperti ini adalah yang mana mereka merasakan majikannya telah melakukan yang terbaik untuknya (mungkin memberikan medical card) ataupun mereka ini adalah kakitangan kerajaan. Malangnya mereka tidak pernah ambil pusing adakah jumlah had yang di berikan mencukupi. Ini yang sepatutnya kita ambil tahu. Lihat link ini.

Sekadar renungan..

Hari ini, boleh saya katakan manusia lebih sayangkan hartanya dari dirinya. Ini kerana benda yang tidak bernyawa kita insuran atau takafulkan malangnya untuk diri sendiri tidak. Mana yang lebih berharga untuk kita? Sepatutnya kerajaan mewajibkan insuran/takaful sepertimana ia mewajibkan untuk kenderaan motor.

Untuk keterangan lanjut mengenai takaful. Sila hubungi

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

TBOSS di Batu Pahat 17/5/2013 UTHM

Assalamualaikum..

Alhamdulillah pada bulan ini ada beberapa permintaan daipada syarikat meminta saya membuat perkongsian dan pengalaman. Antaranya Di Peneng dan Batu Pahat.

Malangnya untuk Peneng saya terpaksa tolak kerana tarikh yang diberikan bertembung dengan kelas kenaikan pangkat yang perlu saya hadiri.

Sesungguhnya memang seronok apabila kita dapat berkongsi dengan orang ramai tentang indahnya industri ini. Maka betullah kata pepatah ini.

 tak kenal maka tak cinta, dah cinta tergila-gila.

Malah bukan itu sahaja, segala perbelanjaan dari segi pengangkutan, tempat tinggal dan makanan di sediakan sepenuhnya oleh pihak syarikat dan bukan itu sahaja bahkan saya turut di bayar oleh pihak syarikat untuk melakukan pekongsian ini.

token dari syarikatTerima kasih atas penghargaan yang diberikan ini.. Di kesempatan ini saya ingin mempelawa jika anda berminat bersama-sama saya menyertai Great Eastern Takaful anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
019-2699436
Agency Manager
Great Eastern Takaful
images

Jejak Jutawan Bersama Irfan Khairi

Assalamualaikum

Saya ingin memjemput anda untuk menghadiri seminar bersama Irfan Khairi Jutawan internet termuda di Malaysia.

Pada: 26/5/2013

Lokasi: Tingkat 6 Menara Great Eastern

Masa: 9:00 pagi

Tiket: RM50

Hadiah menarik untuk peserta bertuah MINI IPAD

385301_10200477834766301_2115753176_nTempat adalah terhad. Hubungi saya segera untuk mendapatkan tiket.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Quarter Review An-Nur Group Agency

Assalamualakum.

Alhamdulillah… selesai quarter review untuk agensi yang telah di adakan pada hari ini. Tahniah kepada semua yang hadir. Semoga segala perkongsian yang saya berikan dapat memberikan percikan percikan semangat untuk anda semua.

Teruskan dengan matlamat dan impian anda pasti segalanya akan menjadi lebih mudah untuk di capai. Maaf juga jika ada yang merasakan perwatakan saya agak berbeza pada sesi hari ini.

Itulah saya..

Masa main, kita main betul-betul sampai puas. Masa makan, kita makan betul-betul sampai kenyang, Masa kerja, kita kerja betul-betul sampai berjaya.

Sebahagian daripada gambar yang dapat saya ambil..

quarterUntuk mengembangkan lagi perniagaan ini saya mempelawa kepada yang berminat untuk menyertai kami.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

images

Kelemahan Great Eastern Takaful

Assalamualaikum

Satu kisah yang ingin dikongsikan.. Tapi macam biasa nak share cerita ni minta izinla yer

Semalam saya di hubungi oleh seorang sahabat dari kelantan dan dari Syarikat Takaful lain (PRU13, bukan nama sebenar). Begini lebih kurang perbualan saya.

Sahabat:

Man kat tempat aku sekarang ramai betul orang bertukar dan ambil Great Eastern Takaful (GET)

Saya:

Bagusla kalau mcm tu

Sahabat:

Aku nak tanya apakah kelemahan medical card GET ni, Sebab ada seorang cikgu dah ambik dengan GET, dia minta aku bagitahu apakah kelemahan GET dan kenapa dia perlu ambil PRU13.

Saya:

1- Kelemahannya adalah Had tahunan untuk masuk ICU dan ward biasa cuma 180 hari sahaja setahun.
2- Had tahunan dan tahunan dia untuk bilik paling rendah 100 sehari cuma RM60,000 dan RM600,000 setahun
3- Rawatan sebelum kemasukan hospital 60 hari sahaja dan rawatan selepas kemasukan hospital cuma 90 hari sahaja.
4- Tiada cash bonus kalau sihat tetapi dia naikkan had tahunan 10% setiap 3 tahun kalau sihat. Tu pun 5 kali kenaikan sahaja.
5- Co Takaful minimum kena bayar 10% dan maksimum RM500
6- Saipa ambik medical card ni dapat PA percuma(Personal Accident) tapi tak banyakla RM10,000-RM15,000 jer tengok bilik.

cukup tak beb ke nak lagi?

Sahabat:

Gilerlah. NI bukan kelemahan beb, Patutla ramai orang ambik dengan GET. Tak jadila aku nak pancung cikgu tu macam ni. Buat malukan aku jer nanti.

Saya:

Takper sekurangnya ku ada maklumat sebelum nak berjumpa. jangan main tibai jer.

table medical cardkesimpulannya…

Kelemahan itu kadang-kadang menjadi kekuatan. Cara terbaik toksahla nak pancung memancung ni… Amalan yang tak bagus tu.

Untuk keterangan lanjut berkenaan Medical card Great Eastern Takaful anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation