Selamat Menyambut Hari Lebaran..

Assalamualaikum Pembaca-pembaca semua.

Di kesepatan ini saya Rosazaman dan Keluarga ingin mengucapkan  Selamat Hari Lembaran untuk semua..

Saya mohon Maaf zahir dan batin jika ada kesalahan dan kesilapan yang saya lakukan samaada sedar mahupun tidak sedar.

Sesungguhnya yang baik dam sempurna itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu datangnya daripada saya..

Pesanan saya untuk semua berhati-hatilah semasa perjalanan pulang ke tanah air. Saya doakan anda semua selamat sampai ke destinasi masing-masing. Amin…

Dari insan yang lemah

Rosazaman 0192699436

7 Steep effective closing

Assalamualikum..

1.Rapport -Suai kenal

Asas penting semula memulakan berbicara. Kita sering kali kita terlupa perkara asas ini. Seharusnya kita perlu mengenali terlebih dahulu prospek yang anda bawa. Contohnya Nama, mungkin anda pernah terlupa sehinggakan di akhir closing anda baru anda bertanyakan nama, Rapatkan diri anda dengan menggunakan nama jika melakukan perbicaraan. Cuba elakkan menggunakan perkataan seperti AKU, kan lebih manis jika menggunakan SAYA.

2. Need Analisyiss- Takaful/Insuran

Jangan terlalu taksub dan gelojoh untuk menceritakan plan yang hebat yang anda bawa ini. Seharusnya anda perlu analisis prospek anda apakah pengalamannya sebelum ini, minatnya dan sebagainya. Disini anda boleh dapatkan HOT BUTTON untuk anda gunakan. Contohnya pandangan atau pengalamannya sebelum ini.Tapi ingat bukan di ceritakan pada masa ini. anda kumpulkan maklumat sahaja pada waktu ini.

3.Summeries needed.

Kebijakan anda bermula disini, segala maklumat yang anda dapat tadi anda simpulkan untuk dijadikan senjata yang bakal anda guna semasa closing nanti..ingat anda perlu bijak memulangkan balik ayat-ayat yang prospek anda keluarkan tadi.dengan ini prospek anda tidak akan dapat menberikan sebarang alasan.

4.Promote Plan yang anda bawa.

Barulah anda boleh memulakan closing anda. Bermula dengan memperkenalkan potensi, apa kelebihan n kebaikannya dari pelbagai aspek. lastly baru cerita plan yang sesuai.

5.Solution QnA

Sepatutnya di sini sudah tiada masalah, senang cerita prospek dah tak boleh bagi alasan, semua anda dapat patahkan..Harus di ingat pastikan dada anda berisi.. Yakin pada diri anda.

6.Pour Cemment

Masa ni closing yang last, anda perlu buat prospek anda akan menyesal jika tidak memilih untuk bermula hari ini. Untuk anda pula anda perlu terapkan kalau prospek anda tak bermula hari ini pasti dia takkan ambil.Dia bagi alasan nak ambil minggu depan ker, bulan depan ker sebenarnya hanya alasan untuk sedapkan hari anda. kalau anda terima alasannya anda yang rugi.

7.Referal

ni langkah bijak yang biasa orang berjaya buat. Dapat prospek daripada prospek anda itu,dia ambil off coursela kena keluarkan tak masuk lagila kena keluarkan..

SELAMAT MENCUBA DAN BERJAYA

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

5 Cara Bagaimana Untuk Mencapai Impian

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya akan berkongsi dengan anda semua bagaimana cara-cara untuk mencapai impian..

1 ·  Mempunyai impian matlamat yang jelas dan nyata.
Biasanya kita mempunyai impian yang tersendiri. Untuk mencapainya kita perlu bayangkan impian itu berjaya. Contoh untuk menjadi penyanyi hebat kita perlu “bayangkan” berada di atas pentas dan lakukan nyanyian dengan baik sekali. Impian itu jelas di minda dan spesifik serta munasabah. Begitu juga dalam business. Kita perlu ada impian yang SMART.

2 ·  Ada mentor/icon/idol.
Orang yang berjaya ada beratus-ratus mentor di belakangnya. Sepertimana saya menjadikan Dr Irfan Khairi sebagai mentor ebiz dan mentor luar negara seperti Robert G. Allen yang terkenal dengan bukunya Multiple Streams of Internet Income. Dengan adanya mentor kita lebih cepat mencapai kejayaan dan elakkan kesilapan yang merugikan. Saya sarankan saudara hayati artikel tentang 5 kesilapan dalam ebiz yang menyentuh perihal mentor.

3 ·  Stay focused.
Inilah yang membezakan antara angan-angan dan kenyataan. Mereka yang mempunyai impian yang jelas, ada mentor contoh ikutan sudah tentu akan start focus pada tahap tertinggi. Ia merupakan tahap kekuatan mental kita. Focus pada business sehingga ke titisan darah terakhir. Never ever give up. Susah macam mana pun mental kita teguh dan focus tinggi dapat menghasilkan produktiviti yang tinggi.

4 ·  Implementasi formula disiplin FTP.
Untuk berjaya mencapai impian kejayaan kita perlu ada formula mujarab seperti Focus + Technique + Passion = Success !
Inilah formula FTP. Saya pelajarinya dengan mentor yang mana dapat boost up result 3 kali ganda berbanding sebelumnya. Saya sudah hurai lanjut tentang formula ini. Anda wajib bacanya kalo mahu berjaya.

5 ·  Kaizen
Inilah gaya bisnes Jepun. Kaizen atau dalam English adalah continuous improvement. Ia cukup penting untuk menjalankan penambahbaikan yang berterusan dalam business. Bila kita dah capai tahap yang positif. Kita perlu tingkatkan lagi kejayaan dengan target yang lebih besar. Dan inilah yang saya lakukan sekarang. Peralihan dari B2C kepada B2G yang beri lebih banyak makna kejayaan sebenar.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Hari-hari yang indah

Assalamualaikum pembaca semua,

Hari ini dapat satu sms yang berbunyai

RM0.00 Great Leo Dinner”Glamorous Stars”.Attire Formal.Hv u selected ur most Trendy&Stylist dreas/suit?Come dazzling like a STAR! C U 21Sept Genting Highlands Sender:66300

Manala saya nak cari baju yang glamour… baju yang ada semua biasa sahaja.. ni yang segan ni…hahaha

Hari ini saya dapat panggilan dari Takaful Great Eastern, katanya saya terpilih untuk satu majlis berbuka puasa bersama pihak syarikat. Sebab saya antara top producer Takaful Great eastern.. Pada 24/8 ini. Alhamdulillah sekali lagi..

Anda juga boleh perolehi apa yang saya dapat. Segala petua yang saya guna akan saya kongsikan bersama anda tanpa sembunyikan sesuatu pun. InsyaAllah.

SERTAILAH SAYA SEKARANG.

Kerana 3 bulan yang lepas team saya baru ada 2 orang dan kini alhamdulillah sudah seramai 8 orang. Saya percaya dan yakin jumlah ini akan bertambah dari sehari ke sehari.

Untuk maklumat lanjut, saya akan adakan kelas setiap hari selasa di HQ Great Eastern Jalan Ampang pada jam 8:00 malam

Hubungi saya Rosazaman Sarifdin 019-2699436  insyaAllah kita boleh maju bersama..

Penantian sesuatu yang indah..

Assalamualaikum..

Dalam beberapa hari sahaja lagi gambar top Star Takaful Great Eastern akan keluar.. Saya dah tgok gambar tu… mak ai.. Gemuknya saya…hahahaha

Mana taknya setiap kali jumpa client/prospek makan sekali..sehari jumpa 4 orang maknanya 4 kali makan.. Apa pun saya gembira dengan pencapaian yang di perolehi.. Dan berazam akan mengekalkannya..

Target awal nak masuk 2 gambar. Top Recruiter.. bila di fikirkan beberapa faktor.. cukuplah sekadar Top Pruducer..

Kepada mereka yang berminat untuk turut serta bersama saya berjaya di Great Eastern Takaful sila hubungi saya.

Rosazaman Bin Sarifdin

019-2699436

Beli insurans sejak kecil

APABILA menyebut mengenai insurans, ia sudah sinonim dengan makna perlindungan. Malah, hari ini terdapat pelbagai pihak menganjurkan skim insurans yang memberi faedah sama ada daripada segi perlindungan harta, kesihatan atau nyawa. Namun, bagi golongan muda terutama yang baru memasuki fasa pekerjaan, pendedahan mengenai insurans ini hanya biasa didengar tetapi pengetahuan mengenainya masih samar terutama berkaitan keperluannya.

Menyedari pembelian polisi insurans dalam usia muda mampu memberi kesan positif dalam jangka masa panjang, wartawan Bisnes Metro, Hafiz Ithnin mengupas isu ini bersama Ketua Pegawai Eksekutif Institut Insurans Malaysia, Khadijah Abdullah.
PADA usia berapa sepatutnya seseorang itu sudah mempunyai insurans?

Seseorang boleh memiliki insurans sejak kecil untuk merancang masa depan mereka dalam melanjutkan pelajaran, kos perubatan kritikal dan lain-lain keperluan yang memerlukan kos perbelanjaan tinggi melalui ibu bapa atau penjaga. Tetapi, adalah digalakkan bagi seseorang untuk memiliki insurans pada usia muda seawal umur 20 tahun iaitu mereka boleh menerima kemudahan harga premium insurans yang lebih rendah serta peluang merancang masa depan dengan lebih baik.
Apakah kepentingan insurans kepada golongan muda?

Insurans penting kepada golongan muda kerana seperti yang kita maklum, kos hidup moden semakin meningkat dan memerlukan kos kewangan tinggi. Selain itu, kita saban hari didedahkan dengan pelbagai bencana dan penyakit yang mampu mengubah kestabilan hidup sendiri serta keluarga dan memudaratkan harta benda. Golongan muda terdedah dengan pelbagai potensi risiko masa depan dan masa kini, jadi mereka seharusnya mengambil langkah melindungi diri mereka serta harta benda berharga mereka. Selepas berkeluarga, mereka perlu pula melindungi masa depan keluarga.

Apakah jenis insurans perlu diambil golongan muda?

Golongan muda digalakkan mengambil insurans hayat dan perubatan bagi melindungi mereka daripada kos perubatan yang membebankan ketika tua atau pada masa tidak dijangkakan. Pada masa kini, terdapat syarikat insurans menawarkan insurans berbentuk simpanan dan berkaitan pelaburan (investment-linked) yang boleh menguntungkan mereka. Produk menyerupai Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang menawarkan pulangan lumayan dan boleh dimiliki golongan bukan Bumiputera sudah pasti mampu menjamin masa depan mereka. Terdapat insurans lain yang wajib diambil seperti ketika membeli kenderaan dan polisi insurans pilihan seperti untuk melindungi kediaman mereka serta harta benda yang disayangi.

Bagaimanakah mengenai peruntukan kewangan seseorang itu sebelum mereka membeli insurans?

Bakal pelanggan atau pelanggan akan diberi nasihat dan pelbagai pilihan pembayaran oleh ejen insurans bertauliah mahupun penasihat insurans seperti broker, pekerja insurans dan bank assurans terlatih untuk merancang peruntukan bulanan mereka sebelum membeli insurans. Ini penting untuk mengelakkan mereka dibebani hutang dan masalah kewangan kerana tidak mampu menjelaskan pembayaran premium bulanan mereka.

Insurans ialah suatu pelaburan jangka panjang, terutamanya bagi insurans hayat dan berkaitan pelaburan (investment-linked), jadi peruntukan kewangan baik amat penting sebelum seseorang mengambil keputusan untuk memiliki insurans.

Bagaimana dengan konsep membeli insurans dalam masa sama membuat pelaburan? Adakah ia sesuai dengan golongan muda?

Ya, ia sesuai. Ini kerana insurans berkaitan pelaburan (investment-linked) adalah gabungan pelaburan dan perlindungan.

sumber

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Beliinsuranssejakkecil/Article/index_html

Mengenali plan medical card Great Eastern Takaful

K O N S E P TA K A F U L

Takaful merupakan konsep saling bantu-membantu
berdasarkan prinsip perpaduan, kerjasama dan
tanggungjawab. Peserta membuat caruman
berdasarkan Tabarru’ (sumbangan) ke dalam dana
yang akan digunakan untuk membantu satu sama
lain semasa kesusahan.

Bagi mendapatkan perkara terbaik dalam hidup, anda perlu kekal sihat. Penyakit, kemalangan dan halangan perubatan yang lain boleh mengganggu perancangan masa depan melainkan anda bersedia daripada segi kewangan.

i-Medik Rider ialah rider perubatan dan kesihatan komprehensif yang melindungi kesihatan anda dengan perlindungan meluas bagi manfaat kemasukan hospital, pembedahan, rawatan pesakit luar dan banyak lagi.

Melindungi Anda Bagi Perbelanjaan Perubatan Yang Mahal

Nikmati had tahunan dan had seumur hidup yang tinggi. Bergantung kepada pelan yang anda pilih, tuntutan perubatan boleh dibayar balik dalam satu jumlah sekali gus sehingga had tahunan sebanyak RM200,000 dan had seumur hidup sebanyak RM1,600,000.

Peroleh Ganjaran dengan Kesihatan yang Baik

Had tahunan anda akan meningkat sebanyak 10% pada akhir setiap 3 tahun sijil jika tiada tuntutan dibuat dalam tempoh 3 tahun – membantu anda menangani kos perubatan yang meningkat.

Perhatikan ilustrasi di bawah…

Johan merupakan lelaki berumur 30 tahun yang memilih pelan i-M100 dengan had tahunan permulaan sebanyak RM60,000 dan had seumur hidup sebanyak RM480,000. Dalam 3 tahun sijil pertama, dia tidak membuat sebarang tuntutan dan had tahunan meningkat sebanyak RM6,000 kepada RM66,000.

Dalam 3 tahun sijil berikutnya, dia membuat 2 tuntutan dan had tahunan kekal sebanyak RM66,000. Dalam 3 tahun sijil berikutnya, tiada tuntutan dibuat dan had tahunan dinaikkan sebanyak RM6,000 kepada RM72,000.

Nota: Jika tuntutan dibuat selepas Pengendali Takaful telah meningkatkan had tahunan sebanyak 10% disebabkan tiada tuntutan dalam tempoh yang dinyatakan, had tahunan tersebut akan dibatalkan setelah tuntutan dibenarkan.

Melindungi Anda Dengan Manfaat Komprehensif 

Urusan kemasukan hospital yang mudah dan perlindungan terhadap pelbagai keadaan perubatan. Beberapa manfaat utama termasuk Rawatan Sebelum dan Selepas Kemasukan Hospital, Rawatan Kanser Pesakit Luar dan Rawatan Dialisis Buah Pinggang, Unit Rawatan Rapi (ICU) dan Rawatan Kemalangan Kecemasan Pesakit Luar. Ia turut melindungi bayaran pembedahan, bekalan hospital, khidmat ambulans dan banyak lagi.

Lindungi Orang Tersayang (PA percuma)

Bergantung kepada pelan pilihan anda, orang tersayang akan menerima sehingga RM20,000 jika berlaku kematian akibat kemalangan.

Membantu Pemulihan Anda   

Anda akan menerima Elaun Tunai Harian sebanyak RM50 sehari sehingga 120 hari bagi setiap tahun sijil jika anda dimasukkan ke Hospital Kerajaan Malaysia.

Melindungi Anda Sehingga Umur 80 Tahun

Sesiapa yang berumur antara 30 hari hingga 60 tahun hari jadi berikutnya layak memohon i-Medik Rider dan dilindungi dari segi perubatan sehingga umur 80 tahun hari jadi berikutnya.

Anda Dilindungi Walaupun Berada di Luar Negara

Nikmati perlindungan yang lebih baik semasa dalam perjalanan dengan Supreme Assist – perkhidmatan bantuan perubatan kecemasan dan perjalanan yang boleh dipercayai, di mana sahaja di seluruh dunia.

Untuk keterangan lanjut berkenaan plan Great Eastern Takaful sila hubungi

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Kenapa pentingnya perlindungan takaful buat anda

Secara ringkas, dalam ilmu perancangan kewangan, kita tidak digalakkan menyimpan telur di dalam satu bekas, kerana kalau terjatuh, semuanya akan pecah (hilang). Jadi, terdapat 3 cara yang berbeza untuk menyimpan iaitu:

  •  Bank: Ini sebenarnya dipanggil “parking” duit sebab biasanya simpan di bank tak membolehkan kita menyimpan, yerlah, asyik nak keluarkan je betul tak?
  • ASB/Unit Trust: Bagus, ini untuk “medium term” dan “long term”; maksudnya kita menyimpan untuk bayaran muka membeli rumah, bercuti atau mungkin untuk persiapan perkahwinan.
  • Great Eastern Takaful: Menyimpan dengan Takaful sebenarnya adalah secara “long term” kerana tarikh matang selepas 15 tahun dan ke atas, justeru simpanan kita selamat kerana simpanan tidak boleh dikeluarkan sebelum tarikh matang. Kebaikan menyimpan di Great Eastern Takaful ialah kerana anda akan dilindungi dengan pakej perlindungan dari takaful yang ditawarkan; sebagai contoh, sekiranya anda ditimpa kemalangan sehingga berlaku kecatatan kekal (TPD) atau sekiranya berlaku penyakit kronik seperti Jantung, Kanser, Stroke dan lain-lain (36 jenis Penyakit kronik) anda akan dilindungi dengan medical card yg bernilai dari RM720K – RM1.6 Juta!.

Melalui medical card ini, anda tidak perlu lagi mengeluarkan simpanan anda di Bank atau di Unit Trust/ASB. Tahukah anda bahawa kos rawatan di hospital pakar boleh mencecah puluhan malahan ratusan ribu ringgit!!

Dan sekiranya berlalu TPD (Kecatatan Kekal) atau CI (36 jenis penyakit kronik) simpanan anda (Takaful Plan) secara automatiknya akan ditanggung oleh Great Eastern Takaful sehingga anda berumur 99 tahun. Dan dengan ini, simpanan anda akan berterusan dan tidak terusik, begitu juga simpanan-simpanan anda di ASB/Unit Trust dapat disimpan dan tidak perlu dikeluarkan untuk menampung kos perubatan anda.

Sebaliknya jika anda tidak mempunyai pakej simpanan takaful ini, anda mungkin terpaksa mengeluarkan semua simpanan yang telah lama anda simpan dan sekiranya tidak mencukupi, anda terpaksa meminta belas ihsan orang lain. Adakah anda ingin mengharapkan ihsan orang? 🙂

Untuk keterangan lanjut berkenaan plan Great Eastern Takaful, sila hubungi

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Indahnya Takaful..

Assalamuaalaikum..

Pada 30hb July baru-baru ini. Great Eastern Takaful mengadakan seminar di HQ,  Tiga penceramah memberikan ucapan bermula daripada Top Producer En Badrul, di ikuti dengan En Cha Mu Sha dan di akhiri dengan Ustaq Fauzi.

Pada hari tersebut saya terpaksa menyempurnakan majlis dengan bacaan doa… Terketor2 bila berada  di atas stage. Sudah lama tidak berada di hadapan orang yang ramai.

Dipendekkan cerita, saya ingin kongsikan dengan anda cerita menarik yang di sampaikan oleh ustaq Fauzi.

Seorang anak murid (peniaga) keluar untuk pergi meniaga, di dalam perjalanan dia singgah sebentar dan berehat di sebatang pokok tamar untuk. Apabila dia berehat, dia ternampak seekor burung yang buta berada di atas pelepah tamar. Anak murid ini bertanya sendirian, bagaimana burung yang buta ini boleh hidup? Tidak lama kemudian  seekor burung yang celik singgah di pelepah tersebut bersama ulat di mulutnya menyuapkan kepada burung yang buta itu. Anak murid tadi terdetik. Burung yang buta ini boleh hidup apakan aku orang yang sihat. Lalu anak murid tadi mengemaskan barang2nya dan pulang kerumah (tidak meneruskan perjalanan untuk pergi berniaga). Sedang anak murid ini berehat di rumah. Tok Gurunya datang lalu bertanya. Kenapa dia tidak pergi berniaga. Anak murid ini menceritakan apa yang dilihatnya semasa berehat di pohon tamar. Tok Guru itu dengan bijak sananya berkata. Bukankah lebih kamu menjadi burung yang celik itu. Kamu boleh mencari makanan untuk kamu malah dapat memberi manfaat kepada orang lain..

Begitulah peranan agen Takaful.. Memberi manfaat kepada yang memerlukan..

Untuk keterangan berkenaan plan Great Eastern Takaful sila hubungi

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation