Kerjaya yang Indah di takaful.. Great Eastern Takaful

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah dan syukur kepada Allah kerana memberikan nikmat kesihatan kepada saya, dengan itu saya dapat menjalankan segala usaha saya ini dengan lancar.

Pada tahun lepas diberikan penganugerahan di genting sebagai Smart Leo F1 dan kelmarin 18/9/2012 diberikan penganugerahan  buat kali kedua oleh Great Eastern sebagai F1 Pro-Crown Leo dan F1 Pro-Smart Leo.

Terima Kasih Allah, dan kepada anda semua yang menyokong saya di dalam industri ini.

Pastinya pencapaian ini bukanlah noktah bahkan ianya merupakan titik permulaan untuk saya melangkh lebih jauh lagi InsyaAllah..

Semua ini tidak akan datang melayang dan bergolek dengan sendirinya jika tidak kena dengan caranya.

Matlamat saya untuk tahun hadapan untuk membawa seberapa ramai yang mungkin qualifier di bawah seliaan saya untuk turut serta mencapai award Great Leo ini.

Oleh itu saya mempelawa anda di luar sana untuk turut serta bersama-sama saya di bawah An-Nur Group sebagai perunding kewangan takaful  mewakili Great Eastern Takaful.

Segala tunjuk ajar dan bimbingan akan saya sediakan

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Takaful / Insuran VS MLM..

Assalamualaikum..

Sebelum saya ingin berkongsi pengalaman hari ini, saya minta kepada yang suka copy and paste pengalaman saya ini, saya mohon agar anda minta izin terlebih dahulu. Tak salahkan..

Kisah hari ini saya rasa kita boleh jadikan teladan. Ambik yang baik buang jauh-jauh yang buruk.

Takaful/Insuran VS MLM (Multi Level Marketing)

Petang tadi dalam jam 6:30 petang saya mendapat penggilan daripada x-client bertanyakan certificate takafulnya yang sudah luput. Bagaimana untuk dihidupkan kembali.. Alhamdulillah.. Mungkin sudah ada kesedaran kembali agaknya.. Rupa – rupanya ada udang di sebalik batu… (baca seterusnya)

x-client saya ini pada mulanya memang tiada masalah melakukan sumbangan takafulnya, setiap bulan akan dipotong melalui autodebit Maybank. Tapi apabila dia menyertai salah satu MLM, pendapatnya mula berubah sedikit demi sedikit. Sehinggakan saya pun hendak di sekolahkannya.. Saya masih teringat apa yang di perkatakan.

x-client: Razman saya nak stop takaful sayalah, saya dah tak boleh nak teruskan,

saya: Boleh, Tapi boleh saya tahu kenapa?

x-client: Saya ambik takaful ni saya rasa mcm mintak saya sakit pulak, mana taknya kalau sakit jer baru boleh guna. Kalau boleh kita taknak sakit, baik kita kawal pemakanan kita. Tingkatkan imiunisasi dalam badan kita. Itu  lebih baik. Penyakit ni bermula dari perut. Bla Bla Bla Bla…..

(keluar jer perkataan imiunisasi saya dah dapat agak benda apa)

saya: Betul tu. Tapi takaful bukan sahaja untuk penyakit, musibah yang kita tak jangka seperti kemalangan pula bagai mana?

x-client: Tu tak per kereta saya ada insuran, boleh claim.

saya: Okaylah kalau mcm tu..

(saya malas dah nak counter.. taknak teruskan takper..)

Berbalik kepada cerita di atas kenapa dia nak hidupkan takafulnya kembali. x-client saya ini masuk hospital semalam rupa-rupanya. Kena batu karang. Patutla beria-ria nak hidupkan balik takafulnya. Sayang sungguh certificate dah luput kalau hidupkan balik sekalipun ianya seperti certificate baru. Nak tanya apa cerita dengan produk yang dia makan pun saya tak sampai hati.. Kawan2 janganla jadi macam ni..

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Group presentation di UiTM Lendu Melaka 20/7/2012 Great Eastern Takaful

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah semalam saya bersama partner Ustaq Musyrif Khalil dapat membuat sesi taklimat tentang pentingnya takaful di UiTM Lendu. Sesi bermula jam 10:00 pagi dan berakhir lebih kurang jam 12:00 tengah hari.

Segalanya berjalan dengan lancar. Tahniah saya ucapkan khususnya pada pensyarah-pensyarah muda di sana kerana memberi kami peluang dan ruang untuk kami mengembangkan dakwah Takaful ini.

Perkara yang lebih membanggakan saya semasa sesi taklimat ada seorang penyarah (Puan Mastura) mengatakan GET yang terbaik sedangkan dia memilili Takaful dari syarikat lain. Ini kerana dia pernah di kongsikan dengan plan dari Great Eastern ini, pada masa tersebut dia masih tiada perkerjaan.

Bak kata orang langkah kanan, kami di jamu dengan makanan Poklak (betul kot bunyinya). Almaklumlah esoknya dah nak puasa. Terima kasih sekali lagi pada anda semua.

Balik daripada Melaka kami sempat singgah di Branch Seremban untuk membuat e submission.

Jika anda ingin juga memanggil kami untuk memberikan penerangan tentang pentingnya Takaful di tempat anda, anda bolehlah menghubungi saya untuk temujanji.

Rosazaman Sarifdin

019-2699436