Peti Besi Suami.. Kau Ada??

 peti besi

Assalamualaikum semua..Penulisan saya kali ini khas saya tujukan kepada kaum ibu/isteri di luar sana. Hari ini di rumah anda ada tak peti besi suami anda. Yang mana diut dimasukkan oleh suami tetapi kunci anda yang memegangnya?

Hahahah Kenapa jadi macam tu?..

Kalau si suami sayang anda adakah dia telah melakukan ini?

SURAH AL-BAQARAH, Ayat 240 Terjemahan : “Dan orang-orang yang (hampir) mati di antara kamu serta meninggalkan isteri-isteri mereka, iaitu di beri nafkah (saguhati) – makan, pakaian dan tempat tinggal hingga setahun lamanya, dan tidak di suruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan dengan kehendaknya sendiri) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris si mati) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut yang tidak di larang syarak itu dan ingatlah, Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”

Jika tidak. Apakah salahnya jika suami anda ambil satu plan takaful. Cover sekurang- kurangnya setahun punya pendapatan untuk bekalan untuk isteri dan anak.. Kan bijak tu namanya..

Di Great Eastern Takaful ada plan serendah RM25 sebulan.. Takkan tu pun tak mampu (sedangkan rokok RM10 sehari mampu).

Untuk keterangan lanjut tentang plan bolehlah menghubungi saya.

buatkan saya quotation

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

 

Sumbangan Takaful lebih besar dari bayar kereta?

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan dengan anda pengalaman saya bersama dengan client saya. Saya rasa ianya sangat menarik untuk di kongsikan. Oleh itu saya muatkan dalam blog saya ini untuk perkongsian bersama.

Kisah bermula pada minggu lepas apabila saya melawat client saya yang merupakan seorang cikgu yang demam.

Sebelum itu, cikgu ini telah mengambil plan medical untuk satu keluarga (3 beranak) tetapi hanya mengambil yang basic sahaja (ILP, investment link plan) dengan harga yang paling minimum. RM360 sebulan untuk satu keluarga. Dan dalam masa kurang dari 2 tahun cikgu ini dan anaknya telah menggunakan manfaat ini dengan kos sebanyak hampir RM8,000 (cikgu RM4,000 dan anak RM3,800 (2 kali claim demam))

Disebabkan  beliau dah  menggunakkan manfaat ini baru beliau rasa pentingnya melakukan penambah baikkan. Ini kerana elaun hospital beliau tidak mahu dimasukkan pada masa tersebut dan beliau ingin upgrade kepada bilik yang lebih selesa.

Berikut adalah petikan daripada perbualan saya dengan cikgu tersebut.

Cikgu: Man, kalau nak upgrade plan apa yang ko cadangkan?

Saya: Saya cadangkan upgrade bilik dan masukkan elaun hospital.

Cikgu: Berapa budjet yer.

Saya: Kalau nak cantik dalam RM150 sebulan

Cikgu: Mak ai macam saya punya.

Saya: Tu kalau nak cantikla, sebab banyak manfaat. Kalau cikgu buat masa 2 tahun lepas RM130 dah cukup baik dah.

Cikgu: Man, nak tanya sikit, untuk anak anak man ambik yang mana? (kebetulan saya datang melawat bersama dengan wife dan anak-saya)

Saya: Anak yang kecik ni RM 150 yang dua lagi ni RM130 je.

Cikgu: Man punya berapa? satu keluarga berapa?

Saya: Saya punya RM400, satu keluarga dalam RM 1,200.

Cikgu: Mak ai, Man punya jer dah macam saya punya satu keluarga. Satu keluarga punya dah macam saya bayar civic saya.

Saya: …..Senyum jer….  Mungkin boleh saya beli civic seperti cikgu, Cuma jika apa apa berlaku pada saya dan keluarga tiada apa yang saya boleh buat…

civic

Bagi saya apa yang cikgu buat tu dah cukup okey. Sebab medical yang penting. Tetapi jika ada lebihan blehlah tambah manfaat lain. Contonya, Badal haji, penyakit, jaminan pendapatan, kemalangan dan sebagainya.

Saya berharap perkongsian ini dapat memberikan idea kepada anda untuk merancang.

Salam

buatkan saya quotation

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

malang tak di duga, datang tak kenal usia..

Assalamualaikum,

Hari ini saya dengan wife melawat rakan sekelasnya yang yang baru pulang membawa balik anaknyapulang dari hospital Sultan Ismail Johor. Anaknya yang berusia 5 tahun disahkan mengidap lukemia tahap 4, saya sungguh berasa sedih apabila menurut kata ibunya anaknya tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda yang dia mengidap penyakit tersebut, malah lebih mengejutkan lagi penyakit tersebut berada di tahap kritikal.

Malah di siang harinya sebelum kejadian anaknya sempat main air di depan rumah dengan rakan-rakannya. Pada malam tersebut anaknya dimasukkan ke ICU. Jiran jiran tertangga turut terkejut dengan kejadian itu.

Kini anaknya yang sebelum ini agak agresif dan aktif menjadi sangat pasif. Malah buat masa ini tidak mampu untuk berjalan. Salur paip di hidung(untuk makanan dah ubat ) terpaksa digunakan.

Anaknya sekarang dalam proses kimo. Dan air tulang belakang sudah diambik sebanyak 3 kali, menurut ibunya perlu ambil dalam 14 kali. Bayangkan penderitaan anak kecil ini. Emaknya terpaksa cuti tanpa gaji. Itulah pengorbanan seorang ibu.

Marilah kita bersama sama mendoakan kesihatan adik ini, adam namanya. Semoga dia lekas sembuh seperti sediakala. Aminn

p:s/ Ibu saya menginggal dunia kerana penyakit ini semasa saya berusia 5 tahun.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
019-2699436