Tahniah Group Manager

“Unit Manager Jadian” 2016 saya naik Group Manager la..

Alhamdulillah, terima kasih dengan kata kata itu, ianya sangat membuatkan saya semakin semangat untuk pastikan ianya bukan di managerkan atau seperti apa yang diperkatakan.

3 tahun berlalu, mereka ini Siti Norkamalia Binti Khalil dan Hj Sahir Get bukan sekadar maintain pangkat Unit Manager ataupun diturunkan pangkat (demote ke agent) malah terus mengorak langkah ke tahap yang lebih tinggi lagi iaitu Group Manager.

Kini sistem yang ada ternyata terbukti berkesan dan mampu di duplikasi. Anda ingin menjadi seperti mereka juga? Hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Rosazaman Sarifdin
Group Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

Q2 Johor Bahru Award Presentation 2015

Assalamualaikum..
Semalam 14hb 8 Great Eastern Takaful mengadakan Q2 Award presentation dan jamuan raya.  ALHAMDULILLAH kumpulan kami membawa pulang kejayaan besar apabila mengondol kesemua kejuaraan bagi Unit Manager katogeri.

image

Terima kasih kerana berurusan dengan kumpulan kami. Tahniah juga buat Siti Norkamalia Khalil kerana berjaya juga menjadi juara bagi kategori Agen dan Producer.

image

Semua ini tidak akan jadi dengan sendirinya tanpa adanya semangat berpasukan yang kuat..

Pada yang berminat untuk membina kerjaya dan berjaya bersama sama kami anda bolehlah menghubungi saya. Sasaran kami ingin memastikan setiap daerah kami memiliki rangkaian.

Rosazaman Saridin
Agency Manager
0192699436
Champion UM Company Wide Q2 2015
images

award

Penghargaan dari Great Eastern Takaful.

Assalamualaikum..
Alhamdulillah sungguh tidak di sangka sangka. Kini bukan sahaja bersaing di dalam Great Eastern Takaful malah di berikan kepercayaan dari syarikat yang mana dipilih untuk bertanding di tahap yang lebih tinggi lagi, iaitu di dalam industri.

Sesuatu perkara yang sangat sangat saya tunggukan. Ingatkan nak masuk pada tahun ini 2015. Tetapi tidak di sangka sangka telah di calonkan lebih awal.

image

Nama telah di hantar oleh syarikat untuk ketogeri recruiter. Kalah memang tidak penting bagi saya, sekurang kurangnya saya termasuk di dalam bahagian tersebut.

Terima kasih sekali lagi Great Eastern Takaful .

In Sya Allah tahun ini saya dan kumpulan akan berusaha sebaik mungkin lagi bagi apa yang di  impikan tercapai.

Pada yang masih tercari cari agency terbaik untuk di sertai. Saya sangat sangat mengalukan anda untuk menyertai keluarga besar kami. Anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images

award

Kerjaya ejen takaful.

image

Assalamualaikum.
Saya sangat setuju dengan tajuk keratan akhbar ini. Dari pengalaman saya sendiri ramai.orang yang memandang kerjaya sebagai ejen takaful ini sebagai satu kerjaya yang cikai, Lowya dan sebagainya..

Malah ada yang bertanya sinis, bro boleh cari makan ker buat takaful ini..

Apa yang penting niat yang kita bawa. Kalau niat kita baik in sya Allah. Semuanya akan jadi baik.dah di permudahkan olehnya..

Kini saya semakin seronok berada di dalam industri ini kerana dapat memberikan khidmat dan nasihat tentang pentingnya takaful kepada bangsa kita tentang pentingnya takaful. Ini kerana negara kita masih jauh lagi ketinggalan dalam perkara ini jika.di bandingkan dengan negara-negara maju di luar sana contohnya seperti Singapura yang majoriti masyarakatnya memiliki kekurangnya 3 polisi untuk setiap individu.

Malangnya di malaysia peratusannya hanya sekitar 13% sahaja.. sedih bukan..

Jadi tepuk dada dan tanya diri sendiri berapa sijil takaful yang anda telah miliki?

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images
award

Selamat Hari Raya Aidil adha 2014

Assalamualaikum.
Di kesempatan ini saya mewakili keluarga kerja An Nur The Great Agency ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha kepada anda semua terutama pelanggan pelanggan yang memberikan kepercayaan kepada kami semua.

image

Tanpa anda semua siapalah kami semua.
Majulah takaful untuk kita semua.

Pada yang mahukan perkhidmatan kami anda bolehlah menghubungi rakan niaga kami yang berada di kawasan anda.

Hubungi beliau untuk keterangan lanjut.

Rosazaman Sarifdin
AGENCY MANAGER
GREAT EASTERN TAKAFUL
0192699436

punca kegagalan agent takaful…

Assalamualaikum…

Alhamdulillah saya masih di sini, Masih bersama Great Eastern Takaful Berhad.. Sepanjang berada di dalam syarikat ini saya ada beberapa kali di ditawarkan oleh syarikat insuran dan takaful untuk menyertai syarikat mereka masing-masing.

Tawaran pertama di terima oleh syarikan insuran pada tahun 2012, tawaran yang diberikan bukanlah sebagai agen malah terus kepada unit manager. Tak kirala dia nak saiko macam mana sekalipun GET tetap di hati, saya tolak cara baik dengan bagi alasan sebab tiada takaful.

Tawaran terbaru di terima pada awal tahun ini 2014, kali ini syarikat takaful yang baru memperolehi lesen. Disebabkan prestasi saya yang baik di GET beliau terus ingin melantik saya sebagai GAM (group agency manager). Saya tetap menolak..

Banyak faktor yang menyebabkan saya masih bersama GET.. Biarlah saya sahaja yang tahu sebabnya..

Kadang-kadang saya pelik apabila melihat ada sesetengah orang (agent) yang suka melompat dari satu syarikat ke syarikat yang lain..  Masalahnya resultnya masih sama, yang lebih kelakar lagi apabila melompat ke syarikat yang sama tetapi menggunakan nama orang lain..

Pokok pangkal hati kita, adakah kita benar-benar nak atau sebaliknya. bagi saya, Ianya bukan sekadar keluar di bibir, manis berbicara tetapi biarlah result yang berbicara..

Ramai agent yang tak sabar, semua stok nak cepat kaya… Buat pula tak sepenuh hati… Dengan kata nama lain tak menjiwai bidang ini..

Dah close (ada client) tak jaga pula dengan baik, kita kena paham ini bisness trust (kepercayaan), Bisness servis. macam mana nak ada jualan ulangan (client nak tambah polisi) jika servis kita ke parit.

lebih teruk lagi apabila ada perasaan malas, Ni bisness  number, jadi kita kena jumpa ramai orang, Mulut umpama kedai, kalau kedai tak buka habuk pun tak masuk…

Banyak lagi sebenarnya punca-punca kegagalan, saya malas nak taip. Ni hanya  berdasarkan pengalaman saya sahaja.

Renungkanla..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
 
award

Pencapaian 2013, Alhamdulillah saya sudah ada pelapis

Assalamulaikum semua..

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi hari ini poster top 5 bagi southern region dah keluar. Saya mendapat tempat ke 3 bagi katogeri Unit Manager. Walaupun sekadar tempat ke 3 saya berpuat hati kerana dapat memberikan persaingan hebat kepada senior-senior yang lain.

top 2013Lebih membaggakan anak didik mengikut jejak langkah saya dan mengambil posisi saya pada tahun lepas sebagai top 1. Tahniah buat Masrinie Salim menjadi Top Agent no 1 bagi tahun 2013.

top agent 2012Beliau dapat mengekalkan prestasi yang cermelang sejak mula-mula menyertai Great Eastern Takaful pada tahun 2012.

top 2012Saya percaya dan yakin dengan teknik yang betul anda akan menjadi seorang pemimpin yang hebat pada masa akan datang. kekalkan prestasi yang baik ini agar ianya menjadi dorongan untuk kumpulan kita.

Di kesempatan ini juga saya mempelawa anda di luar saya yang berminat untuk membina kerjaya di Great Eastern Takaful bersama-sama kami di An Nur The Great Agency.

Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images
award

karton, motivasi terhadap kerja

Assalamualaikum..Bebaru ni ada sahabat saya downloadkan software kartoon ni saya rasa syok pulak.. jadi saya nak share beberapa kerektor yang telah saya buat.

pemimpinIni adalah sekadar pendapat saya.. Menjadi pengikut itu mudah tetapi untuk memjadi pemimpin yang bagus bukanlah satu kerja yang mudah.

planPlan sebelum melakukan sesuatu itu bagi saya sangatlah penting. Ramai orang yang hanya berimpian mat jenin tetapi tiada usaha kearah apa yang di impikan. Alhamdulillah dengan plan yang betul serta mengikut plan yang telan saya rancang saya dapat naik ke Agency Manager di Great Eastern Takaful hanya mengambil masa 1 tahun 9 bulan.

ofisRamai yang bertanya di manakah base bisness saya. Jawapan saya mudah sahaja. Di mana ada internet di situlah bisness saya berjalan. Ini kerana sekarang semuanya sudah semakin canggih. Begitu juga dengan Great Eastern Takaful segalanya boleh dilakukan secara dalam talian.

quoSegalanya menjadi mudah jika ada medium lain yang tolong berbicara bagi pihak anda. Mudah Bukan….

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
 buatkan saya quotationimages

Malam Nisfu Syaaban

Assalamualaikum..

Malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban 1434 Hijrah) jatuh ketika masuknya waktu MAGHRIB pada hari AHAD (mlm Isnin) 23 Jun 2013, yakni malam ini.

Pada mlm Nisfu Syaaban, buku catatan amalan akan dibawa naik oleh Malaikat utk ditukar dgn lembaran amalan yg baru setelah setahun berlalu. Mlm Nisfu Syaaban merupakan mlm yg penuh berkat & rahmat selepas mlm Lailatul Qadar.

Sabda Rasulullah SAW: “Apabila tiba pada malam Nisfu Syaaban maka berjagalah kamu pada malamnya (melakukan ibadat) dan berpuasa pada siangnya kerana sesungguhnya Allah turun (merahmati hamba-hamba-Nya) pada waktu itu mulai terbenamnya matahari ke langit dunia.

Allah SWT berfirman: “Siapa yang memohon keampunan maka aku akan mengampunkannya, siapa yang meminta rezeki, maka aku akan kurniakan kepadanya rezeki, siapa yang ditimpa bala aku akan melepaskannya. Adakah daripada kalangan mereka begini dan adakah daripada kalangan mereka begini (berturutan pertanyaan daripada Allah) sehingga terbit fajar?” (Hadis Riwayat Ibnu Majah)

Saiyidatina Aisyah r.a. meriwayatkan bahwa Nabi tidak tidur pada mlm itu. “Rasulullah SAW telah bangun pada mlm (Nisfu Syaaban) & bersolat & sungguh lama sujudnya sehingga aku fikir beliau telah wafat. Apabila aku melihat demikian aku mencuit ibu jari kaki Baginda SAW & bergerak. Kemudian aku kembali & aku dgr Baginda berkata dlm sujudnya, “Ya Allah aku pohonkan kemaafanMu drpd apa yg akan diturunkan & aku pohonkan keredhaanMu drpd kemurkaanMu & aku berlindung kpdMu drpdMu. Aku tidak dpt menghitung pujian terhadapMu seperti kamu memuji diriMu sendiri.”

Masih ada sayang.. Pentingnya takaful

Assalamualaikum semua..

Saya yakin anda semua biasa dengan dengan petikan ini

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara..

Sihat sebelum sakit

Muda sebelum tua

kaya sebelum miskin

lapang sebelum sempit

dan hidup sebelum mati.

Begitu juga dengan takaful ini… Takaful hanya boleh di ambil apabila anda sihat, malangnya orang kita bumiputra gelabah nak ambik bila dah tahu ada sakit. Masa itu berapa sumbangan yang anda sanggup keluarkan sekalipun sudah tak diterima.. Sedihkan..

Masa muda-muda dan tengah murah sombong taknak dan bila dah separuh abad dan dah mahal baru terhegeh2 nak ambik.

Bila dah meninggal barula sibuk2 kalaulah kalaulah dah tak guna masa tu

Jadi Renung2kanla sahabat sekalian..

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Fresh Graduate Bumiputra Vs Fresh Graduate Non Bumi

Assalamualikum pengikut setia blog saya..

Hari ni saya nak kongsikan pengalamam dan pendangan saya mengenai kisah orang kita (melayu) khususnya anak anak muda lepasan U.

Berbeza dengan Non Bumi… apa yang bezanya???

Mungkin tak salah jika saya katakan yang orang kita (fresh graduate melayu) lebih memandang kepada gaya mutu keunggulan… biarpun pada dasar dan hakikatnya memang sepatutnya perkara ini berada di luar kemampuan.

Ni berdasarkan survey yang saya buat kepada 20 orang fresh graduate melayu. 80% daripadanya memiliki kereta yang boleh saya katakan di luar kemampuannya..

antara kereta-kereta yang di miliki oleh fresh graduate melayu ini adalah

Mungkin anda juga seperti ini..

Bak kata pepatah biar papa asal bergaya…

Bila bercerita tentang takaful  nauzubillah… katanya tak mampu sebab dah komitment yang besar… Tanpa mereka sedari sepatutnya takaful ini harus menjadi sebahagian daripada perbelanjaannya..

Jika sesuatu berlaku, adakah aset ini dapat membantu mereka?

Berbeza dengan yang Non bumi mereka menitik beratkan Insuran berbanding asset. Ada sebahagian yang saya ketemui membuat sumbangan insuran mengalahkan daripada bayaran kereta mereka.

Jadi tak heranlah jika saya katakan semua ini berlaku sebab didikan yang mereka terima daripada nenek moyang mereka. Sentiasa bersedia terhadap semua kemungkinan.. 20% daripada pendapatan mereka wajib dimasukkan ke dalam insuran.

Orang kita jangan kata 20%, 6% pun dah melenting kata banyak sangat… alahai….

Renung-Renugkan apa yang saya coretkan pada hari ini..

Nikmati Kerjamu..

Assalamualaikum…

Sedikit motivasi untuk pagi ini,

Sekiranya kau tidak menyukai kerjamu, kau pasti memerlukan tenaga tiga kali ganda lagi bagi memaksa dirimu bekerja bagi melawan rasa itu, dan akhirnya bekerja.

Sekiranya kau mencintai kerjamu, keinginan menjalankan tugas sama seperti angin yang menolak kapalmu walau bahan bakarnya jauh lebih sedikit.

Sekiranya kau menyukai kerjamu, sebenarnya kau tidak bekerja lagi kerana kerja itu apabila di gemari bukan lagi kerja melainkan nikmat.

Sekiranya kau menikmati kerjamu, kau akan bekerja, dan bekerja tanpa menghitung waktu, kau akan menuai dan menikmati hasilnya nanti…

Setiap orang mempuai rasa minat dan optimis dalam bekerja selama 30 minit sahaja, ada pula hingga tiga jam, malah ada yang sampai 30 hari sahaja. Namun, mereka yang bertahan dengan semangat bekerja selama 30 tahun, tetap terus menuai makna hidup melalui hasil yang mereka nikmati. Semangat dan sifat optimis ini yang kemudian menular mengalahkan virus H1N1.

 Oleh itu cintailah kerjamu…

Rosazaman Sarifdin

i love my job

B The Best OOOo Yes..

Tidak perlu miliki handphone mahal untuk membuat panggilan
Tidak perlu berfalsafah berhujah untuk menyakinkan rakan
Tidak perlu berpura-pura untuk menunjukkan kehebatan
Apa yang penting
Satu panggilan menghasilkan ribuan
Satu perbincangan membuka minda pelanggan
Satu kerjasama memberi kesan yang berpanjangan