Assalamualaikum…
Alhamdulillah saya masih di sini, Masih bersama Great Eastern Takaful Berhad.. Sepanjang berada di dalam syarikat ini saya ada beberapa kali di ditawarkan oleh syarikat insuran dan takaful untuk menyertai syarikat mereka masing-masing.
Tawaran pertama di terima oleh syarikan insuran pada tahun 2012, tawaran yang diberikan bukanlah sebagai agen malah terus kepada unit manager. Tak kirala dia nak saiko macam mana sekalipun GET tetap di hati, saya tolak cara baik dengan bagi alasan sebab tiada takaful.
Tawaran terbaru di terima pada awal tahun ini 2014, kali ini syarikat takaful yang baru memperolehi lesen. Disebabkan prestasi saya yang baik di GET beliau terus ingin melantik saya sebagai GAM (group agency manager). Saya tetap menolak..
Banyak faktor yang menyebabkan saya masih bersama GET.. Biarlah saya sahaja yang tahu sebabnya..
Kadang-kadang saya pelik apabila melihat ada sesetengah orang (agent) yang suka melompat dari satu syarikat ke syarikat yang lain.. Masalahnya resultnya masih sama, yang lebih kelakar lagi apabila melompat ke syarikat yang sama tetapi menggunakan nama orang lain..
Pokok pangkal hati kita, adakah kita benar-benar nak atau sebaliknya. bagi saya, Ianya bukan sekadar keluar di bibir, manis berbicara tetapi biarlah result yang berbicara..
Ramai agent yang tak sabar, semua stok nak cepat kaya… Buat pula tak sepenuh hati… Dengan kata nama lain tak menjiwai bidang ini..
Dah close (ada client) tak jaga pula dengan baik, kita kena paham ini bisness trust (kepercayaan), Bisness servis. macam mana nak ada jualan ulangan (client nak tambah polisi) jika servis kita ke parit.
lebih teruk lagi apabila ada perasaan malas, Ni bisness number, jadi kita kena jumpa ramai orang, Mulut umpama kedai, kalau kedai tak buka habuk pun tak masuk…
Banyak lagi sebenarnya punca-punca kegagalan, saya malas nak taip. Ni hanya berdasarkan pengalaman saya sahaja.
Renungkanla..
Rosazaman Sarifdin Agency Manager Great Eastern Takaful 0192699436