kami membuka peluang kerjaya.

Salam semua warga johor..

Mungkin anda yang kami cari.. ketahui potensi kerjaya takaful bersama kami. Sesi taklimat akan kami adakan pada 17/9/2022 ini bertempat di Wisma An Nur Group Associates Bukit Dahlia Pasir Gudang.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut..

Rosazaman Bin Sarifdin

0192699436

STAR AWARD 2021

Segala puji bagi Allah

Alhamdulillah atas izinNya, sekali lagi berpeluang berada pada hari yang gilang gemilang ini.

Penganugerahan berprestij dan tertinggi dari Great Eastern Takaful Berhad (GETB)

Star Award Recognition 2021

1 Sept 2022

Bahagian pertama siang harinya diraikan untuk menerima Megastar Award dan Million Dollar Agency 2021

Terima kasih tidak terhingga kepada yang erat bersama dari mula sehingga kini.

Suami, keluarga, kumpulan rakan niaga yang hebat dan pastinya semua client tersayang❤️

#StarAward2021

#AnNurGroupAssociates

#ReachForGreat

#MencapaiKejayaan dengan

#GreatEasternTakaful

Apa yang best sangat di Great Eastern Takaful Berhad (GETB)

Assalamulaikum semua..

Perkara pertama yang saya suka – ada Deferred Benefit (macam kwsp) dia tak kurangkan komisen kita tetapi GETB akan bagi setiap tahun. masa umur 55 tahun dah boleh keluarkan.. Kita kerja sendiri beb… ada manfaat macam kwsp… mana nak cari kat tempat lain.

Perkara kedua yang saya suka, Elaun Opis (Agency Office Maintanance)… yang ni memang padu. boleh dapat sehingga RM5000 setiap bulan, Modal ni kita gunakan untuk bayar kerani, utilities dan sewa opis (kalau bijak kita beli la opis sendiri). Bukan tu sahaja.. kalau dapat maksimum ada lebihan lagi dia bagi..

Perkara ketiga yang paling saya suka – maintenance free, yang ni kemuncak dalam industri ini, yang mana kita tak perlu dah nak fikir jaga kota untuk kekal sebagai manager sebab akan di berikan pengecualian.. kalau benda ni takder takkan kita nak kerja sampai hujung nyawa kan.. setiap tahun nak kena jaga kota syarat kekal sebagai manager… penat wooo… makin tua makin penat.. dan sure makin lama kota main naik… hahahaha

Sebab tulah saya sayang sangat dengan GETB ni.. tak ramai yang nampak benda ni… setakat nak buat untuk jangka pendek anda akan dapat benda jangka pendek… tapi saya pandang lebih jauh kehadapan..

nak tahu lagi tentang potensi industri ini… jangan segan boleh terus PM saya..

Director Meeting 16/7/2022 Kuching

Alhamdulillah, selesai urusan Director An Nur Group Associates di bumi kenyalang, Kuching Sarawak. Kearah mega agency 2025. Itulah sasaran kami. InsyaAllah kami akan buat sebaik mungkin..

Inilah keluarga kami. ya Allah satukanlah hati hati kami semua sesunggunya dengan penyatuan itu akan membuatkan kami semakin kuat. aminn..

#annurgroupassociates
#annurgroupkuching
#annurgroupsegamat
#annurgroupjohor
#annurgroupmelaka
#annurgrouppontian
#annurgroupmuadzamshah
#spirit637
#AnNurGroup 

See less

Perasmian Wisma An Nur Group pasir Gudang

Alhamdulillah segala puji bagi Allah.

Selesai sudah 4 program serentak kami

Bacaan Yassin dan Doa Selamat.

Perasmian Wisma An Nur Group Associates

Kenaikkan Pangkat

Jamuan Hari Raya.

Terima kasih kumpulan Yassin wanita Bukit Dahlia.

Terima kasih pihak pengurusan GETB, Ceo Jze Shahriman, mantan VP Nori Yahya, VP Borhanudin Samsudin, RM Yatt Saiman, BDE Mohd Azizi, Izzat.

Menurut kata ceo, An Nur Group sekali lagi malakar sejarah kerana kami merupakan wisma GETB yang pertama.. Alhamdulillah..

Pastinya, Majlis ini lebih bermakna apabila di hadiri oleh ayah dan ibu.. Sarifdin Baba dan Kasri kastan.

Terima kasih, Majlis ini tidak akan berjalan dengan jayanya tanpa kerjasama semua Ajk yang terlibat, Muhammad Nazif, Nor Ashikin Mohamad, Filza, Awie Kosnin, Maidatu Murni, Nurul Baiti Cahaye Rumahku, Mohamad Ridzuan Baharuddin, Azrul Mohamad, Suhada Rashid, Roslee Din, Deeya Yusoff, Juliana Sahbudin, Ejam Mohamed

Terima kasih Semua warga An Nur Group, para pelanggan serta sahabat handai yang hadir bagi memeriahkan majlis kami.

Meraikan sudah kini tiba masanya kami meramaikan pula..

Berminat untuk mengetahui tentang potensi industri ini? hubungi kami untuk keterangan lanjut.

#wismaannurgroup

#annurgroupassociates

#AnNurGroup

#spirit637

Wisma An Nur Group

Semua Bermula dengan angan angan..
Kita kemasi dengan tindakan..

Alhamdulillah berkat kesabaran kini dah memiliki wisma sendiri..

Saya namakan ia Wisma An Nur, semoga ianya terus bersinar dan memberikan cahayanya seperti matahari.

Masih Ingat lagi masa di awal penglibatan ramai yang menentang untuk meneruskan kerjaya sebagai perunding takaful. Ya la bidang ni bidang rejection.. bidang yang penuh cabaran..

Benarlah kata orang..

Kalau takut di lambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai,
Kalau mencuba pun tak tergamak,
Jangan harap impian akan tercapai.

Orang yang bijaksana
Nampak peluang dan rebut dan buka peluang lagi.
Orang yang bijak
Nampak peluang dan rebut
Orang yang rugi
Nampak peluang biarkan ianya berlalu saja.
Orang yang sangat rugi
Kita Nak cerita peluang pun dia tak bagi kita peluang..

GM Rosazaman Sarifdin
An Nur Group Associates

Tahniah new record breaker on promotion

Alhamdulillah tahniah dah syukur.. Satu rekod baru telah dipecahkan di An Nur Group, promotion dengan jumlah permohonan unit terkumpul melebihi RM1juta.

Tahniah buat ust Mohamad Ridzuan Baharuddin dan kumpulan atas rekod baru ini. Anda sememangnya layak. Semoga anda dan kumpulan lebih cemerlang lagi untuk tahun 2022 ini.

Semoga pencapaian ini dapat dipecahkan di masa akan datang. Mungkin anda insan yang akan memecahkannya. Jom sertai kami…

RM 9 juta permohonan baru dari An Nur Group

Alhamdulillah tahniah dan syabas An Nur Group atas pencapaian cemerlang pada 2021. RM9,105,273.60 permohonan baru dan peningkatan sebanyak 84% berbanding tahun sebelumnya.

Pastinya semua ini tidak akan jadi dengan sendirinya tanpa bimbingan daripada semua pemimpin di An Nur Group.

Terima kasih buat para pelanggan yang mempercayai perkhidmatan kami dan juga para rakanniaga yang bersama kami. InsyaAllah tahun 2022 ini kita akan lakukan yang lebih baik.

Doakan kami agar terus istiqomah dalam menyebarkan dakwah takaful ini.

Salam sayang dari saya GM Rosazaman Sarifdin

lagi kelahiran 637 pada bulan ini

Hari gembira buat teammate juga buat semua yang cintakan kejayaan. “Patutlah datang sekampung, geng insurans!”

Seloroh salah seorang salesman di sana..Sempat di perbetulkan…kami dari takaful bukan insurans Ahamdulillah, Penyerahan Velfire ZA 2018 kepada Agency Manager Solehah Jumaat

“Dia memang seorang yang kuat semangat”

Akui ayahanda dan bonda tentang anak sulung tercinta Sempat bonda bertanya, apa di sebalik no 637 tu…Ooo…simbolik kepada

6 untuk G

3 untuk E

7 untuk T

Great Eastern Takaful…Inilah yang kami bawakan semangat dalam S.P.I.R.I.T 637

Hasil usaha dan kerja keras tanpa lelah…semoga dipermudahkan untuk kenaikan pangkat ke Group Manager, Solehah

#AnNurGroupAssociates#AnNurGroup#LegasiV#spirit637

kelahiran 637 terbaru kami

Tahniah Awie Kosnin atas pencapaian terbaru. Kelahiran 637, keluarga baru kami.

Maaf tak dapat nak teman untuk program penyampaian kereta, clash dengan program bersama CEO GETB hari ini.Menyertai kami pada Feb 2021 secara separuh masa, kini dengan yakinnya telah bersama kami secara sepenuh masa pada Sept 2021.

Tiada apa yang mustahil. Dimana ada kemahuan pastinya ada jalan..Semoga terus maju dan berjaya. Yang berminat untuk menyertai kami sebagai perunding takaful. Jangan segan dan malu boleh terus pm kami..Legasi 1 An Nur Group, sedia memberikan latihan dan bimbingan.

Kejayaan anda adalah kebanggan kami..

#legasi1#spirit637#AnNurGroupConsultancy#AnNurGroup#annurgroupassociates

2 juta permohonan baru, Legasi 1 An Nur Group

Alhamdulillah. Diberikan team yang padu. Tahniah semua warga Legasi 1 An Nur Group.. ini kejayaan kita bersama.

Siapa sangka, sesungguhnya percaturan Allah yang terbaik, Tahun lepas kami mencapai 2 juta pada disember, tahun ini dapat dicapai lebih cepat walau cabaran tahun ini lebih hebat kerana Legasi 1 An Nur Group telah melahirkan Group Manager baru.

Di kesempatan ini saya ingin mempelawa anda yang berminat membina kerjaya dan berjaya bersama kami. InsyaAllah segala ilmu yang ada akan saya berikan. Kita bina empayar business bersama sama..

GM Rosazaman Sarifdin

Tahniah Tahniah Tahniah

TAHNIAH RM3,500 LOCK

Rasing Star 2021 Qualifier..
New comers terbaik dari Legasi 1 An Nur Group untuk 2021.

Free trip ke Puket @ RM1,500

Free trip ke Bangkok @ RM2,000

Seronoknya menjadi perunding takaful ni.. Banyak sangat reward yang syarikat bagi. 2 trip free dalam masa hanya 4 bulan menyertai kami.. Kalau kerja makan gaji 4 tahun belum tentu majikan nak bawa pergi oversea..

Apa tunggu lagi? Ingin menjadi seperti mereka?

Hubungi kami untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
An Nur Group
0192699436

Www.razmanget.com

legasi1

spirit637

AnNurGroup

PERSONAL CHOACHING VS TEACHING?

KITA JAGA KITA

Kita buat bukan setakat melepaskan batuk di tangga.. inginkan personal coaching sehingga menjadi Group Manager?, Tiada masalah. PERCUMA sahaja untuk Rangkaian An Nur Group.

InsyaAllah dengan pengalaman 10 tahun dalam industri serta telah terbukti telah melahirkan ramai pemimpin baru di GETB. InsyaAllah Kami mempu melakukannya.. Ingat, buat bukan sekadar buat, Alang alang buat biar seperti menggenggam bara api sehingga menjadi abu.. kita Buat sampai jadi..

#AnNurGroup#BuilderAgency#Spirt637

Tahniah newly promoted

Tiada yang lebih bermakna dalam diri ini apabila dapat melahirkan pengurus baru setiap tahun. Itu merupakan misi saya dan An Nur Group.

Alhamdulillah tiada sekatan, tiada syarat pelik pelik malah kami sangat sangat menggalakkan serta memberikan sokongan penuh. Kami yakin dengan sistem yang kami ada dan telah terbukti yang mana kami mampu melahirkan sekurang kurang 2 pengurus baru sejak 2016.

Yang berminat atau ingin mengetahui tentang potensi kerjaya ini, jangan segan atau malu anda bolehlah terus menghubungi saya untuk keterangan lanjut.

Rosazaman Sarifdin
Group Manager
0192699436

KENANGAN 2010

Gambar pada okt 2010, baru sampai Pasir Gudang dan sebelum join buat takaful. Asal ada kerja boleh dapat duit aku sebat jer.. aku ikut tuan Fauzi Ibrahim je sebab dia banyak lubang, maklumla kita orang baru kat sini. Dia pun masa tu dah suam2 buat insuran hihihi (sori boss).

Masa ni tengah jadi buruh binaan hahaha. angkat kayu untuk buat bim (rangka ) tangki air di Masjid Jalan Tasik, Sri Alam. Bukan tu sahaja, ada kalanya ikut wak Lamen p bakar satey untuk majlis yang dia dapat. Kadang kat kilang-kilang, ada masa kat rumah orang.

Kerja hakiki aku masa tu setiap jam 5-11 malam jual ayam goreng kat bahu jalan (dekat jalan tasik Sri Alam,depan rest toyyib). Kat tempat aku jual ayam ni la aku selalu lepak dengan bos Fauzi, yerla aku pun masa tu menumpang rumah bujang ( mat syam ) depan rumah dia. ( Masa ni mem Masrinie Salim masih di Puncak Alam, Selangor )

Satu perkara yang buat aku rasa sangat tertarik masa tu nak join buat insuran (masa tu la tak tahu beza dengan takaful) bila tengok komisen bos Fauzi maintain walau dah berbulan Aku kenal dia, tak pernah nampak dia pergi close (cari pelanggan) orang. Dengan kata lain dia servis pelanggan sediaada je. Kalau tak silap adalah sorang pelanggan dia close depan tempat aku meniaga,yang di rekmen oleh Ssahar Sarif (masa ni pelanggan Bos Fauzi).

Income dia yang maintain tu yang buat aku teruja.. dan aku cakap kalau buat betul betul pasti lagi masyuk… kalau nak tahu exam aku pun dia bayarkan… tq bos Fauzi… tanpa anda saya tak kenal industri ini…

Salam

Rosazaman Sarifdin

#kerjayaku#spirit637#AnNurGroup

Pemimpin melahirkan pemimpin…

Teman GM Masrinie Salim jumpa business partner .. tahun 2021 nak meroket kalahkan legasi 1 katanya..

Terbaik puan..

Tadi ada yang call tanya

“Betul ke masrinie akan naik GM.. orang lain siap nak demotekan (turunkan pangkat) pasangan tapi kenapa ko nak naikkan..”-Saya yakin Masrinie mampu melakukannya. Sementara saya ada nila masa yang terbaik dia boleh belajar banyak benda tentang selok belok pengurusan di GETB. Kan rugi kalau dia nak belajar selepas saya dah takder. Lagi satu di An Nur Group, kita tak pernah halang sesiapa sahaja untuk melangkah lebih jauh. Ini adalah matlamat kami. Kami janji kami kota.

“Tak gaduh ke nanti tak konflik ke nanti.. “-kalau gaduh malam peluk setel la. Hahaha. konflik ni tak kira pasangan atau tak, kalau nak jadi dia akan jadi juga. Apa yang penting bagaimana kita menguruskannya. Kalau konflik tak di urus pastinya suasana kerja jadi tak harmoni.“Konflik dengan orang luar takper, dengan pasangan yang tu yang masalah..”-Itulah masalah kita, Kalau kita tidak boleh nak berikan kepercayaan dan peluang bagaimana pasangan kita atau rangkaian kita nak kembangkan potensi diri dia. Semua benda kadang kadang kita rasa nak buat sendiri. Bukan sebab nak buat sendiri sangat tetapi lebih kepada sebab tak percaya..

“Tak penat ke nak kena buat balik.. “-Kalau kata macam itu.. tak perlu la naikkan agen anda.. biar dia jadi agen sahaja sampai bila bila.. baru boleh kaya kan macam tu.. sebab kita je makan daging.. sebab itu perlu betul betul paham kenapa kita berada dalam industri ini.. apa yang kita mahukan sebenarnya.

Dah la panjang pulak posting malam ni.. panjang lagi sebenarnya..

Rosazaman Sarifdin

Builder Leader

An Nur Group

Lagi.. Group Manager terbaru kami

Alhamdulillah, Unofficial 2 lagi Pengurus baru untuk 2021 dilahirkan oleh di An Nur Group.

Legasi V An Nur Group

TAHNIAH. TAHNIAH. TAHNIAH

Group Manager & Agency Manager

Tahniah Puan Masrinie Salim dan Siti Solehah Jumaat

“Where Leader Are Made”

Selaras dengan misi kami iaitu melahirkan pemimpin baru setiap tahun sejak 2016.

Jom bina kerjaya dan bina kerjaya bersama kami di An Nur Group. Bukan sekadar janji tetapi pasti. Di mana ada kemahuan disitu ada jalan.

Rosazaman Sarifdin
Founder
An Nur Group

Jom Berjaya Bersama Kami

Dalam usia 9 tahun 9 bulan saya di Great Eastern Takaful, Alhamdulillah saya telah berjaya melahirkan 3 orang Direct Group Manager.

Saya sangat sangat percaya dan yakin bahawa kejayaan kita hari ini bukan di nilai daripada apa yang kita dapat miliki, tetapi ianya di nilai daripada apa yang dapat dan mampu kita beri kepada rangkaian kita.Saya ingin mencari dan membimbing lagi

kepada mereka yang sangat sangat berminat untuk membina kerjaya dan berjaya di Great Eastern Takaful Berhad ini. Mungkin anda, Ya ANDA Group Manager saya yang seterusnya..Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Rosazaman Sarifdin

0192699436An Nur Group