Pentingnya Takaful.. Kenali risiko anda..

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan satu perkhabaran sedih yang telah berlaku kepada sahabat sepengajian saya di UPM, saudara Aizudin kini seorang cikgu atau nama glamornya di KMR (kolej Mohamad Rashid) Skodeng. Semalam beliau terlibat dengan kemalangan, patah rahang.

Beliau tinggal di Bangi dan mengajar di Klang, (lebih kurang 45 minit kalau naik motor, kalau naik kereta lebih lagi). Saya pun terkejut jauhnya perjalanan. Apa yang saya lihat risiko yang yang boleh berlaku terhadapnya agak tinggi. Walaupun dia kata insyaAllah tiada apa sebab dah hampir 3 tahun dia berulang alik.

Yap saya setuju, Tetapi pepatah melayu ada menyebut “Malang Tidak Berbau” Atas kesedaran itu beliau mengambil satu plan dengan saya. Cuma apa yang saya agak terkilan sekarang ni, sebelum ni cover untuk kemalangannya yang saya berikan agak tinggi, tetapi beliau meminta saya menurunkannya kerana ingin mengurangkan sumbangan. Tak banyak pun RM10 jer. Ralat sungguh saya rasa.

Takkisahlah sekurang-kurangnya ada manfaat tersebut walaupun kecil sedikit, janji ada.

din

Marilah kita sama-sama mendoakan kesemburan sahabat kita ini. Amin…

 

 
buatkan saya quotation
Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Takaful vs Konvensional..

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan beberapa pengalaman sepanjang beberapa minggu ini. Bagi saya ianya satu perkara yang serius dan perlu di ambil berat.

Pada awal tahun ni, saya di hubungi oleh seorang agent meminta quotation daripada saya (dia takder beri tahula agent, saya cek email dia di google)

Bila dah tahu saya pun tanyala, awat usik saya hehehe… Jawapan yang saya dapat. Memang dia sekarang ni agent, cuma dia kecewa kerana agencynya (melayu) main langgar jer suruh jual konvensional. Katanya lagi, leader dia kata client bukan tahu pun kalau kita bagi konvensional. Matlamatnya sama jer, yang penting kita buat sales. Lebih kurang mcm tula bunyinya.. Lebih kecewa lagi dia baru tersedar polisinya satu keluarga yang di ambil dengan leader tersebut di sangkakan takaful rupa-rupanya konvensional. kesedaran itu setelah dia jadi agent, tahu beza logo. Kalau tak jadi agent sampai ke sudah rasanya dia tak tahu.

Oleh sebab mahukan takaful dia matikan polisi konvensionalnya. Tetapi leadernya marah minta untuk di teruskan. Keputusan yang di ambik terus tutup dan terus taknak menjadi agent di agencynya..

Yang kedua ni baru beberapa hari lepas saya jumpa. Pun perkara yang hampir sama. Sahabat lama saya, Dia telah pun lulus exam takaful, PCE dan CHELI dan bersedia untuk menjadi agent takaful. Tetapi kemuskilan yang berlaku apabila agencynya (melayu) turut menyuruh menjual konvensional. Dia dah konfius, ingat masuk kumpulan melayu perkara tu tak berlaku.. lagi-lagi nama kumpulan ala ala arab sikit.

Yang kelakarnya, masa saya jumpa dia, dia kata “Razman, Agency Manager XX XX datang naik Audi, Merc aku ajak join, Ko Agency Manager gak datang naik moto jer”

Jawapan saya  “Aku datang sebab ko yang nak jumpa aku, dan hari ni adakah dengan aku bawa kereta besar ia boleh menentukan kejayaan ko?, Kalau tu tanggapan ko ko silap, sebab semuanya bermula dari dalam diri ko.”

Renungan bersama.

Jika kita ni agent pastikanlah kita memberian produk takaful. Janganlah mengejar keuntungan semata-mata kerana hidup kita bukanlah di dunia sahaja.

Jika kita ni client, pastikan anda memilih takaful sebelum nak sain borang. Kerana takaful itu lebih baik.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager Great Eastern Takaful
019-2699436

Sepecial Offer, Great Eastern Takaful.

Assalamualaikum anda semua..

Semperna hari kelahiran saya pada 15/8 ini saya ada membuka tawaran (hadiah istimewa) kepada sesiapa sahaja di luar saya yang mengambil plan takaful dengan saya bermula dari 16/8-31/8/2012 ini.

Tawaran (hadiah istimewa ini) pastinya akan buat anda tersenyum. Tiada terma dan syarat dikenakan dan tanpa mengira sebarang plan yang anda ambil.

Jangan ketinggalan dan Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya melalui email takafulge@gmail.com atau menelifon terus saya 019-2699436

Salam

Rosazaman Sarifdin

 

 

 

Syarikat Insuran Manakah yang Terbaik? NO.1 Insurance company

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Persoalan diatas seringkali di tanya oleh bakal pemegang polisi sebelum membuat sebarang keputusan. Dan pastinya jika agent syarikat A (contoh) yang datang dia akan katakan syarikat insurannya yang terbaik. Datang pula agent yang ke dua dari syarikat B (contoh) turut kata syarikat insurannya yang terbaik..

Mangsanya si pemegang polisi yang telah di kotak katikkan dengan fakta yang samar-samar…

Untuk kemudahan dan kesenangan anda semua disini saya sertakan link third party daripada Bank Negara Malaysia tentang status syarikat-syarikat insuran di Malaysia.

Annual Insurance Statistics 2009

Liabilities and Assets of Insurance Funds

New Policies Issued – Individual Life

Policies in Force at End of Year (Excluding Reversionary Bonuses) – Individual Life

Revenue Accounts – Income

Revenue Accounts – Expenditure

Annual Insurance Statistics 2010

Liabilities and Assets of Insurance Funds

New Policies Issued – Individual Life

Policies in Force at End of Year (Excluding Reversionary Bonuses) – Individual Life

Revenue Accounts – Income

Revenue Accounts – Expenditure

Annual Insurance Statistics 2011

Liabilities and Assets of Insurance Funds

New Policies Issued – Individual Life

Policies in Force at End of Year (Excluding Reversionary Bonuses) – Individual Life

Revenue Accounts – Income

Revenue Accounts – Expenditure

Saya berharap dengan maklumat ini dapat membantu anda membuat keputusan..

Untuk stastik 2011 sudah keluar pada April ini. Saya dah updatekan untuk anda..

Keterangan lanjut berkenaan

Takaful GE & GE Life

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=12&pg=682&ac=93&yr=2011

buatkan saya quotation