BERATNYA INGIN KU NYATAKAN HAKIKAT INI

Salam,

BERATNYA INGIN KU NYATAKAN HAKIKAT INI

Inilah yang saya katakan tadi di FB live https://www.facebook.com/1170135905/videos/423539055631683/ si isteri hubungi saya, suami tercinta telah pergi ke pencipta 3 bulan lalu disebabkan covid 19, hari ini baru beliau berkesempatan untuk membuka hanfon si suami.

Setelah di buka, beliau ada menjumpai wasap si suami bersama salah seorang Ahli An Nur Group, menerangkan tentang hibah dan plan beserta kad perubatan.

Besar harapan beliau, mengharapkan si suami ada mengambil plan bersama kami di Great Eastern Takaful Berhad. Berat hati saya ingin memaklumkan kepadanya. Setelah membuat semakan, si suaminya tiada sebarang sijil di Great Eastern Takaful Berhad.

Dikesempatan ini saya sangat merayu kepada anda semua. Tolong Mohonla segera plan hibah. Taknak ambil dengan saya pun tak mengapa. Carilah agen di luar sana, ada banyak agen. Ingatlah orang yang kita sayang.. mohonlah ikut kemampuan masing masing.

Kematian itu pasti,

Covid itu juga pasti,

Jangan sebab keegoan kita akan memberikan kesan kepada orang yang kita tinggalkan..harap kisah ini dapat memberikan pengajaran kepada kita semua. share la kalau anda rasa sayang dengan orang di sekeliling anda.

GM Rosazaman Sarifdin

An Nur Group

GL Decline ke Issue

Tahniah dan syabas

Sekali lagi Legasi 1. Dari Decline kepada Issue.. tahniah my team tuan Mohd Sapri Bin Saparon dan Mohamad Ridzuan Baharuddin.. berjaya handle kes ini sehingga bertukar status GL issue.

Kita cuba buat yang terbaik untuk pelanggan kesayangan kita. Pelanggan memilih kita sebagai perunding takaful mereka bukan kerana kita mewakili syarikat yang hebat

TETAPI

LEBIH kepada apa yang di lihat lebih kepada diri kita sendiri. Oleh itu kita harus sentiasa menjadi yang terbaik dan terbaik dari masa ke semasa..

Sijil baru berusia 90 hari, jangkaan untuk kos rawatan ini RM30,000.

Buka minda kita. Berfikirlah secara terbuka dan matang. Orang menghargai dan tahu pentingnya Takaful apa bila ia memerlukan. Tetapi harus di ingat mohonlah semasa sihat.

Rosazaman Sarifdin
Legasi 1
An Nur Group
0192699436

Hibah untuk tersayang

❤️❤️
jelas kelihatan kasih sayang antara suami isteri ini.

Kasih sayang yang berpanjangan kerana Allah Taala walau jasad tiada lagi di sisi.

Apa ni?
Kawan2, inilah penamaan untuk hibah takaful.

Wang tunai dari takaful yang dicarum akan diberikan kepada pasangan tanpa melalui proses faraid andai kematian terlebih dahulu menjemput.

Nama pasangan didaftarkan sebagai penerima hibah sepenuhnya.

Suami beri 100% hibah takaful kepada isteri
Isteri juga beri 100% hibah takaful kepada suami. Sweet kan🥰

Saling memberi dan menerima

Kisah2 duka di luar sana lenteran tiada ilmu tentang hibah, ambillah sebagai iktibar. Bukan sekadar simpati. Dia sudah melalui cara hidupnya.

Kita masih ada kesempatan dan peluang.

Jom hibah🥰
Hadiah wang tunai untuk pasangan agar nasibnya tidak bertambah hiba.

http://www.wasap.my/60192699436/hibahtakaful

-hibah takaful beserta saving akan berakhir 30/9/2020. Tinggal 20 hari saja lagi

Kematian kemalangan setiap hari..

Assalamualaikum,,

Semalam berita kemalangan maut di kampung halamanku di Keratong, mengakibatkan kematian ibu dan bapa. 3 orang anak menjadi yatim piatu sekelip mata..

Hari ini lagi berita kematian ibu dan bapa. Kali ini di Dungun, Terengganu. Pada kes ini 7 anak anaknya yatim piatu sekelip mata.

Melihat kepada kejadian ini sedikit sebanyak membuatkan kita berfikir apakan nasib yang bakal berlaku kepada anak anak kita jika kejadian ini menimpa kepada kita..

Rancanglah sekarang..

Rosazaman Sarifdin

0192699436

Group Manager

razman

buatkan saya quotation

Kisah penjual goreng pisang..

Assalamualaikum…

Hari ini saya ingin kongsikan Satu kisah yang mana kita boleh jadikan teladan kepada kita semua. Adakalanya kita memandang sinis pada orang yang berada di sekeliling kita sedihnya kita tidak pula mencerminkan diri kita..

Ini kisah seorang penjual goreng pisang, Abu (bukan nama sebenar). Memulakan perniagaan pada 2013. Perniagaan ini dibuka disebabkan beliau dan isteri diberhentikan kerja kerana majikannya bertukar pusat operasi ke negara jiran bagi mengurangkan kos.

Dengan 3 orang anak yang semakin membesar dan kesusahan mencari perkerjaan baru beliau tiada pilihan. Memang perasaan malu itu menebal pada dirinya. Tapi apa kan daya hidup mesti diteruskan..

5 tahun berlalu begitu cepat. Perniagannya alhamdulillah ok. Pada awal tahun ini Allah telah mengambil Abu buat selamanya. Beliau terlibat dengan kemalangan dan telah meninggal di tempat kejadian..

Yang hidup pasti mati, cuma waktunya bila tidak pasti. Alhamdulillah Abu ada menyertai takaful. Siapa sangka beliau telah meninggalkan hibah hampir RM1juta untuk isteri dan ke3 orang anaknya..

Apa point penting yang saya nak sampaikan kat sini. Kadang kadang yang kerja bagus bagus, nak buat hibah untuk isteri dan anak anak pun berkira… kalu takut nak bagi isteri ko buat untuk anak ko kot..

Fikir fikirkan la ya..

P/s: dari kisah asal

razman

buatkan saya quotation

TBOSS Johor Bahru

Tahniah Siti Norkamalia Khalil, wakil An Nur The Great Agency diberikan kepercayaan oleh Great Eastern Takaful untuk berkongsi perjalanan di dalam industri takaful ini.

Pada yang berada di sekitar Johor Bahru bolehla hadir untuk mendengar perkongsian beliau dengan tajuk Kerja atau Kerjaya..

Hubungi kami untuk tempahan tiket

Rosazaman Sarifdin

Group Manager

0192699436

Renungan Bersama..

Kisah dan Teladan..

Isteri terpaksa jual rumah yang diduduki bersama arwah suami dulu.

Sebab bapa mertua menuntut bahagian pusaka dari rumah tersebut.

Bapa mertua hendakkan dalam bentuk wang tunai.

Dah lama rumah tu tak terjual-jual.

Isteri kini menyewa rumah murah dan bersusah payah menyara anak-anak dengan menjual nasi lemak dan kuih-muih pagi dan petang.

Sedangkan, yang patut bantu menyara mereka….. ialah bapa mertua tadi.

(Kisah benar ini berlaku di utara semenanjung, sumber cerita adalah dari rakan anak si penjual kuih tersebut, dan sebenarnya ada banyak lagi kisah seumpama ini).

Sebelum ini saya ada share link artikel tentang “Bahaya beli rumah atas nama bersama suami isteri” tulisan saudara Fatihin Abshar. (Boleh baca artikel tersebut di link ini : https://www.thevocket.com/bahaya-beli-rumah-bersama-pasangan-meninggal-dunia/).

Tahun 2005 dulu saya ada beli rumah di Ipoh atas nama bersama dgn suami 50:50.

Kita ingat bila suami meninggal, rumah tu akan terus dapat pada kita sebagai pemilik bersama.

Kalau saya pula meninggal dulu, ingatkan suami dapat rumah tu terus… rupanya TIDAK!

Mak saya pula cakap… “Tak payah letak nama dua-dua pun tak apa… isteri boleh tuntut Harta Sepencarian jugak nanti”.

Memang betul kaum isteri boleh tuntut harta sepencarian untuk melebihkan bahagiannya, TAPI…..

1. Proses nak tuntut di Mahkamah tu… boleh makan bertahun-tahun.

2. Isteri perlu buktikan sumbangan. Kalau pernah keluar duit untuk downpayment, buat kitchen cabinet, renovate dapur… isteri kena tunjuk bukti resit. Mana lah nak simpan lagi kalau dah berpuluh tahun.

3. Biasanya Mahkamah hanya beri 1/2 atau 1/3 bahagian sahaja.

4. Kalau ada tentangan dari waris lain, isteri kena keluarkan kos ribu-ribu untuk upah peguam syarie.

5. Selagi kes harta sepencarian belum selesai, selagi itu harta pusaka si mati tidak boleh ditadbir urus. Lagi bahaya jika makan masa bertahun-tahun, kemudian…. ada waris asal pula yang meninggal dunia dalam tempoh tersebut. Sudah jadi kematian berlapis, sedangkan harta pusaka belum diagihkan.

Baik… kita lihat contoh (seperti photo dibawah). Sekiranya suami meninggal tanpa membuat perancangan harta pusaka, bagaimanakah pembahagian Faraid ke atas rumah banglo yang dibeli atas pilihan bersama suami isteri ini?

Situasi :

1. Suami mati meninggalkan isteri, ibunya, bapanya, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

2. Rumah atas nama bersama suami & isteri 50:50.

3. Ibu bapa suami asalnya ok, tak kisah lepaskan hak ke atas rumah tersebut kepada menantu. Tapi setelah mendengar pendapat adik beradik suami yang lain, mereka membuat keputusan untuk tidak melepaskan hak mereka dan mahukan bahagian ke atas rumah itu.

4. Isteri dahulu bekerja, kini seorang surirumah. Beliau hanya dapat buktikan sumbangan tak langsung kepada mahkamah. Mahkamah akhirnya memutuskan bahagian Harta Sepencarian untuk isteri ialah 1/3.

Apa akan jadi terhadap rumah milikan bersama tersebut?

50% rumah kekal nama isteri sebagai pemilik.

50% bahagian arwah suami pula perlu dibahagikan mengikut Faraid serta mengambil kira keputusan Mahkamah terhadap Harta Sepencarian. Pembahagiannya jadi begini :

Harta Pusaka

(-) Kos pengkebumian jenazah

(-) Hutang & Hibah

(-) Harta Sepencarian = 1/3

Baki nya tertakluk kepada Faraid seperti berikut :

Bapa = 1/6

Ibu = 1/6

Isteri = 1/8 (selain harta sepencarian 1/3 tadi).

Bahagian Faraid selebihnya untuk anak lelaki dan anak perempuan dengan nisbah 2:1. Maksudnya 2 bahagian untuk setiap anak lelaki, 1 bahagian untuk setiap anak perempuan.

Jika ibubapa suami setuju untuk terima dalam bentuk tunai, maka isteri bolehlah bayar bahagian 1/6 + 1/6 tersebut dalam bentuk tunai supaya rumah boleh menjadi hakmilik isteri dan anak-anak sahaja.

Katakanlah market value rumah itu pada masa itu sudah RM 1 juta dan hutang rumah dilangsaikan dengan MRTA/MRTT. (Tentang MRTA / MRTT ni nanti kita cerita lain).

50% (iaitu RM500,000) bahagian arwah suami menjadi pusaka.

Bahagian harta sepencarian seperti yang diputuskan oleh Mahkamah :

1/3 daripada RM500,000 = RM166,666.67

Oleh itu nilai harta pusaka yang perlu difaraidkan ialah :

RM500,000 – RM166,666.67 = RM333,333.33

Bahagian bapa suami :

1/6 daripada RM333,333.33 = RM55,555.56

Bahagian ibu suami :

1/6 daripada RM333,333.33 = RM55,555.56

Isteri kena ada cash sebanyak RM 111,111.11 untuk bayar bahagian Faraid kepada ibubapa mertuanya, agar rumah tempat dia dan anak-anaknya berlindung itu hanya menjadi miliknya dan anak-anak.

Kalau isteri ada wang tunai sebanyak tu… kot lah wang pampasan Takaful suami tu cukup dan masih ada lagi…. Jadi… Bolehlah bayar.

Kalau tiada, ada 2 pilihan saja. Ikut mana yang semua setuju :

1. Terpaksa jual rumah tu untuk dapatkan wang tunai bagi membayar ibu bapa suami. Jadi isteri dan anak-anak kena cari rumah lain lah; ATAU

2. Kena letak nama ibubapa mertua juga dalam geran rumah. Dan isteri perlu mintak izin dari ibubapa mertua untuk terus tinggal disitu dengan percuma kerana telah berkongsi hakmilik dengan mereka.

Ditakdirkan pula….. selang beberapa bulan lepas tu bapa mertua pula meninggal dunia.

Maka…. tidak mustahil adik beradik suami (iaitu anak-anak kepada bapa mertua) pula akan datang menuntut bahagian pusaka bapa mereka, ke atas rumah itu tadi.

Lagilah bertambah-tambah rumit.

Kadang-kadang ada juga situasi….

Dengan ibubapa mertua masih boleh berbincang, tapi….. bila masuk ipar duai atau pakcik makcik….dah jadi lain.

Macam mana cara nak elak kemungkinan seperti ini?

Selagi kita hidup, kita masih boleh merancang sesuatu pada masa kini.

Perancangan yang dibuat hari ini adalah untuk mengurangkan risiko kemungkinan yang boleh berlaku di masa hadapan.

Dengan merancang, ertinya kita berusaha melakukan sesuatu dengan tanpa meminggirkan hukum Faraid itu sendiri.

Selebihnya, kita bertawakal dan berserah kepada Allah.

Cadangan saya :

1. Buatlah perancangan terhadap harta dan pusaka anda sekarang. Didalam Malaysia ni, ada pelbagai kaedah dan instrumen yang boleh digunakan, bergantung pada struktur faraid seseorang individu, jenis aset yang dimiliki, kemampuan dan hasrat pemilik harta sendiri.

2. Hibah Takaful perlu ada untuk membantu menampung perkara-perkara yang diluar jangkaan.

3. Hubungan kekeluargaan terutama antara menantu-mertua-ipar duai sangat perlu dijaga dengan baik. Kerjasama dan tolak ansur dikalangan waris, akan memudahkan dan melancarkan pembahagian pusaka. Ingat, SEPAKAT MEMBAWA BERKAT.

Merancanglah… bertindak / berusaha, berdoa dan bertawakkal.

Hanya Allah sebaik-baik penentu.

Wallahu’alam.

Silakan SHARE jika bermanfaat.

 

Sumber: Teks & photo oleh

Irda Rina

Perunding & Perancang,

Pewarisan Harta Pusaka Islam & Kewangan

Majlis iftar bersama Regency Specialist Johor

Alhamdulillah di jemput ke majlis iftar dan beramah mesra bersama DR DR dari Regency Specialist Hospital Sri Alam.

Dengan hubungan yang terjalin ini insyaallah akan memudahkan urusan kami di masa akan datang.

Regency Specialist Hospital memiliki 47 DR Fulltime, malah di sini memiliki ramai DR Pakar. Berita gembira untuk warga Pasir Gudang Hospital tersebut akan di besarkan dalam masa terdekat untuk kemudahan penduduk di sini..

Tahniah Regency Specialist Hospital.

Rosazaman Sarifdin

I Great Jannah

Assalamualaikum

Alhamdulillah agensi kami merupakan agensi terbaik (seluruh Malaysia) bagi memasarkan produk terbaru dari Great Eastern Takaful Berhad ini iaitu I Great Jannah.

Pelan Hibah I-Great Jannah. Plan hari ini untuk peninggalan di masa hadapan. Berikut adalah contoh pengiraan untuk lelaki yang berumur 30 tahun, Pengurus dan tidak merokok.

PLAN A

lindung 20 tahun bayar 10 tahun

✅RM136.70/month

✅Pampasan kematian/lumpuh kekal RM250,000

✅Pampasan kematian akibat kemalangan RM500,000 (SEKALI GANDA)

✅Pampasan kematian akibat kemalangan semasa mengguna perkhidmatan pengangkutan awam RM750,000

✅Pampasan kematian akibat kemalangan di luar negara RM1,000,000

✅Khairat kematian RM2,000

✅Anggaran Nilai Tunai Pada tempoh matang RM12,751

PLAN B

lindung 30 tahun bayar 20 tahun

✅RM153.95/month

✅Pampasan kematian/lumpuh kekal RM250,000

✅Pampasan kematian akibat kemalangan RM500,000 (SEKALI GANDA)

✅Pampasan kematian akibat kemalangan semasa mengguna perkhidmatan pengangkutan awam RM750,000

✅Pampasan kematian akibat kemalangan di luar negara RM1,000,000

✅Khairat kematian RM2,000

✅Anggaran Nilai Tunai Pada tempoh matang RM37,274 

 

PLAN C

lindung 40 tahun bayar 20 tahun

✅RM357.50/month

✅Pampasan kematian/lumpuh kekal RM250,000

✅Pampasan kematian akibat kemalangan RM500,000 (SEKALI GANDA)

✅Pampasan kematian akibat kemalangan semasa mengguna perkhidmatan pengangkutan awam RM750,000

✅Pampasan kematian akibat kemalangan di luar negara RM1,000,000

✅Khairat kematian RM2,000

✅Anggaran Nilai Tunai Pada tempoh matang RM162,687

Tempoh perlindungan anda boleh boleh pilih untuk berapa tahun begitu juga dengan tempoh bayaran. Jika anda lebih muda pasti ianya lebih murah

Pilihan untuk hibahkan sebahagian pampasan kepada badan amal yang berdaftar

Menarik kan?

 

razman

buatkan saya quotation

Mengapa perlu Takaful

Assalamualaikum,

Mengapa kita perlu memiliki takaful? satu persoalan yang sering berlegar di fikiran..

Konsep yang sama juga sebenarnya takaful ini jika kita ingin bandingkan dengan gambar di bawah ini.

31673983_10214333911079549_3149011339289034752_n Bersedia pasa sebarang kemungkinan bukanlah beerti kita inginkan musibah tersebut berlaku kepada kita. Tetapi sekurang kurangnya kesan dari musibah tersebut tidak memberikan impak yang teruk kepada kita.

jadi renungkan..

razman

buatkan saya quotation

Hibah dan Faraid

Assalamualaikum

28577565_2110781245604457_7849940301316620288_n

Ramai yang menyangka hibah salah satu cara untuk mengelah dari faraid. Konsep ini salah sama sekali. Bagi saya dengan hibah ini adalah salah satu cara bagi memudahkan perjalanan faraid.

Acap kali kita terdengar khususnya perkara ini di bahaskan oleh agen takaful.. Memang baik apabila kita menghibahkan kesemua pampasan untuk orang yang kita sayangkan. Dengan harapan pampasan ini tidak perlu di agihkan kepada orang lain. Ianya menjadi hak mutlak orang yang di hibahkan.

Saya boleh terima konsep ini jika KITA tidah mempunyai sebarang hutang.. Tak kirala hutang kereta ke, hutang rumah ke, hutang motor ke dan sebagainya.. senang citer free debt.

TETAPI

Bagaimana pula jika kita mempunyai hutang? siapa yang akan melangsaikan hutang tersebut?? Adakah si penerima hibah yang nak kena langsaikan?? Dah bagi suruh bayarkan pulak.. BURUK SIKU betul… hahahah.. kan lebih manis jika sebahagian pampasan itu di beri penama (cukup untuk cover hutang).. so jumlah pampasan yang dapat tu, si penama tadi perlu melangsaikan hutang si mati dahulu.. bakinya dibahagikan secara faraid. Hukum pengagihan faraid adalah setelah di tolah hutang simati.. Ini pendapat peribadi saya sahaja dan konsep yang saya berikan.. Jadilah orang yang bijak merancang.

Assalamualaikum

AM Amirul Faizal Ahmad

Hari ini saya ingin memperkenalkan Seorang yang tidak asing lagi di GETB yang di lahirkan oleh An Nur The Great Agency

Nama : Amirul Faizal Bin Ahmad

Menyertai GETB : 10/3/2015

Alhmdulillah dalam masa 2 tahun 10 bulan beliau telah mencapai pangkat Agency Manager pada 1/1/2018. Anak kelahiran Kuala Terangganu ini nekad utuk meninggalkan pekerjaan glamornya sebagai Engineer semata mata ingin menumpukan perhatian kepada kerjaya barunya sebagai perunding takaful. Kini beliau boleh tersenyum kerana bukan sahaja kebebasan kewangan dan masa sahaja di peroleh malah apa yang di impikan telah menjadi miliknya.

Ingin Jadi seperti kami?

Rosazaman Bin Sarifdin

HARAPAN PALSU

Assalamualaikum,

Kematian, semua orang pasti mati, cuba bilakah akan berlaku adalah rahsia Allah.

Jam 8:15 pagi mendapat perkabaran kematian seorang hamba Allah yang di maklumkan oleh si anak. Si ayah yang berusia 43 tahun telah meninggal meninggalkan alam yang sementara ini. untuk selamanya pada 16/12/2017 jam 3:00 pagi akibat serangan jantung. Si ayah mengadu sesak nafas pada awalnya dan meninggal ketika perjalanan ke hospital.

Si anak memberitahu nama penuh si ayahnya kepada saya. Dalam hati saya berkata nama ini macam tiada di dalam list pelanggan saya (insyaAllah saya ingat pelanggan saya walau kesemua hampir 400 orang). Tetapi saya meminta untuk memberikan saya masa untuk membuat cheking. Setelah di chek ternayata nama tersebut tiada di dalam senarai pelanggan saya. Saya bertanya bagaimana boleh dapat no saya. Katanya no telefon saya tersimpan di dalam hanfon arwah ayah nya

Tiada apa yang dapat saya katakan selain memohon maaf tidak dapat menolong, mungkin arwahnya pernah meminta quotation dengan saya di lawan blog ini. Dari blog ini lebih 1000 quotation telah saya keluarkan pada yang minta.

Dikesempatan ini saya mohon pada yang belum ambil takaful dengan saya janganlah save nama saya di hanfon anda sebagai agen takaful. Saya tak sampai hati nak jawab kepada waris anda nanti.. jasa baik anda sangat saya harapkan..

Salam takziah.

Rosazaman Sarifdin

Jadilah Agen Yang Bijak Dalam Memberikan Pendapat.

Assalamualaikum..

Sejak akhir-akhir ini sedih melihat posting segelintir agen takaful yang dok kondem kondem produk dari syarikat takaful lain. Bukanlah nak cakap yang kita ni pandai. bezaTetapi sedih membaca hujah yang diberikan. Antaranya yang dok kondem mengenai plan medical card beserta perlaburan (ILP) yang merugikan peserta. Dalam takaful ini tiada yang salah atau tiada yang betul. Tetapi sebaiknya hujah yang diberikan hendaklah berasas dan mempunyai alasan yang konkrit untuk digunapakai.

Jadi saya rasa terpanggil untuk berkongsi perbezaan antara 2 plan ni iaitu plan medical card stand alone dengan plan medical card beserta pelaburan. Saya tidak mahu membandingkan dengan produk dari syarikat lain tetapi saya membuat perbandingan antara dua produk dari GETB sendiri.  

Anda boleh membuat penilaian sendiri mana satu yang terbaik untuk anda. Kedua-dua plan ini saya menggunakan manfaat bilik yang sama.

damai2

Gambar di atas ini adalah plan medical beserta pelaburan. Kawasan yang bertanda merah itu adalah cas tabar’ru yang dikenakan setiap bulan. Antara keistimewaan plan ini bayaran anda setiap tahun sama sahaja RM1800 (rujuk A). Dalam masa 30 tahun jumlah sumbangan yang telah anda lakukan sebanyak RM54,000 (1,800×30).  Plan ini juga saya terpaksa masukkan manfaat pampasan kematian/lumpuh yang paling minimum iaitu RM12,000 (so dah kira xtra manfaat kita dapat), free khairat kematian RM2,000 dan yang lebih bagusnya tak kiralah anda ada buat tuntutan medical card atau pun tidak anda mempunyai nilai tunai sebanyak RM45,188 (rujuk kitak biru). Jadi boleh saya katakan jumlah yang anda sumbang untuk 30 tahun seolah-olah RM9,000 sahaja… BIJAk ker tak tu..????

medimaxIni pula illustrasi untuk plan medical card stand alone. Untuk plan ini jumlah sumbangan tahunan anda tidak sama, ianya mengikut peningkatan usia anda. semakin berusia semakan mahal. Untuk plan ini, suka atau tidak dalam masa 30 tahun jumlah sumbangan yang telah anda buat sebanyak RM48,780.45 dan bayaran ini hangus.. Ya hangus kerana plan ini tiada nilai tunai dan ianya murah di permulaan sahaja. Ini kerana semakin berusia semakin mahal sumbangannya (lihat contribution paid, basic plan).

Sungguhpun begitu setiap plan ni ada kelebihan dan kelemahannya sendiri. Pilihan di tangan anda berdasarkan bajet kewangan anda.  Namun plan yang terbaik adalah plan yang mengikut keperluan anda.

Harapan saya moga ejen di luar sana perlu lebih  telus menyampaikan maklumat dan bijak membuat perbandingan antara produk. Perbandingan terbaik adalah epal dengan epal. 

Untuk keterangan lanjut boleh terus hubungi saya atau inginkan quotation terbaik untuk anda sila lengkapkan borang di bawah.

salam sayang

razman

buatkan saya quotation

Mini TBOSS An Nur The Great Agency

Jom Sertai Bina kerjaya dan berjaya Bersama kami.. Sesi perkongsian akan di adakan di lokasi berikut..

14/8/2017 An Nur The Great Agency JB
18/8/2017 An Nur The Great Agency Shah Alam

man

nord.jpg

Jangan lepaskan peluang ini.. Potensi pendapatan RM30,000 sebulan akan di bongkarkan..

Rosazaman Bin Sarifdin

Group Manager
www.wasap.my/60192699436/kerjayaperundingtakaful

Dalam Takaful Hubungan kami bertambah kuat.

Assalamualaikum

Dalam sesuatu bidang yang kita lakukan terutama perniagaan, mengajak adik beradiklah adalah yang paling sukar.


Tapi Alhamdulilah..kami telah buktikan..melalui perniagaan Takaful ini kami lebih rapat dan bersama-sama mencipta kejayaan disini.

Dalam usia tidak sampai 6 Tahun (saya menyertai pada 5/4/2011) di Takaful satu pencapaian yang agak membanggakan yang kami telah cipta.

Rosazaman Bin Saifdin – GAM (4 thn 9bln)

Sahir Bin Sarifdin – AM (1 thn 3bln)

Saharrudin Bin Saridin – AM (2 thn 2bln)

Roselanyus Bin Sarifdin – Masih berusaha 1st year AM tahun ini.

Ada lagi 4 beradik yang belum menyertai kami. Ini kerana tiada paksaan malah kami menunjukkan potensi industri ini dengan pencapaian kami. Konsep kami mudah yang akan di bawah sekali. Hihihi

Kami yakin dengan sistem yang kami ada kami mampu untuk membina kejayaan bersama. Di kesempatan ini saya ingin mempelawa anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang keindahan industri ini.

Rosazaman Sarifdin

0192699436

Group Manager
#berjayabersama

#getb

#takaful

#kecoh sumbangan takaful naik!!!

Assalamualaikum

Berita hangat masa kini mengalahkan berita minyak naik. Apa sebabnya ya?? kecoh sana sini… rupanya perkara ini bukan berlaku tahun ini jer sebelum sebelum ini pun dah pernah berlaku cuma tak sekecoh sekarang..

kosong

Tahun 2015 saya dah ada jumpa kes ini, pelanggan tidak berpuas hati setelah sumbangan takafulnya meningkat 2 kali dalam masa 5 tahun. Tahun lepas 2016 juga ada lagi seorang pelanggan saya mengadu polisinya juga meningkat sebanyak rm30. Alhamdulillah buat masa ini GETB tiada peningkatan harga. Saya berharap ianya terus kekalla..

Jadi untuk lebih tahu sebabnya saya cubala membuat beberapa kajian.. antaranya ni yang saya jumpa.

cash value 2.jpg

Setelah melihat kepada anggaran nilai tunainya saya agak terkejut apabila setelah 4 tahun membuat sumbangan pelanggan masih tiada sebarang nilai tunai..  No wonderla pelanggan ini ambil pada ogos 2016 dah dapat surat yang mana jumlah sumbangan baru akan meningkat sebanyak RM50 dalam masa terdekat.

Dulu beria nak jimat jimat tak sangka naik sebanyak ini.. Kalau ada 4 anak macam saya seorang naik RM50 banyak tu rasa nk kena bayar tambahan RM200 sebulan. Dah macam boleh tambah satu sijil lagi.. Mungkin sebab tu agaknya sekarang lebih fokus kepada plan hibah..

cash-valueBerikut contoh illustrasi dari GETB, Alhamdulillah tahun pertama sahaja dah ada nilai tunai, dalam masa 5 tahun dah 2+++. Mungkin sebab inilah ada yang kata GETB menawarkan plan terbaik kalis inflasi..

Jadi apa tunggu lagi??

Bijak dulu bijak sekarang…

razman

buatkan saya quotation

An Nur GS2017 Cameron Highlands 4&5/2/2017

Alhamdulillah berakhir sudah An Nur GS2017 untuk tahun 2017. Semoga segala perancangan yang telah dibuat dapat sama sama mencapainya. Secara keseluruhan prestasi An Nur The Great Agency meningkat sebanyak 33% untuk tahun 2016. Semoga pencapaian cemerlang ini dapat kami teruskan.


Muka muka insan yang bersemangat memanjat bukit Cameron Highlands.. wajah keceriaan terpancar di muka semua.. Anda gembira saya juga tumpang gembira.

 

Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat, walau ada pelbagai dugaan anda berjaya tempuhi.. kereta panas, drashap bering pecahla, bateri kong la, tayar pecahla malah ada siap bertowing lagi. Anda tetap cekal menempuhinya.

Inilah An Nur The Great Agency. 30 peserta melibatkan diri untuk program GS2017 ini. Terima kasih kepada semua jawatan kuasa yang telah bertungkus lumus bagi memastikan progran ini berjalan dengan  jayanya.


Kami dah seperti satu keluarga bekerja dan enjoy  bersama. 2 Kejutaan buat An Nur The Great Agency yang pertama pertukaran lokasi Supertrip1 Agency yang di tukar dari Bandung, Indonesia ke South New Zealand dan pengumuman Supertrip2 Agency untuk tahun ini untuk mengerjakan Umrah. DUnia dapat insyaallah Akhirt juga dapat..


Rezeki yang diterima di kongsi bersama. Itulah An Nur The Great Agency.  Tiada rahsia di dalam agency kami. Kami terlalu istimewa.

Jom bina kerjaya dan berjaya bersama sama kami, insya Allah kami akan tunjukkan jalannya. Jangan malu dan jangan segan. Tak kenal maka tak cinta, dah cinta tergila gila..

Rosazaman Sarifdin

0192699436

Founder, An Nur The Great Agency

Head Stard 2017 dan Award Presentation Q4 2016

Assalamualaikum..

Head start dan award presentation pada 25/1/2017. Segan apabila di gelar king southern oleh ceo en Zafri Ab Halim Kerana pencapaian cermelang An Nur The Great Agency.

Top Group Manager, RM1.59 Jutanew business 2016
Top supremacy – 6 qualifier
Top ses 7 – 9 qualifier
Top bandung – 10 qualifier
Top leo – 5 qualifier

16142384_10211983579724400_863730702581282930_n