Head Start Southern Region

Assalamualaikum..

Alhamdulillah hari ini merupakan hari Pencapaian hadiah dan sijil kepada Top Top agent Great Eastern dan juga Head Start bagi daerah selatan.man rinie

Pada kali ini Saya rasa cukup bertuah kerana saya naik ke pentas bersama-sama dengan isteri tersayang saya Masrinie Salim yang turut menerima hadiah dan sijil.

Lebih Bersemangat lagi apabila pada tahun ini Masinie Salim akan memberikan kerjasama sepenuhnya untuk bersama-sama  berjaya dalam industri ini. Bukan sepert tahun tahun sudah yang banyak bekerja hanya di belakang tabir sahaja.

mba 1Lebih bertuah lagi apabila saya di nobatkan sebagai Champion Platinum Catogeri untuk Master Builder Award pada quater 4 2013. Terus terang saya katakan memang saya berusaha untuk menjadi Champion sejak dari quater 2 lagi  tetapi pada quater 2 saya hanya memperolehi Master Builder Award 1st runner Up sahaja, manakala pada quater 3 sekadar mendapat Gold catogeri.

Di kesempatan ini saya ingin ucapkan jutaan terima kasih buat ahli kumpulan saya An-Nur The Great Agency kerana membantu saya dalam mengembangkan kumpulan ini . Tidak lupa juga kepada pihak syarikat Terutama buat BDM En Fairus Kapi yang banyak membantu saya.bdmIn Shaa allah pada tahun 2014 ini saya akan berusaha lebih keras lagi..

Terima kasih semua

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

images

2014 yang penuh cabran…

Assalamualaikum..

Pada tahun ini saya merasakan cabaran dan tugas yang akan saya pikul semakin besar.. Sasaran dan kepercayaan  yang diberikan oleh pihak syarikat kepada saya bagi saya untuk menjadi Million Dollar Unit yang pertama bukanlah sesuatu yang boleh di ambil mudah.. Ianya memerlukan perancangan dan stratergi yang betul.. In Shaa Allah saya dan An Nur The Great Agency akan berusaha keras untuk melakukannya sebaik mungkin.

razman getCabaran yang lebih besar lagi apabila saya merupakan ajen takaful yang pertama menjadi Agency Manager (UM/USM/AM)  di GETB.

Dan sekarang merupakan Agency Manager takaful pertama yang buat 1st year Group Agency Manager (GAM/GSM) pada tahun 2013.

Antara perancangan dan perlaksanaan yang akan saya lakukan adalah dengan memastikan ahli An Nur The Great Agency akan berada di seluruh semenanjung Malaysia..

Oleh itu saya memperlawa kepada anda yang ingin bersama-sama dengan saya untuk mengembangkan Great Eastern Takaful di di bawah An Nur The Great Agency bagi kawasan Peneng, Alor Star, Ipoh, Seremban, Melaka, Shah Alam, Klang, Kluang, Batu Pahat, Skudai, Kuala Terengganu, Paka dan lain-lain kawasan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

Petua dan Tips nak naik pangkat di Takaful

Assalamualaikum..

Kisah yang akan saya tulis hari ini adalah ditujukan kepada meraka yang dahagakan kejayaan terutama di dalam bidang Takaful ini. Coretan ini  berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Saya berharap kepada yang ingin membuat salinan semuala (copy) entry ini tolonglah minta izin. Agar ilmu ini menjadi berkat.

Saya besyukur dengan kaedah dan stratergy yang saya gunakan saya dapat mencapai pangkat Unit Sales Manager (Agency Manager) di Great Eastern Takaful dalam masa 1 tahun 9 bulan sahaja.

Daripada pemerhatian saya ramai agent yang gagal untuk naik pangkat atas beberapa faktor. Antaranya faktor kegagalan yang saya kenalpasti adalah:-

  1. Tiada perancangan yang rapi atau matlamat yang khusus.
  2. Kegagalan membuat recruitmant agent baru.
  3. Kegagalan menjaga agent.
  4. Usaha yang tidak istiqomah.
  5. Teknik pemasaran yang ketinggalan zaman.

Tiada perancangan yang rapi atau matlamat yang khusus.

Sebelum anda ingin membuat perancangan anda seharusnya perlu memahami perjalanan di dalam poses kenaikan pangkat di Syarikat  Takaful Anda.

Berikut Contoh syarat kenaikan pangkat di Great Eastern Takaful

table kenaikan pangkat di great eastern takafulAnda seharusnya pelu memahami apakah syarat yang telah di tetapkan pada tahun pertama. Setelah itu barulah anda membuat perancangan berdasarkan matlamat tersebut. Pecahkan Matlamat tersebut kepada pecahan yang lebih kecil iaitu bulanan dan seterusnya matlamat mingguan dah akhirnya matlamat harian agar anda tidak terlalu tertekan dengan komitment yang perlu anda lakukan. Dengan ini Kerja dan matlamat anda akan menjadi lebih jelas.

Kegagalan membuat recruitmant agent baru.

Ini meupakan faktor penting untuk anda naik pangkat. Setiap orang yang naik pangkat harus ada manpower (agent) dan ini adalah proses duplikasi. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menjadikan anda sebagai Icon atau mentor kepada agent anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah memastikan nama anda berada di dalam list setiap contest yang syarikat anjurkan. PERHATIAN!! orang yang anda ajak akan melihat apakah pencapaian anda.

Kegagalan menjaga agent.

Seperti yang saya katakan diatas. anda sebagai mentor kepada agent anda. Jika anda tidak dapat menunjukkan contoh yang baik anda secara tidak lansung seakan – akan hilang power. Agent mulai hilang keyakinan kepada anda dan mungkin akan meninggalkan anda..

Usaha yang tidak istiqomah.

Masalah ini paling banyak saya lihat, Ini kerana ada kebanyakkan agent mudah putus asa. Terutama jika gagal membuat penjualan. Sebenarnya terlalu banyak teknik yang mudah untuk dilakukan.

Teknik pemasaran yang ketinggalan zaman.

Zaman dah berubah, jadi kita kena selarikan dengan teknik yang mengikut peredaran zaman. Bukan saya kata cara traditional (approch depan bank, door to door, table to table, cold call) tidak boleh cuma bagi saya teknik itu sudah ketinggalan zaman. Dan terus terang saya katakan saya tiak menggunakan cara tersebut.

Semua ini secara kasar sahaja penerangannya. Saya sedang berusaha menjadikan diri saya sebagai testimoni dalam masa 5 tahun berpangkat Group Sales Manager (Group Agency Manager) dan berpendapatan sekurang-kurangnya RM30,000 sebulan.

Untuk keterangan lebih lanjut atau berminat untuk menyertai Great Eastern Takaful anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Tahniah Masrinie Salim Champion 1 M’sia

Assalamualaikum dan selamat hari jumaat yang penuh barakah untuk semua.

Hari ini saya ingin memanjatkan kesyukuran kehadrat ilahi kerana pada bulan November yang lepas Agent di bawah seliaan saya Masrinie Binti Salim Telah berjaya menjadi Champion bukan sahaja untuk Southern Region malah lebih membanggakan beliau telah menjadi Champion untuk 1 Malaysia

champion untuk johorchampion untuk satu malaysiaTahniah sekali. Ini merupakan pencapaian kedua terbaik beliau untuk tahun 2013.

Sebenarnya jika kita betul komited dengan apa yang kita lakukan pastinya segala jalan akan di permudahkan oleh Nya.. In Sha Allah..

Dengan Ini tiga bulan berturut daripada kumpulan An-Nur The Great Agency memcipta nama sebagai top agent di dalam Great Eastern Takaful.

Anda juga mampu untuk melakukannya.. Oleh itu saya mempelawa anda untuk turut sama menyertai Great Eastern takaful di bawah seliaan saya.

Untuk keterangan lanjut anda boleh menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
0192699436
images

Super earlybird Elite Award Supremacy 2013

Assalamualaikum

Syukur kehadrat ilahi saya telah layak super earlybird supremacy Elite Award trip ke Shanghai & Suzhou pada tahun ini.. Sesungguhnya saya tak menyangka langsung yang saya telah layak untk pergi. Bagi saya trip ini adalah bonus dan hadiah untuk saya setelah penat bekerja.

IMG-20131116-WA0023IMG-20131122-WA0010Terima kasih pada semua yang terlibat dalam menyokong saya untuk terus berada di dalam industri ini..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Tahniah Siti Norkamalia Khalil Satu permulaan yang baik

Assalamualaikum..

Alhamdulillah pada bulan lepas  rakan niaga di bawah seliaan saya Masrinie Salim mendapat tempat pertama kini giliran Siti Norkamalia Khalil pula menunjukkan prestasi yang memberangsangkan..

Tahniah kerana beliau kerana berjaya mendapat top  2 untuk selatan dan top 3 untuk 1 Malaysia.

kamaliaPastinya pekara ini pukan terjadi dengan sengaja tanpa usaha dan perancangan yang baik. Saya pasti dengan niat yang betul segalanya di permudahkan.. Amin

Tugas sebagai perunding Takaful adalah tugas yang mencabar. Masih ramai lagi bangsa kita sebenarnya yang masih belum memiliki Takaful. Niatkan kerana Allah in Sha Allah jalan akan di permudahkan..

Saya berharap lebih ramai lagi insan di luar sama agar mempunyai kesederan untuk memiliki takaful atau ingin sama-sama berjihad bersama-sama kami di An-Nur the Great Agency menyebarkan takaful.

Untuk keterangan lanjut anda bolehlag menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

Saman jangan tak saman..

Assalamualaikum..

Kalau sebelum ini saya membuat artikal i-CABX (kemalangan) hari ini pula saya akan berkongsikan pula cerita tentang kemalangan

Baru-Baru ini kita di kejutkan dengan kemalangan anak seorang artis Indonisia Ahmad Dhani yang mana popular  dengan lagu “aku bukan superman”.

So memang betulla dia bukan superman sebab kemalangan yang di alaminya memberikan kecederaan parah. Bil Rawatannya mencecah RM 140,000. Kecik ker besar nilai itu.

keratan akhbarPengajarannya jangan melanggar undang2 jika anda ingin membuat tuntutan insuran..

Pengajarannya jangan membenarkan anak anda memandu tanpa lesen..

kenapa perlu menjadi agent sepenuh masa..

Assalamualaikum semua..

Beberapa hari ini saya sering  terlihat tentang artikal ini di FB. Yang mana peluang pendapatan di dalam bidang insuran ini memberikan pendapatan yang tinggi..

gaji tinggiSaya masih teringan dan terngiang-ngiang lagi di telinga saya. Banyak kata-kata yang saya terima kenapa tak makan gaji sahaja, senang ada pendapatan yang tetap  dan terjamin. Tak kisahla kerja apa pun. Kenapa perlu jadi agent insuran/takaful. Kalau nak buat pun buatla sambilan sahaja kan boleh…

Sehinggakan mak saya pun  mempunyai persepsi yang sama. Marah sangat dengan saya sebab memilih takaful sebagai kerjaya. Pernah jugala dia membebel, Yang paling kelakar siap marah sebab saya suruh adik saya ambil takaful. (kantoi sebab surat sampai rumah) hahahaha

Sebab  cakap dengan saya tak makan, mak guna alternatif lain untuk bercakap dengan saya. Apa lagi wife sayala saluran terbaiknya..

Mak: Kenapa man taknak kerja, kat Johor kan banyak kilang. Dia memilih kerja eh.

Wife: Tersenyum sahaja,

tapi baru-baru ini (semasa raya puasa)

Mak: Anak hantar macam mana kat taska (sebab anak bongsu tak leh jauh dari ibunya, sebab susu badan).

Wife: Rinie dah lama tak kerja, dari bulan 3 lagi tak kerja. Man jer kerja seorang.

Mak: (Muka suka).. man dah kerja ker?

Wife: Kerja takaful dia la….

Saya akui selama ini saya tak pernah cerita pun dengan mak saya apa pencapaian yang saya perolehi di takaful ini sehinggakan saya naik pangkat pun saya tak pernah cerita. Biarlah saya sahaja yang tahu sendiri.

Kini Alhamdulillah dengan kerja ini wife saya dapat menumpukan 100% perhatian kepada 3 orang anak kami. Memang itu yang saya cita-citakan..

Nasihat saya: Ada orang yang sanggup mendapat pendapatan yang tetap dan kecil, TETAPI saya memilih kerjaya ini, walaupun tidak menjaminkan pendapatan yang tetap TETAPI ianya besar.

Saya sangat-sangat bersetuju dengan keratan akhbar ini kerana saya sendiri sudah merasakannya.. Anda bagaimana?

Untuk keterangan lanjut tentang kerjaya ini

Hubungi

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

TBOS ke 6 saya untuk tahun ini.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur saya masih diberikan nikmat kesihatan tubuh badan oleh Allah S.W.T. Tahun ini merupakan tahun rahmat untuk saya, saya berdoa semoga ianya berterusan hingga ke akhir hayat. Amin..

Pada 27/9/2013 ini saya mendapat jemputan ke 6 daripada Great Eastern Takaful untuk memberikan ucapan di Batu Pahat. Sungguh tidak saya sangkakan tahun ini banyak betul jemputan yang saya terima. Terima kasih Allah dan Great Eastern Takaful Sdn Bhd.

Untuk jemputan ke 5 iaitu pada 25/9/2013 ini pula akan di adakan di Menara Great Eastern jalan Ampang. Untuk menghadirkan diri anda bolehlah menghubungi saya bagi mendapatkan tiket.

TBOS Rosazaman 27 Sept 2013Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

Great Leo Award 2012/2013

Assalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kepada Allah, Kelmarin merupakan hari yang paling saya gembira berada di dalam bidang takaful ini. Ini kerana Pada 17-18 sept 2013 merupakan hari penganugerahan Great Leo Award yang berlansung di Genting.

Pada tahun 2010/2011 dan 2011/2012 saya hanya seorang diri sahaja, kini saya datang kembali bersama 3 orang sahabat yang berada di bawah seliaan saya iaitu Masrinie Salim, Ustaz Musyrif Khalil dan Rafidah Abd Ghani.

great leopastinya untuk tahun 2013/2014 saya berazam untuk membawa lebih ramai lagi qualifier di dalam kumpulan saya. Semoga segala usaha ini dapat di permudahkan oleh-Nya. Aminn..

Anda masih berpeluang untuk turut serta jika anda berminat untuk menyertai saya sebagai perunding Takaful Great Eastern

Untuk keretangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

Gambar masuk majalah GE lagi..

Assalamualaikum dan selamat hari raya semua..

Bagaimana dengan raya anda? hehehe.

Alhamdulillah Gambar saya masuk lagi di majalah Ge

Walaupun sekadar 1st runner up sahaja. Bersyukur tetap ada gambar.. Untuk quater ke3 ini saya berazam untuk mendapatkan champion..

mannn

Ada orang bertanya kepada saya bagaimana saya boleh mencapai pencapaian sebegini, jawapan saya mudah sahaja. Ini kerana saya nampak DENGAN jelas perjalan di dalan industri ini. Oleh itu saya tidak boleh tersasar daripada apa yang telah saya aturkan.

Jika anda betul-betul paham apa yang anda lakukan segalanya akan mudah untuk anda lakukannya In Sha Allah..

Untuk sertai saya, sila hubungi

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

Great Eastern Award Presentation Q2

Assalamualaikum..

Alhamdulillah ramadan semakin hampir meninggalkan kita. semoga kita betemu lagi ramadan akan datang..

Di kesempatan ini saya ingin memohon maaf jika ada kiranya artikal yang saya tulis ada mengguris perasaan mana-mana pihak.

mbaSyukur kehadrat ilahi pada quater ke2 ini pejalanan perniagaan saya sangat baik dan di anugerahkan 1st runner up untuk ketogeri Master Builder Award.

mba2Saya Berazam untuk quater ke3 ini untuk mendapatkan champion.. saya berdoa agerkan di berikan nikmat kesihatan agar saya dapat melakukannya dengan terbaik.

Tidak di nafikan bidang ni penuh dengan likunya tetapi seronaknya lain macam.. .. saya ingin kongsikan dengan anda keseronakan itu..

jika anda berminat untuk bersama sama saya membina kerjaya di Great Eastern takaful anda bolehlah menghubungi saya.

nota razmanget.com: ada orang bertanya saya ni Johor ker KL, jawapannya. saya daftar under servis branch JB tetapi saya buat kerja di KL.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

 

Great Leo Award 2012/2013

great leoAssalamualaikum..

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi, Pada tahun ini sekali lagi saya layak ke Great Leo Award sebagai Master Builder Award, kalau 2 tahun yang lepas hanya saya sahaja di dalam kumpulan yang lepas mendapat Great Leo Award kali ini 3 orang anak didik saya pula yang mengikut jejak langkah saya. Merupakan Great Leo Award  qualifier..

Beliau adalah:-

1- Puan Rafidah Abdul Ghani – Champion Rookie Agent (JB) 2012

2- Puan Masrinie Salim – 1st Runner Up Rookie Agent (JB) 2012

3- Ustaz Musyrif Khalil – Champion Rookie Agent (Melaka) 2012

Anda semua memang hebat. In Sha Allah tahun akan datang kita akan pastikan lebih ramai lagi ahli kumpulan kita yang layak.

Semua ini bukan terjadi dengan sengaja sebaliknya ianya memang di rancang dari awal lagi. Hasil perancangan yang betul menyebabkan anda semua layak. Tahniah sekali lagi..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

images

Kelas Membina Laman Blog..

Assalamualaikum…..

Alhamdulillah pagi tadi dapat membuat kelas pertama bagi membantu rakan-rakan membina Blog untuk memperkenalkan lagi takaful di persada maya ini.

Masing-masing begitu teruga untuk membuatnya. Segala kaedah dan ilmu yang sedikit yang saya ada saya berikan semuanya. Takper kita kongsi rezeki bersama-sama.

kelas membina blogIn Sha Allah kelas kedua akan di buat dalam masa terdekat..

Terima kasih kepada semua kerana memberikan kerjasama yang sangat baik.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

Pencapaian Quater ke 2, 2013

Assalamualaikum dan salam Ramadan semua.

Dikesempatan ni saya ingin megucapkan selamay menyambut Ramadam Al-Mubarak kepada semua umat islam yang membaca Blog saya ini. Bersyukur kita kerada di pertemukan dengan Ramadan kali ini. Semoga kita bersama-sama dapat  meningkatkan amalan kita kepada yang lebih baik In Sha Allah..

Alhamdulillah pada bulan yang mulia ini saya mendapat tahu pada quater ke 2 saya mendapat tempat ke 2 untuk Unit Sales Manager/Agency manager M.B.A (Master Builder Award) bagi ketegori Platinum.

Alhamdulillah ChampionTerima kasih kepada kumpulan An Anur Group. Kerana andalah saya berada di tahap ini. Sempena bulan yang baik ini saya berdoa agar penganugerahan ini akan memotivasikan saya lagi untuk terus dan terus mara kehadapan… Amin

Bukan itu sahaja. Saya juga ingin mempelawa anda di luar sana untuk bersama-sama saya membina kerjaya sebagai perunding takaful di Great Eastern Takaful. Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

25/6/2013 Takaful Talk di Melaka.

Assalamualaikum..

Alhamdulillah buat kali ke 4 saya di pilih  syarikat untuk memberikan perkongsian. Kalau sebelum ini di Ipoh, Alor Star dan Batu Pahat kali ini di Melaka bandar bersejarah pula.

Seronok dapat berkongsi pengalaman dan idea dengan insan-insan yang bersemangat untuk berubah. Bukan itu sahaja malah saya dapat berjumpa insah-insan hebat di Melaka.

talk ipoh

Masih ramai lagi kekosongan yang diperlukan di melaka. Jika anda berminat anda boleh hubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

2013 New Promoted GSM/USM Orentation 3-5 june 2013

Assalamualaikum

Alhamdulillah talah tamat sesi orentasi untuk promoted 2013 yang di adakan di Lexis Port Dickson. Terlalu banyak ilmu baru yang dapat di timba di sana. Dan terlalu banyak perkara yang sangat-sangat memotivasikan saya untuk terus dan terus berusaha untuk memajukan bangsa saya di dalam industri takaful ini..

kenangan di PDApa yang di maklumkan hanya 6 orang sahaja bumiputra yang berjaya promote pada tahun ni manakala selebihnya 80 orang lagi adalah dari pada kaum cina dan india. Dari sudut positif saya melihat peluang ini terlalu besar untk di terokai…

kanangan bersama orang hebatUntuk sesi orentasi ini matlamat saya yang utama adalah ingin mengenali top promoted pada tahun lepas iaitu Jeffson (yang pegang cawan). saya sering dengar nama sahaja sebelum ini. jadi peluang ini saya gunakan untuk mengenalinya dengan lebih dekat. Ternyata anak muda berusia 24 tahun ini ternyata hebat didalam kerjanya. Banyak juga tips yang dapat saya korek2. Hehehhe. Saya berazam untuk bersaing dengannya… Mungkin bezanya saya melakukan takaful dan dia konvensional sahaja..

Saya juga rasa sangat bertuah kerana semasa di sana layanan yang di berikan sangat-sangat tip top.. Memang berbaloi kerja keras selama ini… Tak sabar nak kongsikan segala pengalaman dengan rakan-rakan yang lain..

umah atas airSecara keseluruhan saya sangat- berpuat hati dengan segala aktiviti yang di jalankan… Pastinya untuk masa-masa akan datang giliran anak buah saya pula akan tiba… In Sha Allah…

Untuk Menyertai saya.. Hubungi

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
images

TBOSS di Batu Pahat 17/5/2013 UTHM

Assalamualaikum..

Alhamdulillah pada bulan ini ada beberapa permintaan daipada syarikat meminta saya membuat perkongsian dan pengalaman. Antaranya Di Peneng dan Batu Pahat.

Malangnya untuk Peneng saya terpaksa tolak kerana tarikh yang diberikan bertembung dengan kelas kenaikan pangkat yang perlu saya hadiri.

Sesungguhnya memang seronok apabila kita dapat berkongsi dengan orang ramai tentang indahnya industri ini. Maka betullah kata pepatah ini.

 tak kenal maka tak cinta, dah cinta tergila-gila.

Malah bukan itu sahaja, segala perbelanjaan dari segi pengangkutan, tempat tinggal dan makanan di sediakan sepenuhnya oleh pihak syarikat dan bukan itu sahaja bahkan saya turut di bayar oleh pihak syarikat untuk melakukan pekongsian ini.

token dari syarikatTerima kasih atas penghargaan yang diberikan ini.. Di kesempatan ini saya ingin mempelawa jika anda berminat bersama-sama saya menyertai Great Eastern Takaful anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
019-2699436
Agency Manager
Great Eastern Takaful
images

Jejak Jutawan Bersama Irfan Khairi

Assalamualaikum

Saya ingin memjemput anda untuk menghadiri seminar bersama Irfan Khairi Jutawan internet termuda di Malaysia.

Pada: 26/5/2013

Lokasi: Tingkat 6 Menara Great Eastern

Masa: 9:00 pagi

Tiket: RM50

Hadiah menarik untuk peserta bertuah MINI IPAD

385301_10200477834766301_2115753176_nTempat adalah terhad. Hubungi saya segera untuk mendapatkan tiket.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Quarter Review An-Nur Group Agency

Assalamualakum.

Alhamdulillah… selesai quarter review untuk agensi yang telah di adakan pada hari ini. Tahniah kepada semua yang hadir. Semoga segala perkongsian yang saya berikan dapat memberikan percikan percikan semangat untuk anda semua.

Teruskan dengan matlamat dan impian anda pasti segalanya akan menjadi lebih mudah untuk di capai. Maaf juga jika ada yang merasakan perwatakan saya agak berbeza pada sesi hari ini.

Itulah saya..

Masa main, kita main betul-betul sampai puas. Masa makan, kita makan betul-betul sampai kenyang, Masa kerja, kita kerja betul-betul sampai berjaya.

Sebahagian daripada gambar yang dapat saya ambil..

quarterUntuk mengembangkan lagi perniagaan ini saya mempelawa kepada yang berminat untuk menyertai kami.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

images