Petua dan Tips nak naik pangkat di Takaful

Assalamualaikum..

Kisah yang akan saya tulis hari ini adalah ditujukan kepada meraka yang dahagakan kejayaan terutama di dalam bidang Takaful ini. Coretan ini  berdasarkan pengalaman saya sendiri.

Saya berharap kepada yang ingin membuat salinan semuala (copy) entry ini tolonglah minta izin. Agar ilmu ini menjadi berkat.

Saya besyukur dengan kaedah dan stratergy yang saya gunakan saya dapat mencapai pangkat Unit Sales Manager (Agency Manager) di Great Eastern Takaful dalam masa 1 tahun 9 bulan sahaja.

Daripada pemerhatian saya ramai agent yang gagal untuk naik pangkat atas beberapa faktor. Antaranya faktor kegagalan yang saya kenalpasti adalah:-

  1. Tiada perancangan yang rapi atau matlamat yang khusus.
  2. Kegagalan membuat recruitmant agent baru.
  3. Kegagalan menjaga agent.
  4. Usaha yang tidak istiqomah.
  5. Teknik pemasaran yang ketinggalan zaman.

Tiada perancangan yang rapi atau matlamat yang khusus.

Sebelum anda ingin membuat perancangan anda seharusnya perlu memahami perjalanan di dalam poses kenaikan pangkat di Syarikat  Takaful Anda.

Berikut Contoh syarat kenaikan pangkat di Great Eastern Takaful

table kenaikan pangkat di great eastern takafulAnda seharusnya pelu memahami apakah syarat yang telah di tetapkan pada tahun pertama. Setelah itu barulah anda membuat perancangan berdasarkan matlamat tersebut. Pecahkan Matlamat tersebut kepada pecahan yang lebih kecil iaitu bulanan dan seterusnya matlamat mingguan dah akhirnya matlamat harian agar anda tidak terlalu tertekan dengan komitment yang perlu anda lakukan. Dengan ini Kerja dan matlamat anda akan menjadi lebih jelas.

Kegagalan membuat recruitmant agent baru.

Ini meupakan faktor penting untuk anda naik pangkat. Setiap orang yang naik pangkat harus ada manpower (agent) dan ini adalah proses duplikasi. Cara terbaik untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menjadikan anda sebagai Icon atau mentor kepada agent anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah memastikan nama anda berada di dalam list setiap contest yang syarikat anjurkan. PERHATIAN!! orang yang anda ajak akan melihat apakah pencapaian anda.

Kegagalan menjaga agent.

Seperti yang saya katakan diatas. anda sebagai mentor kepada agent anda. Jika anda tidak dapat menunjukkan contoh yang baik anda secara tidak lansung seakan – akan hilang power. Agent mulai hilang keyakinan kepada anda dan mungkin akan meninggalkan anda..

Usaha yang tidak istiqomah.

Masalah ini paling banyak saya lihat, Ini kerana ada kebanyakkan agent mudah putus asa. Terutama jika gagal membuat penjualan. Sebenarnya terlalu banyak teknik yang mudah untuk dilakukan.

Teknik pemasaran yang ketinggalan zaman.

Zaman dah berubah, jadi kita kena selarikan dengan teknik yang mengikut peredaran zaman. Bukan saya kata cara traditional (approch depan bank, door to door, table to table, cold call) tidak boleh cuma bagi saya teknik itu sudah ketinggalan zaman. Dan terus terang saya katakan saya tiak menggunakan cara tersebut.

Semua ini secara kasar sahaja penerangannya. Saya sedang berusaha menjadikan diri saya sebagai testimoni dalam masa 5 tahun berpangkat Group Sales Manager (Group Agency Manager) dan berpendapatan sekurang-kurangnya RM30,000 sebulan.

Untuk keterangan lebih lanjut atau berminat untuk menyertai Great Eastern Takaful anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
Advertisements
This entry was posted in info, Kerjaya and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s