1 Ramadan Pembuka Rezeki

Assalamualaikum..

Bersyukur kehadrat ilahi kerana izinNya bersua lagi pada Ramadan kali ini. Semoga pada tahun ini amalan kita lebih baik dari pada Ramadan sebelum ini.

Hari yang baik bagaikan satu hadiah untuk saya dan kumpulan An Nur the Great Agency kerana kumpulan kami berjaya menjadi Top UM (Unit Manager) pada Mei 2015 ini untuk 1 Malaysia. Alhamdulillah…

top 1 malaysiaMalah bukan itu sahaja, Ahli rangkaian kami turut mencipta nama sebagai Top Agent iaitu Khairul Nizam Mohamed. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin kepada kami semua untuk terus dan terus berjaya.

Malah kami akan berusaha keras lagi demi memastikan lebih ramai lagi rakanniaga di rangkain kami berjaya di dala industri ini.

Di kesempatan ini saya ingin mempelawa anda yang berminat untuk membina kerjaya bersama-sama rangkaian kami, An Nur The Great Agency.

Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Founder
An Nur The Great Agency
0192699436
images

award

Syukur Champion 3 bulan berturut turut

Assalamualaikum.

bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izinNya kumpulan kami berjaya mengekalkan kejuaraan untuk 3 bulan berturut2. Terima kasih Rangkaian yang hebat An Nur The Great Agency yang bekerja keras serta saling bekerjasama bagi mengekalkan kejuaraan ini.

maytopmacTahniah juga buat rangkaian Khairul Nizam erana berjaya mengekalkan kedudukan sebagai Champion untuk Rookie selama 2 bulan berturut turut.

Semoga dengan kejayaan akan menjadi pemangkin kepada kami semua untuk berusaha dengan lebih gigih lagi. Di sempatan ini juga saya ingin mempelawa insan insan di luar saya yang berminat membina kerjaya bersama kami sebagai perunding takaful bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Founder
An Nur The Great Agency
0192699436
images

award

Renungan Sejenak…..

Assalamualaikum…

Sebagai ketua keluarga bila kerja luar kawasan (outstation) kita akan meninggalkan wang belanja untuk anak-anak dan isteri tercinta mungkin RM300, RM500 atau RM1000 mengikut kemampuan sepanjang kita tiada 3, 5 atau 7 hari tadi. Pernahkah kita terfikir berapa jumlah wang yang perlu ditinggalkan sekiranya kita pergi dan TIDAK kembali-kembali lagi.. ?????

isteri menderita suami sakit

Oleh sebab itu, mempunyai Basic Sum Coverage (BSC) yang CUKUP adalah penting. Bukan sekadar janji ada sahaja sudah memadai. Memahamitentang keperluan perbelanjaan, jumlah hutang yang ditinggalkan menjadi faktor utama bagi menentukan jumlah BSC ini.

Pernahkah anda memikirkan perkara ini? Jangan kerana sikat ego anda ianya memudaratkan keluarga anda. ingatlah yang tersayang..

Bertindaklah sekarang..

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

cropped-award4.jpg

Generasi X, Y dan Z menjadikan kejayaan sebagai petanda terbaik kejayaan seseorang

Assalamualaikum..

Generasi X, Y dan Z menjadikan kejayaan sebagai petanda terbaik kejayaan seseorang. Adakah anda didalam golongan tersebut?

Jadi jangan lepaskan peluang untuk nenyertai keluarga besar kami di Great Eastern. Di Great Eastern Takaful selain mendapat pendapatan sampingan yang BESAR, Great Eastern juga menyediakan IMBUHAN tambahan sebanyak RM76,500

xyz11065483_1402326430082755_4506864903188218728_nJom sertai Keluarga Besar kami, Sila hubungi rangkaian kami

team

Umur yang Ideal mengambil takaful

Assalamualaikum..

Tahukan anda??

UMUR diantara 6 hingga 15 tahun merupakan umur sangat IDEAL untuk memiliki perlindungan takaful!!!

budak comel

Pada usia ini kadar risiko kesihatan yang paling rendah. Justeru itu kadar caruman/premium bulanan juga turut rendah. Perbezaan caruman adalah diantara RM30-RM60 sebulan untuk mendapat manfaat yang sama bagi umur 5 ke bawah dan 16 tahun ke atas.
Contoh:
Manfaat
– medical card RM90K setahun
– elaun hospital, RM100 sehari
– caruman hadapan percuma sehingga 80 tahun
– Basic Sum Coverage (Life) min RM25K
– Personal Accident RM10K
– Simpanan ~RM25K

Umur 15 tahun – RM115 sebulan
Umur 16 tahun – RM145 sebulan
BEZA RM30!!!

Seterusnya, kadar caruman bulanan akan meningkat seiring dengan peningkatan usia. Peningkatan caruman bulan akan lebih ketara setelah usia mencecah 40an.

Jadi, jangan berlengah2 lagi.

kredit kepada Sahir Sarifdin

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

KHAS UNTUK SUAMI DAN AYAH DI LUAR SANA!!!

Assalamualaikum.

Andakah anda telah mempunyai manfaat Perlindungan Asas Takaful yang mencukupi? Sebelum itu, tahukah anda apa itu Perlindungan Asas Takaful (Basic Sum Coverage)? Perlindungan Asas juga lebih kenali dengan nama Perlindungan Nyawa (Life Coverage). Perlu diingatkan, Perlindungan Asas bukanlah untuk perlindungan nyawa kita, sebab nyawa kita tidak ternilai untuk dinilaikan. Tetapi diri sesorang itu dinilaikan dengan berapa pendapatan/gaji yang diperolehi setiap bulan. Sebab dari pendapatan atau gaji tersebut akan digunakan untuk perbelanjaan harian keluarga tercinta.

atm01

Sebagai contoh, seorang ayah atau suami yang pergi kerja, bila cukup bulan balik akan membawa balik gaji/pendapatan untuk keperluan keluarga. Pendapat tersebut akan digunakan untuk membayar rumah, kereta, perbelanjaan persekolahan anak, makanan dan sebagainya.Katakan ayah atau suami tadi pergi kerja terus dan tak balik-balik adakah gaji masih boleh diperolehi untuk kegunan keluarga?

Oleh itu, Perlindungan Asas Takaful AMAT penting bagi memastikan keluarga tersayang terus kekal menerima gaji atau wang perbelanjaan tersebut walaupun suami atau ayah pergi kerja tak balik-balik.

Nilai optima bagi sesuatu Perlindungan Asas bagi seorang ketua keluarga adalah 10 TAHUN gajinya. Sebagai contoh, seorang yang gajinya RM2900 sebulan, sepatutnya mempunyai nilai Perlindungan Asas RM350,000 (RM2900 x 12 bulan x 10 tahun). Seandainya, kita tidak mampu untuk menyediakan perlindungan untuk 10 tahun , kita boleh membuat perlindungan untuk 5 tahun dahulu. Atau pun seteruk-teruknya untuk perlindungan setahun.

Saya berharap coretan ini dapat membantu anda di luar sana untuk membuat perancangan sewajarnya demi kesejahteraan keluarga yang terpaksa ditinggalkan.

kredit kepada Sahir Sarifdin

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

PERLUKAH AMBIL PERSONAL MEDICAL CARD JIKA SUDAH ADA MEDICAL CARD COMPANY ?

Assalamualaikum..

Pernahkah kita terpikir manfaat medical card company ini akan LENYAP sekiranya kita tidak bekerja lagi. Atau lebih teruk lagi jika diberhentikan atas faktor kesihatan. Sudahlah kita amat perlukan manfaat tadi tetapi terpaksa diberhentikan. Baru hendak ambil perlindungan pada masa itu sudah pasti tidak diterima lagi. Kalau diterima pun, caruman adalah amat tinggi. Bayangkan, masa bekerja pun kita berkira untuk membuat simpanan takaful.. apatah lagi ketika kita perlu mengeluarkan sejumlah wang yang besar untuk menampung kos perubatan kelak.

bil

Tahukah kita, manfaat perlindungan medical card yang diambil sekarang sebagai persediaan kita semasa kita telah berhenti kerja kelak. Selain itu, ia juga dapat membantu menampung kos perubatan sekiranya had tahunan insuran/takaful company melebihi had yang dibenarkan, terutamanya jika diagnosis kena penyakit merbahaya. Sebagai contoh, penyakit melibatkan salur darah tersumbat dijantung. Untuk mengenalpasti salur mana yang disumbat sahaja kosnya mencecah hampir RM20K, itu belum lagi termasuk kos rawatan yang mencecah RM90K.

Antara kelebihan Great Eastern Takaful, had tahunan akan meningkat 10% setiap 3 tahun. Bukan itu sahaja nilai bilik penginap (Room & Board) pun juga ada peningkatan 10% setiap 3 tahun. Disamping itu, kita juga boleh mendapat elaun harian kemasukan hospital sehingga maksimum RM500 sehari.

kredit kepada Sahir Sarifdin

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg

APA ITU TAKAFUL PENDIDIKAN?

Assalamualaikum..

Ramai diluar sana masih kurang jelas kepentingan dan tujuan mempunyai takaful pendidikan untuk anak.

pendidikan

Tujuan utama takaful pendidikan adalah bagi memastikan anak kita mempunyai simpanan yang cukup atau mencapai jumlah yang disasarkan dalam tempoh tertentu walaupun pencarum ditimpa musibah seperti penyakit kritikal, lumpuh mahu pun di panggil menghadapu Illahi.

Perbezaan dengan menyimpan di bank, simpanan kebiasaan terhenti sekiranya ditimpa musibah dan pasti tidak dapat meneruskan simpanan sekiranya meninggal dunia.

Tempoh perlindunga takaful pendidikan kebiasanya sehingga umur anak mencecah 18 hingga 25 tahun bergantung kepada pilihan pencarum.

Disamping itu, kita juga boleh menambah rider (manfaat) seperti kad perubatan, penyakit kritikal atau elaun hospital dalam takaful pendidikan yang diambil tadi. Namun, pada pandangan saya, adalah lebih baik mengambil perlindungan PERUBATAN berasingan untuk mendapat perlindungan yang optimum dan sehingga umur anak 80 tahun.

“Jangan Cari Alasan Untuk Tidak Berjaya”

Credit to Sahir Sarifdin

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

cropped-award4.jpg

Pentingnya plan Medical Untuk Diri Sendiri..

Assalamualaikum..

Hari ini dapat panggilan dari seorang pekerja MAS (akak x) meluahkan kesedihan apabila akan diberhentikan pada 1 Sept ini walau sudah berkhidmat lebih 30 tahun dengan syarikat tersebut.. Lebih malang lagi apabila suaminya yang turut bekerja di syarikat yang sama mengalami nasib yang sama.

mas berhentikan pekerja

keluhan beliau dengan usia mencecah 54 tahun bukanlah satu perkara yang mudah untuk mendapatkan pekerjaan yang baru. Sangkaannya bekerja di syarikat BESAR kehidupannya akan terjamin..

Jika dulu dengan jawatan dan pangkat yang baik,segala kemudahan di sediakan termasuklah manfaat perubatan. Kini beliau runsing kerana suaminya masih tidak memiliki mana-mana perlindungan takaful.

Lebih sedih lagi suaminya sudah pernah mendapatkan rawatan tulang belakang (slip disc)…

Nasihat saya walau bagus mana pun syarikat yang anda bekerja, pastikan anda buat persediaan untuk diri sendiri..

Rosazaman Sarifdin

0192699436

Agency Manager

Tips Mengambil Pelindungan Takaful Pendidikan Untuk Anak

Assalamualaikum

1) Mengambil takaful pendidikan seawal mungkin. Ini penting bagi memastikan, kita mempunyai nilai simpanan yang mencukupi setelah mereka berumur 18 tahun dan ke atas dan yang lebih utama kita tidak tahu bila musibah menimpa kita. ie. mengambil perlindungan takaful setelah anak berusia sebulan.

tabung
2) Mengambil tempoh perlindungan semaksimum mungkin. Kebiasanya sehingga anak berusia 25 tahun. Ini bagi memastikan kita mendapat peelindungan semaksimum mungkin. Sekiranya kita memerlukan wang pada ketika umur anak 20 tahun, kita masih boleh mengeluarkan sebahagian besar wang simpanan tadi.
3) Mempunyai perlindungan pembayar. Manfaat ini paling UTAMA yang perlu ada. Ini bagi memastikan simpanan masih dapat dibuat walaupun pembayar tidak mampu lagi untuk membuat simpanan.Contohnya pembayar disahkan kena penyakit kritikal, lumpuh atau meninggal dunia.
4) Perlindungan Asas ke atas anak ambil serendah mungkin. Sebab ini bukan tujuan bagi perlindungan takaful pendidikan.
5) Elakkan mengambil manfaat tambahan seperti medical card, penyakit kritikal atau elaun hospital. Ini bagi memastikan nilai simpanan kita lebih besar. Tambahan pula risiko untuk anak kena penyakit kritikal adalah amat rendah.

Credit kepada Sahir Sarifdin

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation
cropped-award4.jpg