TQ Allah, Masih lagi kekal

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberikan kekuatan dan nikmat kesihatan. Tanpa di sangka kerja yang berterusan dan istiqomah membuahkan hasil, Nama saya masih di atas..

Lebih bermakna tahun ni saya di berikan amanah untuk handle goal setting untuk team. Kaedah dan stratergy yang saya gunakan akan saya kongsikan kepada semua. Bagaimana mencapai tahap Agency Manager dalam masa 2 tahun. Kaedah ini berdasarkan daripada pengalaman saya sendiri. Jadi ianya bukan sekadar teori semata-mata.

Jika anda berminat untuk turut sama bersama-sama saya memajukan diri di Great Eastern Takaful anda bolehlah menghubungi saya. 019-2699436

Rosazaman Sarifdin

Penyebab strok, sakit jantung

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my
pix_middle

PERIKSA... selalulah berjumpa doktor bagi memastikan tahap tekanan darah anda di tahap selamat.
PERIKSA… selalulah berjumpa doktor bagi memastikan tahap tekanan darah anda di tahap selamat.

GEJALANYA tidak disedari dan mungkin dianggap sakit biasa. Pening, sakit kepala, sesak nafas, penglihatan kabur dan hidung berdarah antara gejala hipertensi atau tekanan darah tinggi.

Ia dilabel pembunuh senyap kerana boleh mengakibatkan beberapa komplikasi yang boleh membawa maut seperti serangan jantung dan strok.

Dianggarkan 4.8 juta individu menghidap hipertensi di Malaysia. Hampir dua pertiga daripada individu yang menghidap hipertensi di Malaysia tidak menyedari mereka ada penyakit itu.

Hipertensi ialah kenaikan tekanan darah dalam arteri atau salur darah yang membawa darah dari jantung untuk dipam ke semua tisu dan organ badan kadar bacaan normal.

Ada dua jenis tekanan darah iaitu sistolik (tekanan darah ketika kontraksi otot jantung / bacaan atas) dan distolik (ketika jantung berehat mengepam / bacaan bawah).

Tekanan darah yang normal ialah bawah 120/80; tekanan darah di antara 120/80 dan 139/89 dipanggil ‘pra-hipertensi’, dan tekanan darah 140/90 ke atas dianggap tinggi.

Emosi mempengaruhi tekanan darah iaitu meningkat ketika perasaan gemuruh, tertekan dan sedih, manakala tekanan darah turun ketika kita dalam keadaan tenang dan santai.

Walaupun ada peningkatan dalam penyediaan rawatan di kalangan mereka yang didiagnosis, kadar kawalan adalah rendah.

Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendedahkan, di kalangan pesakit tekanan darah tinggi diberi rawatan ubatan, hanya 26 peratus daripada mereka mencapai sasaran tekanan darah normal.

Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Prof Datuk Dr Azhari Rosman berkata, ada dua bentuk tekanan darah tinggi iaitu primer dan sekunder.

Tekanan darah tinggi primer yang sukar dikenal pasti puncanya membabitkan lebih 90 peratus kes manakala tekanan darah tinggi sekunder yang diketahui puncanya, membabitkan lebih 10 peratus kes.

Pelbagai masalah kesihatan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi sekunder seperti masalah buah pinggang, penyakit salur darah dan gangguan hormon.

Punca, kejadian dan faktor risiko

Banyak faktor boleh mempengaruhi tekanan darah, termasuk:

  • Kandungan air dan garam di dalam badan
  • Keadaan buah pinggang, sistem saraf atau saluran darah
  • Tahap hormon badan yang berbezaRisiko tekanan darah tinggi meningkat sekiranya:
  • Obes
  • Sering tertekan atau cemas
  • Minum alkohol terlalu banyak
  • Mengambil terlalu banyak garam dalam diet
  • Keluarga mempunyai sejarah kes tekanan darah tinggi
  • Menghidap diabetes
  • MerokokPilihan rawatanBeberapa jenis rawatan diguna untuk merawat tekanan darah tinggi, termasuk:
  • Angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors
  • Angiotensin receptor blocker
  • Diuretik
  • Beta-blockers
  • Calcium channel blockers
  • Alpha-blockers
  • Alpha-agonists
  • Renin inhibitors
  • Gabungan ubatanRawatan tanpa ubatan ialah dengan mengubah gaya hidup terutamanya mengurangkan pengambilan garam, mengurangkan berat badan berlebihan memenerusi diet, mengurangkan pengambilan gula/karbohidrat, lemak dan makanan berkalori tinggi dan senaman.Selain itu, hentikan tabiat merokok agar tahap kesihatan meningkat secara menyeluruh, kurangkan stres dengan mengawal puncanya, bersenam dan uruskan masa dengan bijak.Diuretik sering disyorkan sebagai terapi utama bagi kebanyakan pengidap hipertensi.

    Bagaimanapun, rawatan selain diuretik mungkin ditetapkan sebagai terapi pertama jika pesakit mempunyai masalah perubatan tertentu.

    Sebagai contoh, perencat ACE sering menjadi pilihan untuk pesakit diabetes.
    Jika satu daripada ubat tidak berkesan atau tidak dipersetujui, jenis ubat lain boleh didapati.

    Jika bacaan tekanan darah 20/10 mata lebih tinggi daripada sepatutnya, doktor mungkin mempertimbangkan untuk memulakan rawatan dengan dua ubat atau gabungan ubat.

    Gabungan terapi

    Garis panduan hipertensi mengesyorkan penggunaan ubat gabungan yang mempunyai mekanisme pelengkap tindakan berkesan mencapai matlamat tekanan darah.

    Tekanan darah sering tidak dapat dikawal oleh rawatan dengan agen antihipertensi tunggal.

    Terapi kombinasi umumnya menghasilkan pengurangan tekanan darah yang lebih besar dan boleh mencapai kawalan dalam melebihi 75 peratus.

    Pfizer Malaysia melancarkan rawatan baru untuk hipertensi iaitu kombinasi ubatan terapi daripada dua bahan aktif untuk memerangi penyakit itu.

    Gabungan Amlodipine Besylate dan Olmesartan Medoxomil menyumbang kepada kecekapan dan keberkesanan terapi hipertensi untuk menurunkan tekanan darah dalam lapan minggu berbanding monoterapi.

Tahniah my Associate mencipta nama di Great Eastern Takaful Sdn Bhd.

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah kini langkah saya telah di ikuti oleh  Tahniah kepada Ustaq Musyrif, Walaupun masih baru didalah industri ini bukanlah alasan untuk kita tidak boleh buat dan berjaya.

Yang pasti perjalanan kena tetap diteruskan, Masih banyak bangsa kita yang perlu dibantu. anggallah ini satu jihad kecil daripada kita. Niat yang baik akan memberikan hasil yang baik. InsyaAllah..

Kepada mereka yang di luar sana berminat bersama-sama saya menjadi perunding Takaful di Great Eastern Takaful Sdn Bhd bolehlah menghubungi saya atau menghubungi rakan rakan saya.

Pilihlah mereka yang berada di tempat anda.

Rangkaian An-Nur Group under Razman Agency

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Aku dan Takaful..

Assalamualaikum semua..

Untuk artikal kali ini saya ingin berkongsi pengalaman saya sendiri, AKU DAN TAKAFUL..

Sebenarnya saya terlibat di dalam industri ini secara tidak sengaja. Kalau nak cerita bagaimana permulaannya, agak segan sebenarnya. Senang kata bukan senang orang MLM nak join bidang takaful ni.. Jika anda seorang agent takaful yang ingin mengajak rakan MLM menyertai takaful sebagai perunding mesti ada pengalaman ini. Orang MLM otak dia dah kena basuh kaw – kaw. Oleh sebab itu kebiasaannya dia orang akan tutup telinga bila nak agak menjadi agent ni. Buat pekak jer.. lagi sakit hati, nampak macam ok bila follow up call tak angkat.. hehehe (itu adalah saya dulu hahahaha)

Almaklumlah saya agak lama dalam industri MLM hampir 7 tahun. Jadi perasaan ego tu ada.  Bila berpeluang berjumpa dengan GAM Annuar Rohaini (Group Agency Manager) saya bertanyalah perjalanan industri ini macam mana, lebih-lebih lagi step-step (beserta % dan overiding) yang perlu saya tempuh untuk mencapai tahap tertinggi. Ternyata apa yang saya fikirkan sebelum ini jauh sangat berbeza (rupanya saya kena tipu dengan leader MLM saya dulu). Hampeh..

Sebenarnya bidang dan kerjaya ini sangat hebat. Saya bersyukur kepada Allah kerana menemukan kerjaya ini. Kini saya gembira dengan apa yang lakukan. yang pastinya bukan kekayaan dunia sahaja yang kita perolehi malah lebih penting lagi adalah kekayaan yang hakiki di alam terakhir kita nanti.

Di dalam industri ini kita adalah mujahid,  kerana kita membela nasib balu-balu dan anak-anak yatim.

Disamping pendapatan yang berterusan yang kita perolehi, perkara yang lebih besar lagi adalam kita dapat memberikan sinar kepada orang lain. Indahnya industri ini sukar untuk saya gambarkan. Patutlah dahulu semasa saya menyertai MLM susah benar ingin mengajak orang insuran/takaful untuk menyertai saya. Rupa-rupanya industri 100 kali ganda lebih baik dari MLM.  Banyak faktor yang menyebabkan saya berkata begitu.

Disini saya ingin menengaskan bukannya MLM tak bagus, kerana masih ada yang berjaya disana. Dan kebanyakan orang MLM tidak mahu menyertai menjadi agent takaful kerana mereka tak sabar dan mahukan hasil yang cepat seperti MLM.

Contoh yang sesuai saya ingin berikan ialah seperti kita ingin ketingkat 10 ke sesuatu banggunan, mereka lebih suka menggunakan lif, agar segera sampai tak ramai yang mahu menggunakan tangga. kerana menggunakan tangga penat dan lambat. Mereka tak sedar menggunakan lif berisiko, kerana kalau rosak akan terus jatuh ke tingkat bawah. Berbeza jika mereka menggunakan tangga. Walaupun lambat ianya selamat, katakan dia dah berada di tinggkat 10 kalau terjatuh pun ke tingkat 9 1/2. kalau jatuh lagi pun ke tingkat 9.  sebab tangga ziz zek. hahhaha.

Kenapa saya bagi contoh lif.? MLM sekarang akan suruh orang keluar modal besar terus untuk beli pangkat, tu senario MLM sekarang. memang bulan tu letup. lepas tu habis. Base client takder.. so macam mana nak kekal… Betul tak?..

Kepada yang terasa saya minta maaf.. tapi Renung-renungkanlah..

Jom sertai saya di Great Eastern Takaful An-Nur Group (Razman Agency)

Assalamualaikum semua..

Saya sedang mencari Rakan-rakan untuk membina kerjaya di Great Eastern Takaful bersama-sama dengan saya.

Banyak keistemewaan dah kelebihan yang akan saya berikan (takleh citer kat sini, nanti orang lain tiru). Pastinya keistemewaan dan kelebihan itu selari dengan apa yang ingin anda capai.

Stratergi dan kaedah yang menarik berbeza dengan yang lain. Praktikal dan releven serta mampu capai.

Sila hantarkan resume anda.. atau anda boleh terus menghubungi saya untuk temujanji Razman 019-2699436

Ole Ole Jakarta Free Trip

Assalamualaikum semua..

Di kesempatan ini saya ingin ucapkan tahniah dan syabas kepada Puan Masrinie Binti Salim kerana menjadi qualifier pertama dan tunggal untuk bahagian selatan (sehingga 29/10/2012). Walaupun masih baru di dalam industri ini beliau telah membuktikan bahawa trip ini sememangnya mudah untuk dicapai. Kini kita masih berpeluang jika ingin turut serta mendapatkan free trip ini, kerana tarikh tutup adalah pada 15/12/2012..

Tahniah dan syabas juga buat Puan Rafidah binti Add Ghani, qualifier kedua untuk team saya. Walaupun masih baru dan merupakan seorang suri rumah bukanlah alasan untuk kita tidak berjaya..

Seronok bila dapat trip free.. Kita hanya menjalankan kerja macam biasa.. imbuhan tersebut datang sendiri…

Untuk keterangan lebih lanjut..

Sila hubungi saya Rosazaman Sarifdin

019-2699436

i Great Teras, Great Eastern Takaful

Great Eastern Takaful telah melancarkan Produk Takaful Term terbaru hari ini, iaitu i-Great Teras. Apa yang istimewa dengan i-Great Teras adalah sumbangan bulanan serendah dari RM25 sebulan untuk melindungi Death dan Permanent Total Disablement. Selain daripada itu, khairat kematian sebanyak RM2,000 juga akan dibayar atas kematian orang yang dilindungi.

i-Great Teras adalah satu produk untuk melindungi setiap orang Muslim dengan tagline everyone can be protected. Jadi, tiada alasan lagi tidak mampu untuk memiliki produk Takaful, terutamanya bagi Ketua Keluarga yang sememangnya wajib meninggalkan nafkah untuk anak isteri selama setahun selepas pemergian tidak kembali ke dunia ini.

Dalam Surah Al-Baqarah, Ayat 240, Allah berfirman:

“Dan orang-orang yang akan meninggal dunia di antara kamu dan meninggalkan istri, hendaklah berwasiat untuk istri-istrinya, (yaitu) diberi nafkah hingga setahun lamanya dan tidak disuruh pindah (dari rumahnya). Akan tetapi jika mereka pindah (sendiri), maka tidak ada dosa bagimu (wali atau waris dari yang meninggal) membiarkan mereka berbuat yang ma’ruf terhadap diri mereka. Dan Allah Mahaperkasa lagi Mahabijaksana.” (Al-Baqarah: 240)

Selain daripada itu, dengan adanya i-Great Teras, kami berharap waris tidak lagi dibebani oleh Hutang yang ditinggalkan oleh si mati.
Abu Hurairah menuturkan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jiwa (roh) seseorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hingga hutangnya dilunasi”. (riwayat At-Tarmidzi, Ibn Majah, dan Al-Baihaqi)

Abu Said r.a. berkata: Telah dibawa kepada Rasulullah SAW jenazah untuk disembahyangkan, lalu baginda bertanya: “Adakah mayat ini masih menanggung hutang?” Sahabat menjawab: “Ya, Rasulullah”.
Baginda bertanya: “Adakah ia ada meninggalkan harta kekayaan untuk membayarnya?” Jawab sahabat: “Tidak”. Lalu baginda bersabda: “Sembahyanglah kamu pada kawanmu itu”. Baginda sendiri tidak turut serta menyembahyangkannya.

Kemudian Ali bin Abi Talib berkata: “Wahai Rasulullah, biarlah saya yang membayar hutangnya”. Sesudah itu baginda segera maju untuk menyembahyangkan jenazah sambil berkata kepada Ali: “Semoga Allah membebaskan tanggunganmu (dirimu) daripada api neraka, sebagaimana kamu telah membebaskan tanggungan saudaramu yang Muslim itu. Tidaklah seorang Muslim yang membayar hutang saudaranya melainkan Allah akan membebaskan tanggungannya (dirinya) daripada api neraka pada hari kiamat kelak”. (riwayat At-Tabrani)

Said ibn al-Athwa mengisahkan: “Ayah kami meninggal dunia dengan meninggalkan 300 dirham, juga keluarga dan hutang. Aku ingin memberikan nafkah kepada keluarganya”, lalu Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya ayahmu tertahan oleh hutangnya (rohnya tertahan). Oleh kerena itu bayarlah hutangnya itu”. (riwayat Ahmad)
Inilah di antara hadis-hadis Rasulullah SAW yang memberi peringatan kepada mereka yang berhutang sedang bertemu ajal sebelum melangsaikan hutang semasa hidup.

Jelas sekali dalam hadis-hadis baginda, bahawa mereka yang berhutang terpaksa berhadapan dengan hukuman roh yang tidak diterima untuk mendapat balasan.

Sebenarnya, keadaan sebegini adalah sangat rumit kerana roh sepatutnya berada di alam barzakh bagi menemui nasib sama ada baik atau buruk. Tanpa mengetahui nasib tempat persinggahan adalah azab.

Berkaitan dengan soalan anda, saudara juga akan berhadapan dengan keadaan yang sama sekiranya saudara gagal melangsaikan hutang kepada mereka yang saudara berhutang walaupun hutang itu saudara beroleh daripada ayah sendiri, melainkan hutang itu dihalalkan.

Hutang tetap atas leher orang yang berhutang selagi mana ia tidak dihalalkan. Dalam keadaan sekarang saudara perlu melangsaikan hutang tersebut kepada waris terdekat iaitu bonda saudara, sekiranya bonda juga telah sudah tiada, bayaran itu kepada adik-beradik yang belum baligh, kerana mereka bergelar yatim.

Jika adik-beradik semuanya dewasa, maka duit hutang digunakan bagi melangsai hutang ayah jika ada. Sekiranya semua keadaan itu tidak wujud maka duit hutang dimasukkan dalam harta pusaka untuk diagihkan kepada secara faraid.

Justeru, Islam amat menitikberatkan persoalan memberi, menerima dan membayar semula hutang kerana ia melibatkan hubungan sesama manusia ketika hidup di dunia hingga ke akhirat kelak.

Seseorang yang berhutang wajib menjelaskan segala hutangnya, dan sekiranya ia meninggal dunia sebelum sempat menyelesaikan hutangnya maka tanggungjawab untuk membayar hutang tersebut adalah ke atas warisnya.

Semua hutang sama ada melibatkan orang perseorangan, pihak bank dan sebagainya hendaklah dibayar tanpa mengira jumlahnya yang sedikit ataupun banyak.

Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang siapa yang berhutang, kemudian ia berniat tidak akan membayar hutangnya, lalu ia mati, maka Allah akan bertanya pada hari kiamat: Apakah kamu mengira bahawa Aku tidak akan menuntut hak hamba-Ku? Maka diambil amal kebajikan orang itu dan diberikan kepada orang yang memberi hutang dan jika orang yang berhutang tidak mempunyai amal kebajikan, maka segala dosa orang yang memberi hutang itu, diberikan kepada orang yang berhutang”.

buatkan saya quotation