lengkapkan MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful )anda

Assalamualaikum..

Pada sahabat-sahabat dan pemilik-pemilik rumah di luar sana. Tahniah kepada anda kerana telah dapat menyediakan kediaman kepada keluarga @ tanggungan anda..

Dan..

Pastinya rumah anda itu di lindungi oleh pelindungan “Mortgage Reducing Term Assurance/Takaful” MRTA lebih glamor dengan panggilan “Mati Rumah Tetap Ada”.

Tahukah Anda..??

Banyak MRTA/MRTT yang tidak lengkap.. Bermakna jika sesuatu berlaku kepada anda.. Belum pastinya rumah tersebut menjadi milik anda… malah pewaris anda masih dan perlu meneruskan bayaran bulanan anda seperti biasa.

Contoh:

Si A bekerja sebagai Pengurus, seorang bapa kepada 3 orang anak dan sangat prihatin serta sangat sayangkan keluarganya. Isterinya menjadi suri rumah sepenuh masa. Oleh sebab itu dia telah bekerja keras untuk memastikan keluarganya memiliki kehidupan yang selesa dan membeli rumah Double story dan kereta Grand Livina.(keluarga beso dan gaji besola katakan)

Satu hari dia diserang Strok menyebabkan dia lumpuh separuh badan. Apakah nasib keluarga ini?

-rumah…kereta…pendapatan keluarga… renungkan..

Tahukah Anda??

MRTA/MRTT tidak akan melindungi anda daripada penyakit. Melainkan anda menambah manfaat tersebut. TETAPI jumlah bayaran yang perlu anda tambah adalah mahal.

Penyelesaianya..

Di Takaful Great Eastern kami menawarkan  Plan Cancelation Loan 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi saya.. Pastinya anda boleh menarik nafas panjang selepas ini…

Rosazaman Bin Sarifdin

Takaful GE

0132626876

Ubah sikap, bersemangat, petua lebih ceria walaupun jiwa bergelora

Assalamualaikum..

Adakalanya kita rasa terlalu tertekan atau rendah diri apabila tersaiko dengan rakan2 yang berjaya dan bersemangat?

Sekiranya anda Agent/perancangan kewangan Takaful pastinya rasa malu jika gagal untuk menerangkan kepentingan Takaful/insuran kepada orang yang sepatutnya.

Kita mungkin kurang bersemangat apabila kenalan/prospek kita sudah memiliki polisi atau cuba membanding-bandingkan atau memberikan tanggapan yang buruk.

Ketika berdepan situasi sedemikian, apa perlu dilakukan?
Cuba ubah sikap supaya diri lebih bersemangat, ceria lagi bertenaga. Berikut mungkin petua yang boleh digunakan bagi menjadikan diri lebih gembira dan ceria walau di mana jua berada, di samping terpaksa menonjolkan sikap selamba walaupun di hati sedang ‘bergelora’.

  • Niat di hati. Katakan pada diri sendiri, “Aku mahu jadi ceria, aku memang seorang yang bersemangat!”
  • Ubah pernafasan. Tarik nafas dalam-dalam, tahan dalam kiraan tujuh saat, kemudian hembus perlahan-lahan dalam kiraan tujuh saat. Lakukan ketika berdiri. Ulang lima hingga tujuh kali untuk kesan maksimum.
  • Ubah postur badan dan gaya berjalan. Tegakkan badan, jangan bongkok dan melangkah dengan penuh keyakinan, biar nampak bertenaga.
  • Menyanyi kecil. Menyanyi boleh mengubah diri kita terutama lagu yang disukai. Elak menyanyi lagu sedih sebab ia mengubah suasana dan peribadi diri yang boleh menyebabkan diri bertukar sedih. Jangan terlalu mengikut perasaan.
  • Banyakkan istighfar dan zikir. Apabila berada dalam keadaan tertekan yang keterlaluan, tentu ada rasa marah kecil di dalam hati kerana tidak puas hati lalu emosi menjadi bercelaru dan kurang bersemangat.Untuk menghilangkan marah, cuci hati dengan beristighfar. Lebih berkesan lagi jika sebelum itu, anda mengambil wuduk. Istighfar sebanyak mungkin, sehingga kesannya meresap masuk ke sanubari sejauh yang mungkin, semakin dalam sehingga diri benar-benar terasa damai.Selepas itu, bersyukur atas apa yang diperolehi pada hari dan saat itu. Misalnya, bersyukur kerana mempunyai prospek daripada datang melepak sahaja.. Kira anda lagi hebat la..Amalan sentiasa bersyukur mengubah jiwa menjadi lebih tenang lantas menjadi lebih bersemangat. 

Petua berikut boleh digunakan untuk memotivasikan diri:

  • 1. Ucapkan kata positif supaya ia menerbitkan getaran positif dari minda. Jika boleh, beri semangat pada diri setiap pagi, setiap hari dan setiap saat kita bernafas.
  • 2. Baca artikel motivasi pendek yang merangsang pemikiran supaya gelombang minda bertukar menjadi lebih positif.Dengar ceramah motivasi menggunakan alat MP3, telefon bimbit dan seumpamanya. Pada waktu pagi, lazimnya banyak gelombang negatif yang bersimpang-siur daripada orang keliling. 2 Keadaan jalan yang sesak, berita keganasan dan cerita politik banyak menerbitkan getaran negatif yang sangat kuat.
  • 3. Saat menyedari diri mula berfikiran negatif, latih diri untuk beristighfar kerana ia dapat mencuci kekotoran yang terbit dari dalam hati.Perkataan yang dibaca, dilihat dan didengar menerbitkan getaran tenaga minda yang berbeza.
  • 4. Apabila perkataan negatif, tenaga yang terbit juga menjadi negatif. Kemudian ia mempengaruhi diri supaya bertukar menjadi negatif. Kesannya, motivasi diri menurun, tidak bersemangat, lemah, longlai, malas, asyik bertangguh bahkan lebih buruk, kurang inspirasi untuk meneruskan hidup.
  • 5. Hanya ada satu jenis gelombang menguasai minda sama ada positif atau negatif. Perkataan yang dibaca, diucap dan didengari mempengaruhi gelombang minda ini.Jadi, untuk memastikan diri sentiasa bersemangat dan bermotivasi, dekatkan diri dengan perkataan positif dan baik, sekerap mungkin. Ini bagi membolehkan tenaga yang terbit adalah positif dan kesannya, diri menjadi positif sepanjang hari.

Selamat beramal

Rosazaman Sarifdin

Takaful GE

0192699436

Cabaran makin deras

Assalamualaikum..

Hari ini ada berita menarik minat saya.. buka-buka i-greatpartner.com.my ni yang terkeluar…

Alhamdulillah saya dapat top 5 dalam Malaysia untuk Takaful Great Eastern pada bulan 4 ni. TETAPI ada juga yang buat saya berduka.. Kenapa NO 1 & 2 bukan bumiputra.. Manalah perginya orang kita ni??

Ke orang bumiputra kita lagi prefer ambil dengan orang bukan bumiputra?..

Apa apa pun terima kasih kepada yang sentiasa menyokong kerjaya saya..

Razman

Takaful GE

013-2626876

Orang Melayu dengan ilmu “KEBAL”

Assalamualaikum..

Semalam saya telah attend satu seminar di The Zon Hotel, banyak info yang telah saya perolehi antaranya maklumat yang menarik adalah stastik pemegang polisi..

Mungkin  kita masih kurang sedar @ buat-buat tak sedar. untuk pengetahuan anda…

Jepun 600%

Pemegang polisi di Jepun adalah paling tinggi dengan anggaran setiap orang memiliki 6 polisi..

Singapura 138%

Tidak kurang hebatnya kesedaran di kalangan penduduk Singapura kerana setiap orang memiliki polisi..

Malaysia 46%

Tetapi malangnya penduduk Malaysia kurang daripada separuh yang memiliki polisi. Daripada 46% tersebut sebenarnya hanya 19% yang memiliki polisi lebih daripada satu. Ini ber erti hanya 27% sahaja penduduk Malaysia yang memiliki polisi insuran. Dan seramai-ramai orang Melayu hanya 9% yang memiliki polisi.. satu angka yang amat membimbangkan..

Renungan Bersama..

Adakah orang melayu ada ilmu kebal?? Takkan terusik jika terlibat dengan sebarang kemalangan??

Belum masuk dengan penyakit.. Adakah anda pasti yang anda takkan di kunjungi sebarang penyakit?

Renung-renungkanlah..

Rosazaman Bin Sarifdin

Takaful GE

0192699436

Apa yang harus anda lakukan?…

Setelah bertungkus lumus belajar selama 4 tahun di universiti, kini segulung ijazah telah menjadi milik anda. Apakah seterusnya? Ya, mencari kerja. Itulah kitaran biasa kehidupan.Tidak semua graduan bernasib baik dalam mencari kerja idaman dalam masa singkat. Ada yang cepat mendapat kerja dan ada juga yang terpaksa bersabar berbulan-bulan lamanya sebelum dapat memulakan karier. Apabila telah di terima bekerja, apakah perkara2 yang perlu untuk di ambil kira bagi memulakan satu kehidupan baru yang meyakinkan?

1) Tempat tinggal:

Anda mungkin tinggal menyewa atau masih bersama keluarga. Kalau menyewa semestinya bayaran sewa rumah menjadi satu issue yang harus diambil kira selain dari lokasi. Untuk ini, tips yang saya ingin saya beri ialah, seboleh-bolehnya biarlah lokasinya berdekatan dengan tempat kerja. Walaupun mungkin boleh jadi sewa rumah agak sedikit mahal, tapi amat berbaloi untuk emosi dan masa anda. Anda tidak perlu bangun awal dan terkejar ke tempat kerja yang jauh dari rumah. Tak perlu terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang teruk dan yang penting anda tidak membuang masa anda di atas jalan raya yang membosankan untuk jangka waktu yang lama. Anda tidak akan terasa hakikat ini dalam jangka waktu yang singkat akan dalam jangka waktu yang lama anda pasti merasakannya.Routine harian yang sama amat membosankan!!

2) Kenderaan:

Amat penting untuk ke tempat kerja. Bagi yang baru bekerja saya sarankan jika anda ingin membeli kereta pertama biarlah berpatutan dengan pendapatan anda. Melainkan anda telah membuat saving sejak waktu belajar dahulu, anda mungkin ingin memikirkan untuk membeli kereta terpakai (2nd-hand) yang pada saya tidaklah seburuk yang diperkatakan. Kebanyakkan berpendapat, kereta 2nd hand cepat rosaklah, takut kena service selalulah. Sebenarnya tidak begitu. Apa yang penting sekarang ini adalah untuk kita mengawal financial kita untuk terus survive di peringkat awal memulakan pekerjaan. Di mana rata2 ramai yang gagal berbuat demikian. Kecuali jika anda memulakan pekerjaan dengan gaji 5k.

3)Insurance/Takaful/medical card:

Pada saya perlindungan ini amat penting dan sangat2 perlu dipertimbangkan.Kita akan terdedah kepada bahaya di jalan raya. Selain itu untuk membantu diri kita disaat berlaku masalah kesihatan atau kemalangan mengejut dan kita tidak perlu bimbang mengenai bil-bil rawatan. Ramai yang masih tidak menyedari hakikat ini. Mereka memandang takaful atau insurance ini sebagai ‘rugi’ jika tidak digunakan. Pada saya insurance atau takaful ini ada sesuatu pembelian yang unik di mana kita tidak mengharapkan langung untuk menggunakannya. Bermakna, kita sentiasa sihat. Bukankah itu lebih baik daripada penatkan kepala memikirkan kerugian akibat kita tidak melakukan claim? Sesungguhnya takaful itu harus dibeli sewaktu muda di kala sihat. Kita akan nampak faedahnya apabila kita terlibat dalam kemalangan atau apa penyakit kritikal dan masalah kesihatan. Bayangkan anda terlibat dalam kemalangan, kereta anda yang dilindungi insuran dapat dibaiki di bengkel sedangkan anda yang cedera atau parah tidak dapat rawatan segera ‘kelas pertama’ kerana tidak bole memberi jaminan bayanran bil hospital. Semestinya company tempat anda bekerja ada memberi faedah perubatan kepada pekerjanya, namum hanya pada certain amount. Ada yang besar jumlahnya dan ada yang sedikit. Dengan itu, Jadikan perbelanjaan insuran diri sebagai sebahagian dari perbelanjaan bulanan anda. Sayangi diri anda. Pay yourself. Jadi fikir-fikirkan lah.

4)Financial:

Financial di sini bermaksud; ‘income vs expenses’. Berapa banyak yang patut kita berbelanja sebulan adalah bergantung kepada aliran wang masuk dan bukan untuk memenuhi kehendak. Kesimpulannnya, kehendak semasa adalah mengikut kemampuan semasa.Jangan overspend. Kebiasaannya, di awal alam pekerjaan, sumber pendapatan utama adalah duit gaji bulanan itu sendiri. Rata2 bermula denga RM 2500 secara puratanya. Apakah pecahan untuk nilai tersebut? Mari kita congak2. Berikut adalah perbelanjaan biasa yang perlu dipertimbangkan bagi yang baru memulakan pekerjaan:

1) kenderaan : RM500
2) Sewa rumah : RM200
3) Petrol : RM 200
4) Bayaran pelajaran: RM100
5) Bagi Parent : RM 200
6) Insuran/takaful/medic card: RM 170
7) Telco+internet : RM 100
8) Foods : RM 250
9) Leisure : RM 150
10)Tol : RM 80
11) Saving : RM 250
12) investment : RM 150
13) baki/MISC/emergency : RM 150

kesemua expenses di atas adalah secara minimum dan bergantung kepada individu dan keadaan.Mungkin ada yang kurang lebih untuk setiap items yang di nyatakan.Idea di sini adalah untuk menunjukkan dengan nilai RM2500 per month, perbelanjaan adalah ‘tight’ apa akan jadi sekiranya harga kereta lebih mahal , atau sewa rumah melebihi jumlah yang tertera di atas, mungkin juga perbelanjaan petrol bertambah? Jika keadaan ini berlaku, bermakna terdapat perbelanjaan2 lain yang terpaksa dipotong atau dikurangkan dan selalunya saving dan investment lah yang akan menjadi mangsa.

Apa pula keadaannya jika pendapatan bulanan kurang dari RM2500 seperti yang dibincangkan? Semestinya peratusan perbelanjaan terpaksa dikurangkan. Kesimpulannya, kawallah perbelanjaan anda dari awal, jangan banyak buat hutang diawal memulakan pekerjaan, stabilkan kewangan anda dan rancanglah perbelanjaan anda. Berbelanjalah mengikut kemampuan dan bukan mengikut suka hati.

Rosazaman Sarifdin

Takaful GE

0192699436

penyakit kritikal dan kemalangan???

Assalamualaikum..

Apa khabar anda semua pemegang2 polisi atau bakal pemegang polisi..

Ada isu yang ingin saya kongsikan dengan anda.. semuanya saya perolehi daripada maklum balas orang ramai semasa saya melakukan open booth di TESCO Sri Alam pada 2 dan 3hb April 2011 (semalam). antaranya…

“harap jer ada insuran, tapi bila kena penyakit kritikal tak dapat nak claim. Sedangkan masuk pelindungan penyakit kritikal”

Jawapan saya,

Abang kena paham sebenarnya apakah pelindungan/manfaat yang di ambil dan yang paling penting bilakah ia dapat dilindungi. Untuk pampasan penyakit kritikal hanya dapat di perolehi bila berada di tahap 4 sahaja, semua ini ada tertulis pada buku polisi. Mungkin salah agent juga tak terangkan dengan jelas perkara ini.

Disini kelebihan kami (TAKAFUL GE) yang mana manfaat penyakit kritikal dapat diperolehi pada tahap awal. Satu satunya pengendali takaful yang ada manfaat ini.

“insuran tipulah, kawan saya kemalangan tangan patah tak dapat duit sesen pun”

Jawapan saya,

Abang, betul takkan dapat duit jika insuran yang di ambil itu adalah PA (pesonal accdient). Manfaat hanya diperolehi jika berlaku kematian akibat kemalangan sahaja. Kematian biasa pun takkan dapat..

Melainkan kawan abang ambil plan lain selain PA dan di tambah dengan manfaat kemalangan keseluruhan, dia akan dapat manfaat tersebut mengikut % bahagian yang patah.

Ada banyak lagi soalan2 yang diajukan.. patutlah orang kita fobia dengan insuran in.. salah faham rupanya.

maklumat lanjut:

Rosazaman Sarifdin

takaful ge

019-2699436