Lunch Bersama barisan pimpinan terhebat Great Eastern Takaful (GET) JB

Assalamualaikum

Alhamdulillah, Hari ini berkesempatan lunch di Grand Paragon Hotel bersama barisan pimpinan terhebat Great Eastern Takaful  (GETSB) , GSM-GSM dan USM-USM untuk area JB sebelum nak naik ke KL.

Dapatla ambil aura-aura orang hebat tadi.. Rasa kecil pula diri ini walaupun badan jer yang besar.. Apa-apa pun terima kasih diatas perlawaan tersebut.

makan2antara top2 USM.dan juga akak yang banyak membantu di agency department.Bukan senang nak dapat peluang mcm ni.. Heheheh

Untuk sertai kami sebagai perunding Takaful hubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager (USM)
019-2699436

bersama orang hebat dalam industri Insuran Dr Rizal Naidu.

Assalamualaikum..

Jika anda berada di dalam industri Insuran pastinya nama Dr Rizal Naidu tidak asing lagi. Dia di gelar mahaguru di dalam insuran. Buku beliau mendapat sambutan yang sangat luar biasa. Oleh itu tidak mustahil jika buka itu diterjemahkan di dalam 13 bahasa. Bukan sahaja dikenali di Malaysia malah turut di luar Malaysia.

buku power closingIdea beliau sangat menarik dah bersesuaian dengan bangsa kita. Mudah difahami dan ringkas dan padat dengan maknya yang mendalam.

Pada 2/3/2013 saya berkesempatan minum petang bersama insan hebat ini (39 tahun berada di dalam industri). Lebih 3 jam kami berborak, banyak tips yang diturunkan.

Dr Rizal NaiduHehehe bukan senang nak dapat peluang macam ni.

Untuk dapatkan ilmu tersebut saya boleh kongsikan. In Shaa Allah..

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
019-2699436

Fahami apakah Plan Insuran atau Takaful yang anda ambil

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya Rosazaman dari Great Eastern Takaful ingin kongsikan sesuatu yang saya rasa sangat penting. Ianya berkenaan Plan perlindungan yang kita ambil.

Kebanyakan orang tak ambil kisah perkara ini, asalkan bagi mereka cukup sekadar ada polisi atau certificate  Insuran atau Takaful itu dah kira bagus. Masalah yang berlaku adalah apabila hendak melakukan tuntutan. Pada waktu itu kita gagal mendapatkan sebarang pampasan. Mulalah si waris mengamuk angin satu badan. Ini di sebabkan oleh salah faham berkenaan dengan plan yang si mati ambil.

Berikut adalah contoh tuntutan yang tidak dapat dilakukan sama sekali. Cuba anda teliti gambar ini.

cover besar tu 300,000

Jika di lihat pada pampasan kematian (akibat kemalangan ) sehingga RM300,000. Ramai yang berpendapat adanya plan seperti ini jika berlaku kematian waris akan dapat RM300,000.

Jawapannya YA akan dapat jika kematian disebabkan dengan kemalangan. Tetapi jika selain daripada itu sebarang pampasan tidak akan di perolehi. Sila lihat sijil kematian  di bawah ini.

sijil kematian menyatakan punca kematian akibat penyakit Oleh itu anda kena fahami apakah sebenarnya manfaat yang anda ambil. Jangan terpengaruh semata-mata dengan bayaran yang murah dengan perlindungan yang besar.

Saya berharap perkongsian ini dapat membuka mata anda. Terima kasih.

Untuk keterangan berkenaan plan yang ditawarkan oleh Great Eastern Takaful, Anda boleh menghubungi saya di

buatkan saya quotation

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful Sdn Bhd
019-2699436
 

Top Qualifier Quarter 2 2012.

Assalamualaikum dan selamat penghulu segala hari.

Alhamdulillah hari ini semasa morning meeting saya terkejut apabila melihat kepada buku GREAT EASTERN Agent Newsletter jul-sept 2012 Velocity yang di keluarkan pada hujung Feb 2013 ada muka saya..

top qualifierSungguh tidak di sangka-sangka saya merupakan Top Qualifier Recuiter untuk Quater 2 pada tahun 2012. TQ Allah. dan lebih bersyukur semua agent tersebut merupakan QIA (Quality Intriducer Agent)  yang membuat minimum kutipan sumbangan takaful RM12,000).

dapat RM2,000 dari syarikat tu Pastinya tiada yang mustahil jika betul-betul mahu..

Untuk keterangan lanjut mengenai Great Eastern Takaful samaada produk ataupun kerjaya? anda bolehlah menghubungi saya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful Sdn Bhd
019-2699436

Pentingnya Takaful.. Kenali risiko anda..

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin kongsikan satu perkhabaran sedih yang telah berlaku kepada sahabat sepengajian saya di UPM, saudara Aizudin kini seorang cikgu atau nama glamornya di KMR (kolej Mohamad Rashid) Skodeng. Semalam beliau terlibat dengan kemalangan, patah rahang.

Beliau tinggal di Bangi dan mengajar di Klang, (lebih kurang 45 minit kalau naik motor, kalau naik kereta lebih lagi). Saya pun terkejut jauhnya perjalanan. Apa yang saya lihat risiko yang yang boleh berlaku terhadapnya agak tinggi. Walaupun dia kata insyaAllah tiada apa sebab dah hampir 3 tahun dia berulang alik.

Yap saya setuju, Tetapi pepatah melayu ada menyebut “Malang Tidak Berbau” Atas kesedaran itu beliau mengambil satu plan dengan saya. Cuma apa yang saya agak terkilan sekarang ni, sebelum ni cover untuk kemalangannya yang saya berikan agak tinggi, tetapi beliau meminta saya menurunkannya kerana ingin mengurangkan sumbangan. Tak banyak pun RM10 jer. Ralat sungguh saya rasa.

Takkisahlah sekurang-kurangnya ada manfaat tersebut walaupun kecil sedikit, janji ada.

din

Marilah kita sama-sama mendoakan kesemburan sahabat kita ini. Amin…

 

 
buatkan saya quotation
Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

kos pembedahan jantung HANYA RM30,000 sahaja..

Assalamualaikum..

Hanya RM30,000? bunyi macam hanya RM30 atau RM300 sahaja.. Yang banyak duit okeyla bagaimana ada mereka yang tiada sumber kewangan yang kuat?

kos bedah jantogAda seorang hamba Allah berkata kepada saya, Takaful ini hanya untuk orang yang kaya dan berkemampuan. tahu apa jawapan saya?

Tidak, takaful ini sebenarnya untuk orang yang kurang berkemampuan, ini disebabkan dia (orang yang ambik takaful tu) Tak mampu nak sediakan wang yang besar jika sesuatu musibah berlaku. Oleh sebab itu dia mula mengumpul secara bulanan di takaful. kerana itu sahaja kemampuannya.

Dan sebenarnya orang yang taknak ambik takaful ni sebenarnya dia berkemampuan dan bersedia terhadap sebarang kemungkinan. Mungkin dia ada sumber kewangan yang kukuh.

Setuju tak?

Oleh itu. Jika anda rasa anda di ketogori insan yang tak mampu nak sediakan wang yang besar , Takaful adalah pilihan.

buatkan saya quotation

TQ Allah, Masih lagi kekal

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih diberikan kekuatan dan nikmat kesihatan. Tanpa di sangka kerja yang berterusan dan istiqomah membuahkan hasil, Nama saya masih di atas..

Lebih bermakna tahun ni saya di berikan amanah untuk handle goal setting untuk team. Kaedah dan stratergy yang saya gunakan akan saya kongsikan kepada semua. Bagaimana mencapai tahap Agency Manager dalam masa 2 tahun. Kaedah ini berdasarkan daripada pengalaman saya sendiri. Jadi ianya bukan sekadar teori semata-mata.

Jika anda berminat untuk turut sama bersama-sama saya memajukan diri di Great Eastern Takaful anda bolehlah menghubungi saya. 019-2699436

Rosazaman Sarifdin

Penyebab strok, sakit jantung

Oleh NORAINON OTHMAN
norainon@hmetro.com.my
pix_middle

PERIKSA... selalulah berjumpa doktor bagi memastikan tahap tekanan darah anda di tahap selamat.
PERIKSA… selalulah berjumpa doktor bagi memastikan tahap tekanan darah anda di tahap selamat.

GEJALANYA tidak disedari dan mungkin dianggap sakit biasa. Pening, sakit kepala, sesak nafas, penglihatan kabur dan hidung berdarah antara gejala hipertensi atau tekanan darah tinggi.

Ia dilabel pembunuh senyap kerana boleh mengakibatkan beberapa komplikasi yang boleh membawa maut seperti serangan jantung dan strok.

Dianggarkan 4.8 juta individu menghidap hipertensi di Malaysia. Hampir dua pertiga daripada individu yang menghidap hipertensi di Malaysia tidak menyedari mereka ada penyakit itu.

Hipertensi ialah kenaikan tekanan darah dalam arteri atau salur darah yang membawa darah dari jantung untuk dipam ke semua tisu dan organ badan kadar bacaan normal.

Ada dua jenis tekanan darah iaitu sistolik (tekanan darah ketika kontraksi otot jantung / bacaan atas) dan distolik (ketika jantung berehat mengepam / bacaan bawah).

Tekanan darah yang normal ialah bawah 120/80; tekanan darah di antara 120/80 dan 139/89 dipanggil ‘pra-hipertensi’, dan tekanan darah 140/90 ke atas dianggap tinggi.

Emosi mempengaruhi tekanan darah iaitu meningkat ketika perasaan gemuruh, tertekan dan sedih, manakala tekanan darah turun ketika kita dalam keadaan tenang dan santai.

Walaupun ada peningkatan dalam penyediaan rawatan di kalangan mereka yang didiagnosis, kadar kawalan adalah rendah.

Laporan Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) mendedahkan, di kalangan pesakit tekanan darah tinggi diberi rawatan ubatan, hanya 26 peratus daripada mereka mencapai sasaran tekanan darah normal.

Perunding Kardiologi Institut Jantung Negara (IJN), Prof Datuk Dr Azhari Rosman berkata, ada dua bentuk tekanan darah tinggi iaitu primer dan sekunder.

Tekanan darah tinggi primer yang sukar dikenal pasti puncanya membabitkan lebih 90 peratus kes manakala tekanan darah tinggi sekunder yang diketahui puncanya, membabitkan lebih 10 peratus kes.

Pelbagai masalah kesihatan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi sekunder seperti masalah buah pinggang, penyakit salur darah dan gangguan hormon.

Punca, kejadian dan faktor risiko

Banyak faktor boleh mempengaruhi tekanan darah, termasuk:

  • Kandungan air dan garam di dalam badan
  • Keadaan buah pinggang, sistem saraf atau saluran darah
  • Tahap hormon badan yang berbezaRisiko tekanan darah tinggi meningkat sekiranya:
  • Obes
  • Sering tertekan atau cemas
  • Minum alkohol terlalu banyak
  • Mengambil terlalu banyak garam dalam diet
  • Keluarga mempunyai sejarah kes tekanan darah tinggi
  • Menghidap diabetes
  • MerokokPilihan rawatanBeberapa jenis rawatan diguna untuk merawat tekanan darah tinggi, termasuk:
  • Angiotensin converting enzyme (ACE) inhibitors
  • Angiotensin receptor blocker
  • Diuretik
  • Beta-blockers
  • Calcium channel blockers
  • Alpha-blockers
  • Alpha-agonists
  • Renin inhibitors
  • Gabungan ubatanRawatan tanpa ubatan ialah dengan mengubah gaya hidup terutamanya mengurangkan pengambilan garam, mengurangkan berat badan berlebihan memenerusi diet, mengurangkan pengambilan gula/karbohidrat, lemak dan makanan berkalori tinggi dan senaman.Selain itu, hentikan tabiat merokok agar tahap kesihatan meningkat secara menyeluruh, kurangkan stres dengan mengawal puncanya, bersenam dan uruskan masa dengan bijak.Diuretik sering disyorkan sebagai terapi utama bagi kebanyakan pengidap hipertensi.

    Bagaimanapun, rawatan selain diuretik mungkin ditetapkan sebagai terapi pertama jika pesakit mempunyai masalah perubatan tertentu.

    Sebagai contoh, perencat ACE sering menjadi pilihan untuk pesakit diabetes.
    Jika satu daripada ubat tidak berkesan atau tidak dipersetujui, jenis ubat lain boleh didapati.

    Jika bacaan tekanan darah 20/10 mata lebih tinggi daripada sepatutnya, doktor mungkin mempertimbangkan untuk memulakan rawatan dengan dua ubat atau gabungan ubat.

    Gabungan terapi

    Garis panduan hipertensi mengesyorkan penggunaan ubat gabungan yang mempunyai mekanisme pelengkap tindakan berkesan mencapai matlamat tekanan darah.

    Tekanan darah sering tidak dapat dikawal oleh rawatan dengan agen antihipertensi tunggal.

    Terapi kombinasi umumnya menghasilkan pengurangan tekanan darah yang lebih besar dan boleh mencapai kawalan dalam melebihi 75 peratus.

    Pfizer Malaysia melancarkan rawatan baru untuk hipertensi iaitu kombinasi ubatan terapi daripada dua bahan aktif untuk memerangi penyakit itu.

    Gabungan Amlodipine Besylate dan Olmesartan Medoxomil menyumbang kepada kecekapan dan keberkesanan terapi hipertensi untuk menurunkan tekanan darah dalam lapan minggu berbanding monoterapi.