Tahniah Awie Kosnin atas pencapaian terbaru. Kelahiran 637, keluarga baru kami.
Maaf tak dapat nak teman untuk program penyampaian kereta, clash dengan program bersama CEO GETB hari ini.Menyertai kami pada Feb 2021 secara separuh masa, kini dengan yakinnya telah bersama kami secara sepenuh masa pada Sept 2021.
Tiada apa yang mustahil. Dimana ada kemahuan pastinya ada jalan..Semoga terus maju dan berjaya. Yang berminat untuk menyertai kami sebagai perunding takaful. Jangan segan dan malu boleh terus pm kami..Legasi 1 An Nur Group, sedia memberikan latihan dan bimbingan.
Alhamdulillah, mengambil berkat penghulu segala hari,
Hari ini signboard untuk cawangan kami di Segamat, Johor di naikkan. Semoga Legasi 1 An Nur Group terus maju di Segamat Johor.
Cawangan ini akan diterajui oleh Agency Manager 2022 kami Ust Mohamad Ridzuan Baharuddin. Terima kasih kepada semua rakan niaga kami yang banyak membantu.
Alhamdulillah impian bersama untuk memiliki opis di Segamat telah di makbulkan olehNya.Terima kasih juga buat para pelanggan kami, terima kasih atas kepercayaan anda dan memilih kami sebagai perunding takaful anda..Ini Bukanlah pengakhiran sebaliknya permulaan bagi kami.
Alhamdulillah termetrai sudah usahasama di antara Legasi 1 An Nur Group dengan Al Janah Agensi di Kuching Sarawak. Semoga denga usahasama ini akan mengembangkan lagi kumpulan An Nur Group di Borneo..
Terlebih dahulu saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengemudi kumpulan ini. InsyaAllah saya akan bantu dan buat yang terbaik. Semoga kita semua berjaya bersama.
Alhamdulillah pada 5-8/11/2021 mengambil peluang untuk berada di bumi Sarawak. Walau perbagai halangan sebelum ketibaan di sana, ianya tidak sedikit pun mematahkan semangat saya. Perancangan telah dibuat, segala tentatif Jtelah di atur dengan baik. Alhamdulillah setiap masa di penuhi dengan aktiviti bermanfaat yang telah di susun rapi.
Dari sesi suai kenal, ke Personal Coaching, TBOSS sehinggalah ke jamuan makan malam. Semuanya Alhamdulillah berjalan dengan lancar.. Saya yakin, Al Janah Agency mampu buat yang terbaik, dan mempunyai kekuatan tersendiri.
Majlis penutup, makan malam bersama
InsyaAllah pada Jan 2022 ini kita akan berjumpa lagi untuk aktiviti Kick Start. Kita akan melakar sejarah untuk 2022.
Pada bulan ini giliran Legacy 4, An Nur Group untuk menguruskan program ANNUR PRIHATIN #4.
Sasaran penerima pada bulan ini adalah sekitar Johor & melaka serta sasaran seramai 25 orang penerima.
Namun jika kutipan melebihi sasaran kita akan agihkan kepada lebih ramai lagi. In shaa Allah.
Sumbangan boleh bermula dari hari ini sehingga hari terakhir 10 Okt 2021 terus ke: No akaun :501299614879 Nama: saharrudin Bin Sarifdin Ref: annurprihatin4
Jangkaan serahan sumbangan pada 15 @ 16 Okt.
Sama-sama kita menjayakan program ini.
Apabila kita diuji hidup dalam kesusahan, itu sebenarnya adalah sebahagian ujian daripada Allah SWT untuk menilai tahap kesabaran serta reda pada diri kita.
Sekiranya ditakdirkan kita menjadi kaya raya, itu juga salah satu bentuk ujian bagi melihat sama ada kita bersyukur atau kufur atas nikmat itu.
Allah SWT memerintahkan hamba-Nya melakukan sesuatu walaupun dilihat begitu sukar dilakukan pada awalnya namun pasti ada kemanisan pada akhirnya.
Alhamdulillah. Diberikan team yang padu. Tahniah semua warga Legasi 1 An Nur Group.. ini kejayaan kita bersama.
Siapa sangka, sesungguhnya percaturan Allah yang terbaik, Tahun lepas kami mencapai 2 juta pada disember, tahun ini dapat dicapai lebih cepat walau cabaran tahun ini lebih hebat kerana Legasi 1 An Nur Group telah melahirkan Group Manager baru.
Di kesempatan ini saya ingin mempelawa anda yang berminat membina kerjaya dan berjaya bersama kami. InsyaAllah segala ilmu yang ada akan saya berikan. Kita bina empayar business bersama sama..
Alhamdulillah semalam Annur Group telah berjaya melaksanakan program Annur Prihatin 4.0.
Untuk makluman, ini merupakan program ketiga bantuan yang di kelolakan oleh Annur Group. Kali ini, GM Hj Sahir Sarifdin selaku GM Legasi 2 (Annur Great Agency) telah diamanahkan sebagai penyelaras program.
Program kali ini mensasarkan bantuan kepada golongan ibu tunggal, golongan asnaf atau keluarga yang terjejas pendapatan ekoran pandemik covid 19. Sasaran bantuan lebih tertumpu kepada penduduk yang berhampiran.
Sasaran awal bantuan hanya untuk 25 buah keluarga sahaja di sekitar Shah Alam, Semenyih, Kuantan dan Pekan. Alhamdulillah sumbangan yang diterima di kalangan team Annur Group dan juga golongan perseorangan telah membolehkan sumbangan diberikan kepada 42 buah keluarga.
Terima kasih kami ucapkan kepada pemberi sumbangan. Semoga segala amal kebaikan kita diterima oleh Allah.Berikut adalah perkongsian dokumentasi aktiviti semalam. #AnNurGroup#AnnurPrihatin3.0
introducer introducer Legasi 1, anda semua memang hebat. Pada yang berminat untuk mengetahui tentang kerjaya sebagai perunding takaful ini, bolehlah terus menghubungi kami..
Alhamdulillah Selesai sudah program kongsi rezeki untuk bulan ini, sumbangan kali ini berupa air mineral (akan terus dihantar oleh orang kilang sebanyak 84kotak x24) dan makanan ringan.
Menurut tuan Nizam, PKRC pasir gudang sudah lama tidak menerima sumbangan makanan ringan. Jadi mana mana agensi yang berminat bolehlah menghulurkan bantuan..
Terima kasih kepada para penyumbang yang menjayakan program pada kali ini..semoga kalian semua diberikan kesihatan yang baik serta dilimpahkan lagi rezekinya.
Inilah yang saya katakan tadi di FB live https://www.facebook.com/1170135905/videos/423539055631683/ si isteri hubungi saya, suami tercinta telah pergi ke pencipta 3 bulan lalu disebabkan covid 19, hari ini baru beliau berkesempatan untuk membuka hanfon si suami.
Setelah di buka, beliau ada menjumpai wasap si suami bersama salah seorang Ahli An Nur Group, menerangkan tentang hibah dan plan beserta kad perubatan.
Besar harapan beliau, mengharapkan si suami ada mengambil plan bersama kami di Great Eastern Takaful Berhad. Berat hati saya ingin memaklumkan kepadanya. Setelah membuat semakan, si suaminya tiada sebarang sijil di Great Eastern Takaful Berhad.
Dikesempatan ini saya sangat merayu kepada anda semua. Tolong Mohonla segera plan hibah. Taknak ambil dengan saya pun tak mengapa. Carilah agen di luar sana, ada banyak agen. Ingatlah orang yang kita sayang.. mohonlah ikut kemampuan masing masing.
Kematian itu pasti,
Covid itu juga pasti,
Jangan sebab keegoan kita akan memberikan kesan kepada orang yang kita tinggalkan..harap kisah ini dapat memberikan pengajaran kepada kita semua. share la kalau anda rasa sayang dengan orang di sekeliling anda.
Alhamdulilah selesai angkat barang Kami di sambut dengan hujan yang lebat. Allah menurunkan rahmatnya..
Terima kasih kepada para penyumbang untuk program kali ini. 47 keluarga dapat di bantu. Rezeki Allah, Alhamdulillah ada pertamahan lagi 24 keluarga. Yang itu kita akan agihkan pada sesi kedua.
Terima kasih pengerusi majlis kali ini Nor Ashikin Mohamad atas pemilihan tempat sumbangan.
Alhamdulillah, selesai urusan di pejabat peguam hari ini. Pembelian shop lot hasil dari menggunakan 100% statment komisen takaful.
Semuanya bermula dengan impian.. Dream Board 2018 saya. Berani meletakkan sasaran dan berjalan di atas sasaran tersebut. Jangan sesekali mengubah impian, biar anda menangguhkannya jika tidak capai, dan cepat cepatlah ubahla cara dan tindakan yang di ambil.
Impian Dis 2018 nak bawa abah, mak dan isteri mengerjakan umrah. Alhamdulillah dapat di laksanakan pada Dis 2019. InsyaAllah sangat berharap dapat covid ini segera selesai kerana berhajat untuk mengerjakan Ibadah haji pula.
March 2019 berjaya mencapai impian pertama, Ford Mustang. Cuma tetiba nampak cun warna biru. last minit kita tukar warna biru.
Dis 2019 berimpian ingin membuat rumah sewa 4 pintu. Yang ni terpaksa di tangguhkan dan di gantikan dengan beli rumah apartment Jul 2019 dan rumah landed jan 2021. InsyaAllah tetap nak bina rumah sewa ni dan tengah kumpul modal sebab tak nak buat loan.
March 2020 shoplot. disebabkan covid 19 kita tangguhkan juga impian ini. Alhamdulillah ianya dapat dinikmati pada Mei 2021.March 2021 BMW GSA. sebab tak boleh nak ride takder semangat sangat.. Alhamdulillah loan dah lulus.
10 tahun berada dalam industri pelbagai impian yang dapat di nikmati. Di kesempatan ini Saya ingin mengajak anda yang berminat untuk membina serta meralisasikan impian untuk bersama sama dengan kami..Saya akan bongkarkan satu satu persatu caranya..
Tahniah Legasi 1 An Nur Group atas pencapaian ini, tanpa anda semua kita takkan sampai disini.. Apa yang boleh saya kongsikan business sungguh terbaik.
InsyaAllah ini bukan pengakhiran, tetapi merupakan satu permulaan buat kami untuk terus mara kehadapan.. Apa yang kami harapkan adalah doa dari anda semua..
Dah pecah (rangkaian naik pangkat) takper kita bikin balik.. Sebab membina itu memang tugas kami.
Terima kasih para pelanggan yang berususan dengan rangkaian kami. Terima kasih atas kepercayaan.
Rasing Star 2021 Qualifier.. New comers terbaik dari Legasi 1 An Nur Group untuk 2021.
Free trip ke Puket @ RM1,500
Free trip ke Bangkok @ RM2,000
Seronoknya menjadi perunding takaful ni.. Banyak sangat reward yang syarikat bagi. 2 trip free dalam masa hanya 4 bulan menyertai kami.. Kalau kerja makan gaji 4 tahun belum tentu majikan nak bawa pergi oversea..
Iklan di fb bukan seperti menajo ikan.. sekali buat dan terus menunggu.. kena jadikan macam memancing.
Ni perumpamaan yang boleh saya berikan.
1- tak campak pun mata kail dan umpan tapi harap ikan makan.. tu gila namanya
2- umpan dah isi tapi tak campak pun ke air. Kurang sioman namanya
3- campak mata kail tapi takder umpan tu buang tebiat namanya
4-campak mata kail beserta umpan tu besar harapannya.
Daripada menajo baiklah anda memancing. Kerana anda akan senantiasa melihat umpan anda.. adakalanya umpan di makan tetapi ikan tak kena.. so kena tambah umpan lagi.. kalau kita leka sampai kesudah pancing tak berisi umpan..
Tanya pada diri sendiri bila last kita posting atau buat marketing..Maaf cakap, orang yang sepi dan budjet nak jadi agen rahsia rahsia nilah yang akan hilang dari industri..
Saya sangat yakin, Allah tak pernah kejam, siapa yang berusaha pasti akan diberiNya. Kenapa susah rezeki nak mendekati kita? Tanya balik pada diri adakah kita mendekatinya?
Alhamdulillah, setelah sekian lama tidak bersua.. Kami semua bersua di alam maya bagi meraikan Hari Raya 2021. Alhamdulullah Walau secara dalam talian ianya tetap meriah.
Terima kasih pada 60 orang yang hadir serta mengenakan pakaian raya… Jika ada salah dan silap saya mohon maaf ya..
Alhamdulillah.. plan asal nk buat majlis berbuka sambil buat penyerahan, disebabkan PKP kita terpaksa transfer sahaja. Hari ni kita serahkan imbuhan kepada set3 qualifier yang lepas agency contest.. Tahniah kepada 12 Set 3 Qualifier dari legasi 1 An Nur Group.
Mohd Fadzly Hj Maruwan Nurninasyafinaz Ngaiman Nurul Baiti Cahaye Rumahku Faireez Hj Zulkifli Rusydi Ruslan Azrul Mohamad Awie Kosnin Rosemawaty Get Amirul Hakim Has Nyza Mohd Sapri Bin Saparon