Sahabatku sekalian
Iklan di fb bukan seperti menajo ikan.. sekali buat dan terus menunggu.. kena jadikan macam memancing.
Ni perumpamaan yang boleh saya berikan.
1- tak campak pun mata kail dan umpan tapi harap ikan makan.. tu gila namanya
2- umpan dah isi tapi tak campak pun ke air. Kurang sioman namanya
3- campak mata kail tapi takder umpan tu buang tebiat namanya
4-campak mata kail beserta umpan tu besar harapannya.
Daripada menajo baiklah anda memancing. Kerana anda akan senantiasa melihat umpan anda.. adakalanya umpan di makan tetapi ikan tak kena.. so kena tambah umpan lagi.. kalau kita leka sampai kesudah pancing tak berisi umpan..
Tanya pada diri sendiri bila last kita posting atau buat marketing..Maaf cakap, orang yang sepi dan budjet nak jadi agen rahsia rahsia nilah yang akan hilang dari industri..
Saya sangat yakin, Allah tak pernah kejam, siapa yang berusaha pasti akan diberiNya. Kenapa susah rezeki nak mendekati kita? Tanya balik pada diri adakah kita mendekatinya?
Salam sayang
GM Rosa