Rosazaman Bin Sarifdin
Group Manager
Great Eastern Takaful Berhad
019-2699436
Rosazaman Bin Sarifdin
Group Manager
Great Eastern Takaful Berhad
019-2699436
Alhamdulillah syukur, terima kasih GReat Eastern Takaful Berhad atas kepercayaan yang diberikan kepada ahli rangkaian kami untuk memberikan perkongsian. Inilah An Nur The Great Agency. Agency pilihan Ramai.
Esok 19/5/2015 perkongsian oleh Agency Manager Khairul Nizam Mohamed di segamat. Pada anda yang berada di segamat yang tercari cari peluang untuk menjadi pendapatan inilah masanya. Temui kami di Traning Center Great Eastern Segamat pada jam 3 petang.
Manakala yang berada di sekitar Kuala Lumpur pula temui pula Saya Rosazaman Sarifdin di Grand Tboss di Menara Great Eastern Jalan Ampang pada 20/5/2017( harap saya dah keluar hospital la, sebab sekarang masih di tahan di Regency Specialist Hospital, Johor )
Manakala yang berada di sekitar pantai timur Terengganu, temui final year running Agency Manager kami saudara Amirul Faizal Ahmad di sana untuk majlis Quater 1 CAN Award dan Final Sprint untuk SES8.
Jom bina kerjaya dan berjaya bersama kami.
Rosazaman Sarifdin
Group Manager
0192699436
Assalamualaikum
Alhamdulillah bersyukur kehadrat illahi kerana masih di berikan kepercayaan oleh syarikat Great Eastern Takaful Berhd untuk berkongsi keindahan industri ini di utara,Alor Star pada 12/5/2017 ini.
Sebenarnya saya masih dalam bercuti (medical leave) tetapi disebabkan semangat untuk berkongsi saya insyaAllah akan menerima tanggungjawab ini. Semoga apa yang di rancang berjalan lancar.
Jumpa anda di sana
Assalamualaikum
Dah lama rasanya bercuti dari mengarang, ni gara gara kesihatan yang kurang baik akibat saya terlibat di dalam kemalangan jalan raya pada 2/4/2017 jam 6:30 petang di km30 lebuhraya utara selatan. Sebuah kenderaan toyota putih (singapore) secara tiba tiba potong Q memasuki lorong kecemasan. Saya cuba mengelak dan terbabas. Bukan itu sahaja saya turut di langgar oleh superbike yang berada di belakang saya. Akibat dari kejadian itu saya telah patah tangan kiri dan dislocated.

Saya telah dibawa oleh ambulan ke hospital Kulai untuk rawatan lanjut. Sampai di saya setelah xray dan kompem patah saya minta untuk di tukarkan ke Regency Specialist Hospital. Urusan ini di bantu oleh AM Saharrudin. Tq saha.
Saya di tahan di Regency selama 4 hari dan operation memasukkan besi dilakukan. Ini merupakan besi kedua yang berada di dalam badan saya. (Yang pertama di tulang pelvic kiri kemalangan pada mac 2003). Selain itu satu skru dimasukkan untuk membetulkan dislocated. Kiranya sekarang dah macam robotla. InsyaAllah skru itu akan di buka (second operation) pada 16/5/2017 ini).
Agen takaful juga manusia jadi tak lari dari risiko kehidupan. Alhamdulillah bil selama 4 hari di tanggung oleh Great Eastern Takaful Berhad.
Pertama kalinya saya menggunakan medical card Great Eastern Takaful Berhad. Bil menghampiri RM20,000. Tak sempat saya nak buat medical chekup untuk upgred tempoh hari.

Setelah keluar dari hospital saya di berikan cuti sakit selamat sebulan. Alhamdulillah tuntutan untuk cuti sakit telah lulus dan di kreditkan.

Total tuntutan MC selama 31 hari sebanyak RM10,+++. Alhamdulillah dapatla buat belanja semasa tak dapat kerja. Ada yang tanya berapa jumlah yang saya cover untuk kemalangan. Untuk pengetahuan anda saya mengambil comprehensif kemalangan sebanyak 2 sijil yang yang mana jumlah perlindungan sebanyak RM100,000 dan RM200,000. Ini kerana risiko saya banyak terdedah di jalan raya sebab sering bergerak ke luar dari Johor.
Pada 20/4/2017 semasa membuat chekup Dr menyambung lagi MC saya sebanyak 32 hari. Kena rehat panjang ni gamaknya. Tapi tak di sangka juga Great Eastern Takaful Berhad telah menjemput saya untuk menjadi speaker pada 20/5/2017 ini. Harap dah keluar hospital la masa tu sebab saya akan masuk semula pada 16-18/5/2017. Doakan kesihatan saya.
Jumpa anda di sana.
Assalamualaikum
Dalam sesuatu bidang yang kita lakukan terutama perniagaan, mengajak adik beradiklah adalah yang paling sukar.

Tapi Alhamdulilah..kami telah buktikan..melalui perniagaan Takaful ini kami lebih rapat dan bersama-sama mencipta kejayaan disini.
Dalam usia tidak sampai 6 Tahun (saya menyertai pada 5/4/2011) di Takaful satu pencapaian yang agak membanggakan yang kami telah cipta.
Rosazaman Bin Saifdin – GAM (4 thn 9bln)
Sahir Bin Sarifdin – AM (1 thn 3bln)
Saharrudin Bin Saridin – AM (2 thn 2bln)
Roselanyus Bin Sarifdin – Masih berusaha 1st year AM tahun ini.
Ada lagi 4 beradik yang belum menyertai kami. Ini kerana tiada paksaan malah kami menunjukkan potensi industri ini dengan pencapaian kami. Konsep kami mudah yang akan di bawah sekali. Hihihi
Kami yakin dengan sistem yang kami ada kami mampu untuk membina kejayaan bersama. Di kesempatan ini saya ingin mempelawa anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang keindahan industri ini.
Rosazaman Sarifdin
0192699436
Group Manager
#berjayabersama
#getb
#takaful
Assalamualaikum.
Alhamdulillah dipertemukan dengan syarikat yang kukuh. Great Eastern Takaful Berhad. Tak sangka telah 6 tahun berada di sini. Kini telah dua tahun bergelar Group Manager.
Dalam membina kejayaan ini bukan sahaja rangkaian sendiri diberikan perhatian malah sesiapa sahaja yang inginkan tips dan kaedah insyaAllah akan saya kongsikan.
Semalam rakan berbangsa india ke opis saya membuat lawatan. Tiada apa yang ingin di sembunyikan kerana bagi saya ilmu itu tidak akan habis jika di kongsi malah ianya akan menjadi lebih baik jika di kongsikan.

Jom bina kerjaya dan berjaya bersama sama. Kami akan cuba sebaik mungkin untuk mengcungkil potensi diri anda.
Salam
Assalamualaikum..
Orang kata, orangla yang kata caruman murah terbaik. Tapi kalau kejap naik carumannya, kejap naik carumannya mahu naik juga darahnya kan..

Gambar di berikan oleh salah seorang sahabat yang merupakan agent dari syarikat tersebut, cakap pening dengan masalah baru ini. Banyak pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kenaikan caruman tersebut. Yang dah pernah menggunakan manfaat dari syarikat tersebut akibat penyakit dah tak boleh nak berbuat apa apala. Terpaksa akur..
Beliau bertanyakan adakah di GETB mengalami masalah yang sama. Saya cuma huhuhu kan aja.
Apa yang di ingin saya simpulkan disini. Rata rata orang hanya melihat permasalahan itu hanya untuk hari ini bukan untuk masa hadapan. Jadi mereka tidak memperdulikan apa yang bakal berlaku di masa akan datang. Kesannya jadi macam ini la..
Jadi renung renungkan…

Assalamualaikum
Berita hangat masa kini mengalahkan berita minyak naik. Apa sebabnya ya?? kecoh sana sini… rupanya perkara ini bukan berlaku tahun ini jer sebelum sebelum ini pun dah pernah berlaku cuma tak sekecoh sekarang..

Tahun 2015 saya dah ada jumpa kes ini, pelanggan tidak berpuas hati setelah sumbangan takafulnya meningkat 2 kali dalam masa 5 tahun. Tahun lepas 2016 juga ada lagi seorang pelanggan saya mengadu polisinya juga meningkat sebanyak rm30. Alhamdulillah buat masa ini GETB tiada peningkatan harga. Saya berharap ianya terus kekalla..
Jadi untuk lebih tahu sebabnya saya cubala membuat beberapa kajian.. antaranya ni yang saya jumpa.

Setelah melihat kepada anggaran nilai tunainya saya agak terkejut apabila setelah 4 tahun membuat sumbangan pelanggan masih tiada sebarang nilai tunai.. No wonderla pelanggan ini ambil pada ogos 2016 dah dapat surat yang mana jumlah sumbangan baru akan meningkat sebanyak RM50 dalam masa terdekat.
Dulu beria nak jimat jimat tak sangka naik sebanyak ini.. Kalau ada 4 anak macam saya seorang naik RM50 banyak tu rasa nk kena bayar tambahan RM200 sebulan. Dah macam boleh tambah satu sijil lagi.. Mungkin sebab tu agaknya sekarang lebih fokus kepada plan hibah..
Berikut contoh illustrasi dari GETB, Alhamdulillah tahun pertama sahaja dah ada nilai tunai, dalam masa 5 tahun dah 2+++. Mungkin sebab inilah ada yang kata GETB menawarkan plan terbaik kalis inflasi..
Jadi apa tunggu lagi??
Bijak dulu bijak sekarang…

Alhamdulillah berakhir sudah An Nur GS2017 untuk tahun 2017. Semoga segala perancangan yang telah dibuat dapat sama sama mencapainya. Secara keseluruhan prestasi An Nur The Great Agency meningkat sebanyak 33% untuk tahun 2016. Semoga pencapaian cemerlang ini dapat kami teruskan.

Muka muka insan yang bersemangat memanjat bukit Cameron Highlands.. wajah keceriaan terpancar di muka semua.. Anda gembira saya juga tumpang gembira.
Tahniah saya ucapkan kepada semua yang terlibat, walau ada pelbagai dugaan anda berjaya tempuhi.. kereta panas, drashap bering pecahla, bateri kong la, tayar pecahla malah ada siap bertowing lagi. Anda tetap cekal menempuhinya.
Inilah An Nur The Great Agency. 30 peserta melibatkan diri untuk program GS2017 ini. Terima kasih kepada semua jawatan kuasa yang telah bertungkus lumus bagi memastikan progran ini berjalan dengan jayanya.

Kami dah seperti satu keluarga bekerja dan enjoy bersama. 2 Kejutaan buat An Nur The Great Agency yang pertama pertukaran lokasi Supertrip1 Agency yang di tukar dari Bandung, Indonesia ke South New Zealand dan pengumuman Supertrip2 Agency untuk tahun ini untuk mengerjakan Umrah. DUnia dapat insyaallah Akhirt juga dapat..

Rezeki yang diterima di kongsi bersama. Itulah An Nur The Great Agency. Tiada rahsia di dalam agency kami. Kami terlalu istimewa.
Jom bina kerjaya dan berjaya bersama sama kami, insya Allah kami akan tunjukkan jalannya. Jangan malu dan jangan segan. Tak kenal maka tak cinta, dah cinta tergila gila..
Rosazaman Sarifdin
0192699436
Founder, An Nur The Great Agency
Assalamualaikum..
Head start dan award presentation pada 25/1/2017. Segan apabila di gelar king southern oleh ceo en Zafri Ab Halim Kerana pencapaian cermelang An Nur The Great Agency.
Top Group Manager, RM1.59 Jutanew business 2016
Top supremacy – 6 qualifier
Top ses 7 – 9 qualifier
Top bandung – 10 qualifier
Top leo – 5 qualifier

Tahniah semua awardes. Hajah Ospuriah Mustapha, Siti Norkamalia Binti Khalil, Ayizam Azhar, Hj Sahir Get, Solehah Jumaat, Naz Ain Zul, Khairul Mohamed Get, Sahar Sarif, Masrinie Salim
Tahniah juga semua annurians
Noor Omar, Amirul Faizal Ahmad, Nurul Syafiqkah Binti Zainuddin, Nazira Roslan, Aizuddin Yusoff, Suhaimi Hafiz Advanti, Saypools Empayar, Musyrif Khalil Get, Ereniweti Rohani, Ahmad Hanizam, Noorsidi Aizuddin M. N, Masyitah Masaahd, Rahim Masri, Mohd.Zahrul Affendi Bin Mohd.Tarmizi, Farid Othman, radzian, Saiful Adlan, Imran Omar, Red Get, Iqbal Nasir, Nurmayani Abdul Ghani, Muhammad Faizan Abd Rahman, Abd Rashid Shari Get,Afiq Roslan, Yazid Nasir, Fauziah Abdul Wahab Mohd Nor Hamis
Ini kejayaan kita semua..
Rosazaman Sarifdin
0192699436
Group Manager
GETB
RM0.00 Congrat! You’re qualified to An Nur Agency SuperTrip to New Zealand 2016. Pls proceed to register.
Tahniah kepada 10 qualifier An Nur Agency SuperTrip ke New Zealand
1. Hj Sahir Get
2. Hjh Ospuriah Mustapha
3. Siti Norkamalia Binti Khalil
4. Amirul Faizal Ahmad
5. Sahar Sarif
6. Khairul Mohamed Get
7. Naz Ain Zul
8. Masrinie Salim
9. Solehah Jumaat
10. Ayizam Azhar
Nikmat yang diperoleh di kongsi bersama. Tahniah atas kerjasama yang telah anda berikan untuk 2016. Insyaallah destinasi 2017 pasti lebih menarik.
Lebih menarik lagi tarikh trip ini di bincangkan bersama bagi memastikan setiap qu
alifier tidak ketinggalan untuk menyertainya kerana trip ini mengambil masa 9 hari. Justeru itu tarikh yang terbaik adalah di penghujung bulan november ini.
Jom sertai keluarga kami di bawah naungan An Nur The Great Agency. #berjayabersama
Rosazaman Sarifdin
0192699436
Director
An Nur The Great Agency
Group Manager
GETB
Assalamulaikum..

Menjadi kan An Nur The Great Agency yang terbaik adalah impian kami. Alhamdulillah kami berjaya mencapai 1.6j permohonan baru untuk 2016.
Semoga kami terus istiqomah menyampaikan dakwah menyebarkan takaful kepada semua. Terima kasih para pelanggan yang membantu serta mempercyai perkhidmatan yang kami tawarkan.
Di kesempatan ini kami ingin mempelawa anda yang berminat untuk membina kerjaya dan berjaya bersama kami. Insyaallah bulan 2 ini cawangan Kuala Lumpur kami akan beriperasi di Sri Rampai Business Park.
Kami komited untuk berjaya bersama. Justeru itu pelbagai persediaan untuk tahun 2017 telah kami siapkan untuk memastikan setiap pelanggan dan ahli rangkaian kami mencapai matlamat masing masing.
Apa tunggu lagi hubungi kami untuk keterangan lanjut
Rosazaman Sarifdin
019-2699436
Founder
An Nur The Great Agency
Group Manager
Great Eastern Takaful Berhad
Assalamualaikum..
Hari ini dengan keadaan ekonomi yang tak berapa nak bagus saya ingin mempelawa anda untuk mencuba kerjaya ini, Kerjaya sebagai perunding takaful. YA kerjaya sebagai perunding takaful. Kenapa saya ingin mempelawa anda? Ramai orang yang tidak mengetahui potensi kerjaya ini yang mana disamping membuat kebajikan anda juga mampu membina empayar perniagaan dengan pendapatan sehingga 5 angka sebulan..

Ini adalah gambaran potensi pendapatan anda..Sebenarnya di dalam An Nur The Great Agency telah membuktikan apa yang kami tunjukkan ini benar dan ada yang telah mencapainya.. Dalam masa 2 tahun sahaja pendapatan kita boleh di samakan seperti pegawai kerajaan yang Gred DG44. RM6,000 sebulan. Jadi jangan memandang lekeh industri ini kerana dari pengalaman saya terlalu ramai yang memandang sinis terhadap kerjaya yang mulia ini.

Berikut sebahagian dari pendapatan perunding takaful yang telah kami lahirkan di bawah rangkaian An Nur The Great Agency. Hubungi kami segera untuk keterangan lanjut..

Misi dan Visi agensi kami di An Nur The Great Agency sangat besar. Saya percaya dan yakin setiap agensi mempunyai stratergy dan cara perlaksanan yang berbeza. Kami yakin dengan sistem yang telah terbukti kami ini, kami mampu melahirkan lebih ramai pemimpin takaful yang berjaya untuk masa yang akan datang.. Apa anda tunggu lagi..Sertai kami sekarang dan jadilah di antara barisan pertama An Nur The Great Agency..
#berjayabersama
Rosazaman Sarifdin
0192699436
Assalamualaikum,
Tahun baru semangat baru, strategy baru matlamat tetap sama, melahirkan 20 orang Agency Manager menjelang 2020. Mungkin ANDA salah seorang daripadanya..
Pembukaan tahun baru dimulakan dengan konvension pemimpin pemimpin di Great Eastern Takaful. Segala info akan di berikan di sini.
Saya tidak pergi seorang malah bersama 2 orang Agency Manager An Nur The Great Agency akan turut serta.
Salam

Assalamualaikum,,
Alhamdulillah tahun 2016 ini Annurians kami tutup dengan jayanya. Kami sangat bersyukur walau matlamat agensi tidak berjaya di capai. Tetapi semangat kerjasama yang di tunjukkan di kalangan keluarga Annurians sangat membanggakan..

Kami menutup 2016 dengan jualan sebanyak 1.602 Juta permohonan baru yang berjaya, 73 dan jumlah tenaga kerja. sasaran awal 2.0 Juta dan 100 tenaga kerja. Walau apapun kami sangat bersyukur dengan pencapaian tersebut.

Lebih membanggakan lagi 3 orang Agency Manager baru dilahirkan (Saharrudin Bin Sarifdin, Khairul Nizam Bin Mohamed dan Masrinie Binti Salim). Bukan itu sahaja 5 orang 1st year running Agency Manager berjaya kami lahirkan (Hjh Ospuriah Binti Mustapha, Nurul Ain Binti Zulkafli, Amirul Faizal Bin Ahmad, Ayizam Bin Azhar dan Siti Nur Solehah Binti Jumaat). Tidak ketinggalan juga 2 orang Agency Manager kami pada tahun ini telah maju selangkah lagi untuk mara ke 1st year Running Group Manager (Hj Sahir Bin Sarifdin, dan Siti Norkamalia Binti Khalil).

Kami yakin dengan sistem yang kami miliki, kami mampu melahirkan lebih ramai lagi pemimpin di dalam industri takaful ini. Bermula dengan pembukaan HQ An Nur The Great Agency di Mount Austin, Johor pada Mac 2014, kami melebarkan sayap dengan pembukaan cawangan di Paya Emas, Melaka pada April 2015, dan terbaru cawangan kami di Sek 27, Shah Alam pada Nov 2016. Ini bukti kami betul-betul komited untuk berjaya bersama.
Misi kami untuk melahirkan 20 orang Agency Manager menjelang 2020. Anda yang kami cari.
Jom Sertai kami.
Rosazaman Sarifdin
019-2699436
Founder – An Nur The Great Agency
Group Manager – Great Eastern Takaful Berhad
Assalamualaikum..
Alhamdulillah kalau dulu di industri ini hanya di dominasi oleh bangsa Cina dan India sahaja, lebih lebih lagi di Syarikat insuran tertua di Malaysia Great Eastern. Kini bukannya suatu perkara yang mustahil untuk bangsa kita turut sama berjaya.
Majukan industri takaful, jom sertai dan jadi sebahagian daripada keluarga besar kami di An Nur The Great Agency berjaya bersama Great Eastern Takaful Berhad.
Semarakan kepentingan takaful kepada
semua.
Rosazaman Sarifdin
Group Manager

Fikir Jauh, Bertindak Pantas, Ayuh MEGA
i-Great Mega menawarkan ketenangan minda sepenuhnya dengan memastikan segala komitmen dan kebajikan keluarga anda dijaga.
Tertakluk kepada terma dan syarat.
Buat Temujanji anda sekarang
#Report by AKPK menyatakan bahawa hampir 100,000 muflis dari tahun 2012 – 2016.
Pecahan dari segi umur seperti berikut..
Age 25 – 1157 orang
Age 25 ~ 34 – 22,581 orang
Age 34 & above – 73,477 orang..
Laporan dari suratkhabar SinChew daily pada hari ni, 7/12/16
1. 76% Malaysian tak ada ke kecairan untuk dana kecemasan.
2. Hanya 6% Malaysian boleh bertahan lebih 6 bulan tanpa sebarang pendapatan.
Maknanya simpanan tidak mengcukupi untuk bersara awal.
3. Hanya 18% Malaysian boleh bertahan lebih 3 bulan tanpa sebarang pendapatan..
4. Dah lagi berisiko, 76% tidak ada dana kecemasan yang mengcukupi.
Infact mereka tak boleh survive lebih sebulan jika tidak mempunyai pekerjaan yang boleh generate pendapatan.
Menurut AKPK juga, punca utama mereka menghadapi masalah kewangan yang kritikal ialah…
1) 49.7% Tidak mempunyai perancangan kewangan yang betul.
2) 15.2% kegagalan dalam menceburi bidang perniagaan
3) 11.7% Kos kehidupan yang membebankan selepas pencen.
4) 11% Kos perubatan yang tinggi.
5) 9.5% Penggaguran, atau hilang pekerjaan.
6) 2% lain lain.
Boleh share pada rakan rakan. Mulakan kehidupan dengan menabung, walopon sedikit tapi mesti berterusan.