GS2023 An Nur Group Associates #Cherating

Alhamdulillah… Berakhir sudah GS kami pada 13/1/2023.. Tahun ini pastinya tahun yang semakin mencabar.. 2022 sudah menjadi sejarah… Pencapaian 2022 juga merupakan pencapaian terbaik kami..

https://www.facebook.com/razman.get/videos/479721234332237/

3 Final Year Group Manager, Amirul Faizal Ahmad, Khairul Nizam Mohamed dan Norjanah Hamit Marikan, seorang ke 2nd year Group Manager Mohamad Ridzuan Baharuddin, seorang ke Agency Manager Syed Iskandar Hanif , 11 ke Asst Agency Manager (AAM) Juliana Shabudin, Zap Shukrizan Salim, Mohd Azry Adli Mohd Alias, Noor Halimah Omar, Izzat Fahmi Abdullah Sani, Mohd Akmal Ahmad, Mohd Hanaffi Kosnin, Zaura Che Zainon, Azwan Alif Mohd Daud, Ruddy Japar, Ibrahim Mustapha, dan 2 orang lagi mengekalkan rank AAM iaitu Mohd Sapri Saparon dan Hisham Mohamad Morshidi.

Selain itu 16 Star Summit Qualifier yang mana 6 ke London dan 9 ke Dubai..

Sasaran kami tahun ini RM10Juta permohonan baru, 150 rakan niaga baru. Jom sertai kami berjaya bersama An Nur Group.

Salam

Keluarga baru 637 ku

Alhamdulillah penantian satu penyiksaan.. hampir 6 bulan menunggu 4×4 mitsubitsi Triton..

Di saat akhir saya bertukar ke Ford Raptor.. Perancangan Allah yang terbaik, rezeki saya kerana hanya menunggu hanya sebulan. Sedang elok Ford nak keluar baru Triton sampai Q.. Apa nak buat, takder rezeki dengannya..

Tak sampai usia 2 minggu Ford ini Alhamdulillah kita dah gunakan untuk misi kemanusiaan.. Misi banjir di Terengganu.. Ada yang tanya takut ke kereta calar… takperla saya lagi takut nanti Allah tanya jika tak di gunakan..

An Nur Group Associates Head Start Qualifier 2022

Syukur Alhamdulillah…

Perjuangan akhir tahun 2022 akan dirai di Cherating, moga dipermudahkan semuanya in shaa Allah

Tahniah untuk semua teammates An Nur Group Associates yang berjaya untuk Head Start 2023 challenge.

Pada teammates yang lain usah berputus asa, teruskan perjuangan untuk kejayaan yang lebih manis tahun ni.

Pastinya lebih banyak reward yang telah sedia menanti untuk 2023 ni… Kita semua pasti boleh💪🏻

Dan, tidak pernah lupa..

Jutaan terima kasih kepada pelanggan2 yang kekal menyokong dan mempercayai kami.

#Alhamdulillah

#AnNurGroupAssociates

TAHNIAH AN NUR GROUP RM13.6JUTA PERMOHONAN BARU 2023.

SubhanaAllah… Peningkatan sebanyak 35% bagi keseluhuran An Nur Group dengan permohonan baru yang berjaya untuk 2022 sebanyak RM13.6 Juta.. Satu pencapaian yang boleh di banggakan. Tahniah buat semua warga An Nur Group… Semua ini datangnya dari 3 An Nur Group Associates, An Nur Great Agency dan An Nur Legasi 4.

Di kesempatan ini saya ingin mempelawa yang berminat untuk membina kerjaya dan berjaya bersama sama dengan kami. InsyaAllah bimbingan dan latihan akan di berikan.. Kita buat sampai jadi.. Masih ramai insan di luar sana yang perlu di selamatkan..

Salam

Keluarga Baru 637

Beli kereta apa?

Kereta biasa2 jeeeee

Tiada istilah kereta biasa2 kalau dulu tiada sekarang ada

Kalau dulu yang lama sekarang yang baru

Kalau dulu yang banyak ragamnya sekarang lebih selesa

Alhamdulillah

Usah dibandingkan dengan apa yang orang lain ada

Kejayaan setiap orang tidak sama

Tapi bersyukurlah, tanda kehidupan telah bertambah baik

Tahniah pasangan hebat Pn Zaura C Zainon dan suami Roslee Din atas kejayaan terbaru memiliki kereta baru setelah bersama kami di An Nur Group Associates pada bulan Feb 2022 yang lalu.

Satu lagi ‘proven success’ telah dilakarkan bersama Spirit 637

#famili637

#AnNurGroup

Tahniah GETB

Dengan penuh rasa syukur, kami berbesar hati untuk berkongsi berita gembira buat semua.

Great Eastern Takaful telah dianugerahkan sebagai Pengendali Takaful Terbaik Malaysia oleh Global Business Outlook 2022!

Kejayaan ini adalah atas sokongan dan kepercayaan anda terhadap kami. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik dan #MencapaiKejayaan bersama anda.

Kami juga merakamkan penghargaan buat para perunding takaful #GreatEasternTakaful atas usaha berterusan demi memastikan rakyat Malaysia sentiasa dilindungi.

Tahniah Keluarga Baru 637

Alhamdulillah.. Dah macam ada panel bank sendiri jer An Nur Group Associates ni dengan Hong Leong Bank.. kesemuanya menggunakan Hong Leong. Kini Menanti kehadiran keluarga baru 637 kami.

Hari ini juga ada yang keluar JVV637 Mitsubishi Xpender dan UR637 Toyota Alpard.. Tahniah… Manakala 4 Yang lain masih menunggu kereta masing-masing… Satu kepuasan melihat rakanniaga dapat upgred kereta masing masing.. Apa yang ingin di kongsikan di sini. Industri takaful ini bukan kaleng kaleng…

Di mana ada kemahuan pasti ada jalannya… Yakin dengan rezeki yang diberikan olehNya… Kita mampu melakukannya… Kami di An Nur Group boleh membantu… Jom berjaya bersama kami…

#spirit637

#AnNurGroup

An Nur Group Legasi 1.

Alhamdulillah segala pugi bagi Allah… An Nur Group Associates Legasi 1 berjaya mencapai RM 4Juta permohonan baru menjelang disember 2022.

Pastinya semua ini tidak akan terjadi dengan sendirinya tanpa usahasama semua kumpulan. Terima kasih kepada para pelanggan yang telah memberikan kepercayaan kepada kami. InsyaAllah amanah ini akan kami pegang dan jaga sebaik mungkin..

Semoga apa yang kita rancangkan dapat terlaksana dengan baik dan jayanya.. Aminn

Dari seorang Posman ke Usahawan Takaful

Tahniah tahniah tahniah

Berkat hari jumaat… tahniah buat Akmal Ahmad dan isteri atas kejayaan memiliki kereta idaman Mec CLA. siapa sangka dalam masa setahun sahaja banyak perubahan yang telah berlaku pada beliau..

OH ya.. tahniah juga, berita gembira yang dikongsi, pembiayaan rumah pertamanya juga telah berjaya. Orang kata ini rezeki anak… tahniah sekali lagi dari kami di An Nur Group Associates…

Katanya dengan penuh YAKIN, jika beliau terus bekerja sebagai penghantar surat (Pos Malaysia) Walau 10 tahun lagi pasti tidak akan dapat memiliki apa yang di perolehi hari ini..

Semoga kejayaan kecil ini akan lebih merangsang lagi bunga bunga kejayaan yang lain. Aminn..

#AnNurGroupAssociates

#spirit637

#AnNurGroup

#keluarga637

Alhamdulillah RM 3 Juta permohonan baru sehingga Oktober 2022

Alhamdulillah.. ini hasil kerjasama semua business partner dan kumpulan. Kita berjaya capai RM3,000,000 permohonan baru pada okt 2022.

Terima kasih para pelanggan kerana memberikan kepercayaan kepada kami. InsyaAllah amanah ini akan kami pegang sebaik mungkin.

Terima kasih pihak pengurusan GETB atas segala bantuan yang di berikan kepada kami..

Tahniah buat seluruh ahli kumpulan yang di ketuai oleh

AM Amirul Faizal Ahmad
AM Ain Zulkafli
AM Norjanah Hamit Marikan
AM Mohamad Ridzuan Baharuddin
AM Muhammad Nazif
AM Siti Fatimah

#AnNurGroup
#AnNurGroupAssociates 

1 MDU An Nur Group – Segamat

Alhamdulillah…

Tahniah dah syabas kepada Agency Manager Mohamad Ridzuan Baharuddin dan kumpulan dari An Nur Group Associates cawangan Segamat kerana berjaya mencapai 1 Million Dollar Unit pada September 2022.

Pastinya semua ini tidak akan terjadi dengan sendirinya melainkan dengan usaha dan kerjasama secara berkumpulan yang kuat serta sokongan dari pelanggan yang kami kasihi. Teruskan kecemerlangan ini dan cuba untuk mencapai tahap yang lebih tinggi lagi..

Tahniah

MID YEAR CHECK POINT 2022 (MYCP)

Assalamualaikum

Alhamdulillah & tahniah buat semua 63 orang qualifiers dari An Nur Group Associates yang telah berjaya melayakkan diri untuk tahun 2022. Sebahagian yang dapat hadir ke program MYCP.

Setelah sekian lama tidak bersua muka akhirnya program sebegini yang kita mahukan.

Terima kasih pada yang hadir luangkan masa dan berkorban masa untuk hadir pada hari ini dari semenanjung hingga ke borneo . Semangat & kekeluargaan inilah yang kita ingin dan cintai.

Semoga dengan program hari ini, menjadikan kita semua lebih kuat dan bermotivasi.

#mycp2022

#annurgroupassociates

#AnNurGroup

MDA pada Jun 2022 Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Tahniah Legasi 1 An Nur Group Associates atas pencapaian MDA pada bulan ini. Anda semua hebat.

Inilah salah satu bukti komitmen anda kepada masyarakat di luar sana untuk terus menyebar kepentingan takaful.

Semua ini mustahil untuk berlaku jika tanpa sokongan anda semua, terima kasih kerana bersama kami serta memilih kami sebagai perunding takaful anda.

Pada anda masih mencari perunding takaful yang berkompetensi, boleh hubungi kami, kerana kami punya cawangan di:

•Johor Bharu
•Melaka
•Segamat
•Sungai Buluh
•Kuching

Kami juga membuka peluang untuk sesiapa sahaja yang ingin bersama kami untuk menjana pendapatan tambahan sebagai perunding takaful.

Doakan kami semua dari An Nur Group Associates terus istiqomah dalam perjuangan kami. Amin.

Rosazaman Sarifdin
Group Manager | Recruiter
Legasi 1 An Nur Group Associates 

See less

Perasmian Wisma An Nur Group pasir Gudang

Alhamdulillah segala puji bagi Allah.

Selesai sudah 4 program serentak kami

Bacaan Yassin dan Doa Selamat.

Perasmian Wisma An Nur Group Associates

Kenaikkan Pangkat

Jamuan Hari Raya.

Terima kasih kumpulan Yassin wanita Bukit Dahlia.

Terima kasih pihak pengurusan GETB, Ceo Jze Shahriman, mantan VP Nori Yahya, VP Borhanudin Samsudin, RM Yatt Saiman, BDE Mohd Azizi, Izzat.

Menurut kata ceo, An Nur Group sekali lagi malakar sejarah kerana kami merupakan wisma GETB yang pertama.. Alhamdulillah..

Pastinya, Majlis ini lebih bermakna apabila di hadiri oleh ayah dan ibu.. Sarifdin Baba dan Kasri kastan.

Terima kasih, Majlis ini tidak akan berjalan dengan jayanya tanpa kerjasama semua Ajk yang terlibat, Muhammad Nazif, Nor Ashikin Mohamad, Filza, Awie Kosnin, Maidatu Murni, Nurul Baiti Cahaye Rumahku, Mohamad Ridzuan Baharuddin, Azrul Mohamad, Suhada Rashid, Roslee Din, Deeya Yusoff, Juliana Sahbudin, Ejam Mohamed

Terima kasih Semua warga An Nur Group, para pelanggan serta sahabat handai yang hadir bagi memeriahkan majlis kami.

Meraikan sudah kini tiba masanya kami meramaikan pula..

Berminat untuk mengetahui tentang potensi industri ini? hubungi kami untuk keterangan lanjut.

#wismaannurgroup

#annurgroupassociates

#AnNurGroup

#spirit637

Perasmian Wisma An Nur Group Associates

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah. Akhirnya siaplah wisma kami. Wisma An Nur Group Associates. Yang beroperasi di Pasir Gudang Johor.

Ini merupakan pelaburan kami buat kumpulan yang kami sayangi.. Majlis perasmian kami akan di adakan pada 28/5 ini. Bermul jam 4-10 malam.

Di kesempatan ini saya mempelawa anda yang berminat untuk mengetahui dan mencuba kerjaya ini, bolehlah terus menghubungi kami. Pengambilan jun kami buka.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi

GM Rosazaman Sarifdin

Wisma An Nur Group

Semua Bermula dengan angan angan..
Kita kemasi dengan tindakan..

Alhamdulillah berkat kesabaran kini dah memiliki wisma sendiri..

Saya namakan ia Wisma An Nur, semoga ianya terus bersinar dan memberikan cahayanya seperti matahari.

Masih Ingat lagi masa di awal penglibatan ramai yang menentang untuk meneruskan kerjaya sebagai perunding takaful. Ya la bidang ni bidang rejection.. bidang yang penuh cabaran..

Benarlah kata orang..

Kalau takut di lambung ombak,
Jangan berumah di tepi pantai,
Kalau mencuba pun tak tergamak,
Jangan harap impian akan tercapai.

Orang yang bijaksana
Nampak peluang dan rebut dan buka peluang lagi.
Orang yang bijak
Nampak peluang dan rebut
Orang yang rugi
Nampak peluang biarkan ianya berlalu saja.
Orang yang sangat rugi
Kita Nak cerita peluang pun dia tak bagi kita peluang..

GM Rosazaman Sarifdin
An Nur Group Associates

Wisma An Nur Group Associates

Alhamdulillah, Segali puji bagi Allah, Wisma An Nur Group Associates untuk tingkat bawah working area kami dah siap.

Tak sabar rasanya nak lihat hasil sepenuhnya wisma ini. Jangkaan traning area akan siap sebulan lagi (di bahagian atas). IsyaAllah perasmian kita akan buat pada Mei nanti sekali dengan jamuah hari raya.

Ini semua adalah hadiah buat seluruh keluarga An Nur Group Associates. Tanpa anda siapalah kami.. terima kasih semua, Terima kasih juga buat para pelanggan atas kepercayaan dan memilih kami sebagai perunding takaful anda, InsyaAllah amanah ini akan kami bawa sebaik mungkin.

Terima kasih juga buat pihak pengurusan GETB atas segalanya dan sudi melayan kerenah kami..