Mini TBOSS An Nur The Great Agency

Jom Sertai Bina kerjaya dan berjaya Bersama kami.. Sesi perkongsian akan di adakan di lokasi berikut..

14/8/2017 An Nur The Great Agency JB
18/8/2017 An Nur The Great Agency Shah Alam

man

nord.jpg

Jangan lepaskan peluang ini.. Potensi pendapatan RM30,000 sebulan akan di bongkarkan..

Rosazaman Bin Sarifdin

Group Manager
www.wasap.my/60192699436/kerjayaperundingtakaful

Caj Ambulan

Salah satu kelebihan medical card Great Eastern Takaful adalah turut mempunyai manfaat Ambulan. Yang menariknya dilindungai seperti yang di caj.


Siapa dah ada medical card tu bolehla tanya agent masing masing ya.

Ni abam nak share sikit sahabat kita dia ada medical card tapi ambulan cover cuma RM200 sahaja. Kemalangan di highway di masukkan di hospital kerajaan sebab ada medical card mintak pindah ke hospital Swasta di johor, masa tu caj ambulan dah kena RM1200. Setelah beberapa hari di hospital swasta tu nak tranfer ke kampung pula di utara. Sekali lagi kena daaa kali ni caj ambulan RM3200..

Bil memangla medical card cover ni abam nak cakap pasal ambulan..


Ni bukan nak takut takut kan.. ni kenyataan..

Pada yang nak dapatkan medical card terbaik dari Great Eastern Takaful boleh terus wasap abam. Tak kisahla ada kat mana. Insyaallah ahli kami An Nur The Great Agency boleh membantu

Www.wasap.my/60192699436

razman

buatkan saya quotation

Plan Medical Card Termurah GETB

Assalamualaikum,

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu sekarang ini, ramai yang tercari cari plan medical card mampu milik untuk satu keluarga. Alhamdulillah Great Eastern Takaful Berhad memahami permasalahan ini. Oleh itu plan Medical Card/kad perubatan ini di keluarkan kepada anda. I Great Medi Max.


Menariknya tentang plan ini

  1. Ianya melindungi anda sehingga anda berusia 99 tahun.
  2. Tanpa co takaful (full coverage)
  3. Tanpa had seumur hidup
  4. Guaranty renewal
  5. Personal accident percuma sehingga RM20,000
  6. Had tahunan medical card sehingga RM1.6 juta
  7. Bilik penginapan sehingga RM300 sehari
  8. Free car assistant
  9. Elaun hospital kerajaan
  10. Rawatan pesakit luar akibat kanser dan dialisis mengikut had tahunan.
  11. Rawatan pesakit luar akibat kemalangan sehingga RM6,000
  12. Boleh di ambil secara perseorangan dan diskaun diberikan jika mengambil untuk berkeluarga

Jadi apa tunggu lagi.. daftar sekarang..

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

razman

buatkan saya quotation

Tahniah AM Saharrudin

Alhamdulillah besyukur kehadrat ilahi tahun ini sekali lagi menyambung tradisi 1st qualifier DG, kalau tahun lepas io nya Haji Sahir kali ini anak buahnya pula Cikgu Saharrudin.


Tahniah buat Agency Manager Cikgu Saharrudin dan kumpulan. Anda telah buktikan segalanya pasti boleh jika ada keinginan.


Patutla GETB panggil jadi speaker, hebat rupanya…

Dalam Takaful Hubungan kami bertambah kuat.

Assalamualaikum

Dalam sesuatu bidang yang kita lakukan terutama perniagaan, mengajak adik beradiklah adalah yang paling sukar.


Tapi Alhamdulilah..kami telah buktikan..melalui perniagaan Takaful ini kami lebih rapat dan bersama-sama mencipta kejayaan disini.

Dalam usia tidak sampai 6 Tahun (saya menyertai pada 5/4/2011) di Takaful satu pencapaian yang agak membanggakan yang kami telah cipta.

Rosazaman Bin Saifdin – GAM (4 thn 9bln)

Sahir Bin Sarifdin – AM (1 thn 3bln)

Saharrudin Bin Saridin – AM (2 thn 2bln)

Roselanyus Bin Sarifdin – Masih berusaha 1st year AM tahun ini.

Ada lagi 4 beradik yang belum menyertai kami. Ini kerana tiada paksaan malah kami menunjukkan potensi industri ini dengan pencapaian kami. Konsep kami mudah yang akan di bawah sekali. Hihihi

Kami yakin dengan sistem yang kami ada kami mampu untuk membina kejayaan bersama. Di kesempatan ini saya ingin mempelawa anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang keindahan industri ini.

Rosazaman Sarifdin

0192699436

Group Manager
#berjayabersama

#getb

#takaful

Kenaikan harga caruman #gosipliar

Assalamualaikum..

Orang kata, orangla yang kata caruman murah terbaik. Tapi kalau kejap naik carumannya, kejap naik carumannya mahu naik juga darahnya kan..


Gambar di berikan oleh salah seorang sahabat yang merupakan agent dari syarikat tersebut, cakap pening dengan masalah baru ini. Banyak pelanggan yang tidak berpuas hati dengan kenaikan caruman tersebut.  Yang dah pernah menggunakan manfaat dari syarikat tersebut akibat penyakit dah tak boleh nak berbuat apa apala. Terpaksa akur..

Beliau bertanyakan adakah di GETB mengalami masalah yang sama. Saya cuma huhuhu kan aja.

Apa yang di ingin saya simpulkan disini. Rata rata orang hanya melihat permasalahan itu hanya untuk hari ini bukan untuk masa hadapan. Jadi mereka tidak memperdulikan apa yang bakal berlaku di masa akan datang. Kesannya jadi macam ini la..

Jadi renung renungkan…

razman

buatkan saya quotation

#kecoh sumbangan takaful naik!!!

Assalamualaikum

Berita hangat masa kini mengalahkan berita minyak naik. Apa sebabnya ya?? kecoh sana sini… rupanya perkara ini bukan berlaku tahun ini jer sebelum sebelum ini pun dah pernah berlaku cuma tak sekecoh sekarang..

kosong

Tahun 2015 saya dah ada jumpa kes ini, pelanggan tidak berpuas hati setelah sumbangan takafulnya meningkat 2 kali dalam masa 5 tahun. Tahun lepas 2016 juga ada lagi seorang pelanggan saya mengadu polisinya juga meningkat sebanyak rm30. Alhamdulillah buat masa ini GETB tiada peningkatan harga. Saya berharap ianya terus kekalla..

Jadi untuk lebih tahu sebabnya saya cubala membuat beberapa kajian.. antaranya ni yang saya jumpa.

cash value 2.jpg

Setelah melihat kepada anggaran nilai tunainya saya agak terkejut apabila setelah 4 tahun membuat sumbangan pelanggan masih tiada sebarang nilai tunai..  No wonderla pelanggan ini ambil pada ogos 2016 dah dapat surat yang mana jumlah sumbangan baru akan meningkat sebanyak RM50 dalam masa terdekat.

Dulu beria nak jimat jimat tak sangka naik sebanyak ini.. Kalau ada 4 anak macam saya seorang naik RM50 banyak tu rasa nk kena bayar tambahan RM200 sebulan. Dah macam boleh tambah satu sijil lagi.. Mungkin sebab tu agaknya sekarang lebih fokus kepada plan hibah..

cash-valueBerikut contoh illustrasi dari GETB, Alhamdulillah tahun pertama sahaja dah ada nilai tunai, dalam masa 5 tahun dah 2+++. Mungkin sebab inilah ada yang kata GETB menawarkan plan terbaik kalis inflasi..

Jadi apa tunggu lagi??

Bijak dulu bijak sekarang…

razman

buatkan saya quotation

An Nur Agency SuperTrip 2016

RM0.00 Congrat! You’re qualified to An Nur Agency SuperTrip to New Zealand 2016. Pls proceed to register.

Tahniah kepada 10 qualifier An Nur Agency SuperTrip ke New Zealand
1. Hj Sahir Get

2. Hjh Ospuriah Mustapha

3. Siti Norkamalia Binti Khalil

4. Amirul Faizal Ahmad

5. Sahar Sarif

6. Khairul Mohamed Get

7. Naz Ain Zul

8. Masrinie Salim

9. Solehah Jumaat

10. Ayizam Azhar

Nikmat yang diperoleh di kongsi bersama. Tahniah atas kerjasama yang telah anda berikan untuk 2016. Insyaallah destinasi 2017 pasti lebih menarik.
Lebih menarik lagi tarikh trip ini di bincangkan bersama bagi memastikan setiap qualifier tidak ketinggalan untuk menyertainya kerana trip ini mengambil masa 9 hari. Justeru itu tarikh yang terbaik adalah di penghujung bulan november ini.
Jom sertai keluarga kami di bawah naungan An Nur The Great Agency. #berjayabersama
Rosazaman Sarifdin

0192699436

Director

An Nur The Great Agency

Group Manager

GETB

2016 dah habis kini dah buku baru 2017

Assalamulaikum..


Menjadi kan An Nur The Great Agency yang terbaik adalah impian kami. Alhamdulillah kami berjaya mencapai 1.6j permohonan baru untuk 2016. 

Semoga kami terus istiqomah menyampaikan dakwah menyebarkan takaful kepada semua. Terima kasih para pelanggan yang membantu serta mempercyai perkhidmatan yang kami tawarkan.

Di kesempatan ini kami ingin mempelawa anda yang berminat untuk membina kerjaya dan berjaya bersama kami. Insyaallah bulan 2 ini cawangan Kuala Lumpur kami akan beriperasi di Sri Rampai Business Park.

Kami komited untuk berjaya bersama. Justeru itu pelbagai persediaan untuk tahun 2017 telah kami siapkan untuk memastikan setiap pelanggan dan ahli rangkaian kami mencapai matlamat masing masing.

Apa tunggu lagi hubungi kami untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Founder

An Nur The Great Agency

Group Manager

Great Eastern Takaful Berhad

I-Great Mega memberi anda lebih dari biasa

i-great-mega-promotion

Tawaran i-Great Mega

Fikir Jauh, Bertindak Pantas, Ayuh MEGA

i-Great Mega menawarkan ketenangan minda sepenuhnya dengan memastikan segala komitmen dan kebajikan keluarga anda dijaga.

  • Jumlah Perlindungan bermula dari RM500,000
  • Manfaat Kesetiaan sehingga 40%
  • Tempoh bayaran 10 atau 20 tahun untuk perlindungan 30 tahun
  • Manfaat Ihsan
  • Manfaat Matang
  • Manfaat perlindungan diri dan hilang upaya
  • Khidmat Badal Haji dan Wakaf

Tertakluk kepada terma dan syarat.

Buat Temujanji anda sekarang

← Back

Thank you for your response. ✨

Continue reading

Perlindungan tinggi dan fleksibel dengan i-Great Mega

Great Eastern Takaful

MENJALANI kehidupan dan menghabiskan usia yang masih berbaki dengan penuh ketenangan menjadi impian setiap insan.

Apabila segala yang diingini sudah dimiliki, keperluan dan tanggungjawab untuk orang tersayang telah dipenuhi, hari-hari yang dilalui akan lebih bererti.

Nikmat yang dikecap ini amat bermakna kerana bukan semua orang mendapat peluang serupa.

Demi memastikan keselesaan dan kelangsungan hidup tidak terjejas sekiranya berlaku kejadian yang tidak diduga, anda perlu mengambil pelan perlindungan takaful untuk diri sendiri dan keluarga.

Mempunyai pelan perlindungan takaful juga akan dapat memastikan komitmen bernilai tinggi anda seperti pembiayaan rumah, kereta dan aset-aset lain dapat diteruskan.

Dalam masa yang sama anda masih dapat mengekalkan gaya hidup seperti sedia kala.

i-Great Mega ialah Pelan Takaful Keluarga berkaitan pelaburan dengan caruman berkala yang terhad yang menyediakan perlindungan selama 30 tahun.

Ianya juga memberikan manfaat kewangan apabila berlaku kematian atau hilang upaya penuh dan Kekal (HUPK) kepada orang yang dilindungi.

Tempoh bayaran caruman bergantung pada dua pilihan iaitu pelan pembayaran 10 tahun dan pelan pembayaran 20 tahun.

Jumlah perlindungan asas pelan ini bermula daripada RM500,000 dan anda layak menerima manfaat kesetiaan sehingga 40% pada akhir setiap tahun kelima pembayaran sijil.

Dengan i-Great Mega, sebarang lebihan pengunderaitan daripada Dana Tabarru’, setelah melakukan penyelarasan yang sesuai untuk tujuan kecemasan, akan dikongsi antara semua peserta dan pengendali Takaful dengan nisbah 50:50.

Bahagian peserta daripada lebihan tersebut akan dikreditkan semula ke dalam Akaun Unit Perserta (PUA) supaya anda mendapat lebih pulangan apabila sijil anda matang.

Anda boleh memilih daripada pelbagai dana yang diuruskan secara profesional dan tentukan kombinasi yang paling sesuai untuk anda.

Dana-dana itu ialah Dana i-Makmur, Dana i-Mekar dan Dana i-Majmuk.

Dana i-Makmur melabur dalam sekuriti pendapatan tetap Islam, contohnya sukuk kerajaan dan korporat serta deposit Islam. Bagi Dana i-Mekar, 80% hingga 100% pelaburan adalah dalam ekuiti berlandaskan Syariah yang mudah ubah dalam jangka pendek.

Dana i-Majmuk pula dilaburkan dalam campuran ekuiti berlandaskan Syariah, sekuriti pendapatan tetap Islam dan deposit Islam.

Manfaat yang diterima melalui pelan i-Great Mega tidak dikenakan cukai dan caruman yang dibayar mungkin layak mendapat pelepasan cukai. Pelan i-Great Mega ini terbuka bagi mereka yang berumur 19 tahun sehingga 60 tahun.

Pelan i-Great Mega turut menawarkan khidmat tambahan badal haji sekiranya peserta meninggal dunia.

Kewajipan haji peserta akan ditunaikan oleh badan atau organisasi yang berkaitan.

Bagi menikmati khidmat tambahan ini, peserta harus mengisi Borang Perkhidmatan Badal Haji.

Bagaimanapun, jumlah Perlindungan Asas mestilah mencukupi untuk pemotongan bagi perkhidmatan ini.

Sekiranya peserta meninggal dunia, jumlah daripada Manfaat Kematian yang telah dipersetujui oleh peserta akan disalurkan kepada badan wakaf yang dilantik oleh Great Eastern Takaful.

Khidmat ini ialah pilihan tambahan dan peserta bolehlah mengisi borang perkhidmatan wakaf untuk mendapatkan khidmat ini.

Senario ringkas i-Great Mega

Kamarul berumur 35 tahun dan telah mencarum dalam pelan i-Great Mega sejak 18/10/2016.

Beliau memilih tempoh bayaran caruman untuk 20 tahun dan memilih Dana i-Majmuk sebagai dana pelaburan pelannya.

Setiap bulan, Kamarul membayar caruman sebanyak RM300 untuk jumlah perlindungan bernilai RM500,000.

Pada 17/10/2021, beliau akan layak untuk mendapatkan manfaat kesetiaan sebanyak 5%.

Dia meneruskan pelan i-Great Mega ini sehingga tahun kedua puluh di mana beliau menerima manfaat kesetiaan yang selanjutnya pada akhir tahun ke-10, ke-15 dan ke-20 dan menikmati perlindungan untuk sepuluh tahun yang berikutnya. Beliau juga akan menerima manfaat matang apabila sijilnya matang pada tahun ke-30.

Dapatkan quotation percuma anda sekarang.

Rosazaman Sarifdin
Group Agency Manager
019-2699436
Champion Unit 2015

buatkan saya quotation

cropped-award4.jpg

Final sprint johor dan award presentation

Assalamualaikum..

Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi kerana dengan izinnya An Nur The Great Agency masih mengekalkan kejuaraan dan juga merebut kejuaraan bagi sesetengah ketegori malam tadi.

  Banyak award kami berjaya perolehi. Kami sering dahagakan penghargaan. Terima kasih Tulang belakang GETB tuan Zulkifli Idris dan Ahmad Fairus Salamat yang membantu agency kami.

Orang kata nak berjaya kena bersama dengan orang yang berjaya, oleh itu kami juga ingin berjaya bersama sama anda.

Pada yang berminat untuk mengetahui peluang kerjaya yang hebat ini bolehlah menghubungi kami atau lengkapkan maklumat disini.

Lepas sahaj majlis malam, saya terus bergegas ke KL untuk tanggungjawab seterusnya pagi ini.

Alhamdulillah telah selamat sampai di KL jam 6 pagi.


Temui saya sebentar nanti ya.

Jom Sertai Kami

Johor
Sahar Sarif 011-17652722(wasap) 018-3729556/ Masrinie Salim 012-7499436

Kuala Lumpur
Siti Norkamalia Binti Khalil 019-2332305

Selangor
Sahir Get , Sahir Sarifdin 012-2770302

Terengganu
Amirul Faizal Ahmad 013-2224762

Pahang
Naz Ain Zul 014-5357305

Melaka
Khairul Mohamed 013-9329023

Perak
Roslee S Din 017-5737890(wassap)/0165567006

Rosazaman Sarifdin
Founder, An Nur The Great Agency,

Group Agency Manager, Great Eastern Takaful Berhad.
019-2699436

Apa Yang Harus Kita Tahu Tentang Tempoh Penggunaan Medical Card

Kredit kepada: Aizuddin Yusoff

www.facebook.com/aizuddinyusoffconsultancy/

Kad Perubatan: Fahami Tempoh Menunggu 30 Hari, 120 Hari dan 2 Tahun di dalam Polisi.

Ketiga-tiga tempoh di atas mesti difahami oleh setiap pemegang kad perubatan sebelum mendapat rawatan di hospital swasta untuk mengelakkan ‘masalah’ dengan GL.

Apabila polisi takaful kad perubatan lulus, perlindungan rawatan perubatan bermula serta-merta untuk kes kemalangan. Laporan doktor sangat penting untuk justifikasi perlu kemasukkan ke wad selepas kemalangan berlaku. Jika laporan tidak cukup kuat atau tidak tepat untuk kes kemalangan ini, dikhuatiri pihak syarikat hanya beranggapan rawatan pesakit luar adalah mencukupi dan menolak mengeluarkan GL. Inilah yang berlaku dalam kes Datok Jamal Yunos yang viral baru-baru ini, ianya salah faham daripada laporan doktor pertama yang memohon GL menyebabkan permohonan ditolak.

Bagi rawatan pesakit luar akibat kemalangan, pelanggan perlu membayar dulu kos rawatan dan dituntut kemudian daripada pihak syarikat takaful.

Secara umum, tempoh menunggu untuk kad perubatan adalah 30 hari daripada tarikh mula polisi. Tempoh menunggu bermaksud sebarang penyakit yang dikesan dalam tempoh ini dianggap sebagai penyakit sedia ada, dan tidak dilindungi.

Selepas 30 hari, jika menghidap penyakit ‘biasa’ seperti demam wabak denggi atau keracunan makanan, pihak syarikat biasanya akan mengeluarkan GL dengan mudah.

Namum ada beberapa penyakit tertentu yang memerlukan tempoh menunggu selama 120 hari (4 bulan). Antaranya tekanan darah tinggi, kencing manis, jantung, berkaitan kanser, tulang belakang (termasuk disk), lutut dan lain-lain (rujuk polisi bawah definisi ‘specified illnesses’). Jika penyakit-penyakit di atas dikesan di dalam tempoh menunggu 120 hari, ianya dianggap sebagai penyakit sedia ada dan tidak dilindungi.

Adakah selepas habis tempoh menunggu, GL akan keluar secara automatik dalam semua kes? Tidak juga. Katakan pada bulan ke-8, pelanggan dikesan menghidap kencing manis. Kebiasaannya pihak syarikat akan menjalankan penyiasatan untuk menentukan jika penyakit sebenarnya bermula sejak dalam tempoh menunggu atau selepas tempoh menunggu tamat. Sebab itu, GL juga tidak dikeluarkan untuk siasatan dijalankan.

tempoh-menunggu

Di antara kaedah siasatan termasuklah (a) laporan doktor merawat, jadi pesakit mesti memberi tarikh yang betul semasa ditanya oleh doktor bila mula sakit, sebab laporan doktor kepada pihak syarikat takaful menentukan perlindungan diberikan atau sebaliknya; dan (b) pihak syarikat juga akan membuat semakan dengan hospital-hospital panel syarikat dan hospital kerajaan berdekatan untuk memastikan pelanggan tidak pernah membuat rawatan yang sama sebelum ini.

Jika hasil siasatan mengesahkan penyakit hanya dikesan selepas tempoh menunggu tamat, pihak syarikat akan membayar balik sepenuhnya kos rawatan (tertakluk kepada caj ko-takaful jika ada).

Sebagai nota tambahan, jika penyakit yang sama berulang di masa hadapan selepas siasatan mengesahkan ianya dikesan selepas tempoh menunggu, pihak syarikat tidak lagi meminta siasatan yang sama, jadi GL akan dikeluarkan dengan lancar.

Berapa lama pihak syarikat berhak meminta siasatan dijalankan untuk pengesahan status bukan penyakit sedia ada? Dalam tempoh 2 TAHUN. Di dalam polisi dinyatakan dengan jelas, pihak syarikat akan menerima semua terma di dalam polisi (termasuk tiada penyakit sedia ada) selepas tempoh 2 tahun selesai. Jadi GL akan dikeluarkan dengan mudah dan lancar bila mana laporan doktor semasa permohonan GL mengesahkan keperluan rawatan di hospital.

Fahami tempoh-tempoh di atas dengan jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada agen masing-masing. Ini mungkin boleh mengelakkan masalah timbul akibat kekeliruan dan salah faham.

SES 7 VIP trip Annurians 22-25/9/2016

Assalamualaikum,

Alhamdulillah berakhir sudah percutian percuma yang di taja oleh GETB, Alhamdulillah kesemua Annurians qualifier menyertai percutian VIP.

Haji Sahir, Hajah Ospuriah, Amirul Faizal, Siti Norkamalia, Nurul Ain dan saya.

Sepatutnya 7 orang daripada Annurians menyertai percutian VIP ini tetapi kita hanya merancang. Seorang daripada kami tidak dapat menghadirkan diri di atas faktor kesihatan. Dan 2 lagi memilih cash option, disebabkan beberapa faktor yang tidak dapat di elakkan.

Percutian ini sangat bermakna bagi saya dah kumpulan dan bertuah kerana CEO Great Eastern Takaful Berhad bersama dengan kumpulan kami.

Serba serbi dilayan 5 bintang. Memang terbaik. Dan tak sangka juga untuk kumpulan ini hanya saya seorang Group Manager.

Kesempatan yang ada juga kami gunakan untuk mebuat baju koprat agensi, seronok memasing.


Rugila siapa yang tak lepas SES7 ini, dan lebih rugi lagi siapa yang lepas tetapi tak datang.

Saya yakin semua orang suka berjalan atau melancong, tapi kalau percuma kompemla lagi suka kan..

Pada yang nak tahu lebih lanjut dan berminat untuk berjaya bersama sama dengan agensi kami An Nur The Great Agency bolehlah menghubungi rangkaian kami.

Johor
Sahar Sarif 011-17652722(wasap) 018-3729556/ Masrinie Salim 012-7499436

Kuala Lumpur
Siti Norkamalia Binti Khalil 019-2332305

Selangor
Sahir Get , Sahir Sarifdin 012-2770302

Terengganu
Amirul Faizal Ahmad 013-2224762

Pahang
Naz Ain Zul 014-5357305

Melaka
Khairul Mohamed 013-9329023

Perak
Roslee S Din 017-5737890(wassap)/0165567006

Rosazaman Sarifdin
Founder, An Nur The Great Agency,

Group Agency Manager, Great Eastern Takaful Berhad.
019-2699436

Pentingnya istiharkan sejarah kesihatan.

Hari ni dapat panggilan dari salah seorang ahli dibawah An Nur The Great Agency yang mengatakan pelanggannya ingin membatalkan permohonan takafulnya untuk satu keluarga apabila GET mengenakan pengecualian untuk penyakit sediaada pada takaful orang rumah beliau. 
Beliau kurang berpuas hati pengecualian tersebut dan sebab ahli kami menghistiharkan penyakit tersebut kepada GET. (dah buat operation batu karang).

Kami tahu tak istiharkan sijil boleh lulus, tapi itu bukan cara kami. Biar kita gaduh sekarang dari gaduh masa nak buat tuntutan..

Perkara yang sama juga pernah berlaku pada ahli An Nur The Great Agency lain, jalan ceritanya sama sahaja. Pelanggan pernah buat operation tiriod, ahli kami istihar dan GET menerima permohonan tetapi penyakit yang sama tidak di lindungungi, pelanggan tidak puas hati. Beliau Batalkan dan ambil dengan takaful lain… Sijil lulus….

Malangnya selepas 3 bulan penyakit sama berulang. Mohon GL, GL decline…… Huhuhu. Ni ker yang orang katatakaful penipu…. Siapa yang cuba menipu ni???

Kerja biar beretika, ingat kita bersubahat sian dengan tabarru yang di sumbangkan oleh orang lain.

Jom Berjaya Bersama Kami

KENAPA HARUS BERSAMA KAMI??AN NUR THE GREAT AGENCY
Dulu masih teringat masa mula2 join getb ramai yang kata kenapa nak cepat2 naik pangkat, kuatkan income dulu baru buat recruitement. Bagi saya ianya kena seiring. Kini alhamdulillah saya selaku founder An Nur The Great Agency berjaya ke posisi tertinggi iaitu Group Manager di dalam industri dalam masa 4 tahun 9 bulan.
Rasanya buat masa ini itu rekod terbaik Great Eastern Takaful Berhad (GETB), walaupun begitu kami optimis nak pastikan rekod tersebut dapat dipecahkan dikalangan kami. Jika ianya seperti yang di rancangkan akan ada yang lebih pantas dari saya iaitu 4 tahun 3.5 bulan.


Untuk posisi Unit Manager saya berjaya capai dalam masa 1 tahun 9 bulan, tetapi rekod terpantas saya dipecahkan oleh agensi lain pada tahun 2014, dengan tempoh waktu 1 tahun 5 bulan. Dengan keyakinan yang kami ada Alhamdulillah rekod terbaik tersebut telah berjaya kami rampas kembali dengan tempoh terpantas 1 tahun 3.5 bulan yang dilakukan oleh Haji Sahir.
Kata orang cepat naik cepat turun, sebab base tak kuatla, pengalaman tak cukup la dan macam macam lagi. Malah apa yang diperkatkan kami jadikan ia semangat dan buktikan ianya tidak benar.


Buktinya An Nur The Great Agency berjaya berada di posisi 7 terbaik bagi ketogeri Group Manager Dan Haji Sahir berada di posisi top 15 bagi Unit Manager. Pencapaian sehingga Julai 2016, pencapaian yang boleh di banggakan.
Mungkin tak ramai yang suka rangkaiannya naik pangkat cepat. Tetapi tidak bagi kami, itulah bezanya kami.
Apa tunggu lagi. Jom sertai kami
Rosazaman Sarifdin

0192699436

Founder

An Nur The Great Agency

Group Manager

Great Eastern Takaful Berhad

KECERIAAN ISTERI KEGEMBIRAAN SUAMI

ni bukan cerita 18sx ya..

Assalamualaikum

Baru baru ini seorang rakan baik berkongsi masalahnya, wife dia bekerja. Cuti tidak menentu sebulan hanya sekali sahaja cuti di hari ahad. Manakala beliau bekerja sebagai seorang executif di syarikat ternama yang mana bercuti di hari sabtu dan ahad. (Tu atas kertas, ada kalanya sabtu dan ahad terpaksa kerja malah hari biasa ada kalanya terpaksa bekerja sampai 11 malam)

Sejak akhir akhir ni akibat komitment kerja yang tinggi, beliau terpaksa bekerja mengikut kehendak syarikat. Akibatnya semakin sukar nak bersua muka dengan isteri, masa yang ada tak dapat berbicara panjang, balik kerja orang rumah muka masam mencuka. Lebih lebih lagi jika orang rumah cuti di hari weekdays manakala si suami kena kerja sampai 11 malam.. Orang umah mana yang tak hangin….

Si suami balik kerja penat penat perkara pertama nak lihat adalah senyuman isteri (tu saya la tak tahula orang lain) sebab tu penawar segala penat lelah hari tu. Kalau tak rasa penat tu terbawa sampai ke esok. Hihi

forced-smile

Apa yang saya nak sampaikan kat sini adalah rasa bersyukur yang amat sangat berada dalam industri takaful ini kerana saya berpeluang menghantar dan mengambil anak ke sekolah dan masa bersama keluarga, terutama isteri, orang dok sibuk2 bersesak jem di jalanan saya boleh bersenang lenang membasuh kereta di waktu pagi.. saya keluar setelah orang lain masuk kerja dan pulang sebelum orang lain balik kerja..

baru baru jadi agen takaful janganla nak ikut macam saya. Ni saya rasa kebebasan ini setelah bersama 5 tahun bersama Great Eastern Takaful.

5 TAHUN WAKTU YANG LAMA
Jika anda rasakan waktu itu sangat lama/ sila fikirkan keadaan anda sekarang. berapa lama nak keadaan seperti ini….

Jika anda rasa sudah tiba masa untuk berubah bolehlah menghubungi saya

Jom Sertai saya
Agency Terbaik Southern 2016
top 6 Agency Company Wide 2016
Pencapaian buat masa ini

Champion Unit Company wide 2015
Million dollar Unit 2015
Highest Growth Recruitment 2015
Pencapaian masa lalu

Rosazaman Sarifdin
Group Manager
0192699436
0192699436
0192699436

Kesihatan Anak Jangan Ambil Remeh….

Assalamualikum….

Sekadar perkongsian semoga ianya menjadi pengajaran untuk kita semua…

Kisah ini saya rasa harus saya kongsikan kerana tidak mahu masalah yang sama berulang kembali..

Anak kepada seorang pelanggan telah jatuh pada bulan lepas, malangnya ibu beliau tidak mahu membawanya ke hospital kerana menyangkakan anaknya jatuh biasa sahaja walau terdapat kesan lebam pada kepala anaknya. Masa ini saya teringat kes yang sama berlaku kepada anak saya setelah muntah2 sebanyak 3 kali saya terus membawanya ke hospital pakar menggunakan kad perubatan great eastern takaful. Alhamdulillah tiada apa2 yang berlaku kepada anak saya.

Berbalik kepada cerita asal, setelah di desak barulah si ibu nak bawa anaknya ke hospital. Itupun setelah melihat keadaan anaknya semakin lemah…

Sampai kat hospital terkejut besar kerana terdapat pendarahan pada kepala anaknya dan hampir membeku. Nasib baik kami cepat bertindak, kalau tidak saya tak tahu nak cakap apa.

Sampai kat hospital anaknya terus dikejarkan ke bilik ICU pembedahan segera perlu dilakukan.. Rasa bersyukur sekali lagi kerana anaknya dapat diselamatkan dan bertambah syukur apabila kos perubatan di tanggung oleh great eastern takaful.


Siapa sangka selama 6 hari bil berjumlah Rm31,000. Rasanya jika keadaan seperti ini tiada kad perubatan pun kita sanggup cari RM31,000 demi menyelamatkan anak kesayangan kita… Betul tak???

Tapi yang bijak akan bermula menabung dari sekarang sebelum musibah menghampiri kita….

Nasihat saya jangan bertangguh tentang kesihatan anak dan jangan bertangguh untuk mula menyimpan sekarang…

Renung renungkan….