Hari ni dapat panggilan dari salah seorang ahli dibawah An Nur The Great Agency yang mengatakan pelanggannya ingin membatalkan permohonan takafulnya untuk satu keluarga apabila GET mengenakan pengecualian untuk penyakit sediaada pada takaful orang rumah beliau.
Beliau kurang berpuas hati pengecualian tersebut dan sebab ahli kami menghistiharkan penyakit tersebut kepada GET. (dah buat operation batu karang).
Kami tahu tak istiharkan sijil boleh lulus, tapi itu bukan cara kami. Biar kita gaduh sekarang dari gaduh masa nak buat tuntutan..
Perkara yang sama juga pernah berlaku pada ahli An Nur The Great Agency lain, jalan ceritanya sama sahaja. Pelanggan pernah buat operation tiriod, ahli kami istihar dan GET menerima permohonan tetapi penyakit yang sama tidak di lindungungi, pelanggan tidak puas hati. Beliau Batalkan dan ambil dengan takaful lain… Sijil lulus….
Malangnya selepas 3 bulan penyakit sama berulang. Mohon GL, GL decline…… Huhuhu. Ni ker yang orang katatakaful penipu…. Siapa yang cuba menipu ni???
Kerja biar beretika, ingat kita bersubahat sian dengan tabarru yang di sumbangkan oleh orang lain.