KISAH TARIK KERETA API..

Assalamualaikum

Tersebutlah kisah….

Satu hari Ejam (bukan nama sebenar) meluahkan hasratnya ingin menarik keretapi menggunakan giginya. Berceritala hasratnya pada ketua kampung Haji Sahir (bukan nama sebenar). Haji mentertawakan setelah mendengar hasratnya itu. Malah bukan itu sahaja setelah berita itu di ketahui oleh orang kampung, semua orang mentertawakannya. Mana taknya benda pelik yang tak pernah di buat orang…
Disebabkan Ejam beria ria dengan hasrat tersebut ketua kampung dengan bantuan ketua pemuda kampung Cikgu Sahar (bukan nama sebenar) mengaturkan la sesi menarik kereta api tersebut..


Masa tu dah macam pesta suasana di kampungnya, ramai yang datang bukan ingin memberikan galakan tetapi ingin melihat kegagalan si Ejam menarik kereta api tersebut.
Ratu sorak masa tu di ketuai oleh Kamalia (bukan nama sebenar) and the geng. Tak kurang juga yang bercakap cakap sinis orang gila nak buat lawak…masukla maharaja lawak..
“Semua orang yakin bahawa si Ejam tak dapat mengerakkan kereta api tersebut walau seinci”, 
termasuklah seorang gadis yang senyap senyap suka kat si Ejam ni, Emma (bukan nama sebenar). Tapi buat muka ala ala cool macam bagi sokongan..
Semua orang menanti dan Ejam dengan semangat memulakan tarikannya… Sekuat tenaganya. Kalau tengok muka seperti buasir nak terkeluar.. Dekat 2 minit masih tak bergerak.. Sorakan gelak semakin kuat…
Dengan penafasan dan fokus yang betul akhirnya kereta api tersebut bergerak sedikit. Pelahan demi pelahan bergerak.. Orang kampung mula tercengang, Mustahil kereta api ini boleh bergerak….
PergerAkan semakin lama semakin laju dan laju…dari berjalan Ejam dah menarik dalam keadaan berlari…. 
Orang kampung bersorak Ejam cepat ketepi MUSTAHIL kereta api ini boleh berhenti……
Tengok… Dari MUSTAHIL tak boleh bergerak kepada MUSTAHIL tak boleh berhenti…
Ada yang baca sampai habis ker cerita saya ni.. Kalau ada kasi like ya
Apa pengajaran yang kita boleh ambil dari cerita ni? Jom kita bincangkan…

Advertisements
This entry was posted in Kerjaya, motivasi diri and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s