Veratis Group

✨ New Milestone for Veratis Group ✨

Alhamdulillah, hari ini menjadi satu detik bersejarah apabila berlangsungnya Signing Ceremony antara FWD Takaful dan Veratis Group di bawah platform Agency Leadership Corporation (ALC).

Kerjasama ini bukan sekadar simbolik, tetapi langkah strategik untuk membuka ruang lebih luas kepada para pemimpin & ejen Veratis Group dalam membina legasi yang lebih kukuh.

Kami amat menghargai sokongan daripada barisan pengurusan tertinggi FWD yang turut hadir bersama-sama untuk meraikan permulaan perjalanan baharu ini. Semoga kolaborasi ini membawa keberkatan, kejayaan, dan memberi manfaat yang lebih besar kepada semua pihak.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dan hadir dalam majlis penuh bermakna ini.

#VeratisGroup#FWD#AgencyLeadershipCorporation#Takaful#ALC#SigningCeremony#TogetherWeGrow#BuildingLegacies

Bersama Management FWD

Throwback ✨

Gambar ini diambil lebih kurang sebulan yang lalu, sewaktu saya bersama barisan kepimpinan tertinggi FWD Takaful dalam proses perbincangan untuk menjalin kerjasama.

Ketika itu, semuanya masih di peringkat awal — sebab itu saya simpan dulu.

Alhamdulillah, kini kerjasama ini telah pun dimeterai. Dengan sokongan padu daripada FWD Takaful, platform Veratis Group kini bersedia melangkah ke fasa baru bagi memberi lebih banyak nilai serta perlindungan kepada masyarakat. 🚀

Setiap langkah baru datang bersama cabaran dan peluang. Doakan agar kerjasama ini terus kukuh, memberi manfaat bukan sahaja kepada team yang bakal kami bawa, tetapi juga kepada lebih ramai keluarga yang kami lindungi.

#FWD#VeratisGroup#Kerjasama#BinaLegasi

1 Million Dollar Agency Terpantas di GETB 2024

Assalamualaikum..

Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana dengan izinNya Agensi kami telah mencapai 1MDA terpantas di Great Eastern Takaful Berhad bagi tahun 2024.

Pastinya semua ini tidak akan terjadi dengan sendirinya tanpa usaha kuat seluruh warga An Nur Group Associates Legasi 1. Anda semua memang hebat. Bukan itu sahaja salah seorang daripada kami juga merupakan 1st qualifier untuk company wide bagi trip ke Bali Indonesia.

Tahniah buat Muhammad Farith Bin Azman atas pencapaian yang sangat membanggakan kami. Semoga terus cemerlang di masa akan datang.

Terima kasih atas segala sokongan dan dorongan anda semua. Tanpa anda siapalah kami. Doakan kami An Nur Group Associates agar dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi. Aminn

Rosazaman

Alhamdulillahh

Alhamdulillah permohonan baru melepas RM4juta.

Terbaik An Nur Group Associates. Tiada apa yang mustahil. Tahniah atas semangat kerjasama semua.

Kita bukanlah yang terbaik tetapi kita akan buat sehabis baik. Saya yakin kita mampu melakukannya dengan lebih baik lagi. InsyaAllah sasaran RM10juta untuk An Nur Group Associates dan RM20juta untuk An Nur Group pada tahun ini bukanlah sesuatu yang mustahil untuk di capai.

Terbaik semua..

#AnNurGroup

#spirit637

#AnNurGroupAssociates

GREAT NEWS..

Are you looking for an opportunity to elevate your career progression, learn new skills, and generate sustainable income?

If so, we have the perfect program for you!

Our program is designed to provide you with the tools, resources, and financial support you need to succeed.

So if you’re ready to take your career to the next level, don’t wait any longer. Enroll in our program today and start your journey towards success!

Tahniah Keluarga Baru 637

Alhamdulillah.. Dah macam ada panel bank sendiri jer An Nur Group Associates ni dengan Hong Leong Bank.. kesemuanya menggunakan Hong Leong. Kini Menanti kehadiran keluarga baru 637 kami.

Hari ini juga ada yang keluar JVV637 Mitsubishi Xpender dan UR637 Toyota Alpard.. Tahniah… Manakala 4 Yang lain masih menunggu kereta masing-masing… Satu kepuasan melihat rakanniaga dapat upgred kereta masing masing.. Apa yang ingin di kongsikan di sini. Industri takaful ini bukan kaleng kaleng…

Di mana ada kemahuan pasti ada jalannya… Yakin dengan rezeki yang diberikan olehNya… Kita mampu melakukannya… Kami di An Nur Group boleh membantu… Jom berjaya bersama kami…

#spirit637

#AnNurGroup

kami membuka peluang kerjaya.

Salam semua warga johor..

Mungkin anda yang kami cari.. ketahui potensi kerjaya takaful bersama kami. Sesi taklimat akan kami adakan pada 17/9/2022 ini bertempat di Wisma An Nur Group Associates Bukit Dahlia Pasir Gudang.

Hubungi kami untuk keterangan lanjut..

Rosazaman Bin Sarifdin

0192699436

Perasmian Wisma An Nur Group pasir Gudang

Alhamdulillah segala puji bagi Allah.

Selesai sudah 4 program serentak kami

Bacaan Yassin dan Doa Selamat.

Perasmian Wisma An Nur Group Associates

Kenaikkan Pangkat

Jamuan Hari Raya.

Terima kasih kumpulan Yassin wanita Bukit Dahlia.

Terima kasih pihak pengurusan GETB, Ceo Jze Shahriman, mantan VP Nori Yahya, VP Borhanudin Samsudin, RM Yatt Saiman, BDE Mohd Azizi, Izzat.

Menurut kata ceo, An Nur Group sekali lagi malakar sejarah kerana kami merupakan wisma GETB yang pertama.. Alhamdulillah..

Pastinya, Majlis ini lebih bermakna apabila di hadiri oleh ayah dan ibu.. Sarifdin Baba dan Kasri kastan.

Terima kasih, Majlis ini tidak akan berjalan dengan jayanya tanpa kerjasama semua Ajk yang terlibat, Muhammad Nazif, Nor Ashikin Mohamad, Filza, Awie Kosnin, Maidatu Murni, Nurul Baiti Cahaye Rumahku, Mohamad Ridzuan Baharuddin, Azrul Mohamad, Suhada Rashid, Roslee Din, Deeya Yusoff, Juliana Sahbudin, Ejam Mohamed

Terima kasih Semua warga An Nur Group, para pelanggan serta sahabat handai yang hadir bagi memeriahkan majlis kami.

Meraikan sudah kini tiba masanya kami meramaikan pula..

Berminat untuk mengetahui tentang potensi industri ini? hubungi kami untuk keterangan lanjut.

#wismaannurgroup

#annurgroupassociates

#AnNurGroup

#spirit637

Pelancaran logo gabungan

Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah.. pada 18/12/2021 menjadi sejarah buat kami hasil Gabungan Legasi 1 (GM Rosazaman Sarifdin dan 5 (GM Masrinie Salim) An Nur Group membentuk An Nur Group Associates. Terima kasih VP Hjh Nori Yahya kerana merasmikan gabungan ini.

Kami ni akan beroperasi di Wisma An Nur Group Associates Pasir Gudang menjelang 2022. Terima kasih atas segala sokongan anda semua.. Doakan kami terus berjaya.. wisma ini boleh menempatkan 80 orang untuk sekali sesi training. Ini merupakan investment kami kepada rangkaian kami.

Kepuasan dan keselesaan rangkaian kami adalah keutamaan. Dan kami akan memberikan fasiliti yang terbaik.

Di kesempatan ini saya ingin mempelawa anda yang berada di sekitar Pasir Gudang dan berminat untuk mengetahui tentang potensi kerjaya takaful, bolehlah menghubungi kami. InsyaAllah kami akan tunjukkan jalan..

Saya yakin dengan Pengalaman pengurusan serta melahirkan pemimpin baru setiap tahun selama 11 tahun mampu melahirkan lebih ramai lagi pemimpin baru.

Mungkin anda pemimpin kami yang seterusnya..Hubungi kami segera..

annurgroupassociates

spirit637

AnNurGroup

An Nur Group Di Kuching Sarawak

Assalamualaikum,

Alhamdulillah termetrai sudah usahasama di antara Legasi 1 An Nur Group dengan Al Janah Agensi di Kuching Sarawak. Semoga denga usahasama ini akan mengembangkan lagi kumpulan An Nur Group di Borneo..

Terlebih dahulu saya ingin ucapkan jutaan terima kasih kerana sudi memberikan kepercayaan kepada saya untuk mengemudi kumpulan ini. InsyaAllah saya akan bantu dan buat yang terbaik. Semoga kita semua berjaya bersama.

Alhamdulillah pada 5-8/11/2021 mengambil peluang untuk berada di bumi Sarawak. Walau perbagai halangan sebelum ketibaan di sana, ianya tidak sedikit pun mematahkan semangat saya. Perancangan telah dibuat, segala tentatif Jtelah di atur dengan baik. Alhamdulillah setiap masa di penuhi dengan aktiviti bermanfaat yang telah di susun rapi.

Dari sesi suai kenal, ke Personal Coaching, TBOSS sehinggalah ke jamuan makan malam. Semuanya Alhamdulillah berjalan dengan lancar.. Saya yakin, Al Janah Agency mampu buat yang terbaik, dan mempunyai kekuatan tersendiri.

Majlis penutup, makan malam bersama

InsyaAllah pada Jan 2022 ini kita akan berjumpa lagi untuk aktiviti Kick Start. Kita akan melakar sejarah untuk 2022.

GM Rosazaman

An Nur Prihatin 4

Assalamualaikum

Pada bulan ini giliran Legacy 4, An Nur Group untuk menguruskan program ANNUR PRIHATIN #4.

Sasaran penerima pada bulan ini adalah sekitar Johor & melaka serta sasaran seramai 25 orang penerima.

Namun jika kutipan melebihi sasaran kita akan agihkan kepada lebih ramai lagi. In shaa Allah.

Sumbangan boleh bermula dari hari ini sehingga hari terakhir 10 Okt 2021 terus ke:
No akaun :501299614879
Nama: saharrudin Bin Sarifdin
Ref: annurprihatin4

Jangkaan serahan sumbangan pada 15 @ 16 Okt.

Sama-sama kita menjayakan program ini.

Apabila kita diuji hidup dalam kesusahan, itu sebenarnya adalah sebahagian ujian daripada Allah SWT untuk menilai tahap kesabaran serta reda pada diri kita.

Sekiranya ditakdirkan kita menjadi kaya raya, itu juga salah satu bentuk ujian bagi melihat sama ada kita bersyukur atau kufur atas nikmat itu.

Allah SWT memerintahkan hamba-Nya melakukan sesuatu walaupun dilihat begitu sukar dilakukan pada awalnya namun pasti ada kemanisan pada akhirnya.

Kongsi Rezeki 3.0

Alhamdulillah Selesai sudah program kongsi rezeki untuk bulan ini, sumbangan kali ini berupa air mineral (akan terus dihantar oleh orang kilang sebanyak 84kotak x24) dan makanan ringan.

Menurut tuan Nizam, PKRC pasir gudang sudah lama tidak menerima sumbangan makanan ringan. Jadi mana mana agensi yang berminat bolehlah menghulurkan bantuan..

Terima kasih kepada para penyumbang yang menjayakan program pada kali ini..semoga kalian semua diberikan kesihatan yang baik serta dilimpahkan lagi rezekinya.

Salam sayang

#kongsirezekibersama

BERATNYA INGIN KU NYATAKAN HAKIKAT INI

Salam,

BERATNYA INGIN KU NYATAKAN HAKIKAT INI

Inilah yang saya katakan tadi di FB live https://www.facebook.com/1170135905/videos/423539055631683/ si isteri hubungi saya, suami tercinta telah pergi ke pencipta 3 bulan lalu disebabkan covid 19, hari ini baru beliau berkesempatan untuk membuka hanfon si suami.

Setelah di buka, beliau ada menjumpai wasap si suami bersama salah seorang Ahli An Nur Group, menerangkan tentang hibah dan plan beserta kad perubatan.

Besar harapan beliau, mengharapkan si suami ada mengambil plan bersama kami di Great Eastern Takaful Berhad. Berat hati saya ingin memaklumkan kepadanya. Setelah membuat semakan, si suaminya tiada sebarang sijil di Great Eastern Takaful Berhad.

Dikesempatan ini saya sangat merayu kepada anda semua. Tolong Mohonla segera plan hibah. Taknak ambil dengan saya pun tak mengapa. Carilah agen di luar sana, ada banyak agen. Ingatlah orang yang kita sayang.. mohonlah ikut kemampuan masing masing.

Kematian itu pasti,

Covid itu juga pasti,

Jangan sebab keegoan kita akan memberikan kesan kepada orang yang kita tinggalkan..harap kisah ini dapat memberikan pengajaran kepada kita semua. share la kalau anda rasa sayang dengan orang di sekeliling anda.

GM Rosazaman Sarifdin

An Nur Group

Dream Board 2018 saya

Selesai urusan yang tertangguh..

Alhamdulillah, selesai urusan di pejabat peguam hari ini. Pembelian shop lot hasil dari menggunakan 100% statment komisen takaful.

Semuanya bermula dengan impian.. Dream Board 2018 saya. Berani meletakkan sasaran dan berjalan di atas sasaran tersebut. Jangan sesekali mengubah impian, biar anda menangguhkannya jika tidak capai, dan cepat cepatlah ubahla cara dan tindakan yang di ambil.

Impian Dis 2018 nak bawa abah, mak dan isteri mengerjakan umrah. Alhamdulillah dapat di laksanakan pada Dis 2019. InsyaAllah sangat berharap dapat covid ini segera selesai kerana berhajat untuk mengerjakan Ibadah haji pula.

March 2019 berjaya mencapai impian pertama, Ford Mustang. Cuma tetiba nampak cun warna biru. last minit kita tukar warna biru.

Dis 2019 berimpian ingin membuat rumah sewa 4 pintu. Yang ni terpaksa di tangguhkan dan di gantikan dengan beli rumah apartment Jul 2019 dan rumah landed jan 2021. InsyaAllah tetap nak bina rumah sewa ni dan tengah kumpul modal sebab tak nak buat loan.

March 2020 shoplot. disebabkan covid 19 kita tangguhkan juga impian ini. Alhamdulillah ianya dapat dinikmati pada Mei 2021.March 2021 BMW GSA. sebab tak boleh nak ride takder semangat sangat.. Alhamdulillah loan dah lulus.

10 tahun berada dalam industri pelbagai impian yang dapat di nikmati. Di kesempatan ini Saya ingin mengajak anda yang berminat untuk membina serta meralisasikan impian untuk bersama sama dengan kami..Saya akan bongkarkan satu satu persatu caranya..

Hubungi saya untuk keterangan lanjut.

Tahniah 28 SET3 An Nur Group 2021 Qualifier

Tahniah dan syabas An Nur Group. Hasil usaha keras semua kita berjaya mencapai 28 SET3 Qualifier. Rekod terbaru An Nur Group. Anda semua memang hebat.

Terima kasih kepada pera pelanggan kerana mempercayai kami.

WG dan DG Qualifier

GM Rosazaman Sarifdin

GM Ssahar Sarif

GM Masrinie Salim

DG Qualifier

GM Sahir Get

AM Hiza WinNa

Personal Producer Qualifier

1. Mohd Fadzly Hj Maruwan

2. Nurninasyafinaz Ngaiman

3. Nurul Baiti Cahaye Rumahku

4. Azrul Mohamad5. Awie Kosnin

6. Rusydi Ruslan

7. Faireez Hj Zulkifli

8. Mohd Sapri Bin Saparon

9. Rosemawaty Get

10. Amirul Hakim

11. Has Nyza

12. Izerin Amirul

13. Fairuz Markom

14. Muhammad Syahronny

15. Noraznita16. Nursyahirah

17. Sharifah Anne

18. Hjh Ospuriah Mustapha

19. Hanizman Mustafa

20. Zap Shukrizan Salim

21. Nor Ashikin Mohamad

22. Roshanizah Hamzah

23. Saidatul Shahridin

#spirt637#AnNurGroup#berjayabersama#greateasterntakaful#GreatEasternTakafulBerhad

PERSONAL CHOACHING VS TEACHING?

KITA JAGA KITA

Kita buat bukan setakat melepaskan batuk di tangga.. inginkan personal coaching sehingga menjadi Group Manager?, Tiada masalah. PERCUMA sahaja untuk Rangkaian An Nur Group.

InsyaAllah dengan pengalaman 10 tahun dalam industri serta telah terbukti telah melahirkan ramai pemimpin baru di GETB. InsyaAllah Kami mempu melakukannya.. Ingat, buat bukan sekadar buat, Alang alang buat biar seperti menggenggam bara api sehingga menjadi abu.. kita Buat sampai jadi..

#AnNurGroup#BuilderAgency#Spirt637