Alhamdulillah.. Segala puji bagi Allah.. pada 18/12/2021 menjadi sejarah buat kami hasil Gabungan Legasi 1 (GM Rosazaman Sarifdin dan 5 (GM Masrinie Salim) An Nur Group membentuk An Nur Group Associates. Terima kasih VP Hjh Nori Yahya kerana merasmikan gabungan ini.

Kami ni akan beroperasi di Wisma An Nur Group Associates Pasir Gudang menjelang 2022. Terima kasih atas segala sokongan anda semua.. Doakan kami terus berjaya.. wisma ini boleh menempatkan 80 orang untuk sekali sesi training. Ini merupakan investment kami kepada rangkaian kami.
Kepuasan dan keselesaan rangkaian kami adalah keutamaan. Dan kami akan memberikan fasiliti yang terbaik.
Di kesempatan ini saya ingin mempelawa anda yang berada di sekitar Pasir Gudang dan berminat untuk mengetahui tentang potensi kerjaya takaful, bolehlah menghubungi kami. InsyaAllah kami akan tunjukkan jalan..
Saya yakin dengan Pengalaman pengurusan serta melahirkan pemimpin baru setiap tahun selama 11 tahun mampu melahirkan lebih ramai lagi pemimpin baru.
Mungkin anda pemimpin kami yang seterusnya..Hubungi kami segera..