Kerja atau Kerjaya.. Mana pilihan anda?

Assalamualaikum semua pembaca..

Mana satukah pilihan anda.. kerja atau kerjaya? Sertailah bersama-sama saya di Takaful Great Eastern.

Bertindak sekarang..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Jika anda ikhlas Rezeki akan datang kemudian..

Assalamualaikum sahabatku sekalian…

Sahabat..

Jangan takut untuk berIMPIAN.

Bermimpilah tentang apa yang ingin anda impikan, pergilah ke tempat-tempat anda ingin pergi. Jadilah seperti yang anda inginkan, kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin anda lakukan. Jangan takut berimpian asalkan ianya di susuli dengan tindakan yang mengarah kepada impian anda itu. Ini kerana  Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang. – Cecil B. DeMille

Anda sudah berada di Syarikat  yang betul untuk merealisasikan impian anda. Hanya mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika anda tidak melakukannya dengan terbaik..

Kecemerlangan anda akan terhasil daripada sikap anda yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik. Saya percaya, esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini, tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok.

Hidup ini sebenarnya memerlukan pengorbanan. pengorbanan juga memerlukan perjuangan. perjuangan  memerlukan ketabahan. ketabahan itu memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan.

Sahabat..

Mereka yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal dalam mencuba dan terus mencuba sehingga kejayaan yang dikecapi. Cuma perbezaan antara orang yang berjaya dengan orang yang gagal terletak pada rohaninya. Apa yang dapat difikirkan menentukan apa yang akan dicapai.

Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah. Jadi fikirkanlah hal-hal yang paling hebat, dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan anda akan mencapai yang tertinggi.

Sahabat..

Rezeki.. ada di mana-mana, datang tanpa di duga, tepat pada masa, yang penting, usaha dan tawakkal. Jangan sesali apa yang sudah pergi. Jangan tangisi apa yang sudah tiada. Tetapi bangkitlah dan bina kembali apa yang telah hilang dan pergi. Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan.

Ingat..

Orang yang berkhianat selalu terhina. Berdiam diri adalah unsur terbesar untuk membentuk perkara-perkara besar. Jangan menyalakan api untuk membakar musuh anda sedemikian panas, sehingga anda sendiri hangus kerananya. Cara terbaik menghukum orang yang telah melakukan kesalahan terhadap anda ialah dengan berbuat baik kepadanya.

Percayalah…

Jangan takut pada penolakanan, Kerana setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat, dan elakkan diri anda daripada bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya. Tetapi jika anda menyintai pekerjaan yang anda lakukan itu, kejayaan akan menjadi milik anda ~ Ray Kroc (Pengasas McDonalds)

Mulakan yang baru..

Masa depan yang cerah selalu tergantung pada masa lalu yang dilupakan. Anda tidak dapat meneruskan hidup dengan baik jika tidak dapat melupakan kegagalan dan sakit hati di masa lalu.

Salam

Rosazaman

buatkan saya quotation

apa pun tak boleh…apa pun tak boleh..

Assalamualaikum pembaca semua

Hari ni saya memaparkan video movie John Q yang mana mengisahkan betapa pentingnya perlindungan insuran/takaful dan betapa pentingnya memilih syarikat insurans yang telus dan berpengalaman yang bukan hanya mengejar sales… Jangan sign up borang insurans/takaful serta merta dan yang selagi anda tidak tahu apakah manfaat yang dilindungi. yang PALING PENTING waktu bilakah manfaat tersebut boleh anda peroleh. (ini yang jarang agen perjelaskan).

Kami di Great Eastern Life / Takaful sangat menitik beratkan soal ketelusan maklumat untuk pencarum supaya tidak timbul masalah di kemudian hari…. pertontonkan..semoga anda boleh berfikir… bukan jumlah perlindungan yang kita perlukan, persoalannya.. adakah kita benar-benar dilindungi?..fiki-fikirkan lah

buatkan saya quotation

PTPTN dibekukan?..

Assalamualaikum pembaca sekalian..

Pertama kali kita perlu manjatkan kesyukuran kepada Allah kerana skim pinjaman pelajar PTPTN mungkin ada di antara kita yang telah selamat digunakan..

Kita patut bersyukur dan berdoa agar manfaat ini akan diteruskan ke generasi akan datang..

Peruntukan yang disediakan ini bagi saya adalah satu jumlah yang cukup besar. Tetapi malangnya wang yang keluar daripada tabung ini tidak berjaya dikutip kembali menyebabkan ianya semakin kurang.

Oleh sebab itu, dan atas dasar tersebutlah kerajaan kita terpaksa mengetatkan undang-undang kepada mereka-mereka yang gagal untuk membayar pinjaman PTPTN mereka.

Hasilnya..

Walaupun di senarai hitamkan masih ramai lagi di kalangan peminjam yang masih berdegil,kebal serta gagal untuk melunaskan pinjaman mereka.

Pernahkah kita terfikir apakah akan terjadi jika PTPTN di bekukan?

Adakah anda bersedia dengan kemungkinan ini??

Siapa yang harus di persalahkan? Peminjam? Pihak Kerajaan? atau Diri anda sendiri?

Elakkan diri anda daripada mengharapkan belas ehsan. bertindak sekarang untuk tabung pendidikan untuk anak-anak anda…

Kebijaksanaan anda hari ini untuk kesanangan anda di masa akan datang.. dapatkan plan Pendidikan beserta pelindungan pakar (medical card) di Takaful Great Eastern…

Mula menabung sekarang bermula dari RM3.30 sehari

Tiada ibu bapa merancang untuk kegagalan anak-anak mereka. tetapi meraka sebenarnya yang gagal untuk merancang ..

Bertindaklah sekarang sebelum terlambat.

Hubungi saya, Perancang Kewangan Islam

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
buatkan saya quotation

Apakah persediaan anda?

Assalamualaikum pembaca semua..
Adakah anda sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan terhadap risiko risiko kehidupan? Ada kad perubatan yang anda  miliki cukup menampung kos perubatan anda?

Pastikan anda bukan hanya ada memiliki kad perubatan sebagai syarat sahaja TETAPI had yang anda miliki cukup untuk menampung kos perubatan anda..

Anda  jangan terkejut perkara yang serupa terjadi kepada anda. Dan anda jangan pula tangisinya jika anda sebenarnya memang tidak bersedia melindunginya (mengambil Pelindungan Takaful)

Siapakah yang harus di persalahkan jika berlaku situasi bergini?? Beringatlah sebelum terlambat.. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya..

Keadaan mendesak pastinya anda akan melakukan apa sahaja.. Rumah yang menjadi tempat berteduh untuk keluaga anda pun sanggup anda pertaruhkan… mujurlah kalau ada rumah.. kalau tidak agak-agaknya apakah yang anda akan lalukan??? Mugkin merayu di TV3 kot..

penyakit tidak kenal usia dan datang tanpa di undang… jika penyakit sudah jatuh “cinta” dengan anda, anda guling-guling kata tak nak pun dia tetap mahukan anda…

Dan lagi… mana muka mak n ayah… keadaan mendesak macam-macam yang sanggup kita lakukan

Khasnya wanita Melayu.. sedarlah..

Sebagai langkah persediaan menghadapi sebarang kemungkinan risiko-risiko kehidupan… Saya amat menyarankan anda mengambil plan perlindungan Takaful.

Hubungi saya untuk keterangan lanjut

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Dapatkan Sekarang…

Assalamualaikum semua.

Dapatkan plan Takaful Great Eastern sekarang. Daftar sebelum 20 Jun 2011 anda akan menikmati hadiah istimewa khas daripada saya..

Aturkan temujanji anda bersama saya

Rosazaman Bin Sarifdin
Agency Manager
Takaful Great Eastern
019-2699436