Plan Takaful Terbaik. Bukan pada harganya.

Assalamualaikum..

Bercerita tentang plan terkaful terbaik adalah sesuatu yang sukar di tentukan. Ada yang menilainya kebaikannya daripada harganya/sumbangannya, ada pula yang menilainya daripada manfaat yang di perolehi dan ada juga yang langsung tak ambil peduli tentang hal ini atas sebab percaya dan serah bulat-bulat pada agent. Bagaimana pula dengan anda?

Kenapa saya berkata begini kerana ianya berdasarkan daripada pengalaman berhadapan dengan bakal pelanggan. Rata perkara utama yang di lihat terlebih dahulu adalah harganya/sumbangannya tanpa membuat perbandingan “apple to apple”

Lebih teruk lagi nak bandingkan takaful dengan konvensional. Itu terang-terang tak sepatutnya.

takaful bukan pilihan

antara kenyataan yang biasa saya terima

“kenapa syarikat A punya murah jer yang Great Eastern Takaful mahal”

Untuk makluman kalau nak buat serendah badjet anda saya boleh buatkan, TETAPI saya melihat kepada apa yang sepatutnya anda miliki dan yang paling penting saya ingin memastikan manfaat yang anda perolehi mencukupi dan bukan hanya sekadar ada-ada sahaja.

Sebagai contoh; Saya ingin ke Johor menaiki kereta, saya boleh menaiki pelbagai jenis kereta samaada kancil, pesona civic, BMW dan sebagainya. Jika kereta tiada masalah pastinya saya akan sampai dengan selamat. Tetapi jika terlibat dengan musibah kemalangan misalnya, pastinya kecederaan lebih teruk jika saya menaiki kancil berbanding saya menaiki kereta-kerata yang lebih berkualiti. Mungkin anda pernah dengar orang berkata begini.

“Nasib baik naik kereta xxx kalau naik kereta yyy rasanya dah arwah dah”

Apakah maksud yang cuba di sampaikan di situ? Cuba renungkan.. Kesimpulannya yang murah tak semestinya yang terbaik.. Hubungi saya untuk mendepatkan penerangan lanjut tentang Great Eastern Takaful.

Tingkat nilai wang anda dengan mendapatkan manfaat yang sepatutnya dan bukan sekadar ada-ada sahaja. Tak rugi bertanya.

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 
buatkan saya quotation

Group presentation di UiTM Lendu Melaka 20/7/2012 Great Eastern Takaful

Assalamualaikum semua

Alhamdulillah semalam saya bersama partner Ustaq Musyrif Khalil dapat membuat sesi taklimat tentang pentingnya takaful di UiTM Lendu. Sesi bermula jam 10:00 pagi dan berakhir lebih kurang jam 12:00 tengah hari.

Segalanya berjalan dengan lancar. Tahniah saya ucapkan khususnya pada pensyarah-pensyarah muda di sana kerana memberi kami peluang dan ruang untuk kami mengembangkan dakwah Takaful ini.

Perkara yang lebih membanggakan saya semasa sesi taklimat ada seorang penyarah (Puan Mastura) mengatakan GET yang terbaik sedangkan dia memilili Takaful dari syarikat lain. Ini kerana dia pernah di kongsikan dengan plan dari Great Eastern ini, pada masa tersebut dia masih tiada perkerjaan.

Bak kata orang langkah kanan, kami di jamu dengan makanan Poklak (betul kot bunyinya). Almaklumlah esoknya dah nak puasa. Terima kasih sekali lagi pada anda semua.

Balik daripada Melaka kami sempat singgah di Branch Seremban untuk membuat e submission.

Jika anda ingin juga memanggil kami untuk memberikan penerangan tentang pentingnya Takaful di tempat anda, anda bolehlah menghubungi saya untuk temujanji.

Rosazaman Sarifdin

019-2699436

Ada duit semua boleh jadi..

Assalamualaikum anda semua…..

Satu Perkongsian kisah benar yang baru terjadi pada minggu lepas…

Mungkin kita boleh jadikan sebagai ikthbar..  Tajuk kali ini agak keras, tapi saya rasa tu yang pantas (cocok @ sesuai) Senangla jika ada duit, kalau tiada duit mcm mana? Kisah ini berlaku pada kanalan rapat saya (sangat rapat), rakan sepermainan a.k.a satu kampung.

Rakan saya ni berkhidmat di kementerian luar negeri (kedutaan A*****a) Pada bulan (mei 2012) lepas terpaksa balik kecemasan kerana berlaku sesuatu perkara yang tidak di ingini pada mak kesayangan beliau.

Pendekkan cerita mata mak dia bengkak tercucuk lidi penyapu. Sebelah jer kena tapi memberi kesan pada yang sebelah lagi.. Bukan sahaja membengkak penglihatan pun semakin kabur. Atas nasihat doktor nak kena tukar mata.

Masalahnya bukan bukan habis disitu sahaja, mak dia dah jadi macam bola.. dari hospital pahang tendang ke hospital selangor 1, dari sana tendang hospital ke selangor 2,  lepas tu tendang balik ker hospital selangor 1, akhir sekali tendang gak ke hospital pahang.. Apala nasib.

Tu satu masalah lah.. masalah kedua nak tukar mata.. Alhamdulillah dapat mata baru.. Tapi orang oversea yang dermala (mungkin sebab kat malaysia ni masih kurang kesedaran untuk menderma organ). Oleh sebab kat oversea kos bawa ke Malaysia terpaksa di tanggung sendirila. So yang tu takder hal member saya setelkan sebab kos bawa ke Malaysia dalam RM1,800.

Sebab mata dah dapat doktor suruhlah waris tandatangan  kebenaran untuk lakukan pembedahan, pembedahan akan dilakukan pada 24/5/2012.

Tup tup pembedahan terpaksa dibatalkan sebab katanya terpaksa bagi pada yang kritikal dulu… Sekali ok la sampai 4 kali postpond kalau saya pun angin satu badan. Kesabaran sudah sampai kemuncaknya.. So dia jumpa doktor minta untuk di segerakan, sebab suspect ada etika yang tak baik telah berlaku. Setelah mempekenalkan diri dia dari bahagian mana dan nak bawa perkara ni keatas barulah menggelabah doktor nak buat operation. Member saya tak puas hatila sebab terpaksa burn tiket dia, semua telah lari daripada perancanagn awal. RM8000 harga tiket untuk satu perjalanan tu.. tak kisah sangat sebab boleh claim sebahagian, dengan syarat dapat laporan doktor.

Bertambahlah sakit hati doktor taknak bagi laporan pembedahan takut member saya ni akan bawa perkara ni keatas. kalau tak silap kesannya jika perkara ni di bawa keatas 5 tahun tiada kenaikan pangkat dan gaji dan nama baik hospital akan terjejas. Menurut jururawat kat situ doktor memang taknak bagi. Sebab takut kes ini di bawa ke atas.  Ini kerana di surat yang di tandatangani ada menyatakan pihak hospital dan doktor tingkat 4 boleh didakwa  jika tidak melakukan pembedahan dalam masa 24jam tanpa alasan yang munasabah.

Selidik punya selidik mata yang pertama tu kn potong Q dengan orang cina daa… Agak2la kan mcm mana boleh potong Q ek? Rasanya berani kerana benar takut kerana salah..

Bagusnya member saya, dia kata ni nasib baik dia kerja gomen apa akan jadi pada orang lain yang tak tahu… kena pijakla gayanya… Memang dia dah tanya org atas perkara ini akan di bawa keatas.. Bagi pengajaran sikit.. TQ Bro..

Apa pengajaran yang anda dapat?

Kongsikan pendapat anda bersama saya.. Tinggalkan komen anda di bawah..

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436
 

buatkan saya quotation