I-Great MediHarapan

Assalamualaikum semua… sekadar perkongsian Plan medical card terbaik dari Great Eastern Takaful Berhad yang terhangat di pasaran..

Nama: PAK JANG
Umur: 55 Tahun

Cadangan

Medical Card:

  1. Room & Board RM200
  2. Medical Card RM200,000 limit tahunan
  3. Had seumur hidup penggunaan medikal kad TIADA
  4. Sijil sehingga umur 100 tahun
  5. Rawatan Pesakit luar bagi kes kemalangan RM5,000 (setiap kemalangan)
  6. Rawatan pesakit luar akibat kanser dan Dialisis buah pinggang RM200,000 limit setiap tahun
  7. Elaun hospital RM100 sehari (Jika masuk hospital kerajaan)
  8. Jaminan sijil diperbaharui
  9. Ambulan percuma
  10. Organ transplant
  11. Intraocular lense RM1000/eye
  12. Rawatan sebelum masuk hospital 60hari
  13. Rawatan susulan selepas keluar hospital 90hari
  14. Supreme Assist (Perkhidmatan penghantaran pulang dr luar negara) RM500,000
  15. Eksekutif second opinion
  16. Deductible RM300

❎Pampasan (HIBAH)
❎Saving
Harga meningkat 5 thn sekali seperti dalam jadual harga di bawah

===================
Caruman bulanan bermula RM171

Apa tunggu lagi.. Hubungi kami untuk keterangan lanjut. Rosazaman Sarifdin 0192699436

janganla sombong sangat.. dengar dan fahami apa kepenting takaful ini..

Assalamualaikum semua..

Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda satu kisah benar yang baru  sangat berlaku baru-baru ini.. Mungkin boleh di jadikan ikhtibar atau tauladan.

Ini daripada pengalaman sendiri yang masih sangat terasa kehangatannya.. Saya percaya bdang ini bukan mudah, Jika anda berada lama dalam bidang ini anda akan lalui perkara yang sama saya lalui, di ketawaka, di perlekehkan, di gelakkan, di kutuk, dan sebagainya. Semua itu saya anggap sebagai batu-bata yang akan saya gunakan untuk membina istana..

Saya masih teringat satu pengalaman saya tahun lepas 2011 apabila ingin berkongsi dengan rakan sekampung melalui lawan sosial (facebook), Baru sahaja memberi salam terus dia menjawap

kalau kau nak tegur aku sebab nak cerita pasal insuran aku mintak maaf, jangan sampai aku blok ko

Nauzubillah. Saya hanya ingin berkongsi, tak sempat pun nak berkata apa2. Daripada maklumat yang saya perolehi rakan ini tidak bekerja, hanya menjaga 2 orang anaknya dan hanya suaminya sahaja yang bekerja maklumlah mungkin sudah agak selesa saya rasa, (ni sebab suaminya memandu toyota wish, kurang2 gaji saya rasa 5k sebulan). Mungkin sebab itu juga dia rasa tidak perlunya takaful ini.

Pada bulan 5/2012 saya terlihat pada wallnya (facebook) ramai yang mengucapkan takziah di atas pemergian suaminya yang meninggal lemas ketika memancing.

Saya rasa bersalah pada diri sendiri sebab tidak dapat berkongsi tentang pentingnya takaful ini.

Marilah kita sama2 sedekahkan Al Fatihah kepada Arwah…

Kepada sesiapa yang nak sambung bayar kereta arwah bolehlah mengubungi saya Razman 019-2699436. Buat masa ini kereta tiada tunggakan, Isteri sudah tak mampu untuk teruskan pembayaran.

Salam Takziah dari saya

Orang bujang banyak hutang. SubhanaAllah..

Oleh Intan Mas Ayu Shahimi dan Rosyahaida Abdullah
am@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Belia berumur antara 30 dan 40 tahun menjadi golongan paling tinggi menyertai Program Pengurusan Hutang (DMP) kendalian Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) dengan jumlah keseluruhan melebihi 40 peratus.

Ketua Pegawai Eksekutif AKPK, Koid Swee Lian berkata, senario itu berkemungkinan didorong kesan bebanan hutang mahupun pinjaman yang diambil sejak awal khususnya ketika masih belum berumah tangga.

Selain itu, katanya, kedegilan golongan berkenaan untuk memanfaatkan kemudahan perlindungan insurans yang disediakan kebanyakan institusi kewangan menyebabkan mereka terbeban dalam masalah membayar bil perubatan.

“Daripada kes yang dikendalikan AKPK, kebanyakan golongan ini mempunyai masalah kewangan yang teruk sebaik mendirikan rumah tangga serta mempunyai anak. Pelbagai hutang termasuk kad kredit ataupun pinjaman peribadi yang dibuat ketika zaman bujang belum habis dibayar sedangkan kos hidup semakin meningkat dari semasa ke semasa.

“Berbanding zaman sebelum berkahwin, mereka hanya menanggung diri sendiri dan tidak perlu menampung perbelanjaan lain seperti keperluan anak dan sebagainya. Dalam rekod AKPK sendiri, dua pertiga daripada pelanggan kami terdiri daripada lelaki,” katanya kepada Harian Metro.

Mengulas lanjut, katanya, kegagalan mengetahui secara mendalam mengenai pengiraan kadar faedah kad kredit juga menyebabkan ramai antara pengguna sering melambatkan pembayaran hutang berkenaan.

Menurutnya, dengan penggunaan RM3,000, pemegang kad kredit mengambil masa selama empat tahun lapan bulan untuk melangsaikan hutang berkenaan jika hanya membayar jumlah minimum iaitu RM150.

“Berdasarkan rekod Bank Negara Malaysia (BNM), hanya 60 peratus daripada jumlah pemegang kad kredit di negara ini melangsaikan sepenuhnya jumlah wang yang digunakan sementara bakinya membayar secara ansuran.

“Bayangkan berapa jumlah yang terpaksa kita bayar jika melengahkan pembayaran. Disiplin membayar secara penuh seharusnya dipupuk pada saat kita menerima kad kredit,” katanya.

Koid menyarankan pengguna terutama bagi mereka yang seringkali tersasar daripada perancangan asal perbelanjaan supaya menggunakan kad debit yang jelas lebih selamat serta bebas hutang. Secara keseluruhannya, pengguna di Kuala Lumpur adalah paling ramai merujuk kepada AKPK disebabkan masalah kewangan dan menyertai DMP anjurannya diikuti Johor.

petengkaran yang tak berkesudahan.. Pentingnya medical card..

Assalamualaikum..

Kisah untuk hari ini… Harap dapat dijadikan pedoman.. sebelum itu boleh saya tanya.. Siapakah yang perlukan medical card (kad perubatan) ini?

A. Ketua keluarga        B. Wife        C. Anak

Apakah jawapan anda? Sesetengah ibubapa melebihkan kepada anak-anak mereka. Ada pula yang fokus pada ketua keluarga dan tak kurang juga hanya ambil untuk isteri sahaja. Apa pun jawapan anda tidak salah sama sekali. Cuba kita renungkan kisah ini..

Azmi (bukan nama sebenar), seorang pemuda yang agak tampan sekali pandang ada macam Aron Aziz. Oleh sebab itu tak heranlah jika setiap gerak geri dia di cemburui isterinya, Sarah (bukan nama sebenar). Mana taknya Azmi pernah terkantoi sebelum ini…

Satu malam, Masa mereka dalam perjalanan untuk keluar dinner, hanfon Azmi tak henti2 berbungi dibalas dengan Sms yang bertalu2. Azmi takanak angkat. Ini menimbulkan syak wasangka Sarah sehingga berlaku pertelingkahan kecil didalam kereta mereka.. Sarah cuba merampas hanfon Azmi nak dijadikan cerita Azmi hilang kawalan dan mereka terbabas dan terlanggar divider. Akibat kemalangan itu Azmi tidak sedar akibat hentakan ke stereng. Manakala Sarah pening ayam sebab kepala dia terhentak ke cermin.

Sepantas kilat jer kejadian ini berlaku, Ambulan datang sebab di wallet Azmi ada medical card dia di bawa ke Hospital Pantai, sekali ngn bininya Sarah.

Pendekkan cerita, Sekali lagi mereka bertengkar sebab Sarah takder medical card sapa nak bayar bill tu… Adoo yay…

Pengajaran:

  1. Jangan gado gado dalam kereta (nak gado berhenti kereta dulu)
  2. Jangan tak pakai set bell
  3. Jangan nak main belakang
  4. jangan pentingkan diri (ambik medical untuk isteri gak)

Renungkan…