Alhamdulillah segala puji bagi Allah kerana dengan izinNya Agensi kami telah mencapai 1MDA terpantas di Great Eastern Takaful Berhad bagi tahun 2024.
Pastinya semua ini tidak akan terjadi dengan sendirinya tanpa usaha kuat seluruh warga An Nur Group Associates Legasi 1. Anda semua memang hebat. Bukan itu sahaja salah seorang daripada kami juga merupakan 1st qualifier untuk company wide bagi trip ke Bali Indonesia.
Tahniah buat Muhammad Farith Bin Azman atas pencapaian yang sangat membanggakan kami. Semoga terus cemerlang di masa akan datang.
Terima kasih atas segala sokongan dan dorongan anda semua. Tanpa anda siapalah kami. Doakan kami An Nur Group Associates agar dapat berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi. Aminn
Segala puji bagi Allah.. alhamdulillah selesai semua syarat kenaikkan pangkat buat rakan niaga di bawah Legasi 1 An Nur Group. GM Rosazaman Sarifdin Untuk tahun 2024.
Tahniah atas kenaikkan pangkat buat
2 Group Manager Amirul Faizal Ahmad Norjanah Hamit Marikan
7 Agency Manager Azwan Alif Hisham Mohd Morshidi Ruddy Japar Zaura C Zainon Awie Kosnin Akmal Ahmad Izzat Fahmi Abdullah Sani
Bila agen naik pangkat ni rasa seperti bawa yang melepaskan anak yang dah berumah tangga untuk mencorak keluarganya.
Tugas saya adalah terus untuk membina dan bina.. sebab itu kami merupakan Builder Agency di GETB. InsyaAllah dengan sistem yang ada lebih ramai lagi manager baru yang bakal kami lahirkan..
Jangan di tanya tentang penat dan lelah dalam membina, niat saya ingin sama sama merasai nikmatnya. Bina dalam suasana bahagia..
Berminat untuk jadi sebahagian daripada keluarga kami? Ada pengalaman dan sudah ada lesen TBE adalah satu bonus. Jom beri peluang kedua kepada di anda. Kita bina sama sama.. mana tahu kerana lain padang, lain belalangnya..
Peluang untuk menjana pendapatan bersama kami.. penggal pertama 2023 (secara separuh masa) 91 orang bersama kami, dan bulan 3 sahaja RM83,500 bonus berjaya rakan niaga kami perolehi sehingga min RM500 sehingga max RM3,000..
jangan tunggu lama lama.. peluang ini tak selalu ada… Jangan biarkan peluang itu berlalu begitu sahaja..
Alhamdulillah… Berakhir sudah GS kami pada 13/1/2023.. Tahun ini pastinya tahun yang semakin mencabar.. 2022 sudah menjadi sejarah… Pencapaian 2022 juga merupakan pencapaian terbaik kami..
3 Final Year Group Manager, Amirul Faizal Ahmad, Khairul Nizam Mohamed dan Norjanah Hamit Marikan, seorang ke 2nd year Group Manager Mohamad Ridzuan Baharuddin, seorang ke Agency Manager Syed Iskandar Hanif , 11 ke Asst Agency Manager (AAM) Juliana Shabudin, Zap Shukrizan Salim, Mohd Azry Adli Mohd Alias, Noor Halimah Omar, Izzat Fahmi Abdullah Sani, Mohd Akmal Ahmad, Mohd Hanaffi Kosnin, Zaura Che Zainon, Azwan Alif Mohd Daud, Ruddy Japar, Ibrahim Mustapha, dan 2 orang lagi mengekalkan rank AAM iaitu Mohd Sapri Saparon dan Hisham Mohamad Morshidi.
Selain itu 16 Star Summit Qualifier yang mana 6 ke London dan 9 ke Dubai..
Sasaran kami tahun ini RM10Juta permohonan baru, 150 rakan niaga baru. Jom sertai kami berjaya bersama An Nur Group.
Mungkin anda yang kami cari.. ketahui potensi kerjaya takaful bersama kami. Sesi taklimat akan kami adakan pada 17/9/2022 ini bertempat di Wisma An Nur Group Associates Bukit Dahlia Pasir Gudang.
Perkara pertama yang saya suka – ada Deferred Benefit (macam kwsp) dia tak kurangkan komisen kita tetapi GETB akan bagi setiap tahun. masa umur 55 tahun dah boleh keluarkan.. Kita kerja sendiri beb… ada manfaat macam kwsp… mana nak cari kat tempat lain.
Perkara kedua yang saya suka, Elaun Opis (Agency Office Maintanance)… yang ni memang padu. boleh dapat sehingga RM5000 setiap bulan, Modal ni kita gunakan untuk bayar kerani, utilities dan sewa opis (kalau bijak kita beli la opis sendiri). Bukan tu sahaja.. kalau dapat maksimum ada lebihan lagi dia bagi..
Perkara ketiga yang paling saya suka – maintenance free, yang ni kemuncak dalam industri ini, yang mana kita tak perlu dah nak fikir jaga kota untuk kekal sebagai manager sebab akan di berikan pengecualian.. kalau benda ni takder takkan kita nak kerja sampai hujung nyawa kan.. setiap tahun nak kena jaga kota syarat kekal sebagai manager… penat wooo… makin tua makin penat.. dan sure makin lama kota main naik… hahahaha
Sebab tulah saya sayang sangat dengan GETB ni.. tak ramai yang nampak benda ni… setakat nak buat untuk jangka pendek anda akan dapat benda jangka pendek… tapi saya pandang lebih jauh kehadapan..
nak tahu lagi tentang potensi industri ini… jangan segan boleh terus PM saya..
Tahniah Awie Kosnin atas pencapaian terbaru. Kelahiran 637, keluarga baru kami.
Maaf tak dapat nak teman untuk program penyampaian kereta, clash dengan program bersama CEO GETB hari ini.Menyertai kami pada Feb 2021 secara separuh masa, kini dengan yakinnya telah bersama kami secara sepenuh masa pada Sept 2021.
Tiada apa yang mustahil. Dimana ada kemahuan pastinya ada jalan..Semoga terus maju dan berjaya. Yang berminat untuk menyertai kami sebagai perunding takaful. Jangan segan dan malu boleh terus pm kami..Legasi 1 An Nur Group, sedia memberikan latihan dan bimbingan.
Alhamdulillah, selesai urusan di pejabat peguam hari ini. Pembelian shop lot hasil dari menggunakan 100% statment komisen takaful.
Semuanya bermula dengan impian.. Dream Board 2018 saya. Berani meletakkan sasaran dan berjalan di atas sasaran tersebut. Jangan sesekali mengubah impian, biar anda menangguhkannya jika tidak capai, dan cepat cepatlah ubahla cara dan tindakan yang di ambil.
Impian Dis 2018 nak bawa abah, mak dan isteri mengerjakan umrah. Alhamdulillah dapat di laksanakan pada Dis 2019. InsyaAllah sangat berharap dapat covid ini segera selesai kerana berhajat untuk mengerjakan Ibadah haji pula.
March 2019 berjaya mencapai impian pertama, Ford Mustang. Cuma tetiba nampak cun warna biru. last minit kita tukar warna biru.
Dis 2019 berimpian ingin membuat rumah sewa 4 pintu. Yang ni terpaksa di tangguhkan dan di gantikan dengan beli rumah apartment Jul 2019 dan rumah landed jan 2021. InsyaAllah tetap nak bina rumah sewa ni dan tengah kumpul modal sebab tak nak buat loan.
March 2020 shoplot. disebabkan covid 19 kita tangguhkan juga impian ini. Alhamdulillah ianya dapat dinikmati pada Mei 2021.March 2021 BMW GSA. sebab tak boleh nak ride takder semangat sangat.. Alhamdulillah loan dah lulus.
10 tahun berada dalam industri pelbagai impian yang dapat di nikmati. Di kesempatan ini Saya ingin mengajak anda yang berminat untuk membina serta meralisasikan impian untuk bersama sama dengan kami..Saya akan bongkarkan satu satu persatu caranya..
Tahniah Legasi 1 An Nur Group atas pencapaian ini, tanpa anda semua kita takkan sampai disini.. Apa yang boleh saya kongsikan business sungguh terbaik.
InsyaAllah ini bukan pengakhiran, tetapi merupakan satu permulaan buat kami untuk terus mara kehadapan.. Apa yang kami harapkan adalah doa dari anda semua..
Dah pecah (rangkaian naik pangkat) takper kita bikin balik.. Sebab membina itu memang tugas kami.
Terima kasih para pelanggan yang berususan dengan rangkaian kami. Terima kasih atas kepercayaan.
Kami berkumpul untuk perancangan 2021. Group Manager An Nur Group.
Semoga apa yang dirancang dapat berjalan dengan jayanya.
InsyaAllah 2021 akan lahir seorang lagi Group Manager daripada kami, menjadikan kami kumpulan yang melahirkan Group Manager teramai di Great Eastern Takaful Berhad.
10 tahun kami di dalam industri 5 Group Manager. Satu pencapaian yang bagi saya boleh di banggakan.
Alhamdulillah berakhir sudah bulan kemerdekaan. Salam merdeka untuk semua. 61 tahun kita sudah merdeka. Bercerita tentang kemerdekaan. Adakah kita sudah merdeka dari segi ekonomi rumah tangga kita? Adakah dari dahulu hingga kini masih di takuk yang sama?
Di kesempatan ini saya ingin mempelawa anda yang ingin sama sama membina kerja dan berjaya bersama kami.
Alhamdulillah lagi majlis iftar, kali ini kami bersama CEO Great Eastern Takaful, tahniah An Nur The Great Agency 20 orang qualifier untuk tahun ini. Satu pencapaian yang boleh di banggakan.Saya berharap untuk contest We Are Family 2018 (hari raya) lebih ramai lagi wakil dari kita yang berjaya mencapainya.
terima kasih Great Eastern Takaful. Oh ya tahniah buat hizawina kerana memperolehi ipad percuma hasil dari pada contest CEO. Saya tolong ambilkan sahaja.
Alhamdulillah di jemput ke majlis iftar dan beramah mesra bersama DR DR dari Regency Specialist Hospital Sri Alam.
Dengan hubungan yang terjalin ini insyaallah akan memudahkan urusan kami di masa akan datang.
Regency Specialist Hospital memiliki 47 DR Fulltime, malah di sini memiliki ramai DR Pakar. Berita gembira untuk warga Pasir Gudang Hospital tersebut akan di besarkan dalam masa terdekat untuk kemudahan penduduk di sini..
Hari ini saya ingin memperkenalkan Seorang yang tidak asing lagi di GETB yang di lahirkan oleh An Nur The Great Agency
Nama: Saharrudin Bin Sarifdin
Sertai GETB: 8/10/2014
Alhmdulillah dalam masa 2 tahun 3 bulan beliau telah mencapai pangkat Agency Manager pada 1/1/2017 dan pada tahun yang sama juga atas usaha dan motivasi yang tinggi beliau telah melepasi syarat 1st year running Group Manager (GM). Satu tahap yang di impikan oleh semua perunding takaful.
Dengan sistem yang ada pada agensi, kami yakin akan melahirkan lebih ramai lagi pengurus di bawah An Nur The Great Agency. Mungkin anda pengurus seterusnya yang kami cari.
Alhamdulillah rasanya sekejap sahaja masa berlalu, kini 2016 dah berada di quater terakhir, sungguhpun begitu leader kami di An Nur the Great Agency tetap bersemangat memberikan perkongsian dengan anda semua yang berminat membina kerjaya sebagai perunding kewangan islam di Great Eastern Takaful Berhad
Kami komited untuk berjaya bersama, kini kekuatan An Nur the Great Agency seramai 72 ahli dan berada di seluruh Malaysia kecuali Kedah dan Perak.
Alhamdulilah dalam masa 4 tahun usia kami, An Nur the Great Agency telah mempunyai 3 cawangan (ofis) yang beroperasi di Mount Austin, Johor (hq), Paya Emas, Melaka dan Shah Alam, Selangor.
Kami yakin dan pasti jumlah ini akan berkembang lagi kerana sasaran kami menjadi Mega agency.
Oleh itu saya ingin mempelawa anda untuk bersama kami.
Alhamdulillah bersyukur kehadrat ilahi dengan izinnya pada tahun ini kami dapat memecahkan rekod terbaik kami berbanding tahun lepas. Kali ini 9 orang qualifier berjaya melayakkan diri ke Free Trip Great Eastern. Yang mana 5 daripadanya VIP dan selebihnya standart.
Pastinya pencapaian ini menjadi pemangkin kepada ahli Annurians yang lain.. Director Event dan Promotion telah menyiapkan poster untuk semua qualifier.
Pada yang berminat untuk menyertai kami sebagai perunding takaful sangat sangatlah saya alu alukan. Selain daripada membina kerjaya anda juga akan menikmati percutian percuma.. Apa yang anda tunggu lagi???