Renungan Bersama..

Kisah dan Teladan..

Isteri terpaksa jual rumah yang diduduki bersama arwah suami dulu.

Sebab bapa mertua menuntut bahagian pusaka dari rumah tersebut.

Bapa mertua hendakkan dalam bentuk wang tunai.

Dah lama rumah tu tak terjual-jual.

Isteri kini menyewa rumah murah dan bersusah payah menyara anak-anak dengan menjual nasi lemak dan kuih-muih pagi dan petang.

Sedangkan, yang patut bantu menyara mereka….. ialah bapa mertua tadi.

(Kisah benar ini berlaku di utara semenanjung, sumber cerita adalah dari rakan anak si penjual kuih tersebut, dan sebenarnya ada banyak lagi kisah seumpama ini).

Sebelum ini saya ada share link artikel tentang “Bahaya beli rumah atas nama bersama suami isteri” tulisan saudara Fatihin Abshar. (Boleh baca artikel tersebut di link ini : https://www.thevocket.com/bahaya-beli-rumah-bersama-pasangan-meninggal-dunia/).

Tahun 2005 dulu saya ada beli rumah di Ipoh atas nama bersama dgn suami 50:50.

Kita ingat bila suami meninggal, rumah tu akan terus dapat pada kita sebagai pemilik bersama.

Kalau saya pula meninggal dulu, ingatkan suami dapat rumah tu terus… rupanya TIDAK!

Mak saya pula cakap… “Tak payah letak nama dua-dua pun tak apa… isteri boleh tuntut Harta Sepencarian jugak nanti”.

Memang betul kaum isteri boleh tuntut harta sepencarian untuk melebihkan bahagiannya, TAPI…..

1. Proses nak tuntut di Mahkamah tu… boleh makan bertahun-tahun.

2. Isteri perlu buktikan sumbangan. Kalau pernah keluar duit untuk downpayment, buat kitchen cabinet, renovate dapur… isteri kena tunjuk bukti resit. Mana lah nak simpan lagi kalau dah berpuluh tahun.

3. Biasanya Mahkamah hanya beri 1/2 atau 1/3 bahagian sahaja.

4. Kalau ada tentangan dari waris lain, isteri kena keluarkan kos ribu-ribu untuk upah peguam syarie.

5. Selagi kes harta sepencarian belum selesai, selagi itu harta pusaka si mati tidak boleh ditadbir urus. Lagi bahaya jika makan masa bertahun-tahun, kemudian…. ada waris asal pula yang meninggal dunia dalam tempoh tersebut. Sudah jadi kematian berlapis, sedangkan harta pusaka belum diagihkan.

Baik… kita lihat contoh (seperti photo dibawah). Sekiranya suami meninggal tanpa membuat perancangan harta pusaka, bagaimanakah pembahagian Faraid ke atas rumah banglo yang dibeli atas pilihan bersama suami isteri ini?

Situasi :

1. Suami mati meninggalkan isteri, ibunya, bapanya, seorang anak lelaki dan seorang anak perempuan.

2. Rumah atas nama bersama suami & isteri 50:50.

3. Ibu bapa suami asalnya ok, tak kisah lepaskan hak ke atas rumah tersebut kepada menantu. Tapi setelah mendengar pendapat adik beradik suami yang lain, mereka membuat keputusan untuk tidak melepaskan hak mereka dan mahukan bahagian ke atas rumah itu.

4. Isteri dahulu bekerja, kini seorang surirumah. Beliau hanya dapat buktikan sumbangan tak langsung kepada mahkamah. Mahkamah akhirnya memutuskan bahagian Harta Sepencarian untuk isteri ialah 1/3.

Apa akan jadi terhadap rumah milikan bersama tersebut?

50% rumah kekal nama isteri sebagai pemilik.

50% bahagian arwah suami pula perlu dibahagikan mengikut Faraid serta mengambil kira keputusan Mahkamah terhadap Harta Sepencarian. Pembahagiannya jadi begini :

Harta Pusaka

(-) Kos pengkebumian jenazah

(-) Hutang & Hibah

(-) Harta Sepencarian = 1/3

Baki nya tertakluk kepada Faraid seperti berikut :

Bapa = 1/6

Ibu = 1/6

Isteri = 1/8 (selain harta sepencarian 1/3 tadi).

Bahagian Faraid selebihnya untuk anak lelaki dan anak perempuan dengan nisbah 2:1. Maksudnya 2 bahagian untuk setiap anak lelaki, 1 bahagian untuk setiap anak perempuan.

Jika ibubapa suami setuju untuk terima dalam bentuk tunai, maka isteri bolehlah bayar bahagian 1/6 + 1/6 tersebut dalam bentuk tunai supaya rumah boleh menjadi hakmilik isteri dan anak-anak sahaja.

Katakanlah market value rumah itu pada masa itu sudah RM 1 juta dan hutang rumah dilangsaikan dengan MRTA/MRTT. (Tentang MRTA / MRTT ni nanti kita cerita lain).

50% (iaitu RM500,000) bahagian arwah suami menjadi pusaka.

Bahagian harta sepencarian seperti yang diputuskan oleh Mahkamah :

1/3 daripada RM500,000 = RM166,666.67

Oleh itu nilai harta pusaka yang perlu difaraidkan ialah :

RM500,000 – RM166,666.67 = RM333,333.33

Bahagian bapa suami :

1/6 daripada RM333,333.33 = RM55,555.56

Bahagian ibu suami :

1/6 daripada RM333,333.33 = RM55,555.56

Isteri kena ada cash sebanyak RM 111,111.11 untuk bayar bahagian Faraid kepada ibubapa mertuanya, agar rumah tempat dia dan anak-anaknya berlindung itu hanya menjadi miliknya dan anak-anak.

Kalau isteri ada wang tunai sebanyak tu… kot lah wang pampasan Takaful suami tu cukup dan masih ada lagi…. Jadi… Bolehlah bayar.

Kalau tiada, ada 2 pilihan saja. Ikut mana yang semua setuju :

1. Terpaksa jual rumah tu untuk dapatkan wang tunai bagi membayar ibu bapa suami. Jadi isteri dan anak-anak kena cari rumah lain lah; ATAU

2. Kena letak nama ibubapa mertua juga dalam geran rumah. Dan isteri perlu mintak izin dari ibubapa mertua untuk terus tinggal disitu dengan percuma kerana telah berkongsi hakmilik dengan mereka.

Ditakdirkan pula….. selang beberapa bulan lepas tu bapa mertua pula meninggal dunia.

Maka…. tidak mustahil adik beradik suami (iaitu anak-anak kepada bapa mertua) pula akan datang menuntut bahagian pusaka bapa mereka, ke atas rumah itu tadi.

Lagilah bertambah-tambah rumit.

Kadang-kadang ada juga situasi….

Dengan ibubapa mertua masih boleh berbincang, tapi….. bila masuk ipar duai atau pakcik makcik….dah jadi lain.

Macam mana cara nak elak kemungkinan seperti ini?

Selagi kita hidup, kita masih boleh merancang sesuatu pada masa kini.

Perancangan yang dibuat hari ini adalah untuk mengurangkan risiko kemungkinan yang boleh berlaku di masa hadapan.

Dengan merancang, ertinya kita berusaha melakukan sesuatu dengan tanpa meminggirkan hukum Faraid itu sendiri.

Selebihnya, kita bertawakal dan berserah kepada Allah.

Cadangan saya :

1. Buatlah perancangan terhadap harta dan pusaka anda sekarang. Didalam Malaysia ni, ada pelbagai kaedah dan instrumen yang boleh digunakan, bergantung pada struktur faraid seseorang individu, jenis aset yang dimiliki, kemampuan dan hasrat pemilik harta sendiri.

2. Hibah Takaful perlu ada untuk membantu menampung perkara-perkara yang diluar jangkaan.

3. Hubungan kekeluargaan terutama antara menantu-mertua-ipar duai sangat perlu dijaga dengan baik. Kerjasama dan tolak ansur dikalangan waris, akan memudahkan dan melancarkan pembahagian pusaka. Ingat, SEPAKAT MEMBAWA BERKAT.

Merancanglah… bertindak / berusaha, berdoa dan bertawakkal.

Hanya Allah sebaik-baik penentu.

Wallahu’alam.

Silakan SHARE jika bermanfaat.

 

Sumber: Teks & photo oleh

Irda Rina

Perunding & Perancang,

Pewarisan Harta Pusaka Islam & Kewangan

I Great Jannah

Assalamualaikum

Alhamdulillah agensi kami merupakan agensi terbaik (seluruh Malaysia) bagi memasarkan produk terbaru dari Great Eastern Takaful Berhad ini iaitu I Great Jannah.

Pelan Hibah I-Great Jannah. Plan hari ini untuk peninggalan di masa hadapan. Berikut adalah contoh pengiraan untuk lelaki yang berumur 30 tahun, Pengurus dan tidak merokok.

PLAN A

lindung 20 tahun bayar 10 tahun

✅RM136.70/month

✅Pampasan kematian/lumpuh kekal RM250,000

✅Pampasan kematian akibat kemalangan RM500,000 (SEKALI GANDA)

✅Pampasan kematian akibat kemalangan semasa mengguna perkhidmatan pengangkutan awam RM750,000

✅Pampasan kematian akibat kemalangan di luar negara RM1,000,000

✅Khairat kematian RM2,000

✅Anggaran Nilai Tunai Pada tempoh matang RM12,751

PLAN B

lindung 30 tahun bayar 20 tahun

✅RM153.95/month

✅Pampasan kematian/lumpuh kekal RM250,000

✅Pampasan kematian akibat kemalangan RM500,000 (SEKALI GANDA)

✅Pampasan kematian akibat kemalangan semasa mengguna perkhidmatan pengangkutan awam RM750,000

✅Pampasan kematian akibat kemalangan di luar negara RM1,000,000

✅Khairat kematian RM2,000

✅Anggaran Nilai Tunai Pada tempoh matang RM37,274 

 

PLAN C

lindung 40 tahun bayar 20 tahun

✅RM357.50/month

✅Pampasan kematian/lumpuh kekal RM250,000

✅Pampasan kematian akibat kemalangan RM500,000 (SEKALI GANDA)

✅Pampasan kematian akibat kemalangan semasa mengguna perkhidmatan pengangkutan awam RM750,000

✅Pampasan kematian akibat kemalangan di luar negara RM1,000,000

✅Khairat kematian RM2,000

✅Anggaran Nilai Tunai Pada tempoh matang RM162,687

Tempoh perlindungan anda boleh boleh pilih untuk berapa tahun begitu juga dengan tempoh bayaran. Jika anda lebih muda pasti ianya lebih murah

Pilihan untuk hibahkan sebahagian pampasan kepada badan amal yang berdaftar

Menarik kan?

 

razman

buatkan saya quotation

Hibah dan Faraid

Assalamualaikum

28577565_2110781245604457_7849940301316620288_n

Ramai yang menyangka hibah salah satu cara untuk mengelah dari faraid. Konsep ini salah sama sekali. Bagi saya dengan hibah ini adalah salah satu cara bagi memudahkan perjalanan faraid.

Acap kali kita terdengar khususnya perkara ini di bahaskan oleh agen takaful.. Memang baik apabila kita menghibahkan kesemua pampasan untuk orang yang kita sayangkan. Dengan harapan pampasan ini tidak perlu di agihkan kepada orang lain. Ianya menjadi hak mutlak orang yang di hibahkan.

Saya boleh terima konsep ini jika KITA tidah mempunyai sebarang hutang.. Tak kirala hutang kereta ke, hutang rumah ke, hutang motor ke dan sebagainya.. senang citer free debt.

TETAPI

Bagaimana pula jika kita mempunyai hutang? siapa yang akan melangsaikan hutang tersebut?? Adakah si penerima hibah yang nak kena langsaikan?? Dah bagi suruh bayarkan pulak.. BURUK SIKU betul… hahahah.. kan lebih manis jika sebahagian pampasan itu di beri penama (cukup untuk cover hutang).. so jumlah pampasan yang dapat tu, si penama tadi perlu melangsaikan hutang si mati dahulu.. bakinya dibahagikan secara faraid. Hukum pengagihan faraid adalah setelah di tolah hutang simati.. Ini pendapat peribadi saya sahaja dan konsep yang saya berikan.. Jadilah orang yang bijak merancang.

Assalamualaikum

Great News,Removal Portfolio Withrawal Condition Clausa

Salam

Kini tiada lagi apa yang ingin di perkatakan


Sebelum ini isu ini sering digunakan oleh syarikat takaful lain yang mana Great Eastern Takaful Berhad menggunakan terma ini.

Walau terma ini digunapakai sejak dulu lagi, Great Eastern yang telah berusia 108 tahun tidak pernah menarik mana mana manfaat yang telah diberikan kepada pelanggan.

Sebaliknya penambah baikkan dilakukan terhadap plan yang diberikan telah dilakukan kepada kesemua para pelangganya.

Pastinya ini lebih menguntungkan para pelangganya. Sekali lagi penambah baikkan ya. Bukannya penarikan manfaat atau pengecualian manfaat setelah diberikan…

Oleh sebab itu kita sebagai pengguna harus bijak memilih syarikat yang pandang ke hadapan dan bukan hanya berorentasikan keuntungan atau gimik marketing semata mata..

Jadi apa lagi tepuk dada tanya selera..

Rosazaman Sarifdin
Group Agency Manager
019-2699436
Champion Unit 2015

buatkan saya quotation

cropped-award4.jpg

Pentingnya meletakkan Penama/penerima hibah pada Takaful Anda

Assalamualaikum..

Hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda satu maklumat yang sangat penting berkenaan dengan takaful anda. Adakah anda sudah meletakkan penama/penerima hibah kepada sijil takaful anda? Ini kerana kegagalan anda berbuat perkara tersebut akan melambatkan proses pengeluaran pampasan tersebut kerana ianya terpaksa memalui faraid.

Untuk makluman, pampasan yang di terima oleh penama/penerima hibah hanyalah jumlah Tabarru sahaja, manakala nilai tunai yang ada tetap melalui faraid..

Jadi apa tunggu lagi, jika anda masih belum melakukannya buat sekarang hubungi agent takaful anda segera..

Di bawah ini saya sertakan  print skrin borang. Bukan apa ada yang kata ngan saya sebelum ini Great Eastern Takaful tak guna sistem hibah. Jadi tak selamat untu penyimpan…

hibahSo saya sertakan buktinya… Macam mana .. Untuk keterangan lanjut anda bolehlah menghubungi saya

Rosazaman Sarifdin
Agency Manager
Great Eastern Takaful
019-2699436

Perancangan harta (wasiat)

Harian Metro

HASSAN meninggal dunia ketika berusia 63 tahun. Beliau meninggalkan seorang isteri dan tiga anak lelaki. Sepanjang hayatnya, Hassan bekerja keras untuk menyara keluarga kerana menyedari pentingnya membina, melindungi dan mengekalkan kekayaan.

Beliau menyedari betapa pentingnya perancangan harta pusaka kerana beliau mahu kebajikan keluarganya terjamin selepas ketiadaannya. Beliau menulis wasiat bagi menetapkan cara harta pusakanya dibahagikan.

Selepas meninggal dunia, wasi atau pentadbir harta pusaka melangsaikan semua hutangnya termasuk zakat yang belum ditunaikan, memindahkan hak milik rumah kepada balunya seperti yang diwasiatkan dan mengagihkan baki aset menurut wasiatnya.

Namun begitu, bukan semua orang berpandangan jauh seperti Hassan yang merancang pembahagian harta pusakanya kerana didapati masih ramai tidak berbuat demikian.

Ada laporan mendedahkan aset dan harta pusaka bernilai RM40 bilion yang ditinggalkan si mati di Malaysia tidak dituntut kerana tiada perancangan harta pusaka. Dalam pada itu, aset yang tidak dituntut seperti wang Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, simpanan bank, kenderaan, hartanah dan manfaat insurans boleh dibekukan jika berlaku perebutan harta pusaka antara waris si mati.

Jadi, apakah yang menyebabkan sejumlah besar aset ini tidak dituntut? Adakah masyarakat Islam kurang prihatin atau tidak sedar mengenai cara untuk menguruskan harta benda mereka?

Ini tidak seharusnya berlaku kerana pembahagian kekayaan adalah penting dalam perancangan kewangan Islam, selari dengan usaha membina, melindungi dan mengekalkan kekayaan berasaskan syariah. Ia sudah wujud sejak zaman Nabi Muhammad.

Bina, lindungi dan kekalkan kekayaan anda mengikut cara Islam

Perlindungan kekayaan membabitkan perancangan aliran tunai, perancangan cukai, perancangan jaminan keselamatan keluarga, perancangan pendapatan hilang upaya dan perancangan pendapatan penyakit kritikal.

Dalam Islam, konsep perlindungan kekayaan berbeza daripada konsep perlindungan konvensional kerana takaful bermakna bersama, iaitu sekumpulan peserta bersetuju untuk bersama-sama menjamin perlindungan satu sama lain daripada kerugian tertentu.

Takaful berasaskan prinsip taawun (saling membantu) dan tabarru (derma, hadiah atau sumbangan) yang risikonya dikongsi kumpulan secara sukarela.

Seperti pelan insurans konvensional, takaful (umpamanya produk takaful am dan takaful keluarga) memberikan jaminan perlindungan daripada kerugian atau kerosakan. Peruntukan ini dilihat sebagai masyarakat membantu seseorang yang kerugian.

Dalam perancangan kewangan konvensional, pengumpulan harta untuk mencapai pertumbuhan modal sewajarnya dengan objektif mengekalkan kekayaan terkumpul. Pengumpulan harta mengimbangkan risiko kehilangan modal dan risiko kehilangan kuasa pembelian. Ini membabitkan strategi peruntukan aset, pelaburan dan strategi untuk mencapai kebebasan kewangan.

Dalam Islam, pengumpulan kekayaan adalah berbekalkan bakat dan sumber dikurniakan Allah. Justeru, sebaik mana seseorang menguruskan kekayaannya mencerminkan sebaik mana kehidupannya. Sebelum membuat keputusan mengenai sesuatu pelaburan, umat Islam perlu memastikan saluran pelaburan yang dipilih menepati Syariah iaitu bebas daripada elemen gharar (ketidakpastian), riba (faedah), maisir (perjudian) dan halal.

Kita sebenarnya tidak kekurangan saluran pelaburan yang menepati hukum Syariah dan umat Islam boleh memilih antara lain unit amanah, pelan takaful, saham, sukuk, hartanah, pelan simpanan wadiah mudarabah. Malah, kini terdapat projek pembangunan hartanah yang mematuhi syariah.

Antara kaedah mengekalkan harta kekayaan termasuk menerusi wasiat keluarga, hiba, surat kuasa, perakuan harta sepencarian dan perakuan amanah.

Umat Islam sedar dalam membina dan mengumpulkan kekayaan, mereka adalah pemegang amanah kepada kekayaan kurniaan Allah dan prinsip di sebaliknya tetap sama, iaitu seseorang mesti bekerja keras jika ingin mendapatkan kekayaan.

Jadi, apakah yang dimaksudkan mengekalkan kekayaan dalam perancangan kewangan Islam? Dalam konteks ini ia bermakna melindungi kekayaan yang terkumpul daripada setiap risiko kewangan dan ancaman yang boleh berlaku.

Ia merangkumi pengurusan kekayaan, perancangan mengehadkan liabiliti, perancangan pegangan saham perniagaan, perancangan penggantian dan pengurusan hutang. Sesiapa pun tidak sepatutnya mengalami kerugian yang sia-sia disebabkan nasihat pelaburan yang kurang baik atau kegagalan untuk melindungi aset mereka.

Umat Islam juga mempunyai kewajipan untuk memastikan kekayaan mereka dibahagi secara saksama di antara ahli keluarga, semasa mereka hidup dan selepas mereka mati.

Faraid (pembahagian harta pusaka berasaskan hukum Islam) memainkan peranan penting dalam perancangan harta pusaka Islam. Bagaimanapun, dalam faraid, terdapat unsur fleksibel yang tidak disedari ramai orang, fleksibiliti yang melindungi keperluan individu apabila membuat perancangan pembahagian harta pusaka.

Ramai salah anggap seseorang tidak perlu membuat persediaan memandangkan semua boleh diuruskan mengikut faraid. Ini benar, tetapi fleksibiliti dalam faraid dan keupayaan untuk memutuskan apa yang boleh dilakukan sebelum kematian mengikut keperluan individu perlu diberi perhatian umat Islam dalam perancangan pembahagian harta pusaka.

Selain itu, di bawah peraturan faraid, waris terdekat bukan beragama Islam, anak angkat atau anak luar nikah, tidak berhak mewarisi harta pusaka peninggalan umat Islam. Satu elemen penting ‘perancangan harta pusaka Islam’ ialah pelantikan wasi atau pentadbir harta pusaka yang boleh menimbulkan banyak kerumitan jika dilaksanakan selepas kematian.

Instrumen pembahagian harta pusaka

Bagaimanakah anda boleh memastikan harta pusaka dan kekayaan dibahagikan di antara waris yang anda pilih? Kita lihat pilihan yang ada.

Wasiat adalah dokumentasi sah yang menetapkan bagaimana anda membahagikan aset apabila meninggal dunia. Ini satu daripada pelbagai cara untuk memperoleh dan membahagikan kekayaan dalam Islam.

Fleksibiliti dalam wasiat membolehkan umat Islam mewasiatkan sebahagian harta pusaka yang boleh diwasiatkan menurut kemahuannya, termasuk kepada bukan Islam. Ini satu bentuk hadiah atau pemberian yang dilaksanakan selepas kematian pewasiat dan pemberian ini juga dikenali sebagai wasiyah. Jumlah wasiyah tidak boleh melebihi satu pertiga daripada jumlah aset dan waris yang layak atau sah tidak layak mendapat wasiyah.

Sementara itu, hibah adalah pemindahan harta berbentuk ihsan

TIADA WASIAT: RM42 BILION DIBEKU

TIADA WASIAT: RM42 BILION DIBEKU

Utusan Malaysia, 5 May 2011

TIADA siapa ambil peduli apatah lagi mahu bertanya khabar. Malah, kehadiran Mariam (bukan nama sebenar) dipandang sebagai “bebanan” di kalangan sanak saudaranya hanya disebabkan beliau lahir tidak sesempurna insan lain.

Saat itu, pertalian saudara yang terjalin bagaikan sudah tiada ertinya lagi.

Melihat Mariam terkapar-kapar meraih simpati di tatkala tiang bergantungnya selama ini iaitu ibunya, Zainab, meninggal dunia, menyebabkan orang kampung terpaksa menghantarnya ke rumah sri kenangan.

Namun, tiba-tiba semuanya berubah. Sanak-saudaranya kembali menjenguk, bukan seorang dua tetapi ramai sejurus mengetahui Mariam meninggal dunia. Bukan disebabkan rasa kesal atas sikap kejengkilan mereka terhadap arwah, namun hanya kerana ingin “menuntut hak” apabila mengetahui Mariam meninggalkan harta yang agak banyak.

Tatkala situasi sedemikian patut diiringi dengan bacaan ayat-ayat yasin disusuli pembacaan doa, namun keadaan sebaliknya berlaku apabila perebutan harta tercetus disebabkan tiadanya wasiat.

Itu satu daripada ribuan kes yang berlaku hanya disebabkan tiadanya wasiat.

Apatah lagi, pendedahan sebelum ini mengenai nilai harta pusaka yang dibekukan berikutan kes gagal diselesaikan pewaris kerana ketiadaan wasiat dianggarkan kini mencecah RM42 bilion, satu angka yang sangat besar dan perlu diambil perhatian.

Berdasarkan faktor itu, rasanya tidak salah kalau mengandaikan budaya penulisan wasiat di kalangan rakyat negara ini masih rendah. Melihat kepada senario ini, nampaknya ia berbalik kepada aspek kesedaran di kalangan masyarakat. Justeru, adakah benar kita masih kurang kesedaran akan kepentingan penulisan wasiat?

Mengakui akan perkara tersebut, Ketua Pegawai Pemasaran Amanah Raya Bhd, (ARB) Ahmad Saruji Abdul Aziz berkata, tahap kesedaran penulisan wasiat di kalangan rakyat negara ini masih belum mencapai tahap memuaskan.

Berbanding negara maju di barat, penulisan wasiat sudah menjadi satu kewajipan penting dan bukannya seperkara yang dilihat sebagai faktor mendoakan orang itu cepat mati.

“Kalau dilihat kajian oleh Amanah Raya hanya 668,000 orang menulis wasiat sama ada di Amanah Raya ataupun di kalangan pemain industri dan daripada jumlah tersebut, 490,000 adalah dari Amanah Raya. Ini berdasarkan kajian tahun lepas.

“Masih jauh lagi, kerana matlamat atau sasaran pasaran yang perlu diterokai (penulisan wasiat) adalah seramai tiga juta orang. Jadi, angka tiga juta berbanding 668,000 orang yang tulis wasiat, menunjukkan tahap kesedaran masyarakat masih jauh dan rendah,” katanya kepada Bernama dalam satu temubual baru-baru ini.

Bagaimanapun, kajian tersebut mendapati budaya penulisan wasiat di kalangan golongan muda profesional, menunjukkan satu reaksi memberangsangkan.

“Biasanya trend buat wasiat ini adalah di kalangan orang tua, warga emas.

Tetapi, sekarang sudah ramai golongan muda tampil untuk membuat wasiat,” katanya. — BERNAMA