Peluang bina kerjaya

Assalamualaikum..

Bismillah.. saya ingin mengambil peluang untuk mempelawa anda yang berminat untuk membina kerjaya bersama sama dengan kami di An Nur Group.

Gambar kedua adalah testimoni daripada kami, menyertai kami pada jan 2023. Dalam masa 10 bulan average pendapatan RM10,000.

Bukan itu sahaja, beliau juga telah lepas syarat tahun pertama untuk ke Group Manager, yang mana rank tertinggi di Great Eastern Takaful..

Bagaimana ini terjadi?, ini kerana kami mempunyai sistem tersendiri yang terbukti. Apa tunggu lagi, jangan hanya terus ingin menjadi pemerhati.. anda juga yang rugi..

Hj Rosazaman Sarifdin
An Nur Group

annurgroupmalaysia

AnNurGroupAssociates

AnNurGroup

“KEJAYAAN” BAGI SAYA

KEJAYAAN BAGI SAYA.

Bukanlah harus di ukur pada apa di miliki oleh seorang leader. Tetapi berapa banyak add on value yang dapat di bawa kepada rangkaiannya..

Ini Kisah penambah baikkan kepada rakan niaga kami. Seorang suri rumah yang tiada basic sales, menyertai kami pada 15/2/2022 secara sepenuh masa. Pada disember 2022 berjaya memiliki kereta proton suv baru.

Memangla pada sesetengah orang ni bukan la kereta gempak pun, kurang kurang lambang kejayaan mec atau bmw. Tapi pada saya dari seorang suri rumah dapat memiliki suv dah cukup cukup hebat dah. Lebih lebih lagi keluarga beliau tiada kenderaan sendiri.

Pencapaian terbaru beliau pada jumaat lepas, pembiayaan rumah pertama beliau telah lulus. Alhamdulillah 100% menggunakan statment komisen GETB. Walau rumah subsales pun kami dah cukup cukup rasa bersyukur. Kalau tak silap kami harga rumah tersebut yang di maklumkan berharga 470k.

Kalau tanya saya pun kami akan minta rangkaian kami untuk utamakan rumah dahulu, kerana kereta akan ada susut nilainya.

Kini dah hampir 1tahun 8bulan bersama kami, pendapatan seorang suri rumah ini sekitar RM10k. Bukan itu sahaja, malah beliau juga telah dapat membantu rakan rakannya juga untuk sama sama menjana pendapatan di getb. Benda baik harus di kongsi kan..

InsyaAllah tahun hadapan, suri rumah ini akan di naikkan pangkat ke Agensi Manager.. dan telah ada 18 rakan rakan bersamanya.

Sebenarnya semua orang ada potensi, cuma kita taknak memberi peluang kepada diri kita untuk buat sebaik mungkin..

Senang ke nak buat? Senang ke nak naik pangkat?

Semua mainan fikiran, apa yang anda fikirkan itulah akan terjadi..

Salam..

Rosazaman Sarifdin

Hanya membantu..

INDAHNYA REZEKI ALLAH

Nampak happy je ya ko buat takaful ni laki bini..

MasyaAllah mahu tak happynya.. banyak perkara yang dapat saya selesaikan dengan industri ini.. lebih lebih lagi tahun ini 2023.

Masih terngiang ngiang lagi di telinga.. kata seorang ust.

Setiap tahun pergi melancong, tukar dan tambah kenderan, tambah rumah, tambah kedai dan macam macam lagi nikmat Allah bagi. Tapi kenapa tak dahulukan apa yang wajib sebagai hamba Allah.

Ini bukan soal MAMPU, tetapi tak benar benar MAHU.

Banyak lagi teguran teguran yang menusuk kalbu. Kalau nak tulis panjang. Satu satu terasa kena pada batang hidung.

MasyaAllah terus tersentuh dan rasa malu dengan diri sendiri. Apa yang telah aku lakukan ini ya Allah. Maafkan aku.

Tahun 2023 berazam dan nekad untuk pergi menunaikan haji menggunakan pakej under Tabung Haji. (Kalau ikut muasasah 2039). Alhamdulillah segalanya dipermudahkan urusan.

Benarlah kata ustaz itu menunaikan haji itu “perniagaan yang tidak akan rugi”. Untuk perniagaan kita sanggup melabur dengan kereta mewah (orang buat sales nak kena ada benda ni konon), rumah ofice cantik. Sekali lagi saya terkena..

Allah boleh bagi, allah juga boleh ambil bila bila masa.

Tak sangka sejak azam untuk pergi haji 2023 sehingga balik rezeki Allah gantikan melimpah ruah dan tidak terjangka. MasyaAllah..

Ni bila jumpa ust tu, dia cakap haji man. Sekarang nak beli kapal terbang pun takper takder siapa nak marah sebab yang wajib dah buat. Tak tahu la tu, nak perli ke apa tu..

P/s Banyak banyak pergi melancong. Saya tetap memilih ke mekah dan madinah adalah yang terbaik. Rindu itu selalu datang.

THE ONE AND ONLY

Kita cuba buat yang terbaik..

THE ONE AND ONLY

An Nur Group Malaysia melakar sejarah di GETB lagi.. mengadakan himpunan kenderaan dengan no pendaftaran sama (637 aka GET). Kita adalah kita, dengan identiti tersendiri..

Kini telah lebih 60 kenderaan ahli kami menggunakan no pendaftaran ini. Ramai yang tak sedar yang no ini kami telah mula sejak 2015. Pastinya event Mega Gathering 2024 nanti akan lebih meriah..

Terima kasih pihak pengurusan atas segala sokongan CEO Jze Shahriman, VP Borhanudin Samsudin, Ehsan Abd Rahman RM Yatt Saiman dan BDE

Terima kasih juga barisan komitee yang bekerja keras bagi melancarkan majlis ini..

MYCP 2023

SubhanaAllah.. contest MYCP yang berjalan semasa ketiadaan saya di Malaysia.. ni semua adalah hasil kerjasama pasukan. Buat Bukan untuk bersaing, tetapi tidak sangka mampu memberikan saingan..

Top Whole dan Direct Group.

Terbaik An Nur Group Associates.

Terima kasih asst GM Roslee Din atas bantuan dan sokongan.

Tahniah juga buat GM Ssahar Sarif dan AM Mohamad Ridzuan Baharuddin kerana berada di dalam gelanggang top 5.

#mycp

#spirit637

#AnNurGroupAssociates

#AnNurGroup

Takaful bagi bonus RM500- RM10,000 sebulan

Peluang untuk menjana pendapatan bersama kami.. penggal pertama 2023 (secara separuh masa) 91 orang bersama kami, dan bulan 3 sahaja RM83,500 bonus berjaya rakan niaga kami perolehi sehingga min RM500 sehingga max RM3,000..

jangan tunggu lama lama.. peluang ini tak selalu ada… Jangan biarkan peluang itu berlalu begitu sahaja..

Banyak ke income Jadi Ejen Takaful ni?

Baru ni viral berkenaan dengan ejen takaful sinonim dengan pembelian kereta kereta mewah. Betul ke income ejen takaful (leaders) ni masyuk? Almaklumlah ianya nampak ketara sebelum pandemik berlaku.

Sebenarnya bila berbicara tentang business biasala ada yang kencang ada yang sendu. Bila dalam bidang perniagaan, memang lumrah manusia yang berjaya inginkan kepuasan, akan membuat pembelian atau memiliki sesuatu yang mereka idamkan.

Asalnya saya tak nak share top 10 income Unit Manager/ Group Manager Great Eastern Takaful, kerana ianya mungkin mengundang satu kontroversi. Fakta ini dikongsikan oleh pihak pengurusan sewaktu Mega Leaders Conference tempoh hari. Mungkin ada yang akan komen, patutla caruman naik, income agent tinggi. Untuk makluman, kadar komisyen kami memang sama dan tak meningkat pun, malah makin rendah.

Jadi kenapa income mereka ini semua sampai Jutaan Ringgit setahun? Pastinya dengan strategi yang betul, ada team yang produktif, memang tidak mustahil untuk semua ini terjadi.

Menariknya industri ini tidak hadkan bilangan ejen yang ingin dapat pendapatan tinggi, tidak seperti dunia pekerjaan, highest top rank salary hanya sorang saja, namun kami dalam industri ini lebih adil, semua orang berhak.

Tahun ini saya lebih serius ingin bimbing anda yang ingin berjaya dalam industri takaful, buat permulaan anda boleh join part time saja. GETB siap bagi bonus bulanan sehingga RM3000 untuk anda lakukan! Anda nak info lanjut sila lihat ruangan komen.

Rosazaman Sarifdin

Premier Leader, Group Manager, GETB

GREAT NEWS..

Are you looking for an opportunity to elevate your career progression, learn new skills, and generate sustainable income?

If so, we have the perfect program for you!

Our program is designed to provide you with the tools, resources, and financial support you need to succeed.

So if you’re ready to take your career to the next level, don’t wait any longer. Enroll in our program today and start your journey towards success!

JOM JANA PENDAPATAN XTRA

Alhamdulillah permulaan yang baik untuk jan 2023. 14 telah mendaftar untuk bersama kami.. ada lagi 12 lagi yang akan exam sehingga hujung bulan ini..

Masing masing merebut untuk memasuki program terbaru dari Getb. Premier First yang memberikan bonus tambahan RM500-RM3000 sebulan..

Bulan lepas sahaja 14 daripada 23 yang menyertai program ini berjaya mendapat bonus tambahan.. apa tunggu lagi. kami bimbing sampai jadi..

Hubungi kami untuk keterangan lanjut.

#AnNurGroup

#20millionDollar

#spirit637

Tahniah GETB

Dengan penuh rasa syukur, kami berbesar hati untuk berkongsi berita gembira buat semua.

Great Eastern Takaful telah dianugerahkan sebagai Pengendali Takaful Terbaik Malaysia oleh Global Business Outlook 2022!

Kejayaan ini adalah atas sokongan dan kepercayaan anda terhadap kami. Kami akan terus memberikan perkhidmatan terbaik dan #MencapaiKejayaan bersama anda.

Kami juga merakamkan penghargaan buat para perunding takaful #GreatEasternTakaful atas usaha berterusan demi memastikan rakyat Malaysia sentiasa dilindungi.

Seminar Kerjaya An Nur Group

Sian kena tipu.. yer la graduan kan.. takkan nak jadi ejen takaful. Apa ada kelas..

Alhamdulillah saya dulu tak kena tipu untuk join bidang ini, tetapi saya menawarkan diri untuk menjadi ejen takaful kerana pada masa itu masalah kewangan yang amat ketara disebabkan pinjam peribadi yang tidak terkawal

Kini saya sangat bersyukur kerana berada di bidang yang orang pandang lekeh ni. Sungguhpun di pandang lekeh, ianya telah banyak mengubah keluarga saya.

Masih ingin berada di takuk yang lama??

Jom berubah,

BE A BOSS

Ingin mendengar perkongsian dari mereka dan ingin menjadi sebahagian dari Kami.

Jom mendengar perkongsian dari mereka yang telah dan baru bermula dalam industri ini.

Rosazaman Sarifdin

Final Sprint GTG

Assalamualaikum, Berat untuk menolak permintaan sahabat apabila diminta untuk berkongsi.. Kalau ikutkan nak fokus lebih kepada kumpulan sendiri.. Tetapi atas nama ibadah.. Ilmu harus di kongsi dan bukan di simpan, Saya kongsikan jua..

Tarikh yang di minta sehari sebelum Trip GETB ke Istanbul dan Cappodocia, Turki. Nasib baik perkongsian secara online..

Semoga segala perkongsian dapat di manfaatkan, yang baikkan itu datang dari Allah dan yang kurang itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri..

Salam.

1 MDU An Nur Group – Segamat

Alhamdulillah…

Tahniah dah syabas kepada Agency Manager Mohamad Ridzuan Baharuddin dan kumpulan dari An Nur Group Associates cawangan Segamat kerana berjaya mencapai 1 Million Dollar Unit pada September 2022.

Pastinya semua ini tidak akan terjadi dengan sendirinya melainkan dengan usaha dan kerjasama secara berkumpulan yang kuat serta sokongan dari pelanggan yang kami kasihi. Teruskan kecemerlangan ini dan cuba untuk mencapai tahap yang lebih tinggi lagi..

Tahniah