Banyak ke income Jadi Ejen Takaful ni?

Baru ni viral berkenaan dengan ejen takaful sinonim dengan pembelian kereta kereta mewah. Betul ke income ejen takaful (leaders) ni masyuk? Almaklumlah ianya nampak ketara sebelum pandemik berlaku.

Sebenarnya bila berbicara tentang business biasala ada yang kencang ada yang sendu. Bila dalam bidang perniagaan, memang lumrah manusia yang berjaya inginkan kepuasan, akan membuat pembelian atau memiliki sesuatu yang mereka idamkan.

Asalnya saya tak nak share top 10 income Unit Manager/ Group Manager Great Eastern Takaful, kerana ianya mungkin mengundang satu kontroversi. Fakta ini dikongsikan oleh pihak pengurusan sewaktu Mega Leaders Conference tempoh hari. Mungkin ada yang akan komen, patutla caruman naik, income agent tinggi. Untuk makluman, kadar komisyen kami memang sama dan tak meningkat pun, malah makin rendah.

Jadi kenapa income mereka ini semua sampai Jutaan Ringgit setahun? Pastinya dengan strategi yang betul, ada team yang produktif, memang tidak mustahil untuk semua ini terjadi.

Menariknya industri ini tidak hadkan bilangan ejen yang ingin dapat pendapatan tinggi, tidak seperti dunia pekerjaan, highest top rank salary hanya sorang saja, namun kami dalam industri ini lebih adil, semua orang berhak.

Tahun ini saya lebih serius ingin bimbing anda yang ingin berjaya dalam industri takaful, buat permulaan anda boleh join part time saja. GETB siap bagi bonus bulanan sehingga RM3000 untuk anda lakukan! Anda nak info lanjut sila lihat ruangan komen.

Rosazaman Sarifdin

Premier Leader, Group Manager, GETB

This entry was posted in Kerjaya, Talk Kerjaya and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a comment